Selasa, Ogos 29, 2006

Iman Semut Dan Iman Manusia

IMAN SEMUT:

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah iman semut!


IMAN MANUSIA:

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian: "Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih".

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:
"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Kisah Sehelai Bulu Mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu...""Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa" Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruangyang ada. Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....."Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang,"disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu"Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium"Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yang merayu"Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari semasa itu""Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut tak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata""Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Selasa, Ogos 22, 2006

Teknik Memurtadkan Gadis Melayu Bertudung

Awas perangkap anak-anak perempuan Islam (Dipetik daripada Blog PAS N9)
MUJAHID304 menulis "Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam. Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi" Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atauseterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikirabenar-benarmengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketikaini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan bertanggungjawap diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anakdiluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa.Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.DOA"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana. Amin??Ya Rabbil A'lamin.

Dendam Perang Salib Seakan Menjelma

Oleh Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

APABILA Bush menggunakan istilah Perang Salib dalam ucapan sejurus setelah serangan 11 Septembar 2001, maka dunia Islam sangat berhak untuk mencurigai dan menjangka apa yang akan berlaku seterusnya.
Apa tidaknya apabila satu demi satu negara umat Islam dimamah. Selain dari kekacauan tradisional yang bersifat turun temurun di Baitulmaqdis, Kerajaan Islam di Iran diganggu sebaik-baik saja dijulang rakyat pada tahun 1979.
Senggang tidak berapa lama, dunia menyaksikan pula Perang Iran-Iraq, kezaliman di Sudan dan Darfur, Kabul dan Kandahar serta Baghdad, Falujah dan Janin. Ini diikuti dengan penyeksaan ke atas ribuan aktivis Islam di Penjara Abu Gharib serta membuang al-Quran ke mangkuk tandas di Guantanamao.
Sejak itu, hampir seluruh lorong kehidupan di serata dunia Islam tidak pernah aman. Ada-ada saja gangguan yang dicari, dicetus dan disuakan Bush, sekutu dan para proksinya. Lihat saja bagaimana seksanya Sudan, Algeria dan Turki walaupun berjaya membentuk kerajaan demokrasi yang sah.
Demikian juga dengan Kerajaan Hamas di Palestin terkini. Fenomena keganasan luar biasa di Beirut yang kini memasuki hari ke 18 adalah contoh di tangan.
Nampaknya, jubah dan jilbab umat yang tergantung masih segar dibasahi darah, belum sejat-sejat dan masih hidup menitik-nitik di serap pasir di bumi Lebanon.Sembelih dengan pisau tumpul
Mereka sedang mabuk menyembelih leher umat dengan pisau tumpul; mengebom bukan saja kubu-kubu Hizbullah bahkan sasaran orang awam terdiri dari kanak-kanak, wanita, orang tua; memusnahkan hampir seluruh infrastruktur termasuk tergamak mengebom Pos PBB di Khiam yang sepatutnya menjadi pangkalan perlindungan yang paling selamat.
Sementelah pos PBB itu telah berada di situ sejak tahun 1978.
Pelan persidangan antarabangsa di Rome pada 28 Julai 2006 terus gagal menghadiahkan gencatan senjata. Ia tidak lebih dari hanya satu koktail sesi minum kopi kerana Yahudi yang berada di belakang AS itu memang tidak mahukan perdamaian.
Apa yang mustahak bagi mereka ketika ini ialah mengambil kesempatan melakukan pemusnahan meluas yang sehabis maksimum. Inilah yang di rujuk oleh Bush sebagai lanjutan Perang Salib yang berselindung di sebalik motto memburu keganasan.
Jika saya boleh tumpang sedikit dari fakta analisis mengenai Perang Salib seperti yang dihidangkan Utusan Malaysia 29 Julai 2006, siri pertama krisis Islam Kristian berlaku seawal tahun 1097 hingga 1099 yang dilancarkan atas permintaan Pope Urban II.
Siri keduanya bermula pada tahun 1147 di Perancis dan German, siri ketiga di antara 1189 hingga 1192 dilancarkan oleh Raja Frederic Barbarossa dan siri keempatnya adalah di antara 1202 hingga 1204 tahun yang dipayungi oleh King Innocent III.
Di sepanjang empat siri perang itulah sejarah dunia telah benar-benar menyaksikan dendam Eropah berpaksikan gerakan permusuhan Yahudi Nasara yang tidak kunjung padam. Ia bersambung dengan penjajahan, baik di Asia Barat, Asia Timur dan seluruh rantau sebelah sini setelah sempurna proses sekularisasi di cetuskan di Perancis dan Amerika-Eropah.
Ikut acuan penjajah
Kita lalu memasuki era dijajah. Berbekalkan fikrah rekaan jahat, "agama lain politik lain", Amerika - Eropah meracuni aqidah seluruh negara umat Islam yang dijajah.
Mereka mula menanam benih perpecahan di mana-mana. Dalam konteks Tanah Melayu, mereka sengaja memunggah buruh India dan Cina nonIslam dari kedua-dua benua.
Melalui kaedah "divide and rule", mereka asingkan lagi penempatan mengikut kelompok kaum berasaskan lokaliti. Baik di Tanah Melayu dan Indonesia atau di Timor Tengah, setelah seluruh logam, minyak dan hasil mahsul habis diperas, mereka lalu izinkan pula penubuhan parti-parti politik dalam petak-petak kebangsaan.
Setelah yakin yang telah muncul anak-anak didik yang telah sempurna disekularkan, tokoh-tokoh nasionalis setempat pun diizin bergerak dalam parti-parti kebangsaan untuk dihadiahkan kemerdekaan dan membentuk kerajaan.
Sungguhpun Barat memberi kemerdekaan, mereka tetap tidak lepas dan terus menyucuk hidung anak jajahan masing-masing agar terus kekal taat menjadi proksi mereka melalui kerangka perlembagaan sekular negara masing-masing.
Timbuni sesat lahirkan Umno
Dalam konteks Tanah Melayu, timbuni sesat inilah yang melahirkan Umno. Inilah segala punca kepada munculnya dasa-dasar dan program pembangunan, pendidikan, sosial, hiburan dan ekonomi yang keliru dan menggelirukan.
Kita boleh saksikan sendiri dari seribu satu macam penyakit sosial yang sedang galak merebak. Lantaran itu, tidak hairanlah walaupun kita diberi mandat untuk memimpin OIC, namun pemimpin Umno yang mempengerusikannya tidak pernah akan gigit rantai yang telah dikunci kelehernya oleh bekas tuannya.
Berbalik kepada Perang Salib, pengisytiharan Bush, Blair dan sekutunya bertolak dari insiden 9/11 telah mengesahkan Fasa Kelima dari pertentangan Islam vs Yahudi Nasara ini.
Telah lama mereka meracuni minda dan pegangan aqidah kita supaya mengasingkan politik dari agama sedangkan mereka sendiri tetap meneruskan dendam untuk menghancurkan Islam bertolak dari kuasa yang di ambil dari manipulasi politik.
Ertinya, mereka menyogok kita supaya hanya leka berritual dengan solat, zakat, puasa dan haji sahaja dan tinggalkan urusan politik tetapi mereka terus tetaplah tidak lepas-lepas menguasai tampuk kuasa di gelanggang politik.
Kita yang dibodohkan ini rupanya telah tertelan pil khayal. Kini, bagaikan sepat yang sudah tertelan pancing kita cuma menurut saja. Dalam keadaan menyaksikan saudara sendiri disembelih dibom dan dibedil itu pun, kita masih tidak mampu keluar dari lubang sekular sesat ajaran Eropah yang tersangatlah dalam itu.
Kita dipukau buru musuh yang bukan musuh
Kita digesa memburu pengganas seperti yang ditunjukkan Bush dan anehnya kita terus memikul bazooka. Hampir sah yang kita dipukau untuk memburu musuh yang bukan musuh sebenarnya.
Jika di Kashmir, mereka sengaja naikkan pemimpin beragama Hindu berketurunan Singh untuk menjadi penguasa, sedangkan mereka tahu yang 95 peratus dari penduduk Kashmir beragama Islam.
Demikian juga di Iraq terkini, mereka sengaja menaja kaum Syiah menjadi Presiden walaupun semua kita tahu yang majoriti penduduk Iraq itu dari kalangan Sunni.
Ringkasnya, percaturan politik dunia sedang diatur rapi oleh protokol Yahudi. Seperti Bush, Blair dan sekutu mereka "sesungguhnya orang-orang zalim itu sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain dan Allah adalah pelindung orang-orang bertaqwa." (Sebahagian dari maksud Surah Al-Jaatsiyah Ayat 19).
Dengan keimanan dan keyakinan itu, saya masih pasti ada jalan keluar yang selamat untuk orang-orang yang bertaqwa mengalahkan mereka.
Mari kita sama-sama mencari pintu rahsia itu untuk memukul mereka esok atau lusa.

Iblis Datang Menganggu Ketika Sakaratul Maut

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: ''Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.''

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu ''Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.''
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: ''Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.'' Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: ''Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah''Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: ''Aku tidak tahu.''
Berkata ulamak Iblis: ''Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.''
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: ''Bagaimanakah Zat Allah?''Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: ''Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.''
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: ''Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.''
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: ''Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.''
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: ''Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.''Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam
Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.
Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: ''Ya Tuhan kami selamatkanlah.''
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: ''Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:''Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.''
Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.Iblis Dengan Ahli Neraka
DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api. Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: ''Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.''
Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: ''Wahai para penghuni neraka.'' Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis. Kata Iblis: ''Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa'ir.''
Berkata Iblis lagi: ''Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.''
Berkata Iblis lagi: ''Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?''
Akhirnya Iblis berkata: ''Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.''
Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.
Malaikat Zabaniah berkata: ''Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.''
Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti maka segala-galanya tidak berguna lagi.
Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya.
Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.

Detik-detik terakhir kehidupan Insan Mulia

Daripada Ibnu Mas'ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:''Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.''
Allah berfirman: ''Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.''
Kemudian kami bertanya: ''Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila' la.''
Kami bertanya lagi: ''Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: ''Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.''
Kami bertanya: ''Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?'' Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: ''Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.''
Semakin Tenat Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.
Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: ''Assalamualaikum ya Rasulullah?'' Kemudian ia berkata lagi ''Assolah yarhamukallah.''
Fatimah menjawab: ''Rasulullah dalam keadaan sakit?'' Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.
Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: ''Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.''
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: ''Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?'' Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.
Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: ''Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.''
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: ''Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.''
Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: ''Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!'' Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: ''Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.''
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: ''Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?'' Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: ''Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: ''Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.''
Rasulullah SAW bersabda: ''Tahukah kamu siapakah dia?'' Fatimah menjawab: ''Tidak wahai baginda.'' Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: ''Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.''
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: ''Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan Assalamualaika ya Rasulullah.'' Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?''
Malaikat Maut menjawab: ''Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Rasulullah SAW bertanya: ''Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?'' Jawab Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: ''Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.''
Ketika Sakaratul Maut Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: ''Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; ''Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.''
Baginda SAW bersabda: ''Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.''
Baginda SAW bersabda lagi: ''Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.''
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: ''Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?''Jibril as bertanya: ''Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: ''Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?''
Jibril menjawab: ''Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.''
Maka berkatalah Rasulullah SAW: ''Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?'' Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.
Ali ra bertanya: ''Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: ''Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.''
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: ''Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?'' Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.
Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: ''Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir.''
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu'az bin Jabal ra telah berkata: ''Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu'az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.''
Mu'az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: ''A'uzubillahi minasy syaitannir rajim?'' Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.
Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'az berkata: ''Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?'' Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.
Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'az berkata kepada mereka: ''Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu'az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: ''Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?''(Az-Zumar: 30).
Maka menjeritlah Mu'az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: ''Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?''(Ali-lmran: 144)
Maka Mu'az pun menjerit lagi: ''Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?'' Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: ''Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”
Kemudian ia berkata: ''Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?'' Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: ''Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.''
Lalu Mu'az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'az bertanya kepada orang tersebut: ''Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu'az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu'az: Wahai Mu'az sedarlah dan bangunlah.''
Ketika Mu'az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu'az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.
Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu'az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: ''Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?'' Mu'az menyambungnya:''Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?'' Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal:''Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu'az yang sedang pengsan.
Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'az, lalu ia berkata: ''Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:''Sampaikanlah salamku kepada Mu'az.''
Maka Mu'az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: ''Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.''
Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'az mengucapkan: ''Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?'' Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata:''Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu'az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: ''Assalamualaikum ya ahli bait.''
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: ''Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.''
Kemudian Fatimah berkata lagi: ''Masuklah wahai Mu'az?'' Ketika Mu'az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: ''Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu'az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.''Kemudian Mu'az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.

Anjing Musafir

Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing. ''Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?'' Tanya Abdullah bin Jaafar.

''Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.''Jawab si hamba.
''Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?'' Tanya Abdullah.

''Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.''Jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: ''Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.''

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

(*) Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun.Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.

Isnin, Ogos 21, 2006

Apa sebenarnya perancangan Isreal di Lubnan?Analisa jelas.

RESOLUSI 1701 PBB : LAGI RESOLUSI MEMIHAK ISRAEL,
TERUS MELEMAH UMAT ISLAM

Oleh : Ustaz Ir. Haji Abdul Halim Abdullah

13 Ogos 2006

Demikian tamatnya sekali lagi sandiwara Israel dan Barat, musuh-musuh Allah dengan tercapainya Resolusi 1701 semalam (12 Ogos 2006) sebulan setelah Israel menimpakan kerugian 1100 nyawa yang terkorban, sepertiganya kanak-kanak dan berbilion dollar
kemusnahan hartabenda ke atas Lubnan dan tentera Hizbullah mesti melucutkan senjata mereka demi menjamin keamanan dan kelangsungan penjajahan Israel
ke atas umat Islam di tanah-tanah Arab. Resolusi sedikitpun tidak meminta Israel mambayar ganti rugi kerosakan Lubnan, sebaliknya “(Resolusi 1701) Masyarakat antarabangsa diminta bertindak segera untuk menghulurkan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada rakyat Lebanon, termasuk dana bagi membantu puluhan ribu pelarian kembali ke kampung halaman” . Israel mempunyai 5 sempadan negara iaitu bersama Mesir, Saudi Arabia, Jordan, Syria dan Lubnan. Mesir, Saudi Arabia dan Jordan telah lama tunduk kepada tuntutan Amerika dalam memberi keamanan dan kelansungan kepada Israel. Mesir menggugurkan tuntutannya terhadap Semenanjung Gaza yang dijajah Israel sejak tahun 1967. Jordan menggugurkan tuntutannya terhadap Tebing Barat yang dijajah Israel sejak 1967. Syria masih menuntut Tebing Tinggi Golan yang dijajah Israel lalu disenaraihitamkan oleh Amerika dan Israel. Sebaik Amerika berjaya menjajah Iraq pada tahun 2003, Syria telah diberi amaran lebih keras untuk tunduk dan patuh kepada tuntutan Amerika dan Israel. Amaran lebih keras dikeluarkan apabila Amerika memfitnah Syria terlibat dalam pembunuhan Perdana Menteri Lubnan, Rafiq Hariri pada tahun lalu dan menjadikannya penyebab untuk mengarahkan tentera Syria yang berada di Lubnan sejak berdekad untuk keluar dan balik ke Syria sebagai strategi untuk Israel menyerang Lubnan mulai bulan lalu. Ramai percaya pembunuhan tersebut dilakukan oleh Israel dan Barat kearah perlaksanaan perancangan mereka yang lebih jauh.

Kerajaan Lubnan, seperti nisbah penduduknya, mempunyai bilangan penganut Kristian yang ramai termasuk presidennya sendiri. Oleh sebab itu, Barat menjadikan Lubnan sebagai pintu masuk pengaruh Barat ke dalam dunia Arab. Namun begitu, tentera kerajaan Lubnan yang
lemah tidak menguasai keseluruhan Lubnan terutama di selatan dimana tentera Hizbullah bermazhab Syiah yang didokong oleh Iran dan Syria adalah lebih kuat dan berpengaruh. Israel dan Amerika mahu tentera Hizbullah yang kuat dilucutkan senjata mereka dan ditukar kepada
tentera kerajaan Lubnan yang lemah agar menjamin keamanan dan kelangsungan Israel di sempadan selatan Lubnan.

Oleh itu Resolusi 1701 juga menyebut:
“* Sebaik sahaja pertempuran berakhir, pasukan PBB di selatan Lebanon, Unifil akan diperbesarkan daripada 2,000 kepada 15,000 askar bagi membantu menyelaraskan penghantaran 15,000 askar Lebanon ke selatan Lebanon dan pengunduran askar Israel dari kawasan itu. Tentera kedua-dua negara akan bergerak ‘secara serentak’.

Unifil boleh mengambil segala tindakan perlu di kawasan operasinya untuk memastikan kawasan tersebut tidak digunakan untuk menjalankan sebarang bentuk aktiviti permusuhan.
* Resolusi memperuntukkan beberapa langkah ke arah mewujudkan gencatan senjata dan penyelesaian politik berkekalan. Antaranya ialah pelucutan senjata semua kumpulan bersenjata di Lebanon dan kedua- dua pihak menghormati Garisan Biru, iaitu sempadan yang ditetapkan oleh PBB di antara Israel dan Lebanon.
* Semua negara dikehendaki menyekat penghantaran senjata atau peralatan tentera kepada ‘mana-mana entiti atau individu’ di Lebanon kecuali tentera Lebanon dan askar PBB.

Dengan Resolusi di atas, Israel mendapat semua yang dicita-citakan dan Lubnan menghadapi hari muka yang lebih suram dan terancam. Kekuatan di selatannya dilumpuhkan. Adapun hari ini, dimana tentera Israel telah masuk lebih dari 10 batu ke dalam negara Lubnan, Hizbullah mesti memberhentikan serangan, sedang Israel memberhentikan serangan berbentuk
offensif. Adapun berada kekal di bumi Lubnan, tidak dipersoalkan, seperti yang terkandung dalam Resolusi 1701 berbunyi,
“* RESOLUSI menuntut pertempuran dihentikan sepenuhnya
– Hizbullah dikehendaki menghentikan semua serangan dan Israel akan menamatkan operasi ketenteraan yang bermotif serangan (ofensif).Benarlah apa yang disuarakan oleh Pemangku Menteri Luar Lubnan, Tarek Mitri semasa mengutuk Israel dalam ucapan beliau di
depan Majlis Keselamatan PBB bahawa beliau melahirkan kebimbangan mendalam mengenai syarat-syarat rancangan gencatan senjata PBB yang menuntut askar Israel
menghentikan semua operasi ‘menyerang’ tetapi tidak menghendaki pertempuran dihentikan segera.

“Gencatan senjata yang tidak lengkap bukanlah gencatan senjata sebenar. Gencatan senjata yang terus mempertahankan hak satu pihak untuk tidak menghentikan tembakan bukanlah gencatan senjata. Tarek juga mengadu bahawa resolusi PBB itu tidak menuntut supaya ditarik balik sekatan perdagangan yang dikenakan oleh tentera Israel terhadap Lebanon bagi tujuan menyekat penghantaran senjata kepada Hizbullah.

Kerajaan Israel dilihat lemah oleh rakyatnya dan dimata antarabangsa jika 2 askar yang ditawan terus berada ditangan musuhnya. Tuntutan pembebasan mereka oleh sanak saudara dan rakyat akan terus memuncak. Setelah Israel dan Amerika melakukan kerosakan dimuka bumi terhadap nyawa dan harta benda, seperti biasa datanglah peranan PBB selepas itu dalam menyempurna dan menegaskan objektif-objektif yang ingin dicapai oleh musuh-musuh Allah itu berupa Resolusi 1701 berbunyi,

“* Mukadimah resolusi menuntut pembebasan tanpa syarat dua askar Israel yang ditawan oleh Hizbullah dan menggalakkan penyelesaian isu rakyat Lebanon yang ditahan di Israel.
* Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan akan menyediakan cadangan dalam 30 hari berhubung pelucutan senjata militia dan penetapan sempadan, termasuk kawasan Ladang Shebaa di sempadan Israel-Syria-Lebanon. “Menuntut pembebasan tanpa syarat” tentunya berbeza dengan “menggalakkan penyelesaian”, apatah lagi yang dituntut pembebasan tanpa syarat hanyalah seramai 2 orang Israel, sedang rakyat Lubnan yang ditahan oleh Israel adalah ribuan jumlahnya.

Dari Resolusi 1701 yang dicapai dalam Majlis Keselamatan PBB semalam dapat disimpulkan bahawa :

1. Umat Islam yang dihina sedemikian rupa samada di bunuh di medan maupun di perlekehkan di majlis mesyuarat dunia mesti berusaha memperbaiki diri dengan menghayati Islam sepenuhnya dalam diri dan negara.

2. PBB adalah badan yang memusuhi umat Islam terutamanya Majlis Keselamatan yang dianggotai oleh lima anggota tetap (Amerika, Britian, Perancis, Rusia dan China) yang memiliki “Kuasa Veto”.

3. Israel dan Amerika tidak akan memahami kecuali bahasa kekuatan iaitu bilamana umat Islam kembali kepada kesucian matlamat dan ganjaran Jihad dijalan Allah. Ini dibuktikan oleh Hamas di Palestin dan Hizbullah di Lubnan.

4. Penentangan terbuka dengan kekuatan oleh umat Islam hari ini terhadap musuh-musuhnya terutama Israel hanya dibuat oleh badan-badan Islam sahaja. Adapun kebanyakan kerajaan-kerajaan umat Islam, sikap mereka masih lagi mengecewakan dan jauh dari langkah-langkah
sebenar dan bersungguh yang diharapkan. Perbincangan ke arah tercapainya Resolusi 1701
semalam dihadiri oleh sebahagian negara-negara umat Islam.

Semoga Allah memelihara kita, keluarga dan umat Islam dari godaan nafsu dan syaitan dan dari perancangan jahat musuh dan memberi kita kekuatan melihat yang benar itu sebagai kebenaran lalu mengikutinya, dan yang salah itu sebagai satu kesalahan lalu menjauhinya.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, Ogos 18, 2006

Mufti Perak Mengenai Murtad

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Hari Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui 6 peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam dalam negara ini. Taklimat berlangsung selama 4½ jam. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian, menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini. *Bencana Umat Islam * Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina bt. Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara *11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak* *memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion). * Kes ini dibicara di hadapan 3 hakim di Mahkamah Agung iaitu Y.A.A Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi: i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang. ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai. iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya. Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun di lihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Canada , Australia dan AS pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersintak setelah saya melapurkan perkara ini. Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk. *Gerakan Kristian Dan Hinduisme * * * Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini. Saya telah memberitahu juga hampir *250,000* orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri. Orang Islam yang memeluk *agama Hindu* sahaja sudah hampir *100,000 orang*. Ini mengikut jangkaan Persatuan India Muslim. Bahkan mengikut lapuran pihak Polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada *13,000 hingga* * 14,000*. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah *14,000* orang. Ini yang menjadikan saya lantang. *Majlis Raja-Raja Bangkitkan: * 1) Apa peranan masjid. 2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid. 3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional. Di Uzbakistan dan China, walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim disamping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan. *Serangan Aqidah Di malaysia* Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran. 1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan Fakulti-Fakulti Islam di Universiti mereka. 2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadkan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam. *Di Indonesia * Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di Universiti-Universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Inipun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia . Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual. Sekarang, di Malaysiapun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan di tukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam. *Keputusan Mengenai Kes Pakai Serban * Ini ada lapurannya dalam semua akhbar. Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya. *Peranan Masjid* Allah jadikan sembahyang berjemaah 5 waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, *ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja*. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang dihindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia. *Harapan Kepada Siapa? * Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, Al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim. Allah S.W.T berfirman: *"Kami wariskan Al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)." * * * *Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T.* Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan. Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam.

*Anual Bakhri Haron * *S/U Menteri Besar Kelantan* Bertarikh : 15 Rejab 1427 9 Ogos 2006
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.