Khamis, November 29, 2007

Anda dan Kehilangan

"Kadang2 ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan,petir dan kilat... Kite bersedih... dan tertanya2... kemana hilangnya matahari, Rupa2nya..ALLAH nak hadiahkan kita pelangi... "

Itulah hakikat hidup kita sekarang. Bukan anda sahaja tapi termasuklah saya. Kadang-kadang dalam kehidupan seharian kita inginkan yang terbaik untuk diri kita sehingga sanggup buat apa sahaja bagi merealisasikan segala impian TAPI kita lupa bahawa apa yang kita kejar tu sebenarnya bukan yang terbaik untuk diri kita. Kadang-kadang kita menangis bila kenangkan apa yang kita hilang tapi pernahkan kita fikir apa yang akan kita dapat. Patutkah kita menangis meratapi sesuatu yang hilang yang dah pasti bukan hak kita. Kita lupa bahawa setiap kejadian yang terjadi dalam hidup ini ada hikmah dan bukan sengaja suka-suka di jadikan. Dalam masa-masa tertentu, kita selalu harapkan apa yang kita ada sekarang akan kekal sampai bila-bila tanpa kita fikir setiap sesuatu tu takkan kekal selama-lamanya. Setiap masa kenangan kehilangan sesuatu berharga akan tetap menghantui diri kita. Terpulang pada kita bagaimana menghadapi situasi tersebut. Adakah perlu difikirkan hingga menjejaskan prestasi kerja dan kesihatan atau lupakan sahaja masalah tu. Bak kata orang-orang melayu... MALAS NAK PIKIR.... Pada saya, tak payah sakitkan otak nanti kena migrain. Mana yang boleh kita fikir, fikirkan tapi kalau fikir sampai terjejas pretasi kerja dan kesihatan baik jangan fikir. Biarkanlah kehilangan tu terus berlaku kerana dalam hidup ni kita akan menghadapi bermacam-macam kehilangan dan dalam bermacam bentuk. Pasrahlah dgn segala yang terjadi kerana setiap yang terjadi hari ini akan ada hikmah dihujung jalan sana cuma kita belum nampak atau berfikir dengan apa yang berlaku hari ini. Jangan ingat apa yang anda inginkan itu adalah yang terbaik untuk diri anda. Segala-galanya bakal ditentukan oleh Nya kelak.

Rabu, November 28, 2007

Pulau Angsa Lagi

Trip ini diadakan pada 17/11/2007 hingga 18/11/2007. Disertai oleh 12 orang kaki pancing dari Ace Anglers Team. Terbahagi kepada 2 bot.

Bot 1
  1. Rashid (Chief merangkap chef)
  2. Izad
  3. Apen
  4. Salim
  5. Asri
  6. Osman
Bot 2
  1. Fazdli (Chief merangkap chef)
  2. Abg Joe
  3. Sham
  4. Hussin
  5. Nizam
  6. Roslan


Peralatan perang




Loading Peralatan perang masuk dalam Frontier Izad


Kami sampai di jeti Jeram lebih kurang pukul 6 petang dan bot Ahlong telah sedia menunggu. Barang-barang terus di punggah ke dalam bot. Berat sama di pikul, ringan sama dijinjing. Segalanya selesai dalam
masa yang singkat.


RAshid & Asri




Baiki bot bocor agaknya diorang ni.


Selesai proses pengambilan umpan hidup iaitu Sotong Kurita dan udang, bot mula bergerak. Waktu ni matahari telah mula tenggelam. Indahnya Ya Allah ciptaan engkau... Terasa betapa kecilnya diri ni bila berada ditengah laut diwaktu matahari mula tenggelamkan diri.
Perjalanan ke Pulau Angsa mengambil masa lebih kurang 1 ke 2 jam. Masing-masing sibuk layan perasaan. Bestnya kalau hari-hari aku dapat kenikmatan macam ni. Jauh dari aku fikirkan segala masalah peribadi dan kerja. Tenangnya kepala otak masa tu. Dari jauh kelihatan menara pemancar Rumah Api Pulau Angsa berkelip-kelip seolah-olah memanggil bot-bot supaya segera berlabuh. Emmm... sampai je, sauh pun diturunkan. Maka.... bermulalah aktiviti memancing.... hihihihihi... aku nak pegi sembahyang jap. Pas ni sambung. Sambil tu tengoklah gambar-gambar ni dulu.



Indahnya......



Mentari tenggelam diufuk Barat


Sambung kembali.... Aktiviti memancing bermula. Dalam trip ni mmg hampir keseluruhan kami dapat gelama. Yang paling besar bersaiz 1 kg. Banyak plak tu. Mmg tak termakan ikan gelama kitorang. Gunalah umpan apa pun. Mesti naik gelama. Tengok jelah gambar kat bawah ni. Inilah hasil tangkapan kitorang untuk 1 hari 1 malam tersebut.




Hasil tangkapan



Bahagi hasil tangkapan macam kat pasar malam

Kesimpulannya, trip ni meriah dengan gelak tawa, usik mengusik dan secara tak langsung dapat lupakan seketika segala masalah baik peribadi atau kerja. Itulah memancing, hasil tak penting tapi nilai persahabatan dan kemeriahan itulah segala-galanya. Kepada yang terlibat, jutaan terima kasih atas segala sumbangan tenaga dan wang ringgit. I'allah, ada usia jumpa lagi kita di trip yang akan datang. Selamat Memancing untuk semua.

Khamis, November 08, 2007

Bangun awal pagi dapat rezeki berganda

Dipetik dari akhbar Joran;

Petua yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu mengaitkan keyakinan walaupun kadang-kadang dirasakan tidak selari antara petua dan keyakinan Pada hakikatnya petua dapat bertahan lama daripada keyakinan yang sering berubah.


Pak Nuri pernah merisik satu rahsia daripada beberapa orang nelayan veteran yang rata-rata sudah berusia tujuh puluhan yang terus mengamalkan bangun awal pagi sambil melakukan senaman ringan di halaman rumah sebelum menunaikan solat subuh.

Selepas itu berjalan di kebun dengan melalui dicelah-celah daun pokok yang masih berembun bagi mendapatkan kesihatan badan. Melakukan tidur semula selepas solat subuh adalah satu amalan yang kurang baik sama ada dari segi kesihatan mahu pun rezeki.

Menurut Pak Uyup, nelayan tertua di kampung Dumpar Muar, yang dikatakan sudah mencecah usia 105 tahun masih mengamalkan bangun awal pagi kerana udara pagi belum tercemar.

“Walaupun tidak turun ke laut, tapi Atuk tetap bangun pagi dan tidak tidur selepas solat subuh,” Cerita Pak Uyup kepada penulis baru-baru ini sambil mengingatkan berkali-kali supaya air batu jangan diamalkan untuk minum terutama daripada ketul-ketul ais yang dicampur dalam gelas minuman.

“Minum air batu memang lazat untuk hilangkan dahaga, tapi kita tak akan rasa puas. Berbeza kalau kita meneguk teh o panas tanpa gula,” tambah orang tua itu sambil mempelawa penulis minum bersamanya dengan teh o panas.

“Minuman teh yang Atuk amalkan walau di mana Atuk pergi,” teh o tawar bagaikan penawar yang mengalir dalam tubuh dan terasa segarnya walau dalam keadaan bahang panas matahari ketika itu.

Daripada apa yang dapat Pak Nuri timba amalan yang digunakan oleh Pak Uyup yang masih kuat ingatannya perlu dijadikan petua amalan bagi kita terutama pada kaki pancing yang terdedah dengan haus dahaga di tengah laut semasa memancing.

“Kita kena amalkan walaupun dirasakan perbuatan ini satu penyeksaan pada mulanya, tapi pada penghujungnya adalah kebaikan.

“Sambil itu bangun tidur pada waktu awal pagi dan tidak mengulangi tidur sebaik selepas solat subuh perlu dijadikan amalan dan Allah berfirman dalam Al-Quran. - Telah aku taburkan rezeki yang banyak pada waktu awal pagi, berlumba-lumbalah kamu meninggalkan rumah untuk mencarinya dan akan aku gandakan rezeki itu jika kamu benar-benar ikhlas tidak mengulangi tidur hingga matahari terbit.

Kejar Waktu Jangan Lupa Makan

Petikan dari akbar Joran;

KADANG-kadang pemancing tidak mengira waktu untuk berehat, tidur atau makan semasa ekspedisi memancing yang berlarutan hingga tiga hari dua malam atau lebih daripada itu.


Justeru jadual untuk menjaga kesihatan diri juga perlu diatur bersama dengan aktiviti memancing supaya kita dapat bertahan lebih lama dalam keadaan yang selesa.

Petua Pak Nuri kali ini adalah langkah terbaik membahagikan masa memancing pada waktu tertentu seperti pada pagi sebelum fajar dan selepas fajar. Waktu hampir senja sebelum terbenam matahari dan tengah malam. Selain daripada waktu tertentu itu kita boleh memilih waktu arus air lemah antara air pasang dan surut. Kita kena memburu waktu yang terhad ini dan selepas itu kita boleh berehat untuk menyimpan tenaga supaya sentiasa aktif.

Pertemuan dengan Pak Ayub yang sesekali masih turun ke laut melangai udang di Selat Melaka mengamalkan waktu air mati dan cuaca untuk turun ke laut. Pertemuan singkat di kuala sungai Parit Jawa Muar, Pak Ayub, yang berusia 85 tahun masih gagah mengisi tugas sebagai warga pelaut tidak menolak ajakan untuk memburu umpan di kawasan lubuk atau karang.

Pak Ayub berkata waktu dan masa seperti yang disebutkan di atas perlu diamalkan dan dengan cara begitu kita mempunyai masa untuk berehat yang agak panjang.

“Kita tak perlu terus menerus memancing sampaikan lupa waktu malam, solat dan berihat, sedangkan ketika itu ikan langsung tak minat mencari makan, jadi kita nak buat tunggu,” kata Pak Ayub.

Cakapnya ada benarnya melalui pengalamannya yang sudah begitu lama berkawan dengan laut jadi petua yang baik ini perlu dijadikan pedoman oleh generasi hari ini yang berhajat untuk menjadi pemancing yang boleh bertahan lama di laut.

Penting membahagikan masa dan berbincang selalu dengan tekong untuk mendapatkan waktu sesuai untuk memancing supaya kita tidak bosan menunggu begitu lama terutama menunggu masa ikan mencari umpan.

Justeru petua harus di jadikan pedoman dan mengamalkannya.

Selalu Tukar Umpan Mampu Gamit Ikan

Dipetik dari akhbar Joran;

SEORANG tua lelaki yang agak uzur wajahnya selalu berada di warung Pak Jantan yang berdepan dengan Kuala Linggi. Orang tua itu menggemari minuman kopi o keras tidak bergula dan Pak Jantan adalah sahabat baik dengan orang tua itu.


Mereka berdarah pelaut bermula dengan meneroka kawasan pantai di Kuala Linggi lalu menetap kekal di kawasan berkenaan. Penulis yang terpanggil ke warung Pak Jantan dalam perjalanan ke Port Dickson baru-baru ini, sempat singgah lalu berkenalan dengan Pak Dolmat dan sekali gus diajak sama meneguk kopi o tanpa gula.

“Wow! Pahit,” kata penulis ketika meneguk kali pertama dan hampir meludah keluar tetapi dapat bertahan lalu cepat-cepat menelannya.

Pak Jantan dan Pak Dolmat ketawa sambil menepuk bahu penulis.

“Itu permulaan, memang pahit. Tetapi bila dibiasakan, tentunya rasa pahit tak ada lagi,” kata Pak Dolmat sambil menghirup kopinya dengan berselera.

Soal kopi o pahit tidak bergula ditinggalkan seketika kerana tujuan penulis singgah di warung Pak Jantan untuk mendapatkan petua bagaimana cara umpan dapat bertahan lama dalam air laut walaupun keadaan arus terlalu deras.

Pak Jantan dan Pak Dolmat sependapat bahawa jika dalam air melebihi 50 meter dan arus terlalu deras, pemancing dinasihatkan mengguna umpan yang liat seperti isi sotong segar atau isi ikan selayang segar atau ikan hidup.

Cara menurunkan umpan ke dasar juga perlu diberi perhatian. Anda tidak boleh serta-merta atau terus menghulurnya ke dasar kerana cara ini dibimbangkan umpan isi ikan yang tidak segar akan tanggal dari mata kail dengan sendirinya.

Cara paling baik anda perlu menurunkan umpan dengan perlahan dan berhenti seketika dan teruskan semula. Lakukan ini beberapa kali hingga batu ladung mencecah dasar. Seperti biasa apabila mencecah dasar, gulung sedikit tali supaya umpan terampai-ampai.

Kita juga perlu selalu menukar umpan dengan yang baru kerana kadang kala anda tidak sedar bahawa umpan sudah lama hilang dari mata kail dan ini tentunya menghampakan anda untuk mendaratkan ikan.

Petua selalu menukar umpan adalah sesuatu yang terbaik untuk diamalkan dan tentunya dapat menarik minat ikan di dasar. Petua yang sama juga selalu diceritakan oleh pemenang acara GP Joran sejak 10 tahun lalu.

Soalan Bodoh Jawapan Cerdik

Cerita Di petik dari email yang dihantar oleh seorang kawan......

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"


Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.


Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.


Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.


Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.


Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.


Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning... ..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.