Khamis, Mei 29, 2008

Jangan Cepat Marah

Kalau suami pulang lewat
Kakak jangan membebel
Bila isteri syok membeli-belah
Abang jangan melenting

Ni baru nak kena tegur sikit
Adik jangan pula nak meradang
Kalau ada salah silap
Tak guna nak rasa bengang

Jangan, jangan, jangan… jangan cepat marah
Nanti cepat tua
Bikin gaduh saja
Jangan, jangan, jangan… jangan nak melatah
Nanti naik darah
Lagi masalah

Debat hangat di Parlimen
YB Dato kena ‘maintain’
Kalau harga minyak naik lagi
Rakyat mesti naik angin

Ekonomi sekarang makin susah
Pak cik nak harap pun duit pencen
Baru lepak kedai kopi
Mak cik sudah buat bising

Jangan, jangan, jangan… jangan cepat marah
Nanti cepat tua
Bikin gaduh saja
Jangan, jangan, jangan… jangan nak melatah
Nanti naik darah
Lagi masalah

Ramai betul yang masuk kerja lewat
Ada juga yang mengada nak balik cepat
Nanti tak dapat nak naik pangkat
Silap-silap ‘You’re fired!’ yang kau dapat
Hidup ini mesti sporting, barulah rasa ‘happening’
Takde maknanya nak gaduh-gaduh lagi
Nanti apapun tak jadi

Amboi senangnya menuding jari
Bila cari salah orang lain
Nanti giliran kita silap sikit
Masa tu perang ungkit-mengungkit

35 Tahun Pemergian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Salam semua... Hari ini genap sudah 35 tahun pemergian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Dilahirkan pada 22 Mac 1929 di pagi Hari Raya Aidilfitri dirumah neneknya di 40A, Counter Hall, Penang, Malaya. Sesungguhnya tiada siapa yang tidak mengenali beliau. Pengenalan kepada seniman agung Allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih. Beliau yang lebih dikenali dengan nama P.Ramlee bukan sahaja berbakat tetapi juga sebagai ikon seniman sepanjang zaman.

Siapa yang tidak tertawa apabila melihat jenakanya? Siapa yang tidak asyik apabila mendengar lagu-lagunya? Siapa yang tidak sedih apabila melihat lakonan menyayat hatinya? Siapa yang tidak terpana dengan filem arahannya?

Amat sukar untuk mencari insan yang boleh menandingi kehebatan beliau. Apatah lagi untuk mencari mereka yang boleh menggantikan P.Ramlee. Sehingga kini, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat beliau sebagai seniman yang serba boleh. Biarpun dari seniman seangkatan dengannya atau pun dari generasi baru seniman yang lebih dikenali sebagai artis pada masa kini.

"Aku nak hidup sampai 1000 tahun lagi." Itulah katanya kepada salah seorang sahabatnya. Namun begitu apa yang telah dikatakan itu secara gurauan, kini beransur-ansur berubah menjadi realiti. Walaupun telah 35 tahun pergi meninggalkan kita namun segala karya beliau masih hidup segar sehingga kini.

Beliau meninggal ketika berusia 44 tahun pada pagi Selasa 29 Mei 1973 kerana diserang sakit jantung. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan orang-orang Islam di Jalan Ampang. Semoga pemergian beliau dirahmati Allah swt.

Pujangga pernah berkata, "Biar malaikat datang mengundang, tidak gentar untukku pulang. Kuucapkan selamat pergi, jangan sesekali ditangisi. Kerana diriku adalah insan kerdil, yang akan hidup di alam yang kecil. Teruskanlah perjuangan, sekali melangkah berundur jangan. Kudoakan semoga kita beroleh kemenangan."

Rabu, Mei 28, 2008

Suratan atau Kebetulan

Salam kasih kepada semua. Lama rasanya tak menulis dengan membincangkan sesuatu yang best. Selalu aku tulis pasal aktiviti harian je. Meski masa menjarakkan kita namun janganlah hendaknya ia memisahkan kita.

Balik dari umah tengahari tadi aku bukalah radio Sinar.FM yang mana radio ni siaran kegemaran aku selain dari Hot.FM. Walaupun dengar Sinar.FM tak bermakna aku dah tua cukuplah sekadar aku cakap hati aku tetap muda walaupun dahi aku dah menunjukkan tahap kesinaran yang macam nampak aku dah tua.

Pendekkan cite masa mendengar radio tu terdengarlah aku lagu dendangan Keny, Remy & Martin yang berjudul Suratan atau Kebetulan. Emmm.. sempat jiwang sekejap bila dengar lagu ni. Teringat masa zaman muda-muda dulu masa bercinta ngan wife aku. Tapi semuanya dah pun berlalu dan jadi satu memori indah yang akan aku kenang sampai bila-bila. Kenangan yang takkan mungkin akan datang untuk kali kedua meskipun Mesin Back To The Future ciptaan Mr Brown dan Michael J.Fox menjadi kenyataan.

Aku nak bercerita pasal suratan dan kebetulan. Dalam kehidupan seharian kita pernah tak kita terfikir pasal 2 benda ni. Suratan dan kebetulan. Aku tertarik dengan rangkap ke tiga lagu ni.

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Pernahkah benda ini terjadi dalam hidup anda? Cuba renung dan fikir-fikir. Andai pernah, kenapa terjadi sedemikian? Bagi diri aku, aku pernah terjadi perkara sebegini. Ini disebabkan oleh aku kurang berfikir dengan matang masa tu. Terlalu ikut perasaan yang mana perasaan tersebut mengaburi pemikiran aku. Memang banyak pilihan tapi tetap salah dalam membuat pilihan. Kesian kan…..

Tapi itu semua pengalaman hidup yang mana pengalaman hidup ini aku himpunkan disepanjang jalan kehidupan. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk aku jadikan sempadan. Walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan jadikan pilihan tu sebagai sesuatu yang tepat agar disuatu masa nanti kita takkan bimbang. Bimbangkan berulang kesilapan.

Kalau kau menjadi aku, kau pasti akan faham apa yang cuba aku sampaikan….

Sekian, salam fikir-fikir daripada...

ketutu_jingga

Selasa, Mei 27, 2008

Dah Penat.....

Arrgghhhhhhh...... TENSEN!!!TENSEN!!!TENSEN!!!!...... Semua tak menjadi ari ni. Penat je pegi Tg Malim. Semua hampeh. TAPI keje tetap keje. Suka tak suka aku tetap kena buat. Dah penat sangat. Arini nak balik awal. Malam ni nak bawak sikecik aku pegi jalan-jalan. Nak bawak dia pegi kedai ikan sebab dia ni suka ikan cam PAPA dia jugak. Asal tengok ikan je siap lompat-lompat lagi. Suka sangat. Kalau takde kelas minggu ni boleh jugak bawak dia pegi WETWORLD tapi aku ada kelaslah plak. Spoil betullah. Boleh jugak hilang tensen ni. Memang tengah serabut sangat ni. Dah bosan gile mengadap keje yang bodoh ni. Rasa aku plak yang dah nak jadi bodoh. Eeeeee.... tak sanggup aku jd bodoh sebab wat keje bodoh.... Bosanlah... aku nak baliklah......

Weekend Yang Best

Lama dah tak update blog sbb bizi bangat ngan keje. Sabtu ahad baru ni balik kampung sbb rutin bulanan. Jenguk sikecik aku yang 2 orang tulah. Macam-macam ragam 2 orang kecik ni. Ari ahad aritu bawak along pegi appoinment paediatrik ngan cara pulih kerja kat Hospital Kota Bharu. Entah apa angin dia kali ni semua aktiviti untuk dia semua dia taknak buat. Puas jugak aku pujuk tapi satu pun dia tak layan. Rupa-rupanya sebab dia datang ngan aku. Biaselah bila datang ngan papa.. manja pun lebihlah....

Kul 4 petang aku balik KL. Bawak along sekali sebab 30hb ni Along ada appoinment plak kat HKL. Sian dia sbb penat sampaikan aku tak sanggup nak terus balik KL. Sampai Bentong singgah tido semalaman sbb dah lewat sgt nak sampai KL. Semalam (Isnin) baru aku balik KL. Seronok gile Along aku tengok bila dapat berjalan jauh.

Malam tadi aku kuar ngan Along pegi Sg Buloh. Jumpa kawan aku. Bincang pasal insuran anak2 aku. Balik pun dalam kul 10 lebih dah. Baik umah malam tadi Along dok sibuk main lagi. Aku dah ngantuk gile tapi dia boleh plak kacau aku bila nampak aku cam nak lelap. Nakal betul. Lama-lama tu mungkin sbb dah bosan kot tengok aku tak layan dia. Dia terus baring sebelah aku. Aku sedar-sedar dia dah tido pun. Emmm.... nakal dan menghiburkan si kecik ni. Seronok peluk dia bila tido.............

Sabtu, Mei 17, 2008

Virus dan Spyware

Salam mesra... Takde apa yang boleh aku buat ari ni kat opis selain dari YM ngan Mak Ngah aku. Punyelah semangat datang opis ari Sabtu ni. Cadangnya nak setllekan PSW untuk China Projek tapi sayang sejuta kali sayang bila on je PC dah kuar macam-macam error. Bila logon, semua file tak boleh nak bukak lagi. Antivirus aku yang selama ni paling hensem serta gagah perkasa kat kompeni ni pun boleh tersungkur menyembah bumi bila kena spyware ngan virus apa ntah namanya ni. Gagah apa ke benda camtu.... Arini pun aku silap jugak sebab lewat sampai opis. Pukul 11 baru masuk opis. Kalaulah awal-awal aku tau nak jadi camni tadi skang ni aku konpom dah ada kat dalam bas dah pegi tutttttttt . Boleh gak habiskan masa hujung minggu ni ngan Mak Ngah aku. Dia pun tengah bosan ngan tensen tu, Cian kat dia. Minta maaf yer sbb minggu ni saya tak boleh kesana jumpa awak. I'allah, kalau takde aral melintang bulan depan kita jumpa. Skang ni tunggu masa nak balik je pukul 1. Dah BOSANNNN sgt ni...........

Rabu, Mei 14, 2008

IBUKU SEORANG PEMBOHONG

Dipetik dari Email yang dihantar oleh seorang kawan.....

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya . Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Selasa, Mei 13, 2008

Penghibur Di Kala Sedang Berduka.......

Salam semua.... Cuti baru ni aku balik jugak ke kampung. Rindu punya pasal kat 2 hero kecik aku. Sampai kat Kelantan pukul 6 pagi. Dua-dua hero tengah tido. Tak tergamak nak usik diorang yang tengah sedap tido. Aku tido je kat sebelah diorang. Sedar-sedar dah pukul 9 sebabnya terasa ada orang naik atas badan pastu terasa plak ada orang cium aku waktu aku tengah tido. Buka je mata, angah ada dok atas aku dan along plak dok tengah cium aku yang tengah tido. Terharu rasa bila tengok kasih sayang anak-anak pada aku. Walaupun jarang jumpa diorang tapi kasih antara kami tak pernah luntur. Mungkin diorang faham kenapa aku dan diorang berjauhan antara 1 sama lain.

Hari Sabtu tu seharian melayan kerenah 2 beradik ni. Walaupun badan letih sebab mengharungi perjalanan tanpa henti selama 7 jam tapi tak terasa keletihan tu bila tengok keletah 2 si kecik ni. 2 beradik ni langsung taknak berenggang. Mana aku pegi adalah diorang kat situ. Angah makin MONTEL dan berat. Lenguh tangan bila dukung dia. Sekarang dah pandai nak suruh orang dukung dia. Yang paling best balik kali ni bila dengar si Angah panggil PAPA. Halus je suara bila panggil aku. Dah nak bercakap si Angah ni rupanya.....

Along plak suka makan. Sebiji cam mama dia. Suka makan tapi badan tak mau besar. Cikeding je anak aku sorang ni. Manja usah citelah. Sikit-sikit cari aku. Nak hisap susu pun nak baring atas riba aku. Sampaikan dok dalam kete pun nak duduk atas riba papa dia. Dahlah nak drive dia nak pegang stereng jugak. Emmm.. layankan jelah kerenah diorang ni. Bukan aku ada sapapun lagi. Hanya diorang jelah penghibur dan permata hati aku untuk selama-lamanya. Balik kali ni aku tak boleh nak abadikan gambar diorang sebab kamera aku masih belum dibaiki.

Aku balik KL ari ahad selepas selesai bawa Along pegi Speech Therapy kat Hospital Kota Bharu. Masa aku balik Along tido tapi Angah jaga. Angah jelah yang menghantar aku pulang. Terkelip-kelip mata bila tengok aku balik. Berat hati nak tinggalkan diorang hanya Tuhan yang tahu. TAPI disebabkan aku kena cari sesuap nasi untuk diorang kita terpaksa berpisah buat sementara. I'allah andai panjang umur PAPA kita jumpa lagi bulan depan. Cayang Along dan Angah......

Jumaat, Mei 09, 2008

Ku Merindu

Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku


Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku


Chorus:
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu


Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu


Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu…

SELAMAT HARI IBU 2008

Diam tak diam dah masuk minggu kedua bulan May. Emmm.... bila dah masuk minggu kedua ni mmg gah dengan Sambutan Hari Ibu. Tak kira apa bangsa, agama dan warna kulit semua akan meraikan ibu masing-masing sebagai tanda penghormatan yang tidak terhingga terhadap insan yang bergelar ibu. Kepada yang masih mempunyai ibu kalian bertuah kerana berpeluang bersama ibu masing-masing dihari yang paling best ni. Kepada yang sudah tidak berpeluang, kuatkan semangat kerana perjalanan hidup kita masih terlalu jauh untuk diteruskan.

Tahun 2008 ni adalah tahun pertama aku tidak dapat meraikan sambutan Hari Ibu ini bersama insan tersayang. Tahun-tahun sebelum ni seronok sangat sbb bila datang je time ni mmg akan ada hadiah untuk dia. Allah Maha Berkuasa dan penentu segala-galanya. Dia pergi disaat aku perlukan dia selepas kehilangan ibu tersayang.

Tahun ni aku dah takde sesiapa lagi untuk aku meraikan Sambutan Hari Ibu ini. Sedih sangat bila ingat balik kenangan-kenangan lama. Pesanan aku kepada yang masih mempunyai insan tersayang bergelar Ibu. Hargailah mereka sebelum mereka pergi tinggalkan anda. Walau siapapun mereka, mereka wajar diberi perhatian selama mereka berada disisi anda.

Kepada sesiapa yang sudi untuk memberi aku peluang bagi meraikan hari yang berbahagia ini aku dengan sepenuh hati mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada kalian semua yang bergelar Ibu. Semoga kalian akan menjadi ibu yang lebih bertanggungjawab, penyayang dan beroleh keberkatan dari Allah hendaknya. Amin.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.