Isnin, Disember 31, 2007

Anak Kecil Dan Seketul Batu

Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapiseketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi ekskutif
muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit ekskutif tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan,
panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Rabu, Disember 12, 2007

TEMAN

Sejak mula pertemuan itu
Hati melonjak terkenangkanmu
Tiap detik ku mengharapkan
Panggilan rindumu sayang


Apa kau rasa yang ku rasakan
Mungkin ini satu permulaan
Biarlah mawar terus bersemi
Mekar harum mewangi


Takku menduga…..
Cinta yang ku cari selama ini
Dikaburi wajah-wajah yang tiada
Ertinya sayang…..


Hadir di sisi
Tanpa harap belas dan perhatian
Namun kau pasti hadir di situ
Saat ku perlukan….


Jangan hirau cerca dan hinaan
Kita teman yang tak sehaluan
bukti kasih dan keikhlasan
Mengikat hatimu hatiku..


Back to (1, 2 & 3)


Hadir di sisi
Tanpa harap belas dan perhatian
Namun kau pasti hadir di situ
Saat ku perlukan….

Te.. Te.. Te.. de.. de..

Kau teman……

Khamis, Disember 06, 2007

PERANGKAP TIKUS

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika
mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil
menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus. Sang tikus naik panic bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !"
Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada

kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.

Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada
yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi
perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar
aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata
" Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan
aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan
menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang
terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak
sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU
BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Khamis, November 29, 2007

Anda dan Kehilangan

"Kadang2 ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan,petir dan kilat... Kite bersedih... dan tertanya2... kemana hilangnya matahari, Rupa2nya..ALLAH nak hadiahkan kita pelangi... "

Itulah hakikat hidup kita sekarang. Bukan anda sahaja tapi termasuklah saya. Kadang-kadang dalam kehidupan seharian kita inginkan yang terbaik untuk diri kita sehingga sanggup buat apa sahaja bagi merealisasikan segala impian TAPI kita lupa bahawa apa yang kita kejar tu sebenarnya bukan yang terbaik untuk diri kita. Kadang-kadang kita menangis bila kenangkan apa yang kita hilang tapi pernahkan kita fikir apa yang akan kita dapat. Patutkah kita menangis meratapi sesuatu yang hilang yang dah pasti bukan hak kita. Kita lupa bahawa setiap kejadian yang terjadi dalam hidup ini ada hikmah dan bukan sengaja suka-suka di jadikan. Dalam masa-masa tertentu, kita selalu harapkan apa yang kita ada sekarang akan kekal sampai bila-bila tanpa kita fikir setiap sesuatu tu takkan kekal selama-lamanya. Setiap masa kenangan kehilangan sesuatu berharga akan tetap menghantui diri kita. Terpulang pada kita bagaimana menghadapi situasi tersebut. Adakah perlu difikirkan hingga menjejaskan prestasi kerja dan kesihatan atau lupakan sahaja masalah tu. Bak kata orang-orang melayu... MALAS NAK PIKIR.... Pada saya, tak payah sakitkan otak nanti kena migrain. Mana yang boleh kita fikir, fikirkan tapi kalau fikir sampai terjejas pretasi kerja dan kesihatan baik jangan fikir. Biarkanlah kehilangan tu terus berlaku kerana dalam hidup ni kita akan menghadapi bermacam-macam kehilangan dan dalam bermacam bentuk. Pasrahlah dgn segala yang terjadi kerana setiap yang terjadi hari ini akan ada hikmah dihujung jalan sana cuma kita belum nampak atau berfikir dengan apa yang berlaku hari ini. Jangan ingat apa yang anda inginkan itu adalah yang terbaik untuk diri anda. Segala-galanya bakal ditentukan oleh Nya kelak.

Rabu, November 28, 2007

Pulau Angsa Lagi

Trip ini diadakan pada 17/11/2007 hingga 18/11/2007. Disertai oleh 12 orang kaki pancing dari Ace Anglers Team. Terbahagi kepada 2 bot.

Bot 1
  1. Rashid (Chief merangkap chef)
  2. Izad
  3. Apen
  4. Salim
  5. Asri
  6. Osman
Bot 2
  1. Fazdli (Chief merangkap chef)
  2. Abg Joe
  3. Sham
  4. Hussin
  5. Nizam
  6. Roslan


Peralatan perang




Loading Peralatan perang masuk dalam Frontier Izad


Kami sampai di jeti Jeram lebih kurang pukul 6 petang dan bot Ahlong telah sedia menunggu. Barang-barang terus di punggah ke dalam bot. Berat sama di pikul, ringan sama dijinjing. Segalanya selesai dalam
masa yang singkat.


RAshid & Asri




Baiki bot bocor agaknya diorang ni.


Selesai proses pengambilan umpan hidup iaitu Sotong Kurita dan udang, bot mula bergerak. Waktu ni matahari telah mula tenggelam. Indahnya Ya Allah ciptaan engkau... Terasa betapa kecilnya diri ni bila berada ditengah laut diwaktu matahari mula tenggelamkan diri.
Perjalanan ke Pulau Angsa mengambil masa lebih kurang 1 ke 2 jam. Masing-masing sibuk layan perasaan. Bestnya kalau hari-hari aku dapat kenikmatan macam ni. Jauh dari aku fikirkan segala masalah peribadi dan kerja. Tenangnya kepala otak masa tu. Dari jauh kelihatan menara pemancar Rumah Api Pulau Angsa berkelip-kelip seolah-olah memanggil bot-bot supaya segera berlabuh. Emmm... sampai je, sauh pun diturunkan. Maka.... bermulalah aktiviti memancing.... hihihihihi... aku nak pegi sembahyang jap. Pas ni sambung. Sambil tu tengoklah gambar-gambar ni dulu.



Indahnya......



Mentari tenggelam diufuk Barat


Sambung kembali.... Aktiviti memancing bermula. Dalam trip ni mmg hampir keseluruhan kami dapat gelama. Yang paling besar bersaiz 1 kg. Banyak plak tu. Mmg tak termakan ikan gelama kitorang. Gunalah umpan apa pun. Mesti naik gelama. Tengok jelah gambar kat bawah ni. Inilah hasil tangkapan kitorang untuk 1 hari 1 malam tersebut.




Hasil tangkapan



Bahagi hasil tangkapan macam kat pasar malam

Kesimpulannya, trip ni meriah dengan gelak tawa, usik mengusik dan secara tak langsung dapat lupakan seketika segala masalah baik peribadi atau kerja. Itulah memancing, hasil tak penting tapi nilai persahabatan dan kemeriahan itulah segala-galanya. Kepada yang terlibat, jutaan terima kasih atas segala sumbangan tenaga dan wang ringgit. I'allah, ada usia jumpa lagi kita di trip yang akan datang. Selamat Memancing untuk semua.

Khamis, November 08, 2007

Bangun awal pagi dapat rezeki berganda

Dipetik dari akhbar Joran;

Petua yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu mengaitkan keyakinan walaupun kadang-kadang dirasakan tidak selari antara petua dan keyakinan Pada hakikatnya petua dapat bertahan lama daripada keyakinan yang sering berubah.


Pak Nuri pernah merisik satu rahsia daripada beberapa orang nelayan veteran yang rata-rata sudah berusia tujuh puluhan yang terus mengamalkan bangun awal pagi sambil melakukan senaman ringan di halaman rumah sebelum menunaikan solat subuh.

Selepas itu berjalan di kebun dengan melalui dicelah-celah daun pokok yang masih berembun bagi mendapatkan kesihatan badan. Melakukan tidur semula selepas solat subuh adalah satu amalan yang kurang baik sama ada dari segi kesihatan mahu pun rezeki.

Menurut Pak Uyup, nelayan tertua di kampung Dumpar Muar, yang dikatakan sudah mencecah usia 105 tahun masih mengamalkan bangun awal pagi kerana udara pagi belum tercemar.

“Walaupun tidak turun ke laut, tapi Atuk tetap bangun pagi dan tidak tidur selepas solat subuh,” Cerita Pak Uyup kepada penulis baru-baru ini sambil mengingatkan berkali-kali supaya air batu jangan diamalkan untuk minum terutama daripada ketul-ketul ais yang dicampur dalam gelas minuman.

“Minum air batu memang lazat untuk hilangkan dahaga, tapi kita tak akan rasa puas. Berbeza kalau kita meneguk teh o panas tanpa gula,” tambah orang tua itu sambil mempelawa penulis minum bersamanya dengan teh o panas.

“Minuman teh yang Atuk amalkan walau di mana Atuk pergi,” teh o tawar bagaikan penawar yang mengalir dalam tubuh dan terasa segarnya walau dalam keadaan bahang panas matahari ketika itu.

Daripada apa yang dapat Pak Nuri timba amalan yang digunakan oleh Pak Uyup yang masih kuat ingatannya perlu dijadikan petua amalan bagi kita terutama pada kaki pancing yang terdedah dengan haus dahaga di tengah laut semasa memancing.

“Kita kena amalkan walaupun dirasakan perbuatan ini satu penyeksaan pada mulanya, tapi pada penghujungnya adalah kebaikan.

“Sambil itu bangun tidur pada waktu awal pagi dan tidak mengulangi tidur sebaik selepas solat subuh perlu dijadikan amalan dan Allah berfirman dalam Al-Quran. - Telah aku taburkan rezeki yang banyak pada waktu awal pagi, berlumba-lumbalah kamu meninggalkan rumah untuk mencarinya dan akan aku gandakan rezeki itu jika kamu benar-benar ikhlas tidak mengulangi tidur hingga matahari terbit.

Kejar Waktu Jangan Lupa Makan

Petikan dari akbar Joran;

KADANG-kadang pemancing tidak mengira waktu untuk berehat, tidur atau makan semasa ekspedisi memancing yang berlarutan hingga tiga hari dua malam atau lebih daripada itu.


Justeru jadual untuk menjaga kesihatan diri juga perlu diatur bersama dengan aktiviti memancing supaya kita dapat bertahan lebih lama dalam keadaan yang selesa.

Petua Pak Nuri kali ini adalah langkah terbaik membahagikan masa memancing pada waktu tertentu seperti pada pagi sebelum fajar dan selepas fajar. Waktu hampir senja sebelum terbenam matahari dan tengah malam. Selain daripada waktu tertentu itu kita boleh memilih waktu arus air lemah antara air pasang dan surut. Kita kena memburu waktu yang terhad ini dan selepas itu kita boleh berehat untuk menyimpan tenaga supaya sentiasa aktif.

Pertemuan dengan Pak Ayub yang sesekali masih turun ke laut melangai udang di Selat Melaka mengamalkan waktu air mati dan cuaca untuk turun ke laut. Pertemuan singkat di kuala sungai Parit Jawa Muar, Pak Ayub, yang berusia 85 tahun masih gagah mengisi tugas sebagai warga pelaut tidak menolak ajakan untuk memburu umpan di kawasan lubuk atau karang.

Pak Ayub berkata waktu dan masa seperti yang disebutkan di atas perlu diamalkan dan dengan cara begitu kita mempunyai masa untuk berehat yang agak panjang.

“Kita tak perlu terus menerus memancing sampaikan lupa waktu malam, solat dan berihat, sedangkan ketika itu ikan langsung tak minat mencari makan, jadi kita nak buat tunggu,” kata Pak Ayub.

Cakapnya ada benarnya melalui pengalamannya yang sudah begitu lama berkawan dengan laut jadi petua yang baik ini perlu dijadikan pedoman oleh generasi hari ini yang berhajat untuk menjadi pemancing yang boleh bertahan lama di laut.

Penting membahagikan masa dan berbincang selalu dengan tekong untuk mendapatkan waktu sesuai untuk memancing supaya kita tidak bosan menunggu begitu lama terutama menunggu masa ikan mencari umpan.

Justeru petua harus di jadikan pedoman dan mengamalkannya.

Selalu Tukar Umpan Mampu Gamit Ikan

Dipetik dari akhbar Joran;

SEORANG tua lelaki yang agak uzur wajahnya selalu berada di warung Pak Jantan yang berdepan dengan Kuala Linggi. Orang tua itu menggemari minuman kopi o keras tidak bergula dan Pak Jantan adalah sahabat baik dengan orang tua itu.


Mereka berdarah pelaut bermula dengan meneroka kawasan pantai di Kuala Linggi lalu menetap kekal di kawasan berkenaan. Penulis yang terpanggil ke warung Pak Jantan dalam perjalanan ke Port Dickson baru-baru ini, sempat singgah lalu berkenalan dengan Pak Dolmat dan sekali gus diajak sama meneguk kopi o tanpa gula.

“Wow! Pahit,” kata penulis ketika meneguk kali pertama dan hampir meludah keluar tetapi dapat bertahan lalu cepat-cepat menelannya.

Pak Jantan dan Pak Dolmat ketawa sambil menepuk bahu penulis.

“Itu permulaan, memang pahit. Tetapi bila dibiasakan, tentunya rasa pahit tak ada lagi,” kata Pak Dolmat sambil menghirup kopinya dengan berselera.

Soal kopi o pahit tidak bergula ditinggalkan seketika kerana tujuan penulis singgah di warung Pak Jantan untuk mendapatkan petua bagaimana cara umpan dapat bertahan lama dalam air laut walaupun keadaan arus terlalu deras.

Pak Jantan dan Pak Dolmat sependapat bahawa jika dalam air melebihi 50 meter dan arus terlalu deras, pemancing dinasihatkan mengguna umpan yang liat seperti isi sotong segar atau isi ikan selayang segar atau ikan hidup.

Cara menurunkan umpan ke dasar juga perlu diberi perhatian. Anda tidak boleh serta-merta atau terus menghulurnya ke dasar kerana cara ini dibimbangkan umpan isi ikan yang tidak segar akan tanggal dari mata kail dengan sendirinya.

Cara paling baik anda perlu menurunkan umpan dengan perlahan dan berhenti seketika dan teruskan semula. Lakukan ini beberapa kali hingga batu ladung mencecah dasar. Seperti biasa apabila mencecah dasar, gulung sedikit tali supaya umpan terampai-ampai.

Kita juga perlu selalu menukar umpan dengan yang baru kerana kadang kala anda tidak sedar bahawa umpan sudah lama hilang dari mata kail dan ini tentunya menghampakan anda untuk mendaratkan ikan.

Petua selalu menukar umpan adalah sesuatu yang terbaik untuk diamalkan dan tentunya dapat menarik minat ikan di dasar. Petua yang sama juga selalu diceritakan oleh pemenang acara GP Joran sejak 10 tahun lalu.

Soalan Bodoh Jawapan Cerdik

Cerita Di petik dari email yang dihantar oleh seorang kawan......

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"


Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.


Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.


Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.


Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.


Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.


Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning... ..hehehe

Rabu, Ogos 29, 2007

Trip Pulau Angsa

Trip ini diadakan pada 11/8 - 12/8/2007. Trip ini disertai oleh 13 peserta yang terbahagi kepada 2 kumpulan.

Kumpulan Ryobi:
  1. Rashid
  2. Izad
  3. Salim
  4. Faizal
  5. Syamrim
  6. Khairul Nizam
Kumpulan Daiwa:
  1. Hanisham
  2. Sy. Jafari
  3. Noh
  4. Hussin
  5. Uwais Mokhtar
  6. Dawod Mohidin
  7. Yusof Ibrahim


Bergambar sebelum naik bot

Kami telah sampai di jeti lebih kurang pukul 4 petang. Selepas mengisi perut, barang-barang pun diangkut kedalam bot. Lebih kurang 15 minit kemudian bot mula bergerak keluar dari jeti Kuala Selangor. Pergerakan bot perlahan kerana keadaan laut yang sedikit bergelora.



Bot geng-geng Ryobi



Wajah-wajah ceria semasa bot mula-mula jalan.... Pas ni taulah korang

Bot belayar lebih kurang 2 jam dari jeti. Selepas melintasi Pulau Angsa, tekong bot telah melabuhkan sauh di port pertama. Apa lagi, umpan pun dilabuhkan lah.... Hasil... Gelama.



Pulau Angsa

Selepas Maghrib bot bertukar port lagi. Kali ni disekitar Pulau Angsa. Port Tong Karat ikut kata tekong. Hasil!!! Kali ini lumayan sikit sbb dapat ikan duri.. hehehhhe.... Aktiviti malam tu lebih tertumpu kepada ikan duri dan gelam. Malam tu arus bawah sekitar Pulau Angsa mulai laju. Batu ladung saiz 12 pun boleh terapung beb...... Bot kerap berpindah port sbb hasil sama iaitu duri dan gelama. Lepas pukul 3 pagi, masing-masing dah terbaring atas lantai bot. Keletihan dek dilambung ombak.



Pagi hari kedua

Pagi hari kedua, awan dah mula berarak mendung. Angin yang mula tadi sepoi-sepoi bahasa dah mula bertiup kencang disertai dengan hujan renyai-renyai. Tanda-tanda ribut akan datang telah mula kelihatan. Tekong pindah lagi. Kali ni betul-betul dibawah pemancar satelit Pulau Angsa. Ombak telah mula mengoleng bot. Ombak telah mula menjadi besar. Safety jacket dah tersisip kemas dibadan masing-masing. Tahu takut bila tengok ombak dah mula menghempas bot. Mancing tetap diteruskan. Kali ni tekong telah menaikkan Jenahak dalam lingkungan 4 kilo dengan umpan Sotong Kurita. Berdesit 'drag' pancing wak tekong tu melayan jenahak. Jenahak berjaya didaratkan. Kami still layan gelama ngan duri lagi. Adoiii.. banyak benor spesis ni kat Pulau Angsa. Setelah menunggu hampir sejam, bot pindah lagi. Kali ini atas lagi dari Pulau Angsa. Keadaan masa tu dah macam tak mengizinkan kami pergi lebih jauh. Bot pun macam dah tak mampu nak belah ombak. Sampai disebuah pulau, kami sepakat untuk balik ke pangkalan kerana ombak terlalu besar dan masing-masing dah senyap sebab dah mula pening-pening lalat. Pulak tu dengan bot yang beroleng dihempas ombak membuatkan masing-masing kecut perut kot.... hhhehehehehhe.....

Setelah menempuh perjalanan pulang yang agak mencabar mental, akhirnya bot selamat tiba dipengkalan. Alhamdulillah, kami selamat sampai. Hasil keseluruhan hanyalah ikan gelama dan ikan duri. Hasil tangkapan dibahagi sama rata dan kami berangkat pulang lebih kurang pukul 4 petang. Trip ini adalah yang pertama kepada para-para 'beginer'. Keseluruhannya trip ni berjaya dan trip ni jugak dapat tengok ada yang kantoi sbb mabuk termasuklah aku sekali. 2 hari 2 malam mabuk darat... HAHAHHAHAHA...........

Isnin, Julai 09, 2007

Penangan Si Sepit Biru

Trip ni diadakan pada Ahad 8/7/07. Fuhhh Yoooo... best jugak trip ni lebih-lebih lagi bila menerima tarikan ganas udang galah ala-ala sepat ronggeng gitu.... Trip ni dah dirancang hampir sebulan yang lalu yang mana 'organizer' untuk trip ni memang orang kampung tempat kitorang pegi tu. Trip ni di sertai oleh 15 otai. Semuanya memang pemancing tegar tahap tak boleh pulih dah ketegarannya.


Macam biase ler.... posing dulu sebelum turun.

Trip bermula apabila kami mula berkumpul di sebuah restoran di Pekan Tg Karang. Berkumpul sambil bersarapan pagi. Setelah selesai makan kami mula bertolak ke pangkalan untuk menaiki bot. Bila sampai je bot dah 'ready'. Para-para juragan pun mulalah panaskan enjin bot masing. Semuanya 5 buah bot. Setiap bot 3 orang.


Bersiap untuk ke padang pancing

Perjalanan mengambil masa 1/2 jam untuk sampai ke 'port' masing-masing. Bila berlabuh je bot, masing-masing apa lagi labuhkan pancinglah. Tarikan pertama tak sampai 5 minit. Bila angkat je.... hehheheh... sang sepit biru dah tewas daaaa ngan joran udang gua niiii... ni lah tangkapan pertama.


Tangkapan pertama


Bro Joe dengan hasil tangkapannya

Lepas pada tu tangkapan silih berganti dengan ikan yang dikenali sbg Nyet-nyet. Ala-ala baung gitu. Hasil tangkapan udang banyak jugak. Adalah dalam 20 ekor lebih. Keseluruhannya, trip ni berjaya dan tinggalkan kesan jugak sebab kali pertama mancing udang. Seronok sebenarnya mancing udang ni. Tak sangka pulak.... Apa pun lepas ni trip ni akan ada lagi. Tunggu dan Tungguuuuu!!!!!!!!!


Sg Tg Karang

Sabtu, Julai 07, 2007

Satu Kemenangan

A'kum dan berjumpa kembali setelah beberapa hari menyepi. Semalam (6/7/2007) kami telah adakan satu perlawanan bola tampar antara Pasukan "Bukan Team Biase" yang dianggotai pekerja biase menentang pasukan "the Real HOD" yang mana dianggotai oleh pihak pengurusan. Rentetan dari cabar mencabar secara bertulis dan mulut akhirnya Alhamdulillah, kami telah menang dengan agregat 2-0... Hehhehe.. suka beb sbb dapat kalahkan diorang.... Pas ni bolehlah kita cabar team lain plak... Adiiiioooooosssssss...... Amiiiiggggooooossssss............


Ini gambar gua lerrr... Posing sblm main.


Sewaktu perlawanan


Sewaktu perlawanan


Coach (baju kuning) , Fisioterapi (baju putih)

Pasukan "Bukan Team Biase"


Pasukan yang main

Selasa, Jun 26, 2007

PERATURAN MEMANCING SECARA BERETIKA

Oleh: Aznir Malek

Para Pemancing,

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca lakaran ini!

Kebelakangan ini, memancing telah menjadi aktiviti rekreasi yang amat digemari di
negara kita. Namun, beberapa isu kini mencabar kita. Isu seperti kepupusan spesis ikan negara, pencamaran dan penghapusan habitat ikan, serta kemunduran sikap dan tatasusila dikalangan para pemancing. Jadi, kita sebagai pemancing yang berhemah perlulah menunjuk jalan dan menjadi contoh kepada yang lain.


Jika kita memberi pendekatan dalam memancing dengan cara yang beretika serta mesra-alam, maka ini akan memberi hasil positif yang boleh dinikmati semua. Akan ada banyak ikan diperairan kita. Tiada sampah ditepi sungai atau tasik, tiada sisa terapung-apung didalam air. Tingkahlaku para pemancing pun tidak menjolok mata. Alangkah ini visi yang menyeronokkan!

Walau bagaimanapun, perubahan mestilah bermula dengan kita sendiri. Marilah kita menjadi pemancing contoh, dan mempraktikkan aktiviti memancing secara beretika.
Sila baca syor kami, ia itu Peraturan Memancing Secara Beretika. Berbincanglah peraturan ini bersama rakan-rakan anda. Buatlah salinan fotokopi dan unjurkanlah kepada pemancing lain. Lebih baik, tinggalkan beberapa salinan di kedai-kedai pancing yang berdekatan, supaya orang lain akan mendapat ‘mesej’ kita!


Let’s Do It Right!

Kelah Action Group of Malaysia (KAGUM)

“Saving our rivers, Saving our fishes”

PERATURAN MEMANCING SECARA BERETIKA - UNTUK PEMANCING MALAYSIA

Nota: Beberapa peraturan ini telah dipetik dari peraturan memancing International Game Fish Association (IGFA), sebuah badan yang merangkumi pemancing seluruh dunia. Objektif umum adalah untuk menggalakkan kaedah memancing yang beretika dan juga piawaian bagi pertandingan memancing serta rekod pancingan.


A. PERALATAN MEMANCING

a. TALI PANCING

- Tali yang digunakan untuk memancing sesuatu spesis ikan perlu tak terlalu kasar, namun tak teralu halus. Dengan ini, ikan tidak lah boleh memutuskan tali dengan senang dan terseksa dengan mata kail dimulutnya.
- Tali mesin kekili (main line): Tali tangsi (nylon) atau tali sulam (braided) boleh digunakan. Tali dawai tidak boleh digunakan.
- Tali tambahan gelung kekili (line backing): Jika tali tambahan disambung kepada tali mesin kekili, ia tidak boleh melebihi 130 paun (60 kg.). Tangkapan ikan akan diiktiraf dibawah tali yang lebih berat.
- Tali pendua (Double line): Jika tali pendua digunakan, maka ia perlu dibuat dari tali mesin kelili. Panjang maksima adalah seperti berikut:
- Perairan air masin, tali sehingga 20 paun (10 kg): 15 kaki (4.57 m.)
- Perairan air masin, tali lebih dari 20 paun hingga 130 paun: 30 kaki (9.14 m.)
- Air tawar, semua saiz tali: 6 kaki (1.82 m.)
- Tali perambut (Leader): Jika menggunkan tali perambut, anda perlu mematuhi spesifikasi berikut:
- Perambut harus disambung ke tali mesin melalui kekili, sambungan (knot) atau sebagainya. Tiada peraturan mengenai saiz atau jenis bahan perambut.
- Panjang maksima perambut adalah seperti berikut:
- Air masin, perambut sehingga 20 lb (10 kg): 15 kaki (4.57 m.). Jumlah panjang perambut dan tali pendua tidak boleh melebehi 20 kaki (6.1 m.)
- Air masin, perambut lebih 20 lb sehingga 130 lb (60 kg): 30 kaki (9.14 m.). Jumlah perambut dan tali pendua tidak boleh melebihi 40 kaki (12.19 m)
- Air tawar, semua saiz tali perambut: 6 kaki (1.82 m.). Jumlah panjang perambut dan tali pendua tidak boleh melebihi 10 feet (3.04 m.)

b. MATA KAIL

- Untuk umpan ikan hidup mati: Tidak lebih dari dua mata kail perlu gunakan. Kedua-dua mata kail perlu dibenamkan kedalam umpan. Tidak diibenarkan mata kail yang tergantung bebas. Mata dua atau mata tiga tidak dibenarkan.
- Ikatan dua mata kail bagi pancingan dasar hanya dibenarkan jika menggunakan dua perambut berasingan dan juga jika tidak menggunakan mata dua atau mata tiga. Setiap mata kail mestilah dibenamkan kedalam umpan masing-masing. Jarak antara mata kail mestilah agak jauh, supaya jika seekor ikan telah memakan umpan, mata kail yang kedua tidak mencucuk badan nya (foul hook).
- Mata kail untuk gewang: Bila menggunakan gewang yang ada “skirt” atau bahan yang bertali darinya, tidak lebih dari dua mata kail dibenarkan disambung kepada tali pperambut.. Mata kail kedua tidak boleh jauh kebelakang bahan yang bertali (skirt) itu.
- Mata pendua atau mata tiga dibenarkan baggi gewang lain.
- Gunakan mata kail yang tidak bertaji jika boleh. Keberkesanan mata kail ini sama dengan mata kail biasa. Kadangkala, ia lebih berkesan! Jika berlaku kemalangan kepada ikan atau pun pemancing, ia jauh lebih senang dilucutkan!

c. MESIN KEKILI

- Mesin kekili mestilah secocok dengan adat resam dan etika memacing.
- Mesin kekili yang menggunakan kuasa elektrik atau sebagainya, tidak disyorkan, dan tidak dibenarkan bagi pertandingan memancing.
- Mesin kekili yang menggunakan alat “ratchet” juga tidak disyorkan, dan tidak dibenarkan dalam pertandingan memancing.

d. JORAN

- Joran mestilah secucuk dengan adat resam dan etika memancing.
- Penghujung joran (dari tapak mesin kekili hingga ke hujung atas joran) perlulah sekurang-kurangnya 40 inci (101.6 sm) Pangkal joran (dari tapak mesin kekili hingga hujung bawah joran) tidak boleh lebih dari 27 inci (68.58 sm).
- Ukuran-ukuran diatas tidak digunakan bagi bidang memancing pantai, “coarse fishing” atau “pole fishing”The above measurements do not apply to surfcasting, coarse fishing and pole fishing rods.

B. ETIKA MEMANCING

a. KAWASAN PERIBADI PEMANCING

- Hormatilah pemancing lain. Setiap pemancing memerlukan kawasan memancing peribadi mereka. Jangan ‘menceroboh’ kedalam kawasan ini. Kawasan ini pastinya berbeza, terpulang kepada keadaan. Namun, anda perlulah menggunakan lojik, supaya tidak mengganggu pemancing lain.

b. BERSOPAN SANTUN

- Bersopan santun lah terhadap pemancing lain. Minta izin jika anda hendak memancing berdekatan dengan mereka.
- Jangan buat bising. Ini mungkin menakutkan ikan, dan mungkin juga membuat pemancing lain marah.
- Jangan mengacau permukaan air tanpa sebab, umpamanya meranduk air, membasuh dsb.- Jika anda mengguna bot dan berdekatan dengan pemancing lain, perlahankan bot anda supaya tiidak mengacau mereka. Cuba mengelakkan kawasan pancingan mereka, jika boleh.

c. KESELAMATAN

- Sentiasa fikirkan keselamatan bagi diri anda dan juga orang lain.
- Jangan tinggalkan benda tajam seperti pisau atau mata kail diatas tanah atau lantai bot.
- Pakailah alat pelampung (personal floatation device) setiap masa, bila anda berada didalam bot atau dalam air.
- Buat tinjauan keselamatan dulu, sebelum anda meranduk sungai atau menggunakan bot. Cari nasihat tentang sungai atau tasik atau laut yang ingin anda jelejahi.

Ingat : sesal kemudian tiada gunanya!

C. PEMULIHARAAN IKAN (FISH CONSERVATION)

Jumlah ikan di Malaysia sekarang amatlah berkurangan. Berbagai cabaran seperti pencemaran, kemusnahan habitat serta aktiviti penangkapan ikan yang tidak terkawal, telah menjejaskan stok ikan kita. Kita sebagai pemancing yang berwibawa perlulah membantu menyelamatkan ikan yang tersayang dari kepupusan. Setiap tindakan positif anda akan membantu bagi matlamat ini.

a. IKAN TERANCAM (ENDANGERED FISHES)

Sesetengah spesis ikan kita adalah terancam atau pun hampir pupus. Jika anda tangkap spesis-spesis ini, maka diharap anda dapat melepaskanya semula ke dalam air dengan selamat. Beberapa spesis ikan yang terancam atau hampir pupus disenaraikan dibawah:

- Ikan terancam: Kelesa, temoleh, toman bunga (jaloi, jalai, kerandang), jengkua, kelah (kecuali diperairan Taman Negara), jelawat sungai, patin sungai seperti patin muncung, kenderap, gerahak, sikang.

- Endangered Saltwater Fishes: Semua ikan berparuh (billfishes) seperti ikan layar (sailfish) and mersuji (marlin), jerung besar, kerapu bara (coral trout).

HAD TANGKAPAN (CATCH LIMITS)

Ada banyak spesis ikan yang, walaupun tidak terancam, masih memerlukan pertolongan kita agar ia dapat dipuliharakan. Anda perlulah mematuhi beberapa had tangkapan bagi ikan-ikan ini. Had tangkapan ikan pastinya berbeza, dari satu perairan ke perairan yang lain. Disini, kami ingin mengesyorkan had-had umum bagi semua perairan air tawar di Negara kita, seperti dibawah. Sila cuba mematuhi had-had ini, kecuali ada had tangkapan yang spesifik bagi perairan yang anda lawati.Secara umum, anda perlu melepaskan ikan yang terlalu kecil, untuk memberi ia peluang untuk membesar, dan juga melepaskan ikan yang besar, supaya ia dapat membiak. Yang boleh diambil hanyalah yang sederhana sahaja.

HAD TANGKAPAN UMUM BAGI PERAIRAN MALAYSIA

Spesis Ikan (air tawar) Had saiz (kg.)
Had TangkapanMinimum Maksimum
1) Haruan 0.7 1.5 2 ekor sehari
2) Bujuk 0.7 1.2 2 ekor sehari
3) Toman bunga Lepaskan Lepaskan Lepaskan
4) Wild jelawat Lepaskan Lepaskan Lepaskan
5) Wild patin Lepaskan Lepaskan Lepaskan
6) Kalui 1.5 2.5 1 ekor sehari
7) Temoleh Lepaskan Lepaskan Lepaskan
8) Kelah (bagi sungai-sungai Taman Negara sahaja. Bagi sungai lain, sila lepaskan kelah.
1.5 2.0 1 ekor bagi kumpulan anda, satu trip
9) Kelisa Lepaskan Lepaskan Lepaskan
10) Tapah 10.0 15.0 1 per group per trip
11) Toman 1.5 3.0 1 ekor sehari
12) Belida 2.0 3.0 1 ekor sehari
13) Lampam sungai - - 5 ekor sehari
14) Kerai 1.0 2.0 1 ekor sehari
15) Baung 0.6 1.5 2 ekor sehari
16) Kelulang 0.6 1.5 1 ekor bagi trip anda
17) Gerahak Lepaskan Lepaskan Lepaskan
18) Jengkua Lepaskan Lepaskan Lepaskan
19) Tengas (kejor) 1.0 2.0 1 ekor sehari
20) Sikang Lepaskan Lepaskan Lepaskan
21) Sebarau 1.0 2.0 1 ekor sehari
22) Tengalan 1.0 1.5 1 ekor sehari

Jika anda terpancing ikan yang anda tidak boleh kenalpasti, sila lepaskan, kecuali ia ikan pendatang. Lebih baik, ambil gambar ikan ini sebelum ia dilepaskan.

b. AMALKAN TABIAT ‘TANGKAP DAN LEPAS’ (CATCH AND RELEASE)

- Sila cuba mendaratkan ikan anda secepat yang mungkin. Ini mengelakkan dari paras asid lactic dalam ikan menjadi terlalu tinggi dan mungkin membunuh ikan.
- Gunakan tangguk, bukan cangkuk (gaff). Tangguk perlulah dari bahan jaring yang halus dan tidak mencederakan sisik ikan.
- Basahkan tangan anda sebelum anda memegang ikan. Ini mengelakkan dari lender ikan dikikiskan. Lendir ini adalah pertahanannya dari penyakit!
- Jika boleh biarkan ikan didalam air ketika anda menanggalkan mata kail.
- Setelah menanggalkan mata kail, pegang ekornya didalam air, dan olakkan ikan sehingga ia mula meronta, kemudian lepaskanlah ia.
- Jika anda ingin mengambil gambar ikan, buatlah secepat mungkin. Setiap saat ikan itu diluar air, maka semakin kurang peluangnya untuk hidup. Jangan gantung ikan dari insang atau bibirnya saja. Ini merosakkan organ dalamannya. Gunakan kedua-dua tangan anda, biarkan ikan itu dalam posisi mendatar.
- Jangan sekali-kali melepaskan ikan pendatang balik kedalam air (kecuali anda memancing dikolam bayar).

c. PROGRAM TAGGING IKAN (FISH TAGGING PROGRAMS)

Ada beberapa pihak yang kini mengamalkan program ini, dengan objektif pemuliharaan serta memantau perkembangan serta tabiat spesis ikan tertentu. Program tagging ikan layer dilaut, serta tagging ikan kelah diSungai Tahan adalah dua contoh program ini.

‘Tag’ adalah satu jarumplastik yang dimasukkan kebadan ikan, selalunya dibawah sirip dorsal ikan. Jika anda terjumpa tag ini dibadan ikan, sila ikuti prosidiur dibawah:

- Jangan cabut tag tersebut, kecuali ikan sudah mati.- Rakamkan nombor tag, dan apa-apa keterangan yang adad pada tag itu.
- Rakamkan yang berikut: berat ikan; ukuran panjang ikan (dari mulut ke simpang ekor ikan); ukuran bulatan perut; lokasi tangkapan, keadaan perairan, tarikh dan masa, cuaca, umpan yang digunakan. Lepaskan ikan, jika boleh
- Hubungi pihak yang berkenaan dan berikan keterangan diatas.

d. ANCAMAN DARI IKAN PENDATANG

Beberapa tahun yang kebelakangan ini, kita telah dapati banyak spesis pendatang yang telah memasuki perairan kita. Kebanyakannya adalah berasal dari aktiviti akuarium atau akuakultur. Belum ada kajian yang cukup lengkap tentang kesan negative dari kehadiran spesis-spesis ini, tetapi pada mata kasar pemancing-pemancing, dan juga hasil kajian dinegara lain, spesis pendatang memang telah menjejaskan habitat dan tumbesaran spesis asli kita.

Ada spesis pendatang yang membiak dengan amat pantas, memakan telur spesis ikan Malaysia, dan juga merosakkan habitat air. Kesannya adalah ikan-ikan yang terbantut saiznya, atau pun bilangan ikan yang berkurangan.

Kita tidak boleh menunggu hingga kajian lengkap dibuat mengenai isu ini. Kita perlu bertindak sekarang juga. Jika anda terpancing spesis pendatang diperairan yang semulajadi (tasik, sungai dan sebagainya), JANGAN LEPASKAN ia balik ke air. Makanlah (atau dermakannya kepada pihak yang memerlukan.

Ikan pendatang termasuk:
- Semua ikan jenis Cichlid: Flower horn, peacock bass, jaguar cichlid, ‘kerapu lombong’, tilapia (semua jenis)

- Ikan-ikan Kap: Kap rumput, leekoh, kap kepala besar, kap putih, rohu, katla
- Ikan Keli: Keli Afrika, Keli Russia.
- Lain-lain spesis: Pacu, lampam jawa, Ikan bandaraya

Nota: Sebenarnya, ikan tempatan pun boleh dianggap ikan pendatang jika ia dilepaskan ke perairan yang dahulunya tiada spesis ini.
Contohnya, ikan toman merupakan ikan pendatang bagi perairan seperti Empangan Klang Gates dan Empangan Batu, Selangor. Ia telah membiak dengan cepat dan sekarang spesis ikan yang lain sudah mula berkurangan atau pupus sama sekali. Adalah wajar bagi toman disini dibunuh secara selektif.

D. PENJAGAAN ALAM SEKITAR

a. KEBERSIHAN

- Bawa balik apa-apa barang yang anda bawa memancing. Jangan tinggalkan sampah merata-merata.
- BIla memancing, bawa beg sampah yang besar, supaya sampah lebih senang di bawa pulang. Kutip sampah orang lain juga. Moga-moga anda menjadi contoh kepada orang lain!
- Tumpukan perhatian kepada tali pancing lama, beg-beg pelastik dan batu-batu ladung kecil. Bahan-bahan ini telah menjejaskan kehidupan seperti burung dan ikan. Bawa pulang bahan-bahan ini.
- Tin kosong serta beg pelastik yang tinggalkan mungkin akan menakung air hujan dan justeru menjadi tempat pembiakan nyamuk.Bawanya pulang!

b. MENJAGA KUALITI PERAIRAN

- Jangan kotorkan sungai atau tasik yang anda lawati.
- Kalau tiada tandas untuk anda membuang air, jangan lakukannya didalam atau berdekatan dengan perairan. Jika anda ingin membuang air besar, gali sebuah lubang, jauh dari perairan, kemudian kambuskan semula.
- Diperairan seperti kolam atau lombong kecil, jangan gunakan terlalu banyak “umpan saham”, kerana ini akan menjejaskan kualiti air.
- Jangan buang apa-apa bahan kimia (seperti sabun, minyak, atau pun air tin berkabonat kedalam perairan atau pun berhampiran dengannya).
- Jangan guna terlalu banyak racun serangga (insecticide spray) dan bahan seperti serbuk belerang. Bahan-bahan ini mungkin memasuki perairan.

c. MENJAGA PERSEKITARAN DAN TUMBUHAN

- Cuba elakkan memotong tumbuhan disekitar tempat anda memancing. Tumbuhan ini adalah rumah bagi serangga, suatu sumber utama makanan ikan.
- Jika anda ingin mendirikan khemah, gunakan tapak yang sedia ada. Cuba elakkan membuka tapah khemah yang baru. Tanah yang terdedah akan mengakibatkan Lumpur memasuki perairan bila hujan lebat. Ini menjejaskan kehidupan air, termasuk ikan.
- Jangan membuat unggun api, kecuali perlu. Dapur khemah yang menguunakan gas atau sebagainya adalah lebih ‘mesra alam’. Jika anda terpaksa membuat unggun, pastikan ia tidak merebak kepokok atau tumbuhan berdekatan. Pastikan unggun dipadamkan sebelum anda meninggalkan tempat tersebut.
- Ditapak khemah atau bila menjelajah hutan, jangan biarkan anak-anak pokok yang ditebang, meninggalkan kayu terpacak dari tanah. Ini ibarat perangkap samar yang mungkin menembusi badan bila anda jatuh ketanah. Potong rata pada pangkalnya, supaya tiada kayu tajam menonjol.
UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANDA SEBAGAI PEMANCING…

AMALKAN MEMANCING SECARA BERETIKA !

Kelah Action Group of Malaysia(KAGUM)
23, Jalan PJS 10/32,
Bandar Sri Subang,
46000 Petaling Jaya,
Selangor D.E.Malaysia

Merdeka Trip 2005

Trip diadakan pada 31 Ogos 2005. Orang pegi sambut kat Dataran Merdeka kitorang pegi masuk hutan cari Kelah. Tapi hampa. Bukan Kelah yang kami jumpa tapi spesis Sikang ataupun lebih saya kenali sbg Trout Malaya. Spesis ini tergolong didalam spesis ikan terancam dan diambang kepupusan. Jenis yang banyak tulang. Habitatnya kawasan sungai yang berarus laju. Kalau nak pancing spesis ni carilah kawasan yang sedikit berjeram. Trip ni diadakan di Sg Bentong. Mak aiihhhh.. banyaknya Sikang kat sungai Bentong ni. Tak sangka pulak macam tu punya banyak spesis terancam ni. Walauapapun bukan hasil tangkapan jadi ukuran tetapi kepuasan bila dapat menyedut udara segar tu yang melebihi segala-galanya. Alangkah indah dan bermaknanya kalaulah setiap hari dapat berkeadaan begitu. Seronok bangat beb bila sesekali release tension ni. Pulak tu kalau pegi tempat-tempat macam tu. Kat bawah ni ada beberapa koleksi gambar yang sempat dirakam semasa trip ini berjalan. Semoga dapat jadi tatapan semua. Kepada sesiapa kaki pancing yang masih belum berpeluang menatap spesis Sikang ini, tataplah gambarnya dibawah... Sekian Wassalam.......


Fazdli ngan Sikang nya


Inilah Spesis Sikang (Trout Malaya)


Abg Mat Jambu Rias



Saya ngan Baung Tikus


Tangkap dan Lepas Bebbb!!!!!

Sabtu, Jun 23, 2007

Trip Semenyih 4

Peserta trip:
1) Rashid
2) Izad
3) Hanisham
4) Syed Jafari
5) Syed Hamzah
6) Fazdli
7) Abg Mat
8) Pak Ya
9) Rahmat
10) Abg Lan
11) Atan
12) Tajul

Setelah merancang hampir satu bulan, tanggal 16 July 2005 telah tiba. Tepat jam 2 petang sebahagian peserta Trip Semenyih 4 telah berkumpul dihadapan ACE Polymers. Setelah membuat pemeriksaan terakhir ke atas segala kelengkapan, maka lebih kurang 2.30 petang kami pun bertolak. Lokasi pertama kami ialah rumah Rashid yang terletak di Ampang Jaya. Perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit termasuklah mengharungi jem yang mengila kat Batu Caves. Setelah sampai di lokasi pertama, kami di jamu air oren beb…. Time kasih Rashid atas jamuan tersebut. Tepat jam 3.15 petang seorang lagi peserta trip pun sampai. Mamat tu nama dia Tajul. Setelah cukup geng kami terus bertolak ke Padang Pancing yang menjadi sasaran kami iaitu Dam Semenyih.Dalam perjalanan ke Dam Semenyih tersebut kami telah singgah sekejap di pekan Batu 14, Hulu Langat untuk membeli beberapa keperluan seperti dedak dan minyak tanah. Setelah berpuas hati dengan segala kelengkapan kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.Kami tiba di rumah pam JBA Selangor lebih kurang pukul 4.30 petang. Lewat 30 minit seperti yang dijanjikan. Sedang menurunkan barang dari kereta ke tebing, sampailah seorang otai yang kami tunggu-tunggu kehadirannya. Abang Mat itulah namanya. Sampai saja ditebing yang kami lihat ialah penyusutan air yang begitu ketara disebabkan Selangor dilanda kekurangan hujan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Ini satu berita baik buat kaki Casting. Masing-masing senyum jer sebab dalam kepala dah terbayang Sebarau ngan Toman. Menunggu lebih kurang 5 minit, dari jauh terdengar deruman bot 2hp kepunyaan Pakcik Mat ngan Pak Ya Dengkek. Gelaran dengkek tu kitorang yang bagi sebab bila tanyer jer kawasan tu ok tak. Dia mesti cakap “Dengkek tu jang”. Minta maaplah pakcik atas gelaran tersebut.



Bom Antrax sedang di pecahkan

Bot sampai barang terus di punggah. Setelah penuh bot Pakcik Mat ngan barang keperluan kitorang. Apa lagi jalanlah. Bot Pakcik Mat bawa barang dengan 2 orang Abg Joe ngan Abg Lan. Bawak lebih-lebih taulah nasib diorang. Bot Pak Ya pulak bawak Abg Syed, Sham, Atan ngan Pak Ya….Perjalanan ke dalam memakan masa lebih kurang 15 minit. Kami melalui beberapa port yang rasanya sesuai untuk berkhemah. Setelah kami sepakat kami mencari daratan yang luas disebabkan ahli yang ramai. Port dah jumpa dan bot terus menghimpit ketepi. Perghhh…. Hujan plak turun renyai-renyai. Setelah bot pergi mengambil makhluk lain kami yang 6 orang nie perlu siapkan sesuatu yang penting lagi mencabar minda. Nak tahu apa? Pasang khemahlah beb. Mau tak cabar minda, bukan pasang kat Jambori Pengakap semua barang dah ada. Pasang kat Dam tau. Mana ada kedai runcit kalau tali takde. Yang pasang khemah nie Abg Joe, Abg Lan ngan Abg Syed. Cara diorang macam dah 10 tahun keje balak kat dalam Hutan Tembeling. Apa taknye, macam kongsi indon Khemah tu di buatnya. Tapi walauapapun yang paling best sekali kreativiti diorang tu yang patut di puji. Walau dengan apa cara sekalipun, khemah tu tetap kena dirikan sebab hujan dah mula turun. Tima kasih pada Abg Joe, Abg Syed ngan Abg Lan kerana mendirikan khemas tersebut kalau takde kalian bertiga maka basah lencunlah barang-barang kita hari tu. Macam saya nie buat khemah guna tongkat orang buta bolehlah.


Tapak perkhemahan

Selesai jer kami terus pindahkan barang-barang ke dalam khemah. Lega….. selesai satu masalah.Dari jauh terdengar lagi deruman enjin bot Pakcik Mat ngan Pak Ya. Perghhh… penuh bot tu ngan lanun-lanun darat. Setelah turunkan lanun-lanun tu, kami minta jasa baik Pakcik Mat agar dapat lepaskan BOM ANTRAX kat tengah dam tu. Pak Mat jenis tak kisah punyer. Dia buat jer apa yang kitorang minta tolong. Setelah melepaskan 2 biji BOM ANTRAX kedalam tasik, Pak Mat terus meninggalkan kami untuk berehat di Istana Hinggap nya yang berada tidak jauh dari port kami.Setelah berkumpul semua lanun darat maka bermulalah aktiviti sebenar kami….memancinglah, apa lagi….Masing-masing mula melabuhkan pancing. Umpan macam-macam ada. Perut ayam, dedak, anak ikan karp dan buah sawit. Perghhh… pendek kata macam nak tawan habis ikan kat dam tu…..Bagi kaki casting macam Abg Mat dan Fazdli memang tak nampak muka dah petang tu…. Diorang dah trekking ke hujung tanjung untuk mencari sebarau.

Tiba-tiba…….Tolong!!! Tolong!! Suara Abg Mat minta tolong…. Nak tau kenapa???? Dia dah dapat toman daaa….. Pergh mamat ni betullah otai…. Dengan bersenjatakan Gewang Rapala Shad Rap nyer… tewas sekor Toman Semenyih di tangan dia…. Anggaran berat lebih kurang 4 kg. Alhamdullillah.. tercapai sudah misi kami untuk menaikan sekurang-kurangnyer sekor toman. Hari beransur gelap…. Masing-masing sibuk menyalakan pelita dan membuat unggun api. Fadzli di beri tugas menyiang toman. Dahlah peralatan memasak tak bawak… Apa lagi sebagai penyelesai masalah kepada pembakaran toman Izad, Fazdli dan Abg Mat dengan penuh bergaya ala Chef Wan mula melumur badan toman tersebut ngan Perencah Maggi… Macam-macam rasa toman bakar malam tu… Perisa tomyam ada, ayam pun ada dan kari pun ada… heantam jelah labu… labi…. Janji kenyang…Sebagai santapan malam tu, masing-masing duduk keliling toman bakar…. Sedap jugak ditambah dengan faktor perut lapar memang habis toman tu kena pelahap dek budak-budak nie…. Huiyooo.. kenyang bebehhh…..


Abg Mat ngan toman nya

Malam beransur kelam, sementara menanti tarikan baung masing-masing bersembang sesama sendiri.. Bestnya hidup macam nie…. Malam tu banyak jugak baung yang di bawa naik. Abg Joe ngan Abg Lan adalah champion… Tak taulah berapa ekor diorang dapat tapi yang pasti majoriti ikan kat dalam tong Coleman tu memang diorang yang dapat. Syabas pada diorang berdua…..Keesokan paginya, seawall 6.30 pagi Fazdli dah bangun dan tahu dah tujuan mamat nie bangun awal mesti nak casting Sebarau nie…. Memang tepat pun sangkaan tu….Pagi tu saya, Fazdli dan Abg Mat berjalan kehujung tanjung untuk mencari apa-apa ikan pun dengan cara Casting. Tapi sayang seribu kali sayang, pagi tu bukan rezeki kami. Hasil??? Zero…..Jam 9 pagi kami mula berkemas kerana ikut perjanjian ngan Pakcik Mat Tekong, dia akan datang mengambil kami pukul 10 pagi… Lebih kurang 10.30 Pakcik Mat pun datang dengan lagi dua bot untuk mengambil kami…..


Hasil Tangkapan

Keseluruhannya, trip ini berjaya walaupun ada diantara kami yang boleh dianggap regular ke Semenyih hanya mendapat seekor dalam trip kali ini termasuklah saya. Walauapapun syabas dan terima kasih dari saya selaku pihak penganjur atas kerjasama anda semua selama 2 hari kita berada di Dam Semenyih. Insyaallah ini bukanlah trip yang terakhir kita di Semenyih… Akan ada lagi trip akan datang dan diharap trip akan datang lebih berjaya dari yang ada sekarang…. Insyaalllah…. Selamat bersua di TRIP AKAN DATANG…. TUNGGGUUUU!!!!!!!!


Bergambar sebelum berangkat pulang

Isnin, Jun 11, 2007

Sejarah Yang Tersembunyi

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah penjajahan tanah melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang segaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita megambil iktibar betapa ketuanan melayu di sanggah selama ini... ..

1908 > alfonso de la boorg meyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara ( melaka pusat perdangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 ( anngaran) bala tentera

1909> Portugis menhantar perisik ke melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana Oct 1910> alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal ( hang tuah, hang lekir, hang lekiu,hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15ribu askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1912> setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang kitika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

feb 1912 > alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana ( Kedah dan p.pinag) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...

Semiggu selepas FEB 1912> Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah Perisik 1.2.3>

selamat pagi tuan ( sabil bertabik) al fonso > selamat pagi Perisik 1 >

Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan pulau pinang al fonso >

Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2 > Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang likir dan hang lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang...

Perisik 3 > Betul tu tuan... antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabaq, hang lagu mana,hang pi mana, hang dah berak ka, hang singgah dulu ,bapak hang,mak hang,tok hang macam macam lagi hang ada kat sana ... ..

Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah dan pulau pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu melaka amat ngeri... ... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat kedah dan pulau pinang

Jangan Marah Errrkkk...

This is crime story. Five friends lived in one room, Namely MAD, BRAIN, FOOL, NOBODY, SOMEBODY. One day SOMEBODY killed NOBODY. At that time BRAIN was in bathroom, MAD called police.
MAD : "Is it police station?? "
Police: "Yes, what is the matter??"
MAD : "SOMEBODY killed NOBODY."
Police: "Are you mad?" MAD : "Yes, I'm MAD."
Police: "Don`t you have BRAIN."
MAD : "BRAIN is in bathroom... ."
Police: "You FOOL.!!!"
MAD : "No, Sir.. FOOL is reading this joke... "

Asal Usul Typewriter

Suatu masa dahulu semasa Munshi Abdullah baru mencipta nama, siang-malam, pagi-petang dia sibuk menulis. Kerajinan Munshi Abdullah itu diperhatikan oleh sepupunya yang bekerja sebagai tukang kayu. Dia melihat tulisan- tulisan Munshi Abdullah semakin lama semakin senget dan sukar untuk dibaca. Oleh kerana kasihan melihat Munshi Abdullah, sepupunya itupun menciptakan satu mesin tulisan untuk memudahkan Munshi Abdullah mengarang dan tulisan pun tidak senget lagi. Tetapi tiada nama untuk mesin itu.
Ada juga orang panggil mesin ketik, mesin cucuk, mesin kertas dan sebagainya. Pada suatu hari, seorang rakan Munshi Abdullah iaitu John Writer yang juga seorang penulis datang ke Tanah Melayu dan menumpang dirumah Munshi Abdullah. Munshi Abdullah pun memperkenalkan mesin itu kepada John Writer untuk memudahkan John menulis kisah pengembaraannya. Setelah menggunakan mesin itu, John tertarik dengan kemudahannya lalu bertanya, "What's the name of this machine?".
Waktu itu Munshi Abdullah berada di dapur dan dia juga tidak tahu nama mesin itu. Dia pun memanggillah sepupunya yang tinggal disebelah rumah, "Taib! Taib!" John Writer yang terdengar nama itu menyangkakan nama mesin itu ialah TAIB. Maka selepas pulang ke tanah airnya, John memperkenalkan mesin yang dihadiahkan oleh Munshi Abdullah itu kepada rakannya di Amerika. Dari situlah nama TAIB yang dieja TYPE oleh orang Inggeris tercipta. Manakala WRITER pula ditulis untuk memperkenalkan TYPE kepada para penulis. Sehingga ke hari ini orang dok sebut TYPE-WRITER

Asal Usul Perkataan Elektrik

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat. "Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick". Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.

Korang Tak Bangga Ke????

Tahun lepas sainitis Russia korek tanah sedalam 100 meter, diorg terjumpa la kesan wayar copper yg berusia 1000 tahun... and membuat kesimpulan bahawa nenek moyang mereka ade telephone network... .woo bes.. Pas tu, saintis Amerika tak puas ati, diorg pun korek gak, sedalam 200 meter... diorg lak terjumpe talian fiber optic lama yg dipercayai berusia 2000 tahun... lalu membuat kesimpulan, org US 1000 tahun lagi advance dari org Russia dalam komunikasi telefon yg lagi canggih dari diorg... ..pergh canggih... Saintis Malaysia plak try try gak, diorg korek sedalam 500 meter... pastu diorg report la, diorg tak jumpe ape2... ..so diorg wat kesimpulan; 5000tahun dahulu nenek moyang org melayu sudah tahu menggunakan teknologi wireless! hehehe... bangga..bangga Malaysia BOLEH!! hahaha

Seman Si Mat Rempit

Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya. Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman, "Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti... " Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.
Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya. "Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni... " Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri. Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman. "Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah... " Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.
Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya. Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya. "Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap... " "Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang... " Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.
Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman. "Tok! Tok! Tok!" Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman. "Jais... Jais... " Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.
Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya. "T... t... takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c... cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s... sini. Abang Seman cuba g... gayut kat sini... " Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan. Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya, "Ni rumah encik Jais ke?" Ani tergamam. "Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong... " Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.

Kehilangan Yang Tiada Pengganti

A'kum dan salam sayang untuk semua...

Berjumpa kembali. Apa khabar anda semua? Setiap dari kita mesti pernah dihadapkan dengan kehilangan ahli keluarga. Jumaat lepas saya telah kehilangan seseorang yang disayangi. Datuk saudara saya telah pergi ke Rahmatullah setelah hampir 10 hari dalam keadaan koma di Hospital Selayang. Waktu dia koma sempat juga pergi melawat tapi apalah yang boleh dibuat bila dia dah tak sedar dan dalam keadaan kritikal. Tepat jam 5.30 petang hari Khamis 14/6/2007 beliau telah pergi tinggalkan keluarga, sahabat dan teman-teman. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau.

Tiba-tiba bila tengah menulis ni teringat saya kepada seorang lagi insan yang paling saya sayang yang telah pergi tinggalkan saya. Ibu saya... Detik 11.30 malam 5 Oktober 2003 amat berkesan dalam jiwa dan hati saya. Detik itulah ibu telah pergi untuk selama-lamanya menyahut seruan Ilahi. Kini telah hampir 4 tahun ibu pergi tinggalkan kami tapi terasa seolah-olah baru semalam beliau pergi. Rindunya nak peluk mak lagi. Tak puas rasanya 24 tahun peluk dan cium mak. Tak puas rasanya 24 tahun ni bermanja dengan mak. Sekarang ni saya dah tiada lagi permata yang berharga itu. Menangis air mata darah sekalipun mak takkan kembali lagi.

Kenangan bersama arwah mak amat mendalam kesannya dalam hidup saya ni. Setiap masa setiap ketika teringat dan terkenang segala pesanan dan nasihat beliau. Ibu bersikap tegas dan disiplin dalam pendidikan seharian saya. Masa kecik-kecik dulu selalu sangat kena tibai atas kedegilan dan kenakalan. Masa tu asyik terfikir yang mak ni kuat sangat mengongkong tapi bila dah dewasa barulah nampak apa hikmah disebalik ketegasannya itu. Hikmahnya saya dahpun jadi orang yang berperangai orang. Kalau tak mungkin dah jadi orang yang berperangai Setannn....

Yang paling tak boleh lupa ialah saat-saat sebelum pemergiannya arwah mak telah siapkan 2 pasang baju Melayu untuk dipakai oleh dua anak lelakinya pada hari raya akan datang. Bila siap je baju melayu arwah mak terus je pesan yang tahun depan kalau nak baju Melayu buat sendiri. Dia takkan buatkan lagi. Mula tu ingat ianya satu gurauan tapi sebenarnya satu petanda yang ibu tersayang akan pergi tinggalkan aku. Dia lebih merasai yang dia akan pergi. Lebih kurang 4 bulan sebelum dia pergi dia telah suarakan hasrat mahukan saya pindah kerja hampir dengannya. Dalam kesibukan tu dapatlah juga kerja kat KL ni. Pindahlah kat Sg Buloh tapi hanya sempat 2 bulan bersama beliau. Kadang-kadang tu terbit rasa kesal dalam hati, kenapalah aku ni tak pindah awal-awal dok dekat ngan mak. Kenapalah 2 bulan sebelum mak pergi baru aku dapat dekat ngan dia. Itulah takdir. Takdir adalah penentu segalanya.

Makin hari makin nampak kesihatan mak makin menurun. Kerap sakit dan terbaring tak bermaya. Jauh kat sudut hati ni menangis sendirian mengenang antara kecekalan dan kepayahan yang terpaksa ditanggung oleh seorang ibu disaat-saat akhir hayatnya. Mak menghidap penyakit kencing manis dan sehingga hari ini penyakit inilah yang paling menghantui hidup saya. Arwah mak dimasukkan ke hospital setelah beberapa hari sakit. Setelah 10 hari berada di wad, di satu pagi Doktor telah mengatakan yang peluang untuk sihat amat tipis. Ini disebabkan oleh virus telah pun merebak ke bahagian otak dan paru-paru telah pun penuh dengan air. Saat tu dapat dirasakan dunia ni gelap seketika. Saya dapat rasakan masa tu yang saya dah makin hampir kehilangan seorang ibu buat selamanya.

Masih jelas diingatan bagaimana mak hanya mengangguk lemah bila saya dan adik meminta ampun dan minta halalkan makan minum. Mungkin masa tu mak dah tahu dia hanya tunggu masa untuk pergi. Genggaman tangan mak masih terasa hingga kini bila saya meminta ampun dengan dia. Tiada apa lagi yang boleh gambarkan saat tu. Hanya satu... Sedih dan Hiba.... Apa lagi yang boleh dibuat masa tu hanyalah panjatkan doa pada yang Esa. Selepas maghrib mak dah tak kenal sesiapa lagi. Keadaannya dah nazak. Yang kedengaran masa tu hanyalah bacaan Surah Yassin. Mohon dipermudahkan pemergian ibu tersayang. Sebagai anak, jauh disudut hati berdoa semoga mak tak terseksa dengan azab sakaratul maut. Biarlah dia pergi dengan tenang tanpa azab.

Tepat jam 11.30 malam tanda-tanda mak akan pergi semakin kuat. Skrin digital mesin penyambung hayat telah menunjukan tanda degupan semakin lemah. Doktor dan nurse telah mengerumuni katil tempat pembaringan mak. Dari jauh saya memerhati dengan penuh debaran dan iringan doa seorang anak agar mak dapat diselamatkan. Namun Allah lebih menyayangi insan yang paling saya sayangi itu lebih dari segala-galanya. Lebih kurang 15 minit berusaha Doktor telah mengesahkan mak dah tiada lagi. Saat tu tiada apa lagi yang dapat saya rasakan selain dari kesedihan dan kehilangan sesuatu yang berharga dari hidup ni.

Pemergian mak ibarat kehilangan tongkat kepada saya. Saya dan adik amat rapat dan emak lah tempat meluahkan segala rahsia, masalah dan yang paling penting emaklah sebagai sumber inspirasi saya. Segala kejayaan saya hari ini adalah berkat doa seorang ibu. Mak banyak memberi nasihat dan pandangan. Walaupun mak dah tiada, segala nasihat tetap saya ingat sebagai satu bekalan dan azimat untuk saya teruskan perjuangan hidup saya ni. Satu sikap mak yang tetap kental dengan saya ialah tetap ceria walaupun sedang sakit dan berhadapan dengan banyak masalah. Pengajaran yang saya dapat ialah walaupun apa jua masalah kita baik berat atau ringan janganlah sesekali kita rasa satu bebanan. Bersikaplah ceria kerana dengan keceriaan tersebut kita akan berupaya berfikir secara positif. Jangan tunjuk yang kita sedang bermasalah tapi tunjuklah kita sedang menyelesaikan masalah. Jangan jadikan orang sekeliling sebagai tempat lepaskan geram atas permasalahan kita.

Setelah merasai kehilangan beberapa orang tersayang membuatkan saya insaf dan pengajaran yang saya dapat ialah saya lebih menghargai tidak kira siapa orang tu. Baik teman, sahabat, kawan dan sebagainya. Dimasa akan datang, saya pasti saya akan menghadapi lagi pelbagai jenis kehilangan. Tak tahulah melibatkan siapa atau dalam bentuk apa. Namun pada yang akan dan telah meninggalkan saya, terima kasih kerana pernah hadir, sudi berkongsi impian dan mimpi, menjadi lilin yang membakar diri dan sekaligus mengizinkan namamu selamanya kusimpan di hati. Salam Sayang, Salam KAsih dan Salam Rindu dari saya kepada sesiapa jua yang membaca coretan hati saya ini. Sekian... Wassalam.

Doa Seorang Anak

Ya Allah Yang Maha Pengampun, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami. Terimalah segala amal dan taubat mereka. Ya Allah, tempatkanlah mereka bersama-sama orang beriman. Rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil. Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kubur mereka salah satu dari taman-taman di syurga dan janganlah kau jadikan kubur-kubur mereka ini salah satu dari lubang-lubang neraka. Ampunkanlah dosa-dosa mereka Ya Allah.....



"Engkau Tiba Bagaikan Pelangi, Tak Bercahya Namun Kau Berseri, Tapi Cukup Menghiburkan Hati Ini, Seharian Daku Bersamamu, Tak Terasa Saat Yang Berlalu, Bagai Pelangi Petang Kau kan Pasti, PERGI JUA......"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.