Selasa, April 15, 2008

Along & Angah

Sabtu & Ahad baru ni aku ke Kelantan balik menjenguk 2 orang hero yang manja ngan aku. Emmm.. mmg tak lekang. Asyik nak berkepit je. Pantang tinggal sampai Papa dia nak mandi pun ade yang nak ikut. Terpaksalah mandi sekali ngan diorang. Si Along tak berapa sihat sbb badan kena gatal-gatal disebabkan alahan kepada makanan laut. Along ni suka sangat ngan sotong dan udang. Kalau dapat makan mmg tak ingat dunia. Tapi akibatnyer kulit amat sensitif ngan benda-benda tersebut. Macam-macam hal anak istimewa aku ni. Kesabaran kena tinggi bila berhadapan dengan dia. Seorang anak yang istimewa dan selama bersama dengan dia aku banyak belajar tentang kehidupan, kesedihan dan kesabaran. Memang Allah kurniakan dia pada aku untuk mengajar aku apa itu kesabaran dan jangan putus asa.



Muka berceloreng sbb alahan

Sekarang ni dah ada tabiat baru. Dia suka bergambar. Bila pas ambil je gambar terus datang kat kamera sebab nak tgk gambar yang dah diambil. Pas dah tengok baru pegi tempat lain untuk posing lagi. Nakal tapi menghiburkan.


Senyum tapi macam tak senyum



Cium adik

Kegemaran skang ni dia suka cium adik dia. Sikit-sikit pegi cium adik. Sampai si adik pun dah terikut-ikut cara dia. Sikit-sikit cium along. Takpelah nak cium pun sbb boleh nampak kasih sayang antara diorang. Cayang anak Papa......



Papa nak gi mane ni erkkkkk......

Tengah termenung sbb tau nak kena tinggal. Gambar ni diambil masa aku tengah sibuk-sibuk kemas baju masuk beg.

Si angah plak skang ni makin laju merangkak. Pun sama cam Along. MAne aku pegi kat situlah dia ada. Memang aku punyer 2 orang anak yang memang manja gila walaupun jarang-jarang dapat jumpa aku. Paling lama pun 2 bulan tak jumpa tapi Alhamdulillah, walaupun jarang berjumpa ngan aku tapi diorang still boleh kenal siapa aku. Mmg pelik tapi itulah kebenarannya. Setakat ini belum pernah sekalipun 2 beradik ni taknak ngan aku bila aku balik. Semuanyer OK.



Angah yang MONTEL



Sukenyerrrr dierrrrr......



Ni dia tengah ngade-ngade. Kalau panggil je dia akan nganga luas-luas



Diorang mase tido..... Along peluk Angah........

Skang ni aku kat KL. Rindu lah plak nak duduk ngan diorang. Bila lah kita dapat dok sama yer.... Tak dapat aku nak jawab soalan tu. Buat sementara ni Along ngan Angah tinggal je dulu ngan Mek Tok dan Abah Tok. Papa akan cuba balik sekerap mungkin kalau Papa takde kelas hujung minggu. Yang penting Along & Angah jangan nakal-nakal. Cayang anak-anak Papa.....

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.