Jumaat, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum w.b.t

Dikesempatan ini saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua kawan-kawan yang mengenali diri saya khasnya dan yang tidak mengenali amnya. Di kesempatan inu jugak saya ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki seandainya dalam masa setahun ini saya ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan semasa bergurau atau bercakap baik secara sedar atau tidak sedar. Kepada yang memandu pulang berhati-hati dijalan raya dan jangan hadiahkan air mata kesedihan kepada ibu ayah di kampung. Sebelum saya undurkan diri lagi sekali saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIT DAN BATIN kepada semua yang membaca entry ini. Salam Sayang, salam rindu untuk semua. Sekian, wassalam........

Khamis, September 25, 2008

Sesi Merapu

Raya hampir tiba. Laporan indeks komposit popia basah di pasar-pasar ramadan didapati turun dengan mendadak disebabkan oleh para pembeli dan peniaga-peniaga bertindak meninggalkan pasar kerana lebih tertumpu kepada pasaran hadapan kompleks beli belah. Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh Berita Hairan didapati terlalu ramai pelabur berbaris dihadapan ATM kerana ingin keluarkan wang kertas. Mengikut laporan bank negara lewat petang semalam mendapati pengeluaran duit kertas telah meningkat dengan amat mendadak di semua mesin ATM. Dan mengikut laporan tersebut mulai malam raya semua mesin ATM akan mula mengeluarkan duit syiling 20 sen sahaja sebagai memenuhi permintaan pengguna. Hehehhhe...... Gila agaknyer budak yang tulis cite ni.

Selasa, September 23, 2008

Lagu ni lagu rakyat Negeri Pahang. Pada rodong-rodong yang rasa kek bekene ngan lagu ni dalam formet mp3 jangan malu jangan segan email ke koi kat email hanisham79@gmail.com. Dengorlah pueh-pueh yerrrr....


Sopan -santun,
Anak melayu,
Senyum terukir...
Senyum terukir,
Bila disapa.

Dalam pantun,
Kukirim rindu,
Rindu mengalir...
Rindu mengalir,
Di dalam kata.

chorus:-
(lemak manis...
alah amboi-amboi,
santan kelapa...
alah amboi-amboi,
kupandang- lah manis...
alah amboi-amboi,
anak siapa?... ) 2x

Pohon sena,
Pohon meranti,
Di tengah-tengah ...
Di tengah-tengah,
Buluh perindu.

Adik di sana,
Abang di sini,
Di tengah-tengah ...
Di tengah-tengah,
Rindu menderu.

(chorus)

Hujan di hulu,
Tak reda-reda,
Ribut lah turun ...
Ribut lah turun,
Bertalu- talu.

Abang di hulu,
Adik di kuala,
Kuhanyut rindu ...
Kuhanyut rindu,
Dalam perahu.

(chorus & end)

Isnin, September 22, 2008

Surat untuk BONDA

Salam.... Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi. Bagi perantau-perantau plak dah tak boleh lari dari ingat kat kampung halaman. Syawal yang bakal menjelma pasti menghangatkan lagi kerinduan pada mak, ayah dan sanak saudara baik jauh atau dekat yang hanya boleh jumpa setahun sekali tu. Mesti banyak cerita suka duka peristiwa yang akan disampaikan nanti.



Dengarkan luahan hati dan rahsia yang bukan rahsia yang ingin disampaikan oleh seorang anak rantau istimewa buat bondanya tercinta….



“Kepangkuan bondaku yang dikasihi, Puan Salemah binti Hawang Selamat alias Aduh Saleha yang kini berada Kampung Tititimbul, dengan selamat sejahteranya. Di kesempatan ini Alim ucapkan selamat berpuasa istimewa untuk mak tersayang. Semoga puasa tahun ini memberi keberkatan dan kebahagiaan buat diri mak dan ayah di kampung. Dan tak lupa , semoga kesabaran mak menjadi semakin menjadi-jadi di bulan mulia ini, terutama tatkala menghadapi cabaran dan tekanan dalam menggerakkan ayah dan adik-adik bangun bersahur.

Mak, tujuan Alim mengutus warkah ini, tiadalah lain semata-mata untuk bertanya khabar dan bercerita-cerita kosong aje dengan mak. Kebetulan, waktu ini hujan sedang lebat kat luar tu; jadi Alim pikir elok ler Alim menghabiskan masa ini dengan menulis kepada mak; daripada tengok tv atau merenung putu mayam, air laici kang dan laksa johor yang Alim beli di pasar ramadhan tadi, tentulah lebih baik Alim menulis untuk mak kan. Mak pun penah berpesan pada alim dulu…bersabarlah menunggu waktu bang di udara…sebelum membuka mulut untuk berbuka. Pesan mak tu, sesungguhnya sentiasa melekat dan melekit-lekit dalam tempurung kepala Alim ni mak.

Oh ya mak, memandangkan baru minggu lepas alim pulang berjumpa mak, maka tidaklah alim mempunyai pelbagai peristiwa dan cerita nak diberitau pada mak, Cuma Alim fikir eloklah Alim ceritakan pada mak tentang kerenah bulan puasa kawan-kawan Alim yang tinggal seasrama dengan Alim ni. Dengan cara ini, alim yakin, mak akan tau sikit sebanyak tentang siapa kawan-kawan yang alim bergaul dan belajar bersama di sini. Kalau mak ada pendapat dan komen tentang mereka selepas ini, buleh la mak hubungi alim di talian bebas tol yang penah alim titipkan itu hari ye mak…kalau mak terlupa, cuba mak tengok kat tiang dapur yang sebelah kanan tu, ada alim torehkan nombor talipon tu dengan pisau motong ayah, itu hari. Tapi sebelum tu, mintak maaf ye mak, kerana Alim telah merosakkan kehenseman tiang dapur kita tu.

Biarlah alim mulakan cerita alim ni dengan kawan-kawan yang sedorm dengan Alim ni; yakni kawan sekepala katil dengan alim. Nama dia Sulaiman, tapi lebih mesra dengan panggilan Tapak Seleman, mak. Dia ni, sejak dari kecik dulu sampai la sekarang, memang menghadapi masalah payah nak bangun sahur, mak. Buatla macam mana pun, dia tetapi lebih pentingkan tidur dari bangkit sahur. Prinsip hidupnya dalam bulan posa ni ialah; ‘tido laie best dari makan”.

Sebelah katil Seleman ialah Din Semabuk, dia ni budak Semabuk, Melaka; pasal tu di a dapat nama macam tu. untuk pengetahuan mak, Din ni penah citer kat Alim, dalam bulan puasa masa dia kecik dulu, dia memang suka melakukan bermacam jenayah. Antaranya ialah bakar bumbung dapur rumah jirannya masa main mercun dan yang paling tak buuleh dia lupa kata dia ialah buat air susu dalam satu tempayan penhuh masa nak buka puasa. ‘stok sebulan’, dia kata kat mak dia. Apa yang dia dapat dari maknya, bukanlah puji, tapi sebaliknya 5 kali libas di belakang dengan senduk nasi; nasib baik senduk tu dah sejuk, mak.

Kawan baik si Din tu ialah Malik Auww Auww. Lembut , mesra dan gemalai budaknya Malik ni, mak. Dia ni pulak suka menolong mak dia masak dan menyediakan makanan untuk buka puasa. Pada masa menolong tu la dia tolong makan sekali kuih yang mak dia buat. Lepas kenyang dia sambung puasa balik. Itu la kerja dia hari-hari, tapi waktu tu dia masih di sekolah rendah lagi. Naik menengah dia tobat nasuha dan mula puasa seperti posa insan yang lain.

Lain pulak ceritanya si Aidil , kawan tepi tingkap alim ni; dia kata, masa bulan puasa dulu-dulu, dia suka membodek kawannya, iaitu anak tauke kedai runcit. Hasil bodekannya yang power tu, dia puas main merecun dan bunga api free tiap-tiap malam, pasal kawan dia tu tibai mercun bapaknya kat kedai tu. Pandai betul dia kan mak.

Saari atau Aie, panggilan botoxnya, pula cakap kat Alim, dia tak ada cerita yang best masa bulan puasa dulu. Cuma ada sekali tu, masa dia mandi sungai, dia terminum air oren sebotol masa dia menyelam.

Kawan satu dorm alim yang paling hensem menurut pandangan ibunya ialah Qayyum. Dia kata dulu masa kecik, bila bulan puasa dia suka berniaga; iaitu jual tikam yang ada hadiah bunga api dan mercun. Tapi sekarang dia dah insaf mak. Dia masih berniaga lagi, tapi tak la jual tikam, Cuma jual kad prepaid handphone aje mak. Laris jugak nampaknya. Untuk adik-adik kat rumah, abang Qayyum tu ada pesan; janganlah adik-adik main judi tikam, lebih baik makan chewing gam daripada main judi tikam. Selain itu kan mak, Qayyum kata masa bulan puasa jugak, waktu dia di menengah rendah dulu, dia suka pergi masjid untuk semayang tarawikh. Tapi semayang memanglah semayang, Cuma sampai lapan rakaat, dia akan hilangkan diri. Lepaih tu, bila tiba masa makan moreh, dia akan muncul semula. Kejadian itu berlaku setiap malam, sebulan lamanya, mak.

Sorang lagi kawan yang tak kurang tak senonoh perangainya waktu puasa zaman kecik-kecik dulu ialah Fadhil atau lebih mesra dengan panggilan Bawang di kalangan kami kat sini, mak. Menurut cerita dia dan diakui pulak dek bapak tiri dia; masa kecik dulu bawang memang suka pergi surau semayang tarawih. Tapi, yang tak bagusnya, waktu balik, dia balik dulu dari orang lain semata-mata nak pasang tali merentang jalan khas untuk orang yang balik dari surau, yang lalu jalan tu. Lepas pasang, dia akan menyorok dan kira berapa orang yang kena jerat. Dia mula berhenti melakukan kerja tak berpaedah tu bila abahnya yang berjisim kurang sikit dari guni gandum tu tergolek badak sebaik tersauk tali yang bawang pasang. Berkat jatuh tergolek tu, abah dia terus menghadapi masalah kencing tak lawas, kesian kat dia kan mak kan….!

Kawan seasrama alim yang terakhir ialah Zahid magap; magap tu bukan nama ayah dia mak, tapi singkatan gelaran dia; iaitu ‘mamat gagap’; pasal dia ni tak buleh orang perati dia waktu bercakap; terlebih kita pandang, menjadi-jadi la gagap campur gabra dia, mak. Menurut cerita dia, dalam bulan puasa macam ni, waktu dia darjah 5, darjah 6 dulu, dia suka ikut mak dia shopping; tak kisahlah, mak dia pi kedai beli serbuk pencuci pun, dia tetap mengekor. Bukan pasal nak tolong angkat barang, tapi dia ambik kesempatan curi-curi makan ‘mee mami’, masa mak dia sibuk beli barang. Mak tau, sampai tahun lepaih, dia masih macam tu mak. Tak tau la tahun ni dia berubah ke tidak.

Dan penghuni dorm alim yang paling baik, berhemah lagi hensom , mungkin mak pun kenal. Ye betul…sapa lagi kalau bukan alim sendiri…Untuk makluman mak yang memang dah sedia maklum pun, alim rasa, alim memang baik masa kecik dulu kan mak. Alim rasa macam alim tak penah buat benda-benda yang tak berhemah macam sebahagian kawan alim tu. Tapi, tak baik bulan puasa macam ni nak tipu orang kan mak; apa tah lagi orang tu adalah mak kita sendiri. Jadi, biarlah alim mengaku di sini mak; buat pertama kalinya…masa bulan puasa ketika alim berumur 14 tahun dulu, mak pun tau kan alim memang suka main polis sentri masa bulan puasa. Tiap-tiap tahun, itu la kerja alim dengan kawan-kawan. Tapi pada satu , dua atau paling tepat 7 hari dalam bulan tu, alim rasa penat sangat lepas main lari-lari tu mak. Jadi, secara nyorok-nyorok, alim telah pergi mencuci muka di bawah air paip tepi kolah besar tu dan dalam masa yang sama jugak, sambil air itu menjirusi muka alim, alim terus buka mulut dan….gluk..gluk…gluk….ah..mak pun paham la apa yang berlaku kan mak, kan… Lepas tu, kat depan mak dan abah, alim pun buat-buat penat ; puasa la kononnya. Sampai hari ni, alim betul-betul menyesal dengan kelakuan alim tu mak. Betul kata mak, tipulah manusia, selagi kita buleh tipu, tapi Tuhan nampak dan tahu segala-galanya. Maafkanlah kelakuan Alim yang mencolok mata itu ye mak. Alim harap adik-adik yang lain tak mencontohi perangai Alim tu.

Begitulah tadi antara perangai-perangai kawan-kawan dan alim sendiri semasa berpuasa di zaman kanak-kanak dulu. Biarlah alim berhenti di sini dulu mak. Hujan pun dah mulai berenti, elok alim mula mendekatkan diri dengan meja tu, pasal tak lama lagi nak buka puasa pulak. Untuk mak, ayah dan adik-adik, selamat menjalani ibadah puasa dengan sabar.

Semoga mata, tangan, kaki dan seluruh anggota badan kita turut berpuasa sama. Yang penting nafsu kita pun kena puas jugak. Marilah kita mengisi bulan ini dengan amalan dan perbuatan yang baik. Terimakasih kerana mak sudi mengikuti cerita alim ini dan harap-harap kawan-kawan alim tu tak ambil hati mahupun ambil peha ayam sebaik mengetahui alim telah membukakan rahsia peribody mereka kepada mak. Sampai kita jumpa lagi seminggu sebelum hari mulia nanti ye mak; sehingga itu, sambutlah salam penuh kasih mesra dari anakanda mu yang jauh di rantau ini…



Yang benar,

A.Alim bin B.Hisyam,
Asrama Anak Rantau,
Rantau Abang,
Terengganu Darul Iman.


* moral dari cerita Alim ini ialah………sayang kepada anak, pimpinlah baik-baik, sayang kepada orang tua, jagalah baik-baik. Dan…anak memang selalu rasa dia lebih tau dari mak; walhal mak biasanya dah lama tau, itu la pasal mak lebih suka buat-buat tak tau.

Balik Raye

Emmm.. pejam celik pejam celik dah 22 ari pun kita berpuase arini. Sangat cepat rasanya masa berlalu. Tapi itulah hakikatnya bila dah nak berakhir puasa ni maka akan menjelmalah hari raya. Berbincang tentang soal Hari Raya ni dah siap ke semua persediaan??? Hehhehe... belum lagi... Emmm.. masih ada kesempatan untuk buat persiapan. Bagi anak rantau pulak tiket bas, keretapi ataupun kapal terbang dah beli ke. Kalo tak beli lagi menangeslah awokme di pagi raya nnt. Tapi koi nak juge ingatkan jangan beli kat ULAT-ULAT udah ler... Hancor harapan nak balik raye nanti. Nunggu bas tak sampai-sampai. Rege tiket mahe pulok tu..... Nasib badan ler.....

Cakap pasal balik raye ni teringat aku masa aku mula-mula dok kat JB dulu. Peristiwa ni berlaku tahun 1998. Stesen bas Larkin penuh sesak masa tu. Maklumlah, nak raye.... Aku berdua dengan kawan aku Si Mail. Kitorang dah pun beli tiket bas tambahan. Bas tu pulak akan datang pukul 12 tengah malam. Mana-mana yang dah mendaftarkan tiket tu kena dok lepak depan kaunter Kompeni South Union je. Tak boleh pegi mana-mana. Masa tengah lepak-lepak tu, nampaklah satu kumpulan manusia yang tengah hangen sebab bas yang diorang tunggu tak sampai-sampai. Kalo nak tau kumpulan ni orang-orang yang nak balik ke Terengganu. Termasuklah 2 3 orang kawan-kawan aku. Bayangkan diorang dah tunggu hampir 6 jam tapi bas tak jugak sampai-sampai. Mau tak hangen. Tauke bas tu awal-awal lagi dah blah ntah ke mana. Aku tak boleh bayangkan betapa tegangnya suasana kat Larkin masa tu. Yang kesiannya kerani kaunter syarikat bas tu. Jadi mangsa minah tu kena tanyer macam-macam ngan diorang. Last sekali bila dah hangen sangat diorang pecahkan kaunter tu.

Pastu nampaklah kelibat kawan aku 2 orang tu tengah hangen jugak. Dari raut wajah diorang tu dah nampak kecewa sbb takkan dapat balik raya. Kitoranglah tempat diorang luahkan perasaan. Emmm.. kesian gak kat mamat 2 orang ni. Kitorang try usahakan mamat 2 orng ni boleh gak balik raya. Bas kitorang datang tepat kul 12 malam. Sampai je bas tu terus jumpa ngan abang driver tu. Minta tolong ngan dia. Nasib agak baik sbb bas yang dia bawak tu ada banyak lagi kosong. Selamatlah mamat 2 orang ni balik ke Terengganu tapi ikut perjalanan yang jauh sikit sebab kena transit dulu kat Temerloh. Dari temerloh barulah aku cr kan diorang tiket ke Terengganu. Huuuuaarrggghhhh.... lega rasa sebab dapat jugak mamat 2 orang ni sampai umah walaupun perjalanan agak jauh jugak.

Pengajaran yang aku dapat ialah, berhati-hati ketika membeli tiket untuk pulang berhari raya sebab kalo silap beli maka berayalah korang di ibukota... hehhehe... Selama aku berada di perantauan, Alhamdulillah sebab aku belum ada apa-apa masalah untuk pulang berhari raya dengan bas. Tapi sekarang ni dah tak guna lagi perkhidmatan bas bila balik raya. Rasanyer masalah sesak balik raya ni akan tetap mcm tu walau sampai bila-bila.

Rabu, September 17, 2008

Saje Nak Kongsi


Salam... Saje nak kongsi gambo-gambo ni ngan korang. Gambo hero-hero aku.



Naik kude takde tayar =))=))



Bro ni tgh posing masa kat bazar Ramadhan



Apalah sikecik aku ni tgh pk masa dia tido



Sayalah Angah :D

Isnin, September 08, 2008

Chooku

Permainan yang sangat unik yang hanya ada di Korea Selatan. Dinamakan CHOOKU yang membawa maksud Bola Kaki. Video ni aku rakamkan selepas waktu kerja diperkarangan ASIS.


Rabu, September 03, 2008

Dah sampai Malaysia

Salam semua.... Untuk pengetahuan korang semua aku dah ada kat Malaysia skang ni. Emmm.. lepas dah azab 2 minggu berada di Korea Selatan. Soalan pertama yang bermain dalam pale korang aku nak jawab. Makanan kat sana ada susah sikit untuk orang yang pikir jauh cam aku. Perasan lah pulak. Takdelah jauh sangat aku pikir. Mane yang jenis seafood aku tibai tapi benda yang biase aku makan kat Malaysia lah. Cth macam Burger Shrimp Mc Donald dan Seafood Fantasy Pizza Hut. Boleh kata benda-benda tu selang sehari aku makan. Pastu malam plak belasah maggi..... Naik jemu sioootttt makan maggi. Jangan ada orang tu hidang maggi kat aku sudahlah bila aku pegi umah dia nanti. Mau kejang urat saraf aku tengok maggi.


Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon


Dua orang kawan-kawan aku.

Yang bestnya kat sana bila time berjalan. Emmm.. mmg syok bila pegi tempat-tempat yang jadi daya tarikan diorang. Tapi banyak lagi tempat aku belom pegi. Tak taulah bila plak nak pegi lagi sebab bulan 10 ni aku akan pegi lagi ke sana tapi ke Busan. Busan ni jaraknya lebih kurang macam KL ngan Penang. So tak bolehlah nak jalan2 ke Itaewoon, Namdaemon dan Dongdaemon lagi. Korang nak tau tak apa tempat2 tu. Aku cite satu2. Itaewoon adalah satu tempat terdapatnya banyak restoran makanan halal. Kat sini banyak restoran dari Pakistan, Iran dan India. Kira mmg boleh belasah cukup2 lah makanan halal kat sini. Harga taklah mahal snagt bila bandingkan ngan duit diorang. TAPI jangan bandingkan ngan duit kita sbb automatik akan jadi mahal. Nasi beriani ayam atau kambing akan jadi harga RM30 sepinggan ngan duit kita. Mahalkan... Agak2 korang ler, kat malaysia nak ke korang makan kalau nasi sepinggan semahal tu. Mesti tak kan... Tapi bila bayar ngan duit diorang sekitar 10 Dolar je pun sepinggan. Taklah mahal sgt. Dan untuk pengetahuan korang kat Itaewoon ni ada masjid dan satu2nya masjid kat Bandaraya Seoul.....


Kat Restoran Mazwan, Itaewoon


Restoran Motti Mahal, PyeongTaek

Namdaemon plak ala2 Petaling Street kat KL. Kat sini terlalu banyak orang jual Brooch Korea. Rambang beb biji mata bila pegi sini. Emmm.. pada sesapa yang berminat untuk berniaga Brooch ni bolehlah datang sini untuk bawa balik jual kat Malaysia. Last sekali Dongdaemon. Kat sini plak Textile Market. Kalo tak silap aku ada lebih kurang 4000 lebih kedai kat dalam kompleks ni. Cuba korang bayangkan. Banyak gile. Memang penat bila berjalan kat dalam tu. Kat sinilah tempat untuk mencari kain Sutera Korea. Sangat cantik dan sesuai untuk buat baju kurung. Lepas ni aku datang aku nak beli untuk yang tersayang plak.


Dongdaemon Stadium


Kat stesen Subway


Dongdaemon (Textile Market)


Nasi Beriani Kambing


Masjid Itaewoon

Dalam Masjid Itaewoon.


Bersama dengan Abg Nasa (Risda State Director)


Mercu tanda Incheon

Inilah antara gambar-gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang 15 hari kat sana. Nanti kalau takde aral yang melintang bulan 10 aku kesana lagi. Tak taulah pulak bape lama kali ni. Sian kat cayang aku kena tinggal selalu. Sabar yer..... Lama giler aku nak update blog ni. Siap ada makcik tu ugut-ugut aku lagi taknak message ngan aku kalo aku tak siap update. Takot gak rase ugutan dia tu... hehhehe... Syyyysss.... jgn kasi tau sama dia ehhhh. Nanti dia majok. Susah nak pujuk makcik ni kalo dia dah start majok.... Jumpa lagi lain kali. Salam sayang dan salam rindu untuk semua. Selamat menjalani ibadah berpuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.