Sabtu, Julai 26, 2008

From Pyongteak to Anyang.....

Arini dah tak keje sebab Korea dah start bercuti panjang sempena Musim Panas. Checkout dari Kabo Hotel tepat pukul 12 tgahri. Sampai je di lobbi Mr Park dah terpacak tunggu kitorang. Dia nak tolong hantar ke Metropolitan Station (kat Malaysia Stesen Komuter). Pengalaman pertama aku menaiki pengangkutan awam kat negara orang. Komen aku, pengangkutan awam disini amat bagus sebab menepati masa dan cekap. Adalah tak menghairankan bila tengok rakyatnya berpusu-pusu menggunakan pengangkutan awam.

Semasa dalam Metropolitan, aku disapa oleh seorang kanak-kanak yang dalam linkungan 6 tahun. Mula-mula tu dia cakap Korea tapi bila aku cakap aku tak tau berbahasa Korea dia gelak je. Pastu dia pun tanyerlah mak dia cane nak caka Inggeris. Nak tergelak aku sbb budak ni seboleh-bolehnya nak jugak cakap ngan aku. Soalan pertama dia, Where are u from? Aku jawab from Malaysia. Dia tak tau. Bila aku cakap U know Kuala Lumpur. Yesssss..... Tahu pun Kuala LUmpur tu apa. Pastu dia tanyer plak nama aku. Aku cakaplah nama aku yang famous ni. My name Sham dan nama dia plak Tessa. Pastu dia dah tak tanyer dah sbb mak dia pun tak tau sgt berbahasa Inggeris. Yang bestnya sebelum budak ni turun, dia sempat tepuk bahu aku sebab semata-mata nak ucapkan bye-bye kat aku. Emmm..... kecik-kecik budak ni pun dah peramah. Patutlah bila dah dewasa diorang ni peramah. Cuma masalah bahasa yang buat kita tak boleh nak berbual dengan diorang. Kalaulah aku boleh berbahasa Korea mesti best gile kat sini.

Sampai je di Anyang terus cari hotel untuk check in. Kul 4 terus turun bawah pegi jalan-jalan kat Bandar Anyang. Ingat nak pegi tengok wayang tapi bila pegi kat kaunter Minah kaunter tu tak boleh plak berbahasa inggeris. Yang paling aku jd mengong sekejap bila waktu tayangan ada yang pukul 26:45.... Cuba korang pikir dan bgtau aku pukul berapakah itu???? Aku tanyer jugak kat kaunter tapi dia tak boleh bg jawapan sbb tak boleh cakap inggeris. Last-last dah bosan dan dah tau nak pegi mane, aku balik hotel. Malam kang nak kena wat report plak sbb nak hantar ke Malaysia. Esok pun aku nak buat report lagi. Isnin dan selasa baru nak pegi jalan-jalan lagi. Ari Selasa kul 6.15 petang aku dah naik flight nak balik Malaysia. Tak sabar nak balik Malaysia ni..........

1 Juri Propesional:

Yastro berkata...

pernah aku tgk satu situasi dimana mamat philipina dok buat bising dlm ketaaapi derang...bising kat dgn awek lak tu...last awek tu ngamuk dlm bhsa korea...senyap jap pas tu bising balik...x hormat kt org langsung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.