Khamis, November 08, 2007

Kejar Waktu Jangan Lupa Makan

Petikan dari akbar Joran;

KADANG-kadang pemancing tidak mengira waktu untuk berehat, tidur atau makan semasa ekspedisi memancing yang berlarutan hingga tiga hari dua malam atau lebih daripada itu.


Justeru jadual untuk menjaga kesihatan diri juga perlu diatur bersama dengan aktiviti memancing supaya kita dapat bertahan lebih lama dalam keadaan yang selesa.

Petua Pak Nuri kali ini adalah langkah terbaik membahagikan masa memancing pada waktu tertentu seperti pada pagi sebelum fajar dan selepas fajar. Waktu hampir senja sebelum terbenam matahari dan tengah malam. Selain daripada waktu tertentu itu kita boleh memilih waktu arus air lemah antara air pasang dan surut. Kita kena memburu waktu yang terhad ini dan selepas itu kita boleh berehat untuk menyimpan tenaga supaya sentiasa aktif.

Pertemuan dengan Pak Ayub yang sesekali masih turun ke laut melangai udang di Selat Melaka mengamalkan waktu air mati dan cuaca untuk turun ke laut. Pertemuan singkat di kuala sungai Parit Jawa Muar, Pak Ayub, yang berusia 85 tahun masih gagah mengisi tugas sebagai warga pelaut tidak menolak ajakan untuk memburu umpan di kawasan lubuk atau karang.

Pak Ayub berkata waktu dan masa seperti yang disebutkan di atas perlu diamalkan dan dengan cara begitu kita mempunyai masa untuk berehat yang agak panjang.

“Kita tak perlu terus menerus memancing sampaikan lupa waktu malam, solat dan berihat, sedangkan ketika itu ikan langsung tak minat mencari makan, jadi kita nak buat tunggu,” kata Pak Ayub.

Cakapnya ada benarnya melalui pengalamannya yang sudah begitu lama berkawan dengan laut jadi petua yang baik ini perlu dijadikan pedoman oleh generasi hari ini yang berhajat untuk menjadi pemancing yang boleh bertahan lama di laut.

Penting membahagikan masa dan berbincang selalu dengan tekong untuk mendapatkan waktu sesuai untuk memancing supaya kita tidak bosan menunggu begitu lama terutama menunggu masa ikan mencari umpan.

Justeru petua harus di jadikan pedoman dan mengamalkannya.

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.