Khamis, Januari 22, 2009

SIAPA YAHUDI??? SIAPA ORANG ISLAM????

(dipetik dari Utusan Malaysia, 14 Jan 2009)

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union);


David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Rabu, Januari 21, 2009

2008 Dalam Kenangan

Pejam celik, pejam celik dah pun 21 hari tahun 2009. Camne ngan azam korang. Dah bermula ke langkah pertama ke arah azam tu atau masih tertunggu-tunggu atau terfikir-fikir bila nak start. Jangan lambat-lambat beb. Apa azam aku tahun ni??? Hehhehe.. soalan ni patutnya korang tanya tahun 2008 lagi tapi tak kisahlah aku akan jawab jugak. Azam tahun ni nak lebih jadi MANUSIA yang happy. Tahun lepas aku rasa tahun sedih kot bagi aku. Banyak sangat kesedihan dari suka. Boleh kata setiap hari rasa kureng happy sbbnyer adalah.. hehhehe.. takkan tu pun aku nak detailkan kat sini. Mane boleh lorrrr..... TAPI bila masuk je tahun 2009 aku akan jadi SHAM yang baru. Aku nak lebih ceria dan lupakan segala yang terjadi pada tahun 2008. SELAMAT TINGGAL 2008, segala apa yang berlaku aku akan jadikan sebagai kenangan indah dan pengajaran yang paling berguna untuk aku teruskan hidup. Semoga 2009 akan membuka lembaran baru dan memberi lebih ketenangan kepada aku. Jalan terus kedepan, bukan ke belakang......

Rapala Getaway =))=))

video


KASANOVA XXL

Hehhehe.. tengok tajuk je dah ader dalam pale otak aku yang mamat berlakon ni seorang yang bersaiz XXL. Memang betul pon. Ni 1st time aku tengok cerita ni. Minggu lepas tak tengok. Malam tadi pun sbb bosan. Nak tidur awal lagi then aku layanlah cite ni sampai habis. Menarik, tertarik dan kaulah the bomb bagi aku. Banyak pengajaran yang mana pada aku tema cerita ni kena dengan keadaan yang mengikuti arus kemajuan semasa. Kalo tengok dunia hari ini dah maju. Kalo nak kenal ngan mane2 awek atau balak tu just cari dalam internet je. Bak kata budak-budak skang semua kat hujung jari je beb. Rajin ngan tak je kan…..

Bercakap tentang dunia chat ni, aku rasa semua pun tahu kehebatannya. Hanya dengan sekali HAIIIII, mampu mengubah suasana hidup seseorang. Nak nak kalo yang di HAIII tu jenis melayan plak macam aku ni. Macam-macamlah kuar cite pastu. TAPI bagi aku yang tak bestnyer benda ni tak semua jujur bila ber chatting ni. Berbalik pada cerita Kasanova tadi, ini salah satu contoh apa yang aku perkatakan bab tidak jujur ni. OZI dan Merpati Blu saling mengenali antara satu sama lain hanya didalam chtting room tapi kedua-duanya belum pernah sekali pun bersua muka. Satu hari si OZI telah terjumpa satu envelope di dalam sebuah teksi yang dinaikinya yang mana didalam envelope tersebut mengandungi sejumlah wang yang agak banyak. Di sampul surat berkenaan tertulis nama dan alamat pemilik wang tersebut.

Nak jadikan cerita, OZI telah Berjaya menjejaki alamat tersebut dan dengan izin ALLAH dia telah Berjaya memulangkan wang tersebut kepada pemiliknya yang sah. Di pendekkan cerita, si pemilik wang telah keluar untuk dinner bersama ngan OZI. Apalagi, bangga gile mamat ni sbb dapat keluar dengan awek. Selang beberapa lama kemudian, OZI telah online yang mana sesi chatting bersama Merpati Blu pun bermula. Si Merpati Blu telah menelepon OZI dn ,mula menceritakan perihal apa yang berlaku sblm ni tanpa kedua-duanya mengetahui yang mereka pernah bertemu sebelum ni. Dalam perbualan tersebut, Merpati Blu telah menceritakan tentang keadaan fizikal OZI tanpa mengetahui bahawa yang sedang berada ditalian adalah OZI yang sebenar.

Ikut pengalaman aku ada segelintir yang berchatting ngan aku adalah dr kalngan yang tak jujur atau dalam erti kata lain nak kelentonglah. Aku rasa korang pun sependapat dengan aku. Aku ada jumpa 2 atau 3 orang yang mana aku berjaya kantoikan diorang hidup-hidup tanpa diorang sedar. Last-last bila aku bagitau diorang tipu terus OFFLINE….. Nak gelak pun ada tapi hakikatnya, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terpijak dahan rapuh juga. BODOH punya tupai. Lenkali jangan jadi tupai tau tapi jadi BABUNNNNN.........

Untuk pengetahuan korang paling banyak aku kantoikan bab umur, jantina dan status. Camne aku kantoikan, sila YM aku untuk tuntut ilmu tu. Nanti dengan sendiri korang akan tau camne cara aku jalankan siasatan secara online… Hehhehehhe……. Takde main silap mate atau bela jin pon. Just guna psikologi. SAIKO bak kate orang sane tu….. Bila korang dah tau cara nya nnt, semasa korang chatt ngan dia korang akan tau yang chat ngan korang tu lelaki ke perempuan sebab sehebat2 seorang lelaki nak menyamar sebagai seorang perempuan takkan sama dengan perempuan yang tulin. Begitulah sebaliknya dengan perempuan. Meh kita cuba sama-sama………..

Khamis, Januari 15, 2009

KUN FAYA KUN

Semalam balik je keje terus lepak rumah tengok tv. Bila on je tv Buletin Utama dah start. Walaupon aku menyampah sebenarnyer nak tengok Buletin Utama ni tapi aku tunggu jugak sebab nak tau tentang berita Gaza. Sejak 2 minggu ni aku memang ikuti berita Gaza dengan teliti. Dari mula angka kematian penduduk Gaza bermula 5 orang sehinggalah ke 1000 orang. Ya allah, tersentuhnya hati aku bila tengok wajah-wajah kematian kanak-kanak dan penduduk Palestin. Sambil duduk melayan perasaan ni aku terpikir bezanya hidup aku skang ni dengan kehidupan diorang kat Gaza tu. Saban malam aku boleh tido lena diulit mimpi indah tapi kehidupan penduduk Islam kat sana jangan kata nak tido malah terpaksa lari merata tempat untuk selamatkan diri dari serangan Yahudi Laknattullah. Aku kat sini boleh makan dan minum 3 kali sehari. Diorang kat sana jangan kata nak makan, nak minum air bersih pun takde.

Fikir-fikir balik betapa bertuahnya aku hidup kat Malaysia tu. Aman tenteram dan rezeki pulak melimpah ruah. Tapi tulah, masih ada segelintir dari kita yang memang tak menghargai rezeki yang Allah kasi. Makanan buang-buang. Kalo tak sedap sikit ngan tak kena dengan selera tekak yang pelahap tu dah taknak makan. Ataupun dalam erti kata lain makan sikit je pastu buang. Korang tak pikir ke ngan nasib saudara seagama kita di Palestin, Afghanistan, Iraq dan beberapa lagi Negara Islam yang lain. Nak makan pun kena catu 2 3 hari sekali. Itupun kalau nasib baik ada makanan. Kalau tak berpuasalah sepanjang hari. Seminggu lepas aku ada terbaca tentang luahan seorang ibu tentang penderitaan anak-anaknya yang sudah berhari-hari tak makan. Dalam sehari dia terpaksa beberapa kali mengalihkan perhatian anak-anaknya dari mengingati makan. Nampak macam simple tapi jauh kat sudut hati aku, aku sedih dan hiba bila fikirkan nasib dan penderitaan diorang. Kita kat Malaysia baru puasa sebulan je pun dah mengeluh bilalah nak habis azab sebulan ni. Korang pikirlah, ada ke Puasa dicakapnya AZAB. Hampeh punya orang Islam. Dah termaktub dalam Hadis dan Al Quran yang tujuan utama puasa tu sebagai memperbaiki diri kita supaya sedar dan sama-sama merasai penderitaan orang lain. IniI tidak, disuruh merasai penderitaan tapi dikatakan AZAB. MasyaAllah. Camnelah diorang pikir ni……

Yang paling aku terasa bila aku bayangkan camnelah kalau apa yang diorang rasai kena pada kedua-dua anak aku. Apalah yang patut aku buat. Sampai skang ni kepala aku dok pikir lagi camnelah kalo benda-benda ni semua berlaku kat aku. Apa tindakan aku, apa perasaan aku dan adakah aku bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan ini semua andainya satu masa nanti KUN FAYA KUN yang dijanjikan Allah itu akan terjadi keatas Negara Malaysia yang mana KUN FAYA KUN yang aku maksudkan itu adalah seperti yang telah berlaku keatas warga Palestin dan saudara seislam aku di Gaza. Sesungguhnya hari esok adalah sesuatu yang amat misteri bagi diri aku dan kita semua.

Isnin, Januari 12, 2009

Balada Seorang Gadis Kecil

video

Gadis Kecil Itu Telah Bertahun
Dicengkam Derita
Di Khemah Pelarian
Yang Menjanjikan Duka Cita

Munir Tak Mengenal Erti Cinta
Telah Kering Airmata
Menangisi Kematian
Ayah Bonda Dan Saudara

Pada Suatu Senja
Langit Syatila
Menyaksikan Pembunuhan
Anak Kecil Dan Wanita

Munir Ditembak
Penuh Luka
Tapi Ajalnya Belum Tiba
Kerna Tuhan Mengasihi Dia

Peristiwa Hitam 17 September
Telah Menjadi Bukti
Sempurnalah Kekejaman
Suatu Bangsa Yang Sombong Dan Hina

Berapa Banyak Lagi
Gadis Kecil Tak Berdosa
Akan Menjadi Mangsa
Kekejaman Manusia

Berapa Abad Lagi
Gadis Kecil Seperti Munir
Akan Menjadi Korban
Peperangan

Doa Untuk Palestin



Satu gambar menceritakan seribu makna. Al-fatihah untuk semua yang terkorban.

Semoga Allah mencucuri roh2 mereka yang terkorban dan kita yang berada di sini walaupun tidak dapat untuk menyumbang tenaga namun marilah kita teruskan dengan memboikot barang2 Israel dan sama2 berdoa agar kekejaman dapat dihentikan segera..

“Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah……. . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . …”
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

Surah Al-Fil


Yahudi tak alah selagi Subuh tak seperti Jumaat.

Aku dah baca tulisan ni 2 tahun yang lepas. Tulisan ni hasil idea Saudara Subky Abdul Latif. Aku amat tertarik dengan apa yang diceritakan.

MELIHAT
kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika yang tidak berbelah bagi di belakangnya, tidak nampak umatIslam mampu menewaskannya seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu.

Dan bersatulah Islam seluruh belaka, berdemonstrasilah hinggaberatus ribu di mana-mana saja di dunia, dalam keadaan yang ada, tiada terdaya dan tiada nampak tanda-tanda Yahudi Israel dapat dikalahkan danBaitul Maqdis dapat dibebaskan.

Yahudi tahu semua ini. Justeru, apabila menyerang Lubnan yang Islamnya separuh-separuh saja, ia tidak pedulu langsung segala sanggahan dunia Islam dan PBB kerana masing-masing tidak sanggup berbuat apa-apa.

Ia sedia mengadakan gencatan senjata, bukan kerana ia takut kepada tindakan balas umat Islam dan dunia, tetapi ia berhenti sekejap keranaia penat. Apabila penatnya reda, maka ia akan berbuat apa-apa saja. Yahudi tahu bila ia boleh dikalahkan oleh Islam dan apa senjata yang boleh mengalahkannya.

Iman dan jihad

Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah sepertibuih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu ia tidak akan boleh bermaharajalela lagi.

Tanda mudah Yahudi boleh dikalahkan apabila terdapat di seluruh dunia umat Islam turun solat Subuh seperti mereka turun solat Jumaat yang seminggu sekali itu. Adakah sepenuhnya umat Islam sudah turun solat Jumaat? Ia dirasakan tidak. Tetapi sejumlah besar umat Islam di mana-mana juga di dunia sudah memenuhi masjid-masjid setiap Jumaat.

Melihat kepada perhimpunan solat Jumaat yang ada sekarang, Yahudi sudah cukup berwaspada. Jika bilangan yang menunaikan solat itu bertambah, maka ia bertambah bimbang meskipun ia belum boleh menggugat dan menewaskannya. Tetapi apabila umat Islam yang turun solat Jumaat itu juga turun solat Subuh berjamaah setiap pagi, maka ia adalah tanda permulaan bahawa Yahudi boleh dan dapat dikalahkan dalam waktu terdekat.

Apa yang orang Islam buat sekarang ialah semuanya turun ke masjid dan surau bersolat Subuh berjamaah setiap pagi. Jangan ada lagi yang solat di rumah.

Sama ada ada niat untuk memerangi Yahudi atau tidak, semuanya mengambil tanggungjawab dan kesedaran untuk solat Subuh berjamaah seperti solat Jumaat dulu. Niat solat Subuh itu kerana Allah dan membesarkan Allah, maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan akan meningkat iman umat itu pada keseluruhannya.

Ibadat sunat

Dari keberkatan solat Subuh seperti solat Jumaat itu, solat-solat fardu yang lain boleh ditingkatkan dan segala ibadat sunat akan diberikan perhatian dan diambil berat. Yang menuntut ilmu teruskan; merekacipta serba aneka teknologi, ayuh jalankan; dan mempelbagaikan senjata selain senjata iman, teruskan. Yang hendak berpolitik, teruskan berpolitik, yang suka demonstrasi boleh lipat gandakan. Maknanya, segala cabang jihad diteruskan. Tetapi pastikan jangan memadai sekadar menunaikan solat Subuh. Solat Subuh itu mesti berjamaah seperti solat Jumaat.

Semua amal ibadat yang lain, dengan sendirinya akan meningkat, berkat dari tekad turun beramai-ramai solat Subuh berjamaah, sama seperti turun menunaikan solat Jumaat.

Sekarang ini OIC dan bangsa-bangsa yang sudah penat dan bosan dengan ketakburan Amerika, Nato dan Israel, begitu marah kepada Israel dan Amerika tentang kekejaman mereka di Palestin dan Lubnan. Sama marahnya kepada Israel dalam perang enam hari dengan Mesir tahun 1967 dulu.

Mesir di bawah pimpinan Gamal Abdel Nasser mengumpulkan segala kekuatan dan bersatu eluruh bangsa Arab atas nama sosialis Arab, tetapi tidak memberatkan solat Subuh berjamaah, tidak datang pertolongan Allah.

Mesir hanya bertahan enam hari, satu tempoh yang amat singkat dibandingkan dengan ketahanan Hizbullah di Lubnan yang mampu menghadapi serangan Israel lebih dari sebulan. Senjata yang dikumpulkan umat Islam Arab untuk menghadapi Israel tidak terkira banyak. Jika besi-besi itu digugurkan saja ke bumi Israel tanpa perlu meletupkannya, nescaya bumi Israel itu tertimbus menjadi bukit dihempap senjata-senjata itu.

Tetapi semua senjata itu meletup di bumi dan perairan sendiri. Hanya Scud yang dilepaskan Saddam Husein dan roket yang dilepaskan oleh Hizbullah yang dapat diletupkan di wilayah Israel. Yang dapat diletupkan di Israel itu hanya amat sedikit dibandingkan dengan jumlah senjata yang dimiliki negara Arab sepanjang 50 tahun lalu.

Senjata canggih

Bantuan Allah tidak datang kepada umat Islam kerana masing-masing tidak membina senjata iman. Yang dibina hanya senjata canggih.

Pengalaman saya dalam perjalanan pulang dari Madinah di pinggir Jeddah selepas mengerjakan haji. Rombongan kami singgah solat Subuh di sebuah masjid di pinggir Jeddah. Yang azan itu yang menjadi imam. Dia bilal, dia imam dan dia saja makmum. Untung bas kami singgah di situ. Kami sekalian menjadi makmum.

Bagaimana bantuan Allah hendak turun dalam keadaan demikian. Maka tidak hairanlah ulama Arab membuat fatwa tidak wajar Lubnan dibantu dalam serangan Israel itu. Sudah 50 tahun lebih umat Islam menunggu untuk menundukkan Yahudi Israel. Tidak nampak Israel dapat ditundukkan. Yang tunduk satu demi satu regim umat Islam. Dalam bentuk yang ada, tunggu 100 tahun lagi pun, tidak mungkin negara Yahudi itu boleh ditundukkan.

Saranan Ahmedineejad dengan puluhan ribu demonstrator untuk memadamkan peta Israel dari buku atlas, akan tinggal sebutan tak bermakna. Langsung ia tidak digeruni Yahudi di mana-mana saja.

Tetapi jika Presiden Ahmedineejad boleh memulakan tindakan menggesa setiap laki-laki mukallaf Iran turun setiap solat Subuh seperti solat Jumaat, dan ia diikuti oleh umat Islam yang lain, maka akan datang bantuan Allah dan bungkuslah Israel dan penyokong-penyokongnya dalam sedekad dua akan datang.

Tiada nas yang jelas tentang alahnya Israel apabila solat Subuh sudah seperti solat Jumaat. Ia bukan satu keyakinan seperti menunggu turunnya Imam Mahadi. Tetapi ia adalah satu semangat dan kepercayaan, Islam dapat dibangunkan bermula dengan menjadikan solat Subuh seperti solat Jumaat.

Inilah yang guru-guru kuliah Maghrib beritahu dalam setiap kuliahnya dan inilah khatib patut utarakan dalam setiap khutbahnya. Dan inilah yang Pengerusi OIC kena beritahu negara-negara anggotanya supaya menyeru setiap laki-laki Muslim yang mukallaf jangan mis menjadikan Subuh seperti solat Jumaat.

Apabila semuanya sudah turun ke masjid dan surau di waktu Subuh, maka Allah akan tanamkan kecenderungan masing-masing untuk melakukan ibadat dan kebaikan yang lain.

Tanpa menunggu kedatangan Imam Mahadi, Yahudi Israel akan dapat dikecut-perutkan. Kalau Subuh tidak dapat dijadikan seperti Jumaat, satu demi satu bumi Islam menjadi bumi Yahudi atau menjadi orang yang diredai oleh Yahudi.

Antara kekejaman Yahudi dan pengkhianatan pemimpin Arab

Dipetik dari harakah daily.net....


Biasanya apabila berlaku kekejaman Yahudi ke atas umat Islam Palestin, seluruh dunia akan berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel, Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa besar dunia yang lain.

Berbeza dalam isu terkini yang berlaku di Gaza. Sebagai membantah kekejaman ini, umat Islam di negara-negara Arab bukan sahaja berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel dan Amerika Syarikat, tetapi mereka berhimpun di hadapan kedutaan Mesir dengan melaungkan slogan yang mengecam pemimpin Mesir, Jordan, Arab Saudi dan lain-lain.

Kalau dahulu, mereka melaungkan slogan, "Khaibar, khaibar ya yahud, jaizyu Muhammad saufa ya'ud," kini mereka menukarkannya kepada slogan baru, "Khaibar, khaibar ya yahud, Mubarak 'aduwwullah!".

Kenapa marah sangat umat Arab kepada pemimpin-pemimpin Arab? Kalaupun pemimpin Arab itu jahat, bukankah Yahudi lebih jahat. Yahudi yang bunuh umat Islam Palestin. Yahudi yang rampas tanah orang Islam Palestin. Yahudi yang tabur bom ke atas bumi Gaza.

Orang-orang Arab kata, "Ya, memang Yahudi yang bunuh umat Islam. Memang Yahudi yang hancurkan bumi Gaza. Tetapi mereka tidak akan berani berbuat demikian jika tidak mendapat isyarat daripada pemimpin-pemimpin Arab."

"Ini bukan kali pertama. Dahulu ketika tentera Mesir hampir menang menentang tentera Yahudi (1938) selepas dibantu oleh ahli-ahli gerakan Ikhwanul Muslimin, pemimpin Mesir merasa bimbang. Mereka bimbang kemenangan ini akan membuatkan gerakan Islam jadi kuat dan mengancam kedudukan mereka di tampuk kuasa."

"Tentera Mesir dikerah pulang. Orang Ikhwan juga diperintah balik. Bila sampai di Kaherah, mereka ditangkap beramai-ramai dan disiksa di dalam penjara Mesir (bukan penjara Israel). Hasan Al Bana yang mengepalai mujahidin Mesir dibunuh di Syari' Ramsis."

"Hari ini peristiwa yang sama berulang. Hamas mendapat sokongan majoriti rakyat. Pemimpin Mesir dan pemimpin-pemimpin sekular negara-negara Arab sedar bahawa Hamas adalah gerakan Islam. Sedangkan Fatah sekular. Kalau dibiarkan Hamas menang di Palestin, bermakna ideologi sekular pemimpin Arab juga bakal menemui kehancuran. Maka mereka cuba memberi jalan seluasnya kepada Israel untuk menghancurkan Hamas."

Soviet Union 'balik kampung'

"Biar bumi Palestin hancur. Biar umat Islam habis terbunuh. Demi untuk melihat Hamas tidak lagi berkuasa di Palestin. Inilah pegangan pemimpin-pemimpin Arab."

Pandangan majoriti rakyat Arab ini ada benarnya. Umat Islam Palestin tidak mendapat bekalan senjata mahupun makanan dan perubatan dari negara-negara sebangsa dan seagama dengan mereka. Pintu sempadan di tutup.

Pada tahun 2002, empat orang pejuang Palestin ditembak mati oleh tentera Jordan (Arab/Islam) di sempadan Palestin-Jordan kerana cuba membawa masuk bantuan dari Jordan ke Palestin. Bukan tentera Israel yang tembak mereka. Tetapi tentera Jordan! Tentera Israel yang berada di sebelah sana hanya memerhatikan dari jauh sambil tersenyum.

Begitu juga dengan sempadan Palestin-Mesir. Ia ditutup rapat sejak sekian lama. Apabila tentera Yahudi undur dari Rafah/Gaza dua tiga tahun lalu, rakyat Palestin cuba meruntuhkan tembuk sempadan. Namun kemudiannya dibina kembali oleh Mesir. Seolah-olah Mesir sengaja mengurung rakyat Palestin untuk diratah oleh Yahudi.

Tidak ada apa yang boleh disalurkan ke Palestin menerusi sempadan negara-negara Arab. Justeru, tidak hairanlah kita melihat di dalam TV bagaimana umat Islam Palestin terpaksa menghadapi serangan kereta kebal Israel dengan hanya melontar batu ke arah mereka.

Pejuang-pejuang dari negara umat Islam juga tidak dapat masuk ke Palestin untuk sama-sama berjuang membantu saudara seagama mereka di Palestin. Mereka hanya mampu berdoa dari jauh.

Ingatkah saudara kepada peristiwa di Afghanistan pada tahun 1979. Apabila Soviet Union menceroboh bumi Afghan, umat Islam bangun menentang. Cantiknya, beberapa tahun kemudian, Pakistan yang dipimpin oleh Jeneral Zia ul Haq membuka pintu sempadan. Peluang ini lantas direbut oleh umat Islam dari pelbagai negara untuk pergi ke Afghanistan, dengan membawa bantuan kewangan, senjata, makanan dan sebagainya bagi membantu umat islam Afghan.

Muncullah nama-nama pejuang seperti Dr Abdullah Azam (dari Palestin), Syeikh Tamim Al Adnani, Syeikh Usamah bin Laden (dari Arab Saudi), Dr Abd Majid Zandani (dari Yaman), Aiman Az Zawahiri (dari Mesir) dan lain-lain pejuang yang sangat dikagumi oleh rakyat Afghan. Hasilnya, Soviet Union bukan sahaja terpaksa balik kampung dengan sungguh menghinakan, bahkan kerajaan negara berkenaan tumbang tanpa perlu mujahidin menyerang. Mereka kalah di Kabul, mereka tumbang di Moskow.

Dengan kemenangan itu juga, satu demi satu negara jajahan mengisytiharkan diri keluar dari kesatuan USSR. Yang tinggal hanya Russia sahaja.

Penulis berpandangan, andai kata sempadan Palestin dengan negara-negara Arab (Mesir, Jordan, Lubnan dan Syria) dibuka, insya Allah bukan sahaja Israel yang akan kalah. Bahkan Amerika Syarikat juga akan hancur. Barak Obama akan menjadi presiden terakhir Amerika, atau mungkin tidak sempat ditabalkan menjadi presiden. - azm _

Bagaimana bermulanya Israel menguasai Palestin

Dipetik dr Halaman HarakahDaily.......

Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhrnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya 'terkebil-kebil' mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV.

Kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, dari anggota OIC dan NGO-NGO hak-hak asasi manusia. Sementara Kesatuan Eropah dan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika hanya meminta tentera Israel tidak menyerang kawasan penduduk awam, ertinya bolehlah menyerang untuk sasaran militan Arab di Gaza saja.

Ulang tayang

Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan.

Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tidak ada jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.

Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin tumpah lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.

Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanuiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jarman terhadap orang Yahudi di Eropah.

Tidak ada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.

Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu 'bahan ratahan' tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan keretakebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.

Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.

Adakah harapan buat Obama?

Adakah rakyat Palestin ini mempunyai masa depan? Ini pertanyaan yang sangat sukar dijawab, walaupun daripada pakar mengenai Asia Barat sendiri. Memang ada sesetengah pihak mengharapkan Obama yang berkulit hitam itu melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu Palestin, namun nampaknya rejim tentera Tel Aviv, pimpinan Menteri Pertahanannya yang sangat ganas, Ehud Barat, tidak mungkin bersedia menghentikan serangannya. Ini kerana dia tahu, Amerika dan sekutunya akan terus menyokong Israel.

Jika begitu keadaannya, bagaimana masalah ini dapat diselesaikan? Israel menuduh para pejuang Hamas melancarkan roket di kawasan Israel, ada yang mengena sasaran dan ada yang tidak. Namun hujan roket dari Israel, di samping meriam kereta kebal mereka terus menerus membunuh rakyat Palestin.

Sementara itu bagaimana sikap pemimpin umat Islam, khususnya pemimpin dunia Arab? Selagi mereka masih kekal dengan sikap assobiyah Arab mereka, tidak bersatu atas nama Islam untuk memerangi rejim Yahudi, maka tidak mungkin rejim itu boleh berundur.

Kerdilnya negara Arab

Bayangkan setiap tahun negara Arab membelanjakan beratus bilion dollar Amerika untuk membeli senjata api tercanggih dari pelbagai negara Barat, khususnya Amerika. Namun negara Arab tidak juga mampu memperlihatkan kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Israel.

Akhirnya negara Arab hanya menjadi 'pengguna' setia senjata moden Barat, sementara senjata itu tidak juga menolong memperlihatkan 'izzah' (keunggulan, kehebatan) negara Arab sehingga menggerunkan Israel.

Inilah yang berlaku terus menerus, pada ketika yang sama, siapapun yang menjadi Presiden Amerika, negara itu terus melindungi kepentingan Israel.

Benarlah kata ulama tersohor, Sayyid Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam bahawa negara umat Islam perlulah memiliki ilmu dan kekuatan senjata yang cukup disertai kemajuan teknologi supaya dengan kekuatan itu mereka mampu memimpin dunia.

Malangnya, kata An-Nadawi, hampir semua kekuatan ini kini tidak dimiliki oleh umat Islam, pada hal di zaman dulu, umat Islamlah yang memiliki semua kekuatan ini. Kini, katanya, pemimpin negara Arab hanya memikirkan kepentingan negara masing-masing, dilatari oleh sikap assobiyah, atau perkauman Arab yang semakin menebal.

Perlu diingat, kata An-Nadawi lagi, sikap ini menyebabkan runtuhnya Daulah Islamiyah Turki pada tahun 1924, iaitu di tengah-tengah Assobiyah Arab yang tebal itu, ia bertembung pula dengan assobiyah Turki kerana ketika itu Turki juga sangat angkuh dan merasakan ia adalah bangsa besar. Inilah kesan buruk yang dialami sehingga keadaan menjadi begini.

Mula tergadai

Sementara itu, ketika menyaksikan penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim Irael itu, kita teringat bagaimana mulanya tanah atau bumi Palestin ini tergadai dan dijual kepada Palestin.

Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi.

Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, justru kerana dua negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara Palestin.

Namun setelah kejatuhan Daulah Othmaniyah Turki, undang-undang itu dimansuhkan oeh Kemal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka.

Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.

Tanah itu kini didiami oleh orang Yahudi, ditambah pula wujudnya penempatan baru, iaitu tanah yang dirampas dari rakyat Palestin sendiri. Demikianlah sejarah hitam bumi Palestin.

Maka itu ketika Israel menguatkan cengkamannya di bumi para anbia ini, dalam usaha mereka hendak menghapuskan rakyat Palestin, wajar kita merenung semua sejarah pahit ini. Namun pandangan An-Nadawi ini sangat wajar diberikan perhatian. _

Ulul Albab: Iman, doa bantu pejuang Islam di Palestin

NAMPAKNYA nama kota Gaza di Palestin perlu diganti agar tidak lagi terjadi peperangan. Gaza - tempat lahir Imam Shafie pada 150H - dalam bahasa Arab mungkin berasal daripada kata dasar 'ghazwu' atau peperangan. Oleh itu, kita dapati banyak terjadi peperangan sepanjang sejarah manusia di sana.

Ketika Nabi Musa AS membawa keluar kaumnya bani Israel dari Mesir, Baginda membawa mereka ke Palestin. Malangnya bani Israel menolak memasuki Palestin sehingga mereka mendapat hukuman untuk hidup mengembara di sekitarnya selama 40 tahun.

Kisah ini direkod al-Quran dalam ayatnya bermaksud: "(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang yang rugi (di dunia dan di akhirat). Mereka menjawab: "Wahai Musa, bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)." (Surah al-Maidah: 21-22).

Selama 40 tahun berlalu dan di bawah pimpinan Yusha Nun mereka dapat mengalahkan tentera Amaliq di Palestin.

Sejarah berulang selepas kaum Yahudi hidup tak tentu arah kerana dosa mereka termasuk membunuh nabi sehingga mereka bak kelompok kambing yang tidak mempunyai pengembalanya. Dalam krisis kepemimpinan itu, muncul tokoh pemimpin Talut Qaisy atas petunjuk Nabi Syamuel AS.

Al-Suddi menceritakan selepas Amaliq yang menguasai wilayah Gaza dan Asqalan memperoleh kemenangan ke atas bani Israel sehingga ramai mereka terbunuh, ditahan dan terputus juga kenabian daripada nasab Lawi serta tidak ada yang tersisa daripada mereka melainkan seorang wanita yang sedang hamil. (Lihat Ibn Kathir, terjemahan Qisasul Anbiya', 527)

Pada masa pemerintahan Talut juga terjadi peperangan di sekitar Gaza merebut Palestin di antara tentera Talut dan Jalut (Goliath). Akhirnya bani Israel berhasil merebut kembali Palestin selepas tentera Talut bernama Daud berhasil membunuh Jalut.

Al-Quran menyebutkan maksudnya: "Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir." Oleh itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut." (Surah al-Baqarah: 250-51)

Dalam ayat sebelumnya, tentera Talut yang beriman hanya sedikit berbanding antara 310 hingga 319 tenteranya seperti jumlah tentera Muslim ketika perang Badar pada 2 Hijrah seperti diriwayatkan Imam al-Bukhari.

Walaupun sedikit, mereka mengimani maksud ayat ini: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama orang yang sabar." (Surah al-Baqarah: 249)

Selepas perjanjian dimeterai Khalifah Umar Khattab dan Bishop Sophronius sejurus jatuhnya Antioch, Damsyik dan Baitulmaqdis pada 636 M, orang Islam, Yahudi dan Kristian hidup rukun dan damai di Baitulmaqdis. Mereka bebas dan aman menjalankan ajaran agama masing-masing di kota suci itu.

Bagaimanapun, kerukunan yang berlangsung lebih 460 tahun itu kemudian porak-peranda akibat pelbagai hasutan dan fitnah yang diuar-uarkan oleh patriark bernama Ermite. Provokator ini berhasil mengobarkan semangat Pope Urbanus yang kemudian mengirim ratusan ribu tentera ke Baitulmaqdis untuk Perang Salib Pertama. Kota suci ini berhasil mereka rebut pada 1099. Ratusan ribu orang Islam dibunuh dengan kejam dan biadab seperti mereka akui sendiri: "In Solomon's Porch and in his temple, our men rode in the blood of the Saracens up to the knees of their horses."

Tapi seorang tokoh penyelamat muncul dan berhasil menghalau mereka selepas 88 tahun Kristian bertapak menguasai Gaza dan sekitarnya. Tokoh yang dimaksudkan adalah Salahuddin al-Ayyubi yang berhasil menguasai kembali Baitulmaqdis dan semua tanah Palestin pada 1192.

Perjuangan Salahuddin dalam membebaskan Palestin tidak datang begitu saja tapi dengan perancangan bertahun lamanya. Apabila dilantik menjadi Gabenor Mesir pada 1169 beliau menyusun strategi membebaskan Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera Salib. Pada September 1174, beliau menekan penguasa Dinasti Fatimiyyah supaya tunduk kepada Khalifah Daulat Abbasiyyah di Baghdad. Tiga tahun kemudian, sesudah kematian Sultan Nuruddin, beliau melebarkan sayap kekuasaannya ke Syria dan utara Mesopotamia. Satu persatu wilayah penting berjaya dikuasainya; Damsyik pada 1174, Aleppo atau Halb pada 1138 dan Mosul pada 1186. Selepas disatukan negeri ini di bawah kekuasaannya, baru perebutan Baitulmaqdis dilancarkan dan membawa kejayaannya pada 1192 dengan termeterainya perjanjian antara beliau dan Raja Richard The Lion Heart.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada suatu ketika berada di Jerusalem dan tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian, dia berdoa: "Ya Tuhanku, aku sudah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini."

Dengan doa ini perbalahan berlaku di antara musuh yang menatijahkan berita baik bagi tentera Islam beberapa hari kemudian.

Pada 1987 intifadah, perlawanan dengan batu oleh orang Palestin yang tinggal di kawasan pendudukan terhadap tentera Israel mulai bergejolak. Intifadah ini dianjurkan oleh Hamas, gerakan Islam yang memulai aktivitinya dengan pendidikan dan sosial.

Selepas Hamas berjaya memimpin Kerajaan Palestin di Gaza dua tahun lalu episod perjuangan perlawanan Palestin mengalami corak baru walaupun mendapat tentangan semua pihak dengan corak lama musuh gerakan pembebasan Palestin.

Terakhir ialah serangan Gaza oleh tentera Israel atas sokongan Amerika Syarikat dan kebisuan masyarakat antarabangsa serta ketidakpedulian bangsa Arab dan ketidakberdayaan umat Islam.

Kerana Hamas dan hati kita masih dalam peperangan melawan keganasan Yahudi Israel, maka ada baiknya kita juga melafazkan doa yang dipanjatkan tentera Talut dan Salahuddin seperti di atas. Hanya itulah yang boleh kita lakukan setakat ini. Anta Maulana fansurna 'alal qaumil kafirin.

BRAVO PALESTIN



Salam... Hari ini dah masuk hari ke 19 tentera Israel Laknattullah membedil Gaza. Saban malam kita dipertontonkan dengan berita dan gambar-gambar kesengsaraan bangsa Arab Palestin disebabkan oleh kekejaman Israel. Sehingga hari ini angka korban akibat kekejama Yahudi Laknattullah telah pun mencapai angka 900 orang. Yang paling tidak boleh diterima akal ialah kebanyakkan yang menjadi korban adalah dr golongan kanak-kanak. Kalaulah bangsa Israel ni ada otak tak ke dia fikir apalah salah budak-budak ni pada diorang. Sedih, pilu dan tersentuh dengan segala penderitaan tersebut. Sebagai melahirkan rasa simpati aku pada mereka, bermula hari ini aku akan cuba postkan seberapa banyak tentang Palestin didalam blog aku ni. Semoga dengan usaha yang tidak seberapa ini akan membuka ruang untuk kita membantu rakyat Palestin dan paling-paling kurang pun berkongsi rasa kesengsaraan mereka. Sekian........

Khamis, Januari 08, 2009

Zoo Negara










Raya @ KOREA

Masa ni time raya haji. Aku takde masa ni sbb aku kena beraya kat KOREA.... Arrghhhh... 1st time raya kat oversea. Mmg tak rase langsung hari raya. Pagi raya aku keje kat sana. Yang bestnyer sehari lepas tu geng-geng aku dari Malaysia smpai diorang bawakkan kitorang kek ngan kuih raya.... Dapatlah gak makan kuih raya. Time kasih yer kawan-kawan sbb korang still ingat kat aku yang tengah berjuang kat KOREA tu........


















PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH, PAHANG

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974

Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pasukan yang dahulunya terdiri daripada 25 orang ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450 ekor gajah liar di mana proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan.

Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk unit gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.

Pusat ini juga giat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Para pelawat digalakkan untuk menonton dokumentari tentang proses pemindahan semula gajah liar yang dilakukan pada 1996 dengan kerjasama krew National Geographic. Selain itu, program khas boleh disediakan untuk rombongan sekolah. Untuk program pelawat, sila merujuk kepada “Jadual Aktiviti Pelawat” di bahagian selanjutnya.

Gajah di Pusat Pemuliharaan
Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.





Gajah Asia

Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia.

Melindungi gajah Asia secara langsungnya membantu melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan habitat gajah tersebut. Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon yang menjadi sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk haiwan yang lebih kecil umpama jentolak semula jadi, serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kekurangan habitat, gajah kini terpaksa mencari makanan di kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan dan penempatan manusia. Pencerobohan ini menyebabkan kerugian pihak terbabit.

Jika gajah tersebut tidak dipindahkan dengan segera, mereka mungkin akan mati sama ada ditembak atau diracun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Pandang sinilah... Manelah diorang pandang ni....

Aku sorang je yang bergambar :((

Ni apa punyer posing ni. Susah betul nak ambik gambar diorang ni.

Apa ntah nama gajah ni. Aku pun tak tau.

Yang ni lagi 3 ekor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.