Jumaat, April 18, 2008

Hari Ini dan Semalam

Setelah 2 ari takde internet akhirnya aku berjaya menconfigure balik semua networking kat opis ni. Alhamdulillah sbb banyak idea yang datang masa buat konfigurasi ni. Mula-mula dah hilang mood tapi berkat kesabaran akhirnya aku berjaya jugak walaupun 2 hari terkurung dalam bilik server. Yang penting aku dah dapat satu ilmu yang amat berharga yang sebelum ni aku tak tahu pun camne nak buat. Syukur pada Allah.
Sekarang ni pun dah happy sikit sebab demam Along dah mula beransur sihat. Dah mula nak makan dan main-main. Aku paling risau kalau si Along ni tak aktif. Itu petanda yang kurang elok pada mata aku. Si angah plak macam biase tetap sihat dan ceria. Papa cayang anak-anak papa. Nanti lagi 2 minggu, I'allah papa akan balik tengok Along ngan Angah lagi.
Sabtu ahad ni pulak aku ada kelas. Minggu depan dah nak ke Sintok plak untuk habiskan module Management Information System selama 3 ari kat sana. Sibuk dan amat padat jadual aku. Kadang-kadang tak sempat nak habiskan masa untuk diri sendiri. Nasib baik anak-anak aku dok kat kampung kalo tak mesti diorang tensen sbb walaupun dok ngan aku tapi still tak boleh jumpa aku. Sabar yer sbb papa yakin satu hari nanti kita pasti akan dok bersama. Biar masa je yang tentukan bila.

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.