Ahad, Ogos 17, 2008

Korea Lagi

Salam semua... Untuk pengetahuan, aku berada di Korea lagi. Tepat pukul 9 pagi semalam aku sampai di Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan. Disebabkan naik MAS jauh gile kapal terbang tu parking. Aduiii.. penat berjalan jauh.

Masa check in kat KLIA


Selesai semua urusan terus keluar dari airport. Tengok-tengok takde plak orang tunggu kitorang. Tak lama lepas tu baru muncul mamat Korea tu. Rupa-rupanya dia jenuh tunggu kitorang kat pintu masuk Korean Air. Sian kat dia. Kitorang pun last minit tukar pesawat dari Korean Air kepada MAS.

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.......

Perjalanan ke Pyeongtaek makan masa 2 jam. Tapi mata tak mau nak tido plak kat dalam kete tu. Layan jelah perasaan... Sampai hotel dah pukul 12 lebih. Terus check in. Dapat je bilik terus pegi mandi dan layan tido sampai petang. Kul 6 keluar pegi cari makanan. Makan Shrimp Burger kat Mc Donald. Itulah satu-satunya berger yang boleh kita orang Islam makan. Yang lain tu tak tergamak nak makan sbb ayam ngan lembu tak sembelih. Berani ke korang nak makan. Kalo berani nanti aku bungkus bawak balik sedekah kat korang... Hehehhehe...


Ni sorang geng aku kat sini

Dan ni sorang lagi.
Dah 2 ari kat sini kitorang sekadar pusing-pusing kawasan ni je. Tak tau nak pegi mana sebab start minggu depan baru nak berjalan. Minggu ni nak tumpu keje dulu. Pastu baru pikir mane nak pegi...... Hehhehehe.....

1 Juri Propesional:

Yastro berkata...

kenangan terbaik ni bro....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.