Isnin, Julai 28, 2008

Hari yang penat

Arini sangat penat sebab satu hari berjalan mencari ole-ole untuk teman-teman kat Malaysia. Dari Anyang ke Seoul dan dari Seoul ke Hoeyun. Semuanya menaiki tren Metropolitan. Tambang baru 1600 won yang bersamaan dengan RM4.00++. Sangat seronok sebab boleh merasai perbezaan sistem pengangkutan awam kita dengan Korea. Sangat cekap dan teratur. Kalaulah di Malaysia macam ni memang hari-hari aku pegi keje naik komuter.

Sampai di Seoul tukar tren untuk ke Hoeyyun. Sampai je di Hoeyun terus ke Namdaemon untuk mencari Brooch Korea. Terus je ke kedai tempat rakyat Malaysia membeli belah. Memang ramai pun rakyat Malaysia kat situ. Ada yg student dan ada yang pegi jalan-jalan. Sehinggakan tauke kedai yang berbangsa Korea tu boleh sikit-sikit berbahasa Melayu. Sangat best masa memilih brooch sbb caring dan kemesraan diorang. Selesai membeli terus pulak mencari baju yang bertulis 'Korea'. Ini adalah satu kewajipan. Dapat beli 5 helai je sbb kedai Uncle tu dah takde stok yang bersaiz kecil. Yang menarik tentang Uncle ni dia boleh berbahasa Melayu. Huuuuuaaaaaa... ini sudah best. Senang gile deal harga tapi sayangnya stok dah takde. Aku siap bagitau Uncle tu next time aku nak beli baju lagi. Selesai semua terus ke Yongsan pulak sebab nak pegi Digital Mall diorang. Digital Mall ni dah macam Plaza Low Yat kat Malaysia. Pusing sana pusing sini akhirnya aku dapaat juga webcam yang aku idam-idamkan dengan harga RM45. Aku ada berkenan 1 lagi benda iaitu MP4 player. Tanyer-tanyer harganya RM750 je. Memang murah sbb boleh running untuk Real Player dan MPEG. I'allah, next time pegi aku nak beli benda tu plak. Sangat canggih.

Tepat pukul 4 terus ambik tren balik ke Anyang. Kat sini bos aku ajar camne nak tukar tren kalo tersalah masuk line tren yang lain. Pening dan penat aku arini belajar benda2 ni. Penat sbb terlalu banyak berjalan tukar subway. Nasib baik stamina aku kuat lagi. Akhirnya sampai jugak kitorang ke hotel setelah bertukar banyak tren. Sangat penat.. Aku nak tidoooooooooo..............

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.