Isnin, September 22, 2008

Surat untuk BONDA

Salam.... Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi. Bagi perantau-perantau plak dah tak boleh lari dari ingat kat kampung halaman. Syawal yang bakal menjelma pasti menghangatkan lagi kerinduan pada mak, ayah dan sanak saudara baik jauh atau dekat yang hanya boleh jumpa setahun sekali tu. Mesti banyak cerita suka duka peristiwa yang akan disampaikan nanti.



Dengarkan luahan hati dan rahsia yang bukan rahsia yang ingin disampaikan oleh seorang anak rantau istimewa buat bondanya tercinta….



“Kepangkuan bondaku yang dikasihi, Puan Salemah binti Hawang Selamat alias Aduh Saleha yang kini berada Kampung Tititimbul, dengan selamat sejahteranya. Di kesempatan ini Alim ucapkan selamat berpuasa istimewa untuk mak tersayang. Semoga puasa tahun ini memberi keberkatan dan kebahagiaan buat diri mak dan ayah di kampung. Dan tak lupa , semoga kesabaran mak menjadi semakin menjadi-jadi di bulan mulia ini, terutama tatkala menghadapi cabaran dan tekanan dalam menggerakkan ayah dan adik-adik bangun bersahur.

Mak, tujuan Alim mengutus warkah ini, tiadalah lain semata-mata untuk bertanya khabar dan bercerita-cerita kosong aje dengan mak. Kebetulan, waktu ini hujan sedang lebat kat luar tu; jadi Alim pikir elok ler Alim menghabiskan masa ini dengan menulis kepada mak; daripada tengok tv atau merenung putu mayam, air laici kang dan laksa johor yang Alim beli di pasar ramadhan tadi, tentulah lebih baik Alim menulis untuk mak kan. Mak pun penah berpesan pada alim dulu…bersabarlah menunggu waktu bang di udara…sebelum membuka mulut untuk berbuka. Pesan mak tu, sesungguhnya sentiasa melekat dan melekit-lekit dalam tempurung kepala Alim ni mak.

Oh ya mak, memandangkan baru minggu lepas alim pulang berjumpa mak, maka tidaklah alim mempunyai pelbagai peristiwa dan cerita nak diberitau pada mak, Cuma Alim fikir eloklah Alim ceritakan pada mak tentang kerenah bulan puasa kawan-kawan Alim yang tinggal seasrama dengan Alim ni. Dengan cara ini, alim yakin, mak akan tau sikit sebanyak tentang siapa kawan-kawan yang alim bergaul dan belajar bersama di sini. Kalau mak ada pendapat dan komen tentang mereka selepas ini, buleh la mak hubungi alim di talian bebas tol yang penah alim titipkan itu hari ye mak…kalau mak terlupa, cuba mak tengok kat tiang dapur yang sebelah kanan tu, ada alim torehkan nombor talipon tu dengan pisau motong ayah, itu hari. Tapi sebelum tu, mintak maaf ye mak, kerana Alim telah merosakkan kehenseman tiang dapur kita tu.

Biarlah alim mulakan cerita alim ni dengan kawan-kawan yang sedorm dengan Alim ni; yakni kawan sekepala katil dengan alim. Nama dia Sulaiman, tapi lebih mesra dengan panggilan Tapak Seleman, mak. Dia ni, sejak dari kecik dulu sampai la sekarang, memang menghadapi masalah payah nak bangun sahur, mak. Buatla macam mana pun, dia tetapi lebih pentingkan tidur dari bangkit sahur. Prinsip hidupnya dalam bulan posa ni ialah; ‘tido laie best dari makan”.

Sebelah katil Seleman ialah Din Semabuk, dia ni budak Semabuk, Melaka; pasal tu di a dapat nama macam tu. untuk pengetahuan mak, Din ni penah citer kat Alim, dalam bulan puasa masa dia kecik dulu, dia memang suka melakukan bermacam jenayah. Antaranya ialah bakar bumbung dapur rumah jirannya masa main mercun dan yang paling tak buuleh dia lupa kata dia ialah buat air susu dalam satu tempayan penhuh masa nak buka puasa. ‘stok sebulan’, dia kata kat mak dia. Apa yang dia dapat dari maknya, bukanlah puji, tapi sebaliknya 5 kali libas di belakang dengan senduk nasi; nasib baik senduk tu dah sejuk, mak.

Kawan baik si Din tu ialah Malik Auww Auww. Lembut , mesra dan gemalai budaknya Malik ni, mak. Dia ni pulak suka menolong mak dia masak dan menyediakan makanan untuk buka puasa. Pada masa menolong tu la dia tolong makan sekali kuih yang mak dia buat. Lepas kenyang dia sambung puasa balik. Itu la kerja dia hari-hari, tapi waktu tu dia masih di sekolah rendah lagi. Naik menengah dia tobat nasuha dan mula puasa seperti posa insan yang lain.

Lain pulak ceritanya si Aidil , kawan tepi tingkap alim ni; dia kata, masa bulan puasa dulu-dulu, dia suka membodek kawannya, iaitu anak tauke kedai runcit. Hasil bodekannya yang power tu, dia puas main merecun dan bunga api free tiap-tiap malam, pasal kawan dia tu tibai mercun bapaknya kat kedai tu. Pandai betul dia kan mak.

Saari atau Aie, panggilan botoxnya, pula cakap kat Alim, dia tak ada cerita yang best masa bulan puasa dulu. Cuma ada sekali tu, masa dia mandi sungai, dia terminum air oren sebotol masa dia menyelam.

Kawan satu dorm alim yang paling hensem menurut pandangan ibunya ialah Qayyum. Dia kata dulu masa kecik, bila bulan puasa dia suka berniaga; iaitu jual tikam yang ada hadiah bunga api dan mercun. Tapi sekarang dia dah insaf mak. Dia masih berniaga lagi, tapi tak la jual tikam, Cuma jual kad prepaid handphone aje mak. Laris jugak nampaknya. Untuk adik-adik kat rumah, abang Qayyum tu ada pesan; janganlah adik-adik main judi tikam, lebih baik makan chewing gam daripada main judi tikam. Selain itu kan mak, Qayyum kata masa bulan puasa jugak, waktu dia di menengah rendah dulu, dia suka pergi masjid untuk semayang tarawikh. Tapi semayang memanglah semayang, Cuma sampai lapan rakaat, dia akan hilangkan diri. Lepaih tu, bila tiba masa makan moreh, dia akan muncul semula. Kejadian itu berlaku setiap malam, sebulan lamanya, mak.

Sorang lagi kawan yang tak kurang tak senonoh perangainya waktu puasa zaman kecik-kecik dulu ialah Fadhil atau lebih mesra dengan panggilan Bawang di kalangan kami kat sini, mak. Menurut cerita dia dan diakui pulak dek bapak tiri dia; masa kecik dulu bawang memang suka pergi surau semayang tarawih. Tapi, yang tak bagusnya, waktu balik, dia balik dulu dari orang lain semata-mata nak pasang tali merentang jalan khas untuk orang yang balik dari surau, yang lalu jalan tu. Lepas pasang, dia akan menyorok dan kira berapa orang yang kena jerat. Dia mula berhenti melakukan kerja tak berpaedah tu bila abahnya yang berjisim kurang sikit dari guni gandum tu tergolek badak sebaik tersauk tali yang bawang pasang. Berkat jatuh tergolek tu, abah dia terus menghadapi masalah kencing tak lawas, kesian kat dia kan mak kan….!

Kawan seasrama alim yang terakhir ialah Zahid magap; magap tu bukan nama ayah dia mak, tapi singkatan gelaran dia; iaitu ‘mamat gagap’; pasal dia ni tak buleh orang perati dia waktu bercakap; terlebih kita pandang, menjadi-jadi la gagap campur gabra dia, mak. Menurut cerita dia, dalam bulan puasa macam ni, waktu dia darjah 5, darjah 6 dulu, dia suka ikut mak dia shopping; tak kisahlah, mak dia pi kedai beli serbuk pencuci pun, dia tetap mengekor. Bukan pasal nak tolong angkat barang, tapi dia ambik kesempatan curi-curi makan ‘mee mami’, masa mak dia sibuk beli barang. Mak tau, sampai tahun lepaih, dia masih macam tu mak. Tak tau la tahun ni dia berubah ke tidak.

Dan penghuni dorm alim yang paling baik, berhemah lagi hensom , mungkin mak pun kenal. Ye betul…sapa lagi kalau bukan alim sendiri…Untuk makluman mak yang memang dah sedia maklum pun, alim rasa, alim memang baik masa kecik dulu kan mak. Alim rasa macam alim tak penah buat benda-benda yang tak berhemah macam sebahagian kawan alim tu. Tapi, tak baik bulan puasa macam ni nak tipu orang kan mak; apa tah lagi orang tu adalah mak kita sendiri. Jadi, biarlah alim mengaku di sini mak; buat pertama kalinya…masa bulan puasa ketika alim berumur 14 tahun dulu, mak pun tau kan alim memang suka main polis sentri masa bulan puasa. Tiap-tiap tahun, itu la kerja alim dengan kawan-kawan. Tapi pada satu , dua atau paling tepat 7 hari dalam bulan tu, alim rasa penat sangat lepas main lari-lari tu mak. Jadi, secara nyorok-nyorok, alim telah pergi mencuci muka di bawah air paip tepi kolah besar tu dan dalam masa yang sama jugak, sambil air itu menjirusi muka alim, alim terus buka mulut dan….gluk..gluk…gluk….ah..mak pun paham la apa yang berlaku kan mak, kan… Lepas tu, kat depan mak dan abah, alim pun buat-buat penat ; puasa la kononnya. Sampai hari ni, alim betul-betul menyesal dengan kelakuan alim tu mak. Betul kata mak, tipulah manusia, selagi kita buleh tipu, tapi Tuhan nampak dan tahu segala-galanya. Maafkanlah kelakuan Alim yang mencolok mata itu ye mak. Alim harap adik-adik yang lain tak mencontohi perangai Alim tu.

Begitulah tadi antara perangai-perangai kawan-kawan dan alim sendiri semasa berpuasa di zaman kanak-kanak dulu. Biarlah alim berhenti di sini dulu mak. Hujan pun dah mulai berenti, elok alim mula mendekatkan diri dengan meja tu, pasal tak lama lagi nak buka puasa pulak. Untuk mak, ayah dan adik-adik, selamat menjalani ibadah puasa dengan sabar.

Semoga mata, tangan, kaki dan seluruh anggota badan kita turut berpuasa sama. Yang penting nafsu kita pun kena puas jugak. Marilah kita mengisi bulan ini dengan amalan dan perbuatan yang baik. Terimakasih kerana mak sudi mengikuti cerita alim ini dan harap-harap kawan-kawan alim tu tak ambil hati mahupun ambil peha ayam sebaik mengetahui alim telah membukakan rahsia peribody mereka kepada mak. Sampai kita jumpa lagi seminggu sebelum hari mulia nanti ye mak; sehingga itu, sambutlah salam penuh kasih mesra dari anakanda mu yang jauh di rantau ini…



Yang benar,

A.Alim bin B.Hisyam,
Asrama Anak Rantau,
Rantau Abang,
Terengganu Darul Iman.


* moral dari cerita Alim ini ialah………sayang kepada anak, pimpinlah baik-baik, sayang kepada orang tua, jagalah baik-baik. Dan…anak memang selalu rasa dia lebih tau dari mak; walhal mak biasanya dah lama tau, itu la pasal mak lebih suka buat-buat tak tau.

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.