Selasa, Ogos 19, 2008

Advanced Specific Integrated System (ASIS)

Salam semua..... Arini sibuk dan penat sangat. Betul-betul keje aku kat sini. . Kehidupan aku kat sini macam biase je tapi pegi ngan balik keje jelah. Takde pun nak jalan mana-mana.

Kat ASIS
Seawal jam 9 pagi dah kuar dari hotel sbb Mr Lee kawan aku tu dah tunggu kat bawah. memang tepati masa mamat ni. Aku plak yang naik segan sebab kadang-kadang lewat 2 3 minit. Perjalanan ke ASIS ambik masa 1/3 jam. Sempatlah jugak layan lentok 2 3 lap... Hehehhe.... Sampai-sampai je terus wat keje.

Bilik Hotel aku. Nama hotel ni KABO Hotel.....

Nanti kul 12.30 tgh Mr Lee akan datang ajak aku pegi lunch. Emmm... soalan dia selalunya, What u want to eat today??? Anything but must be halal with me... Emm.. Ok.. Let's go to Alaska. Alaska??? Wow.. very long journey to Alaska... Hahahhaha..... Sebenarnya Alaska tu tempat makan yang amat best. Sajian kat sini secara buffet but don't wrong to choose. Salah pilih memang makan PORK lah jawabnya.... Yang boleh aku ambik hanyalah seafood. Ari-ari makan seafood. Boleh naik kandungan asid borik dalam darah aku camni. Dari makan tengahri sampailah ke makan burger Mc Donald.

Inilah Alaska yang aku maksudkan tu

With Mr Lee

Ahad, Ogos 17, 2008

Korea Lagi

Salam semua... Untuk pengetahuan, aku berada di Korea lagi. Tepat pukul 9 pagi semalam aku sampai di Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan. Disebabkan naik MAS jauh gile kapal terbang tu parking. Aduiii.. penat berjalan jauh.

Masa check in kat KLIA


Selesai semua urusan terus keluar dari airport. Tengok-tengok takde plak orang tunggu kitorang. Tak lama lepas tu baru muncul mamat Korea tu. Rupa-rupanya dia jenuh tunggu kitorang kat pintu masuk Korean Air. Sian kat dia. Kitorang pun last minit tukar pesawat dari Korean Air kepada MAS.

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.......

Perjalanan ke Pyeongtaek makan masa 2 jam. Tapi mata tak mau nak tido plak kat dalam kete tu. Layan jelah perasaan... Sampai hotel dah pukul 12 lebih. Terus check in. Dapat je bilik terus pegi mandi dan layan tido sampai petang. Kul 6 keluar pegi cari makanan. Makan Shrimp Burger kat Mc Donald. Itulah satu-satunya berger yang boleh kita orang Islam makan. Yang lain tu tak tergamak nak makan sbb ayam ngan lembu tak sembelih. Berani ke korang nak makan. Kalo berani nanti aku bungkus bawak balik sedekah kat korang... Hehehhehe...


Ni sorang geng aku kat sini

Dan ni sorang lagi.
Dah 2 ari kat sini kitorang sekadar pusing-pusing kawasan ni je. Tak tau nak pegi mana sebab start minggu depan baru nak berjalan. Minggu ni nak tumpu keje dulu. Pastu baru pikir mane nak pegi...... Hehhehehe.....

Khamis, Ogos 14, 2008

Boring Gilerrrrrrr........

Salam..... Lamanya aku tak update blog ni. Terbiar usang tak terjaga. Sebabnya takde idea ngan malas sangat rasenyer nak meng update. Arini rajenlah plak sbb takde keje nak dibuat. Tak tau nak cite apa arini. Kat bawah ni gambo hero no 2 aku tgh belajo nak drive kete. Gaya memang boleh dapat 5 bintang. Kalo kete tengah jalan mmg dia betul2 pusing stereng kete tu. Kiri kanan kete aku dibuatnya. Along plak suka lepak kat sebelah. Perghhh.. ada bakat jadi pengawal perbadi aku ni. Sorang driver sorang lg bodyguard......



Terhibur ngan tingkah laku diorang ni. Tapi esok malam aku dah nak berangkat ke Korea. Itupun kalo dapat advance lah. Kalo tak jangan harap. Lama jugak tak jumpa hero-hero aku ni. Rindu gile kat diorang. Semoga puasa nanti kita jumpa lagi. Papa rindu sangat kat along dan angah. Nanti puasa pun aku akan ke Korea lagi. Harap-harap jgnlah aku beraya kat sana. Mau menangis di pagi Aidilfitri ingat kat anak-anak aku ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.