Rabu, Mei 28, 2008

Suratan atau Kebetulan

Salam kasih kepada semua. Lama rasanya tak menulis dengan membincangkan sesuatu yang best. Selalu aku tulis pasal aktiviti harian je. Meski masa menjarakkan kita namun janganlah hendaknya ia memisahkan kita.

Balik dari umah tengahari tadi aku bukalah radio Sinar.FM yang mana radio ni siaran kegemaran aku selain dari Hot.FM. Walaupun dengar Sinar.FM tak bermakna aku dah tua cukuplah sekadar aku cakap hati aku tetap muda walaupun dahi aku dah menunjukkan tahap kesinaran yang macam nampak aku dah tua.

Pendekkan cite masa mendengar radio tu terdengarlah aku lagu dendangan Keny, Remy & Martin yang berjudul Suratan atau Kebetulan. Emmm.. sempat jiwang sekejap bila dengar lagu ni. Teringat masa zaman muda-muda dulu masa bercinta ngan wife aku. Tapi semuanya dah pun berlalu dan jadi satu memori indah yang akan aku kenang sampai bila-bila. Kenangan yang takkan mungkin akan datang untuk kali kedua meskipun Mesin Back To The Future ciptaan Mr Brown dan Michael J.Fox menjadi kenyataan.

Aku nak bercerita pasal suratan dan kebetulan. Dalam kehidupan seharian kita pernah tak kita terfikir pasal 2 benda ni. Suratan dan kebetulan. Aku tertarik dengan rangkap ke tiga lagu ni.

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Pernahkah benda ini terjadi dalam hidup anda? Cuba renung dan fikir-fikir. Andai pernah, kenapa terjadi sedemikian? Bagi diri aku, aku pernah terjadi perkara sebegini. Ini disebabkan oleh aku kurang berfikir dengan matang masa tu. Terlalu ikut perasaan yang mana perasaan tersebut mengaburi pemikiran aku. Memang banyak pilihan tapi tetap salah dalam membuat pilihan. Kesian kan…..

Tapi itu semua pengalaman hidup yang mana pengalaman hidup ini aku himpunkan disepanjang jalan kehidupan. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk aku jadikan sempadan. Walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan jadikan pilihan tu sebagai sesuatu yang tepat agar disuatu masa nanti kita takkan bimbang. Bimbangkan berulang kesilapan.

Kalau kau menjadi aku, kau pasti akan faham apa yang cuba aku sampaikan….

Sekian, salam fikir-fikir daripada...

ketutu_jingga

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.