Isnin, Mei 21, 2012

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Satu pepatah melambangkan kebijaksanaan masyarakat dahulu kala dalam membayangkan tentang kesusahan orang lain. Kita yang melihat sudah merasai betapa peritnya kesusahan tersebut bagaimanalah pula dengan yang memikul masalah tersebut. Pada hari ini ianya cukup relevan dengan kegunaan semasa. Hampir setiap hari kita melihat kesengsaraan orang lain baik secara langsung atau tidak langsung.

Mungkin hari ini kita mencebik bila melihat seorang pakcik tua menggeledah tong sampah mencari tin-tin aluminium untuk dijual bagi membeli sebungkus nasi. Mungkin hari ini kita menutup hidung bila duduk bersebelahan dengan seorang aci tua ketika dia datang meminta RM1 dikedai makan ketika kita sedang berselera melantak ayam goreng, mungkin hari ini kita menukar ke stesen TV yang lain ketika siaran Bersamamu sedang keudara, TAPI pastikah kita yang suatu ketika nanti kita akan jadi penyelongkar tong sampah bagi mencari tin aluminium, isteri kita dicebik ketika meinta RM1 dikedai makan dan siaran bersamamu takkan ade siapa lagi menonton yang mana ketika itu kita sedang merintih mengenai nasib anak-anak kita yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan jantung atau sedang menunggu tabung ehsan mencukupi jumlah tertentu.

Suatu ketika dulu saya pernah merasai perjalanan ujian tersebut di mana anak saya telah disahkan menghidap sakit jantung berlubang. Masa tu hanya Allah yang tahu betapa beratnya bahu memikul segala ujian tersebut. Anak saya telah dirujuk ke IJN. Sebut IJN, faham-fahamlah dengan kos rawatan dia. Pada masa tu semua kene guna duit sendiri. Nak gunakan GL belum boleh lagi masa tu. Alhamdulillah kebetulan masa tu adalah duit sikit yang boleh bayar kos dia di IJN. Dia telah dibawa ke IJN sebanyak 3x. Selama 3x tu memang saya akui saya jumpa ramai orang yang bernasib lagi parah dari saya. Ada yang bayi seusia 2 bulan kene buat pembedahan jantung dengan kos RM70,000. Saya pernah bertanya dengan wife saya, jika anak kitalah kene camtu mane kita nak cari duit?? Takde jawapan yang keluar dari mulut wife saya. Apa yang saya lalui itu cukup menginsafkan. Semoga anak-anak saya, kawan-kawan dan keseluruhan pembaca yang membaca blog saya ini terlepas dari dugaan yang sebegitu rupa.

Kita tak pernah menjangka tentang setiap ujian yang Allah nak bagi pada kita. Kita selalu menjangkakan semuanya indah dalam hidup kita. Dalam meniti serta menghayati keindahan itu kita terlupa untuk membuat sedikit persediaan untuk diri kita, isteri dan anak-anak kita yang merupakan harta paling berharga yang kita ada hari ini dan selamanya. Kenapalah kita terlalu leka dengan nikmat keindahan yang akan lenyap selama-lamnya bila sesuatu musibah datang menjengah. Sejauh mana persediaan kita dalam menghadapi musibah andai jika suatu pagi ketika kita sedang bersarapan kita rebah akibat serangan jantung. Adakah cukup duit simpanan kita bagi menghadapi kos pembedahan jantung sebanyak RM70,000? Adakah masih ada tanah dua tiga relung yang akan kita gadai bila berhadapan dengan bil RM70,000? Jika jawapan anda TIADA untuk 2 soalan diatas, maka sudah sampai masanya anda sediakan satu persediaan untuk diri anda, isteri dan anak-anak anda. Jadikan hari ini hari yang terbaik untuk isteri dan anak-anak anda kerana anda perlu bimbang seandainya esok adalah hari terakhir anda.

Selasa, Mei 15, 2012

HAPUSKAN PTPTN!!!!!

Salam,

Ramai kawan-kawan saya yang mengeluh untuk membayar balik pinjaman PTPTN. Walau camne pun tetap kena bayar sebab atas nama pinjaman. Bila atas nama pinjaman, benda atau wang yang dipinjam itu mesti dipulangkan semula kepada tuannya. Sama macam diri kita. Segala yang ada kini hanyalah pinjaman semata-mata. Anak, isteri, rumah, kereta dan segala macam yang kita miliki hari ini. Sampai masa dan ketika kita pasti akan kehilangan semua tu bila roh dan jasad yang dipinjamkan pada kita ini diambil kembali oleh NYA.

Berikutan dengan pinjaman PTPTN ini, kadang-kadang timbul rasa simpati dengan nasib anak-anak muda yang nama telah di senarai hitam untuk keluar negara disebabkan gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman PTPTN.

Pernahkah kita terfikir, seronoknyalah bila ada orang lain tolong bayar pinjaman PTPTN kita. Mesti pernah fikir camtukan. So dekat sini saya ingin membantu anda dan keluarga anda membebaskan diri dari belenggu pembayaran balik pinjaman PTPTN. Gunakan masa terluang kita dengan memikirkan benda-benda positif dan menghabiskan kualiti masa kita bersama keluarga tersayang dari memikirkan tentang tunggakan PTPTN.

Ambik telefon dan dail no 013-3563047 (Sham) untuk temujanji atau sms PTPTN_Nama Penuh_No telefon untuk dihubungi_Lokasi dan hantar ke 013-3563047.

Maaf cakap tuan puan, masa saya amat terhad untuk membantu anda kerana komitmen saya bukan untuk anda seorang tetapi untuk semua orang. Oleh yang demikian sila pastikan anda betul-betul mempunyai komitmen untuk hadir setiap temujanji kerana jika sekali anda gagal atas alasan yang tidak munasabah, minta maaf cakap selepas ini saya tidak akan melayan lagi sebarang permintaan anda.

Khamis, Mei 10, 2012

Nilai Sebuah Kejujuran

Assalammualaikum w.b.t

Dalam bekerja seharian sebagai seorang perunding Takaful. ramai yang selalu cakap tentang kejujuran bila pegng duit orang. Perunding Takaful ni sebagai pemegang amanah orang. Memang betul. Kadang-kadang ditangan kita ada banyak duit. Kalaulah takde kejujuran maka gelaplah masa depan duit tersebut.

Dua hari lepas saya bersembang dengan jiran saya. Dia baru tahu yang saya sekarang bekerja sebagai Perunding Takaful dengan Syarikat AIA AFG Takaful. Dalam bersembang tu dia banyak nasihatkan saya tentang nilai sebuah kejujuran. Menceritakan kembali bagaiman dia ditipu oleh Agen dari sebuah syarikat yang memang sangat gah. Ceritanya begini, pada tahun 2008 beliau telah mengambil polisi dari syarikat berkenaan. 2 tahun yang pertama ok tapi selepas itu bermulalah berlaku ketidakjujuran dalam pengendalian duit beliau oleh agen yang dilantik oleh syarikat tersebut. Dalam 4 tahun beliau tidak pernah gagal dalam membuat pembayaran tahunan dan tibalah pada suatu hari, beliau telah dihubungi oleh syarikat berkenaan mengatakan yang beliau sudah 2 tahun tidak membuat pembayaran. Setelah diperiksa dengan teliti maka terbukalah segala yang tersembunyi. Agen tersebut telah menggunakan duit beliau untuk tujuan lain.

Berdasarkan cerita benar diatas disini ingin saya mengingatkan diri saya dan kawan-kawan sekelian supaya sentiasa jujur dan telus dalam setiap pekerjaan kita. Jangan kerana mengejar kes atau komisen kita gadaikan nilai sebuah kejujuran. Mungkin hari ini kita terlepas tapi esok-esok pasti terkantoi. Kepada pencarum-pencarum dalam Takaful, sentiasa berhati-hati dengan setiap pembayaran anda. Kalau boleh pastikan anda mendapat salinan resit pembayaran dalam masa 48 jam selepas anda membuat bayaran kepada agen. Sekian dulu untuk kali ini....

Sabtu, April 14, 2012

Solat Terakhir Sebelum Ajal

Jumaat, April 13, 2012

Saya Tidak Sayang Pada Anak-Anak dan Isteri Saya.

Salam kepada tuan-tuan dan puan-puan. Penyakit jantung merupakan pembunuh no 1 di Malaysia masa kini. Apa persiapan kita dalam menghadapi penyakit ini seandainya kita bakal menjadi salah seorang mangsanya. Adakah duit simpanan kita telah mencecah RM100,000 bagi membiayai kos rawatan yang sekitar RM70,000. Seandainya kita bijak, kita tidak akan menggunakan duit simpanan kita sendiri untuk membiayai kos rawatan penyakit yang kita hadapi.

Mungkin ada diantara kita yang bercakap 'Aku dah simpan RM200 sebulan'.... Persoalan. Selama manakah kita perlu simpan untuk dapatkan RM100,000 dengan simpanan RM200 sebulan. Jawapannya ialah 41 tahun. Seandainya umur mula menyimpan pada usia 20 tahun maka nak cukupkan RM100,000 ialah pada usia 41 tahun. Lama tak?

Hari ini saya telah menerima satu kes yang telah ditolak kelulusannya oleh pihak AIA Takaful. Ini kerana pemohon telah mengidap Diabetes. Saya dah cuba buat yang terbaik seandainya anda memohon tapi bukan kuasa saya untuk menentukan anda layak memperolehi Medikal Kad seandainya anda telah mula dihinggapi penyakit kritikal. Waktu anda sihat ialah waktu terbaik untuk anda memohon dan mendapatkan Medikal Kad. Mungkin sekarang anda sihat, tapi esok lusa adakah anda pasti sejauh mana kesihatan anda disebalik anda kurang bersenam, tidak mengamalkan diet yang seimbang dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Adakah anda pasti esok pagi anda mampu bangun tidur dengan tersenyum? Segalanya belum pasti kan.

Sebagai persiapan untuk hari esok dan hari-hari mendatang, cubalah anda fikirkan sejenak. Seandainya anda penghisap rokok tegar. Sebulan anda mampu mengenepikan bajet untuk rokok RM350 tetapi dengan bermula serendah RM51.08 sebulan anda gagal serta berfikiran negatif untuk membelanjakan hanya 14.59% daripada bajet rokok anda bagi tujuan pembiayaan perubatan untuk anda dan seluruh keluarga anda. Apakah anda sayang anak-anak serta isteri anda? Tepuk dada tanyalah iman. Bukan bapa anda ada jawapan, bukan ibu anda punya jawapan, bukan isteri anda menagih jawapan, bukan anak anda ada jawapan tetapi diri anda sendiri yang berhak untuk katakan YA kepada Medikal Kad...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.