Khamis, Julai 24, 2008

Wacana Budak Jauh.....

Hari ke dua aku di Korea. Penat giler keje kat sini sbb terikut2 rentak cara kerja orang kat sini tapi walaupun penat terasa keseronokan bekerja dengan orang kat sini. Time kerja memang kerja sungguh2 dan bila cukup time untuk rehat akan terus pergi rehat tanpa ada sepatah perkataan nak tunggu sekejap. Itulah budaya masyarakat Korea yang terlalu taksub dengan kerja dan semangat ingin majukan negara. Adakah kita kat Malaysia macam tu? Tepuk dahi tanyerlah hidung. Bagi aku aku bila menjalani kehidupan disini baru 2 hari aku dah boleh mesra dengan diorang walaupun kadang2 masalah bahasa membataskan sedikit pemahaman antara 1 sama lain. Tapi yang bestnya walaupun masyarakat disini kurang untuk berbahasa inggeris, semangat ingin menyampaikan tu yang buat aku takjub. Memang mula2 aku jd blurrrr sampai tertanyer2 apalah yang mamat ni cakap ngan aku ni. Tapi dah 2 arini dah boleh paham lenggok gaya percakapan diorang tu.

Yang buat aku rasa respek ngan diorang ialah dalam bab kerja semua lapisan akan menyinsing lengan. Maksud aku Director pun pakai sarung tangan wat keje kat mesin. Kalaulah aku punya director perangai camni memang aku respek diorang sampai mati.

Cuaca disini musim panas tapi disebabkan ada taufan di Negara China, cuaca kat sini siang malam hujan. Yang bezanya, hujan di Malaysia sejuk tapi kat sini waktu hujan pun cuaca tetap rasa panas. Tak pernah aku rasa camni bila waktu hujan air cond kat bilik aku 18 darjah celcius. Memang terasa bahangnya bila tak pasang air cond.

Bangun pagi tadi pukul 4 lagi sebab waktu subuh masuk awal sangat. Pukul 3.30 dah waktu subuh. Jejak je pukul 5 pagi dah macam pukul 7 pagi kat Malaysia. Waktu naik matahari terlalu awal. Waktu dalam flight aritu aku konpius sebab jam baru pukul 6 pagi tapi cahaya matahri yang masuk melalui tingkap dah macam pukul 9 pagi. Punyalah panas. Tapi bila check2 balik ngan Jam pemberian Cayang aku tu barulah aku tau yang kat sini waktunya cepat dari Malaysia. Sangat berguna jam pemberian awak ni.

Turun je dari hotel pukul 9 pagi terus pegi sarapan. Makan telur goreng ngan kentang goreng. Hanya itu je yang aku mampu makan sebab yang lain-lain tu ada perkataan PORK... Nak tau apa pork tu bukak kamus cepat. Nak makan daging ngan ayam pun rasa was-was sebab entah sembelih entahkan tidak. Baik aku belasah ikan ngan seafood je lagi selamat. Perjalanan kitorang dari hotel ke tempat keje kompeni Korea tu yang uruskan. Memang betul2 datang sini untuk keje je. Yang lain2 diuruskan. Memang rasa mcam apa ntah. Rasa besor giler. Balik keje plak lewat... Selagi belum kul 9 malam jgn harap nak sampai hotel. Letih bangat. Plak tu balik hotel je sambung wat keje lagik. Aduiiiii... Ni yang tak best ni kalo pegi outstation tapi dah nama tanggungjawab buatlah jugak. Camnelah nak hadapi 5 hari lagi ni. Mesti naik muak tengok keje ni. Yang baiknya kat sini walaupun penat aku dapat belajar banyak skil2 dan ilmu baru dengan mamat Korea ni. Tak pernah aku belajar dan tau pun ilmu-ilmu ni sebelum ni. I'allah akan aku sampaikan segala ilmu yang aku ada ni pada semua kengkawan kat Malaysia tu. Tunggu je kepulangan Beta nnt. Jangan korang jadi muak plak tengok muka aku pasni sebab aku ada bawak banyak keje utk korang yang kat Malaysia tu. TUNGGU!!!!!....

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.