Isnin, Julai 28, 2008

Hari yang penat

Arini sangat penat sebab satu hari berjalan mencari ole-ole untuk teman-teman kat Malaysia. Dari Anyang ke Seoul dan dari Seoul ke Hoeyun. Semuanya menaiki tren Metropolitan. Tambang baru 1600 won yang bersamaan dengan RM4.00++. Sangat seronok sebab boleh merasai perbezaan sistem pengangkutan awam kita dengan Korea. Sangat cekap dan teratur. Kalaulah di Malaysia macam ni memang hari-hari aku pegi keje naik komuter.

Sampai di Seoul tukar tren untuk ke Hoeyyun. Sampai je di Hoeyun terus ke Namdaemon untuk mencari Brooch Korea. Terus je ke kedai tempat rakyat Malaysia membeli belah. Memang ramai pun rakyat Malaysia kat situ. Ada yg student dan ada yang pegi jalan-jalan. Sehinggakan tauke kedai yang berbangsa Korea tu boleh sikit-sikit berbahasa Melayu. Sangat best masa memilih brooch sbb caring dan kemesraan diorang. Selesai membeli terus pulak mencari baju yang bertulis 'Korea'. Ini adalah satu kewajipan. Dapat beli 5 helai je sbb kedai Uncle tu dah takde stok yang bersaiz kecil. Yang menarik tentang Uncle ni dia boleh berbahasa Melayu. Huuuuuaaaaaa... ini sudah best. Senang gile deal harga tapi sayangnya stok dah takde. Aku siap bagitau Uncle tu next time aku nak beli baju lagi. Selesai semua terus ke Yongsan pulak sebab nak pegi Digital Mall diorang. Digital Mall ni dah macam Plaza Low Yat kat Malaysia. Pusing sana pusing sini akhirnya aku dapaat juga webcam yang aku idam-idamkan dengan harga RM45. Aku ada berkenan 1 lagi benda iaitu MP4 player. Tanyer-tanyer harganya RM750 je. Memang murah sbb boleh running untuk Real Player dan MPEG. I'allah, next time pegi aku nak beli benda tu plak. Sangat canggih.

Tepat pukul 4 terus ambik tren balik ke Anyang. Kat sini bos aku ajar camne nak tukar tren kalo tersalah masuk line tren yang lain. Pening dan penat aku arini belajar benda2 ni. Penat sbb terlalu banyak berjalan tukar subway. Nasib baik stamina aku kuat lagi. Akhirnya sampai jugak kitorang ke hotel setelah bertukar banyak tren. Sangat penat.. Aku nak tidoooooooooo..............

Ahad, Julai 27, 2008

International Adapter

Are u have international adapter? I'm not selling that adapter.... Pergh.. today is very2 tired. Round 1 Bandar Anyang semata-mata untuk mencari International Adapter. International Adapter ini ialah sambungan dari Plug 3 pin kepada 2 pin. Negara Korea menggunakan plug 2 pin yang berbentuk bulat. Setakat Malaysia punya plug memang tak masyuklah jawabnya. Nak taknak kena cari jugak sebab laptop dah nak habis bateri. Memang penat nak habiskan Anyang City sebab trend bandar Korea bukan atas tanah je tapi di bawah tanah pun ada lagi. Pada ingatan aku kalau banding ngan Malaysiaia, kedai-kedai kat bawah tanah ni takdelah sangat orang. Rupanya sangkaan aku tu meleset. Orang kat bawah tu lagi ramai dari kat atas. Mak aiiihhhh..... penat siot berjalan kaki memusing lorong2 bawah tanah tu. Yang banyaknyer kat bawah tu kedai jual pakaian je. Pastu kedai handphone. Lawa-lawa plak tu handphonenya tapi sayang sistem telekomunikasi kita tak sama dengan diorang. Kalo beli pun memang tak boleh guna kat Malaysia.

Lagi 1 kat sini yang paling nyata sekali banyaknyer ialah kedai makan. Terlalu banyak kedai makan. Walaupun ada 2 juta kedai makan pun yang pasti kita sebagai orang Islam jangan mimpi nak makan kat kedai2 tu. Setakat aku duduk sini yang aku makan burger seafood, dunkin donuts ngan maggi. Maggi tu pun memang aku bawak dari Malaysia. Kalaulah kita ni takde batas halal haram memang Heaven makanan kat sini. Terlalu banyak makanan dan untuk pengetahuan korang makanan ruji diorang still lagi nasi. Cuma aku yang makan nasi ni je yang baru sekali makan nasi sejak smgu yang lalu. Sebabnya yang jual nasi semua tempat tak halal. Thats no point untuk aku makan nasi. Belasah jelah burger ngan mknan2 ringan. Janji boleh hidup. Kalaulah Cayang aku yang datang sini mesti dia pengsan bila tak makan nasi. Sebab dia PECINTA NASIIIIII...... Bak kata pepatah Biar Mati Adat, Jangan Mati Pokok Padi...... Hahahhaha.......

Sabtu, Julai 26, 2008

From Pyongteak to Anyang.....

Arini dah tak keje sebab Korea dah start bercuti panjang sempena Musim Panas. Checkout dari Kabo Hotel tepat pukul 12 tgahri. Sampai je di lobbi Mr Park dah terpacak tunggu kitorang. Dia nak tolong hantar ke Metropolitan Station (kat Malaysia Stesen Komuter). Pengalaman pertama aku menaiki pengangkutan awam kat negara orang. Komen aku, pengangkutan awam disini amat bagus sebab menepati masa dan cekap. Adalah tak menghairankan bila tengok rakyatnya berpusu-pusu menggunakan pengangkutan awam.

Semasa dalam Metropolitan, aku disapa oleh seorang kanak-kanak yang dalam linkungan 6 tahun. Mula-mula tu dia cakap Korea tapi bila aku cakap aku tak tau berbahasa Korea dia gelak je. Pastu dia pun tanyerlah mak dia cane nak caka Inggeris. Nak tergelak aku sbb budak ni seboleh-bolehnya nak jugak cakap ngan aku. Soalan pertama dia, Where are u from? Aku jawab from Malaysia. Dia tak tau. Bila aku cakap U know Kuala Lumpur. Yesssss..... Tahu pun Kuala LUmpur tu apa. Pastu dia tanyer plak nama aku. Aku cakaplah nama aku yang famous ni. My name Sham dan nama dia plak Tessa. Pastu dia dah tak tanyer dah sbb mak dia pun tak tau sgt berbahasa Inggeris. Yang bestnya sebelum budak ni turun, dia sempat tepuk bahu aku sebab semata-mata nak ucapkan bye-bye kat aku. Emmm..... kecik-kecik budak ni pun dah peramah. Patutlah bila dah dewasa diorang ni peramah. Cuma masalah bahasa yang buat kita tak boleh nak berbual dengan diorang. Kalaulah aku boleh berbahasa Korea mesti best gile kat sini.

Sampai je di Anyang terus cari hotel untuk check in. Kul 4 terus turun bawah pegi jalan-jalan kat Bandar Anyang. Ingat nak pegi tengok wayang tapi bila pegi kat kaunter Minah kaunter tu tak boleh plak berbahasa inggeris. Yang paling aku jd mengong sekejap bila waktu tayangan ada yang pukul 26:45.... Cuba korang pikir dan bgtau aku pukul berapakah itu???? Aku tanyer jugak kat kaunter tapi dia tak boleh bg jawapan sbb tak boleh cakap inggeris. Last-last dah bosan dan dah tau nak pegi mane, aku balik hotel. Malam kang nak kena wat report plak sbb nak hantar ke Malaysia. Esok pun aku nak buat report lagi. Isnin dan selasa baru nak pegi jalan-jalan lagi. Ari Selasa kul 6.15 petang aku dah naik flight nak balik Malaysia. Tak sabar nak balik Malaysia ni..........

Khamis, Julai 24, 2008

Wacana Budak Jauh.....

Hari ke dua aku di Korea. Penat giler keje kat sini sbb terikut2 rentak cara kerja orang kat sini tapi walaupun penat terasa keseronokan bekerja dengan orang kat sini. Time kerja memang kerja sungguh2 dan bila cukup time untuk rehat akan terus pergi rehat tanpa ada sepatah perkataan nak tunggu sekejap. Itulah budaya masyarakat Korea yang terlalu taksub dengan kerja dan semangat ingin majukan negara. Adakah kita kat Malaysia macam tu? Tepuk dahi tanyerlah hidung. Bagi aku aku bila menjalani kehidupan disini baru 2 hari aku dah boleh mesra dengan diorang walaupun kadang2 masalah bahasa membataskan sedikit pemahaman antara 1 sama lain. Tapi yang bestnya walaupun masyarakat disini kurang untuk berbahasa inggeris, semangat ingin menyampaikan tu yang buat aku takjub. Memang mula2 aku jd blurrrr sampai tertanyer2 apalah yang mamat ni cakap ngan aku ni. Tapi dah 2 arini dah boleh paham lenggok gaya percakapan diorang tu.

Yang buat aku rasa respek ngan diorang ialah dalam bab kerja semua lapisan akan menyinsing lengan. Maksud aku Director pun pakai sarung tangan wat keje kat mesin. Kalaulah aku punya director perangai camni memang aku respek diorang sampai mati.

Cuaca disini musim panas tapi disebabkan ada taufan di Negara China, cuaca kat sini siang malam hujan. Yang bezanya, hujan di Malaysia sejuk tapi kat sini waktu hujan pun cuaca tetap rasa panas. Tak pernah aku rasa camni bila waktu hujan air cond kat bilik aku 18 darjah celcius. Memang terasa bahangnya bila tak pasang air cond.

Bangun pagi tadi pukul 4 lagi sebab waktu subuh masuk awal sangat. Pukul 3.30 dah waktu subuh. Jejak je pukul 5 pagi dah macam pukul 7 pagi kat Malaysia. Waktu naik matahari terlalu awal. Waktu dalam flight aritu aku konpius sebab jam baru pukul 6 pagi tapi cahaya matahri yang masuk melalui tingkap dah macam pukul 9 pagi. Punyalah panas. Tapi bila check2 balik ngan Jam pemberian Cayang aku tu barulah aku tau yang kat sini waktunya cepat dari Malaysia. Sangat berguna jam pemberian awak ni.

Turun je dari hotel pukul 9 pagi terus pegi sarapan. Makan telur goreng ngan kentang goreng. Hanya itu je yang aku mampu makan sebab yang lain-lain tu ada perkataan PORK... Nak tau apa pork tu bukak kamus cepat. Nak makan daging ngan ayam pun rasa was-was sebab entah sembelih entahkan tidak. Baik aku belasah ikan ngan seafood je lagi selamat. Perjalanan kitorang dari hotel ke tempat keje kompeni Korea tu yang uruskan. Memang betul2 datang sini untuk keje je. Yang lain2 diuruskan. Memang rasa mcam apa ntah. Rasa besor giler. Balik keje plak lewat... Selagi belum kul 9 malam jgn harap nak sampai hotel. Letih bangat. Plak tu balik hotel je sambung wat keje lagik. Aduiiiii... Ni yang tak best ni kalo pegi outstation tapi dah nama tanggungjawab buatlah jugak. Camnelah nak hadapi 5 hari lagi ni. Mesti naik muak tengok keje ni. Yang baiknya kat sini walaupun penat aku dapat belajar banyak skil2 dan ilmu baru dengan mamat Korea ni. Tak pernah aku belajar dan tau pun ilmu-ilmu ni sebelum ni. I'allah akan aku sampaikan segala ilmu yang aku ada ni pada semua kengkawan kat Malaysia tu. Tunggu je kepulangan Beta nnt. Jangan korang jadi muak plak tengok muka aku pasni sebab aku ada bawak banyak keje utk korang yang kat Malaysia tu. TUNGGU!!!!!....

Rabu, Julai 23, 2008

Salam From Land Of Korea

Salam semua...

Alhamdulillah akhirnya selamat jugak saya jejakkan kaki di bumi Korea ini. Sampai pagi tadi tepat jam 8.30 pagi waktu Korea yang mana waktu Malaysia pukul 7.30 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Dugaan pertama bermula apabila disoal oleh Imegresen yang kurang memahami bahasa Inggeris. Banyak gile soalan ditanya. Tapi syukur pada Allah sebab tak lama selepas itu aku di lepaskan jugak. Berpeluh siot menjawab soalan2 yang macam2 dari diorang. Sampai di je dipintu keluar dah ada driver yang tunggu aku ngan kawan aku sorang ni. Mamat driver ni pun tak tahu berbahasa Inggeris. Macam itik ngan ayam aku dalam Kia Carnival tu. Yang aku paham dia cakap perjalanan akan ambil masa sejam setengah lagi. Apa lagi layan tido ler....

Sampai je destinasi aku di Pyongtek terus pegi kat supplier aku tu. Aduiiii.. ingat bolehlah rehat.. sampai ke malam aku keje ari ni. Penatnyer.....

Selasa, Julai 15, 2008

Kasih Tak Kesampaian

Dedikasi lagu ini buat seorang TEMAN tapi MESRA. Maafkan segala kesilapan saya yang selalu mencampuri segala urusan awak walaupun pada hakikat sebenarnya awak hanya menganggap saya hanya sekadar seorang KAWAN biase dan tidak lebih dari itu..... Maafkan saya sekali lagi..... Walauapapun awak tetap yang teristimewa di sepanjang kehidupan saya. Seandainya pemergian ini bukan lagi utk kembali dalam keadaan sempurna, abadikanlah segala kenangan kita sebagai sesuatu yang terindah di sepanjang jalan kehidupan. Selamat Tinggal dan Salam Sayang untuk awak........

Dari bicaramu kurasa
Penuh nada dan irama
Lalu cahaya berubah kebiruan
Tersusun secantik haluan

Madah dan puisi digubah
Hanya buatmu yang terindah
Lalu sanggup aku hamparkan
Satu cinta satu jiwa
Sedangkan ianya berbeza

Lantas hilang erti sebuah keinginan
Saat aku bukan pilihan
Satu cintamu satu sandiwara
Cuma dusta

Puas ditangisi bila hati dilukai
Puas kau hancurkan segala impian kasih
Kini bagai kelemasan karam ditengah lautan
Sementara ku dihimpit oleh berjuta penyesalan

Puas kumencari hakikat cinta yang suci
Puas kumenanti cerita gembira
Tapi kini segalanya bagiku hanyalah
Kasih tak kesampaian

Madah dan puisi digubah
Hanya buatmu yang terindah
Lalu sanggup aku hamparkan
Satu cinta satu jiwa
Sedangkan ianya berbeza

Isnin, Julai 07, 2008

Malas Gileeee.....

Salam..... Uuuaaarggghhhhhhh.... Lama benor dah aku tido dr update blog ni. Emmm... still takde apa cite sbb sjak 2 menjak ni macam tak bape ada mood sangat nak menulis. Weekend baru ni aku balik Kelantan tengok 2 hero aku. Alhamdulillah semua sihat cuma si Angah je batuk cam nak lelah. Tapi dalam batuk-batuk tu pun lincah jugak. Merata dia panjat. Ahadnye plak aku ke KB bawak along pegi temujanji. Petang kul 4 baru balik KL. Jalan jem hujan plak lebat. Letih sangat2 aku rasa. Sampai KL dah kul 12 lebih. Pastu layan msg 2 3 lap ngan kawan-kawan aku. Terus tido zzzzzzzz......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.