Khamis, November 08, 2007

Bangun awal pagi dapat rezeki berganda

Dipetik dari akhbar Joran;

Petua yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu mengaitkan keyakinan walaupun kadang-kadang dirasakan tidak selari antara petua dan keyakinan Pada hakikatnya petua dapat bertahan lama daripada keyakinan yang sering berubah.


Pak Nuri pernah merisik satu rahsia daripada beberapa orang nelayan veteran yang rata-rata sudah berusia tujuh puluhan yang terus mengamalkan bangun awal pagi sambil melakukan senaman ringan di halaman rumah sebelum menunaikan solat subuh.

Selepas itu berjalan di kebun dengan melalui dicelah-celah daun pokok yang masih berembun bagi mendapatkan kesihatan badan. Melakukan tidur semula selepas solat subuh adalah satu amalan yang kurang baik sama ada dari segi kesihatan mahu pun rezeki.

Menurut Pak Uyup, nelayan tertua di kampung Dumpar Muar, yang dikatakan sudah mencecah usia 105 tahun masih mengamalkan bangun awal pagi kerana udara pagi belum tercemar.

“Walaupun tidak turun ke laut, tapi Atuk tetap bangun pagi dan tidak tidur selepas solat subuh,” Cerita Pak Uyup kepada penulis baru-baru ini sambil mengingatkan berkali-kali supaya air batu jangan diamalkan untuk minum terutama daripada ketul-ketul ais yang dicampur dalam gelas minuman.

“Minum air batu memang lazat untuk hilangkan dahaga, tapi kita tak akan rasa puas. Berbeza kalau kita meneguk teh o panas tanpa gula,” tambah orang tua itu sambil mempelawa penulis minum bersamanya dengan teh o panas.

“Minuman teh yang Atuk amalkan walau di mana Atuk pergi,” teh o tawar bagaikan penawar yang mengalir dalam tubuh dan terasa segarnya walau dalam keadaan bahang panas matahari ketika itu.

Daripada apa yang dapat Pak Nuri timba amalan yang digunakan oleh Pak Uyup yang masih kuat ingatannya perlu dijadikan petua amalan bagi kita terutama pada kaki pancing yang terdedah dengan haus dahaga di tengah laut semasa memancing.

“Kita kena amalkan walaupun dirasakan perbuatan ini satu penyeksaan pada mulanya, tapi pada penghujungnya adalah kebaikan.

“Sambil itu bangun tidur pada waktu awal pagi dan tidak mengulangi tidur sebaik selepas solat subuh perlu dijadikan amalan dan Allah berfirman dalam Al-Quran. - Telah aku taburkan rezeki yang banyak pada waktu awal pagi, berlumba-lumbalah kamu meninggalkan rumah untuk mencarinya dan akan aku gandakan rezeki itu jika kamu benar-benar ikhlas tidak mengulangi tidur hingga matahari terbit.

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.