Khamis, Jun 05, 2008

MiNyAk NaiK LaGI

Salam... Semalam seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga minyak yang naik mendadak. Petrol naik sebanyak RM 0.78 yang mana harga barunya ialah RM 2.70 dan Diesel naik RM 1 dan berharga RM 2.58 seliter. Ada yang terkejut, ada yang tenang dan ada gak yang gelabah. Emmm... untuk orang macam aku memang dalam ketegori gelabah kerana dengan beberapa sebab.

  1. Sebulan sekali atau 2 kali aku akan balik Kelantan. Kalau ikut kiraan semasa harga minyak RM 1.92 sen aku akan hanya mengisi petrol penuh tangki dengan 23.438 liter yang berjumlah RM 45.00 yang mana boleh meliputi perjalanan sejauh 550++ kilometer. Pada masa tu aku hanya spend duit minyak dan tol dalam RM 120.00 untuk perjalanan pergi dan balik. So apa jadi selepas kenaikan. Meh kita kira. 23.438 liter x RM 2.70 = RM 63.28. Pergi balik bersamaan dengan RM 126.56. Selepas ditambah tol akan jadi RM 150.00. Emmm... Kalau 2 kali sebulan dah jadi RM300. Kesimpulannya... aku akan kopak......
  2. Setiap hari atau seminggu 3 kali aku akan out station. Sekali pergi ke Tg Malim minyak lebih kurang RM20. Selepas kenaikan akan jadi RM 40 lebih kurang dan selepas ditambah tol akan jadi RM 60. Kalau 3 kali seminggu jumlah yg patut aku spendkan ialah RM 180. Kalau sebulan akan jadi RM 720. Claim yang kompeni ni sediakan ialah RM 0.30 sekilometer. Meh kita kira lagi. Dari Sg Buloh ke Tg Malim 160 km pergi balik. 160km x RM 0.30 = RM 48.00. Seminggu aku kuar 3 kali. Sebulan akan jadi 12 kali. Jumlah claim yang akan aku dapat RM 48 x 12 = RM 576.00. So apa yang korang bayangkan sekarang ni. Mesti senak kan... Sebulan claim aku hanya RM 576.00 dan jumlah yang aku kuarkan ialah RM 720.00. Jumlah duit yang aku sia-siakan untuk kompeni ialah RM 144.00 sebulan. Kalau setahun RM 144.00 x 12 bulan = RM 1728.00. Dan lagi satu yang paling penting korang kena tahu claim kompeni ni hanya akan dapat 6 bulan atau setahun sekali. Kesimpulannya... aku kopak lagi.
Cukuplah 2 sebab aku bagi sebab aku sendiri pun dah tak tahan nak tulis sebab-sebab yang lain. Boleh jadi jiwa kacau kalau fikir-fikirkan hal ni. Walauapapun harga minyak tetap dah naik. Insentif untuk golongan berkemampuan akan diberi tak lama lagi. Persoalannya, adakah insentif tu akan dinikmati sepenuhnya oleh seluruh golongan yang kurang berkemampuan atau hanya akan dinikmati oleh golongan yang memang berlebih-lebih kemampuan. Seandainya tiada ketelusan dalam pembahagian subsidi ni maka akan jadilah perkara yang sedemikian.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, harga minyak dah pun naik dan takkan mungkin bila sesuatu harga yang naik akan turun semula. Apa yang perlu kita sebagai golongan pendapatan rendah ni buat ialah ikut jelah nasihat para-para menteri jahanam. Ayat yang biase keluar selalunya UBAHLAH CARA HIDUP KITA...... rasanya sebagai golongan berpendapatan sederhana ni aku taklah bermewahan sangat. Nak ubah tahap macamana lagi pun aku dah tak tahu. Mungkin kena ubah dari makan nasi kepada makan ubi kayu kot. Yang susah akan jadi makin susah. Yang senang akan jadi makin senang. Itulah senario sekarang ni kat Malaysia.

Kesimpulannya, dengan kenaikan harga minyak yang mendadak ni maka kita sebagai manusia kat Malaysia ni perlu bersiap sedia bagi menghadapi bermacam kenaikan lagi selepas ni. Harga barang dan makanan kat kedai-kedai pasti akan naik dengan mendadak. Cubalah sediakan PARACHUTE untuk diri dan keluarga anda. Jangan bila dah terhempas baru teringat terlupa nak pasang payung. Sebagai seorang rakyat dibumi bertuah dan dibawah Payung Kerajaan Barang Naik, sesungguhnya aku berbangga dengan corak pemerintahan kalian. Demi kalian aku sanggup melalui Zaman Ubi Kayu kerana ku tahu kalian memang jenis PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT......

Selasa, Jun 03, 2008

Imej Baru Aku

Kat opis......

Salam semua... Hehehhe.... aku dah berimej baru... Lebih ringkas sebab tak payah pikir nak sikat rambut lagi. Sampai bile???? Sampai aku jemu dengan imej nilah... tapi tak lama kot. Nampak sikit ganas.... Emmm.. ganas ke? Taklah... AKU TETAP AKU cam dulu-dulu gak... Imej je berubah tapi sikap dan hati aku sama cam dulu-dulu.. Nampak ganas tapi hati mau baik.... Kena ingat tu dan fikir-fikirkan... Salam sayang untuk semua.... Adiooossss....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.