Sabtu, Jun 23, 2007

Trip Semenyih 4

Peserta trip:
1) Rashid
2) Izad
3) Hanisham
4) Syed Jafari
5) Syed Hamzah
6) Fazdli
7) Abg Mat
8) Pak Ya
9) Rahmat
10) Abg Lan
11) Atan
12) Tajul

Setelah merancang hampir satu bulan, tanggal 16 July 2005 telah tiba. Tepat jam 2 petang sebahagian peserta Trip Semenyih 4 telah berkumpul dihadapan ACE Polymers. Setelah membuat pemeriksaan terakhir ke atas segala kelengkapan, maka lebih kurang 2.30 petang kami pun bertolak. Lokasi pertama kami ialah rumah Rashid yang terletak di Ampang Jaya. Perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit termasuklah mengharungi jem yang mengila kat Batu Caves. Setelah sampai di lokasi pertama, kami di jamu air oren beb…. Time kasih Rashid atas jamuan tersebut. Tepat jam 3.15 petang seorang lagi peserta trip pun sampai. Mamat tu nama dia Tajul. Setelah cukup geng kami terus bertolak ke Padang Pancing yang menjadi sasaran kami iaitu Dam Semenyih.Dalam perjalanan ke Dam Semenyih tersebut kami telah singgah sekejap di pekan Batu 14, Hulu Langat untuk membeli beberapa keperluan seperti dedak dan minyak tanah. Setelah berpuas hati dengan segala kelengkapan kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.Kami tiba di rumah pam JBA Selangor lebih kurang pukul 4.30 petang. Lewat 30 minit seperti yang dijanjikan. Sedang menurunkan barang dari kereta ke tebing, sampailah seorang otai yang kami tunggu-tunggu kehadirannya. Abang Mat itulah namanya. Sampai saja ditebing yang kami lihat ialah penyusutan air yang begitu ketara disebabkan Selangor dilanda kekurangan hujan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Ini satu berita baik buat kaki Casting. Masing-masing senyum jer sebab dalam kepala dah terbayang Sebarau ngan Toman. Menunggu lebih kurang 5 minit, dari jauh terdengar deruman bot 2hp kepunyaan Pakcik Mat ngan Pak Ya Dengkek. Gelaran dengkek tu kitorang yang bagi sebab bila tanyer jer kawasan tu ok tak. Dia mesti cakap “Dengkek tu jang”. Minta maaplah pakcik atas gelaran tersebut.



Bom Antrax sedang di pecahkan

Bot sampai barang terus di punggah. Setelah penuh bot Pakcik Mat ngan barang keperluan kitorang. Apa lagi jalanlah. Bot Pakcik Mat bawa barang dengan 2 orang Abg Joe ngan Abg Lan. Bawak lebih-lebih taulah nasib diorang. Bot Pak Ya pulak bawak Abg Syed, Sham, Atan ngan Pak Ya….Perjalanan ke dalam memakan masa lebih kurang 15 minit. Kami melalui beberapa port yang rasanya sesuai untuk berkhemah. Setelah kami sepakat kami mencari daratan yang luas disebabkan ahli yang ramai. Port dah jumpa dan bot terus menghimpit ketepi. Perghhh…. Hujan plak turun renyai-renyai. Setelah bot pergi mengambil makhluk lain kami yang 6 orang nie perlu siapkan sesuatu yang penting lagi mencabar minda. Nak tahu apa? Pasang khemahlah beb. Mau tak cabar minda, bukan pasang kat Jambori Pengakap semua barang dah ada. Pasang kat Dam tau. Mana ada kedai runcit kalau tali takde. Yang pasang khemah nie Abg Joe, Abg Lan ngan Abg Syed. Cara diorang macam dah 10 tahun keje balak kat dalam Hutan Tembeling. Apa taknye, macam kongsi indon Khemah tu di buatnya. Tapi walauapapun yang paling best sekali kreativiti diorang tu yang patut di puji. Walau dengan apa cara sekalipun, khemah tu tetap kena dirikan sebab hujan dah mula turun. Tima kasih pada Abg Joe, Abg Syed ngan Abg Lan kerana mendirikan khemas tersebut kalau takde kalian bertiga maka basah lencunlah barang-barang kita hari tu. Macam saya nie buat khemah guna tongkat orang buta bolehlah.


Tapak perkhemahan

Selesai jer kami terus pindahkan barang-barang ke dalam khemah. Lega….. selesai satu masalah.Dari jauh terdengar lagi deruman enjin bot Pakcik Mat ngan Pak Ya. Perghhh… penuh bot tu ngan lanun-lanun darat. Setelah turunkan lanun-lanun tu, kami minta jasa baik Pakcik Mat agar dapat lepaskan BOM ANTRAX kat tengah dam tu. Pak Mat jenis tak kisah punyer. Dia buat jer apa yang kitorang minta tolong. Setelah melepaskan 2 biji BOM ANTRAX kedalam tasik, Pak Mat terus meninggalkan kami untuk berehat di Istana Hinggap nya yang berada tidak jauh dari port kami.Setelah berkumpul semua lanun darat maka bermulalah aktiviti sebenar kami….memancinglah, apa lagi….Masing-masing mula melabuhkan pancing. Umpan macam-macam ada. Perut ayam, dedak, anak ikan karp dan buah sawit. Perghhh… pendek kata macam nak tawan habis ikan kat dam tu…..Bagi kaki casting macam Abg Mat dan Fazdli memang tak nampak muka dah petang tu…. Diorang dah trekking ke hujung tanjung untuk mencari sebarau.

Tiba-tiba…….Tolong!!! Tolong!! Suara Abg Mat minta tolong…. Nak tau kenapa???? Dia dah dapat toman daaa….. Pergh mamat ni betullah otai…. Dengan bersenjatakan Gewang Rapala Shad Rap nyer… tewas sekor Toman Semenyih di tangan dia…. Anggaran berat lebih kurang 4 kg. Alhamdullillah.. tercapai sudah misi kami untuk menaikan sekurang-kurangnyer sekor toman. Hari beransur gelap…. Masing-masing sibuk menyalakan pelita dan membuat unggun api. Fadzli di beri tugas menyiang toman. Dahlah peralatan memasak tak bawak… Apa lagi sebagai penyelesai masalah kepada pembakaran toman Izad, Fazdli dan Abg Mat dengan penuh bergaya ala Chef Wan mula melumur badan toman tersebut ngan Perencah Maggi… Macam-macam rasa toman bakar malam tu… Perisa tomyam ada, ayam pun ada dan kari pun ada… heantam jelah labu… labi…. Janji kenyang…Sebagai santapan malam tu, masing-masing duduk keliling toman bakar…. Sedap jugak ditambah dengan faktor perut lapar memang habis toman tu kena pelahap dek budak-budak nie…. Huiyooo.. kenyang bebehhh…..


Abg Mat ngan toman nya

Malam beransur kelam, sementara menanti tarikan baung masing-masing bersembang sesama sendiri.. Bestnya hidup macam nie…. Malam tu banyak jugak baung yang di bawa naik. Abg Joe ngan Abg Lan adalah champion… Tak taulah berapa ekor diorang dapat tapi yang pasti majoriti ikan kat dalam tong Coleman tu memang diorang yang dapat. Syabas pada diorang berdua…..Keesokan paginya, seawall 6.30 pagi Fazdli dah bangun dan tahu dah tujuan mamat nie bangun awal mesti nak casting Sebarau nie…. Memang tepat pun sangkaan tu….Pagi tu saya, Fazdli dan Abg Mat berjalan kehujung tanjung untuk mencari apa-apa ikan pun dengan cara Casting. Tapi sayang seribu kali sayang, pagi tu bukan rezeki kami. Hasil??? Zero…..Jam 9 pagi kami mula berkemas kerana ikut perjanjian ngan Pakcik Mat Tekong, dia akan datang mengambil kami pukul 10 pagi… Lebih kurang 10.30 Pakcik Mat pun datang dengan lagi dua bot untuk mengambil kami…..


Hasil Tangkapan

Keseluruhannya, trip ini berjaya walaupun ada diantara kami yang boleh dianggap regular ke Semenyih hanya mendapat seekor dalam trip kali ini termasuklah saya. Walauapapun syabas dan terima kasih dari saya selaku pihak penganjur atas kerjasama anda semua selama 2 hari kita berada di Dam Semenyih. Insyaallah ini bukanlah trip yang terakhir kita di Semenyih… Akan ada lagi trip akan datang dan diharap trip akan datang lebih berjaya dari yang ada sekarang…. Insyaalllah…. Selamat bersua di TRIP AKAN DATANG…. TUNGGGUUUU!!!!!!!!


Bergambar sebelum berangkat pulang

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.