Rabu, Julai 23, 2008

Salam From Land Of Korea

Salam semua...

Alhamdulillah akhirnya selamat jugak saya jejakkan kaki di bumi Korea ini. Sampai pagi tadi tepat jam 8.30 pagi waktu Korea yang mana waktu Malaysia pukul 7.30 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Dugaan pertama bermula apabila disoal oleh Imegresen yang kurang memahami bahasa Inggeris. Banyak gile soalan ditanya. Tapi syukur pada Allah sebab tak lama selepas itu aku di lepaskan jugak. Berpeluh siot menjawab soalan2 yang macam2 dari diorang. Sampai di je dipintu keluar dah ada driver yang tunggu aku ngan kawan aku sorang ni. Mamat driver ni pun tak tahu berbahasa Inggeris. Macam itik ngan ayam aku dalam Kia Carnival tu. Yang aku paham dia cakap perjalanan akan ambil masa sejam setengah lagi. Apa lagi layan tido ler....

Sampai je destinasi aku di Pyongtek terus pegi kat supplier aku tu. Aduiiii.. ingat bolehlah rehat.. sampai ke malam aku keje ari ni. Penatnyer.....

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.