Khamis, Januari 15, 2009

KUN FAYA KUN

Semalam balik je keje terus lepak rumah tengok tv. Bila on je tv Buletin Utama dah start. Walaupon aku menyampah sebenarnyer nak tengok Buletin Utama ni tapi aku tunggu jugak sebab nak tau tentang berita Gaza. Sejak 2 minggu ni aku memang ikuti berita Gaza dengan teliti. Dari mula angka kematian penduduk Gaza bermula 5 orang sehinggalah ke 1000 orang. Ya allah, tersentuhnya hati aku bila tengok wajah-wajah kematian kanak-kanak dan penduduk Palestin. Sambil duduk melayan perasaan ni aku terpikir bezanya hidup aku skang ni dengan kehidupan diorang kat Gaza tu. Saban malam aku boleh tido lena diulit mimpi indah tapi kehidupan penduduk Islam kat sana jangan kata nak tido malah terpaksa lari merata tempat untuk selamatkan diri dari serangan Yahudi Laknattullah. Aku kat sini boleh makan dan minum 3 kali sehari. Diorang kat sana jangan kata nak makan, nak minum air bersih pun takde.

Fikir-fikir balik betapa bertuahnya aku hidup kat Malaysia tu. Aman tenteram dan rezeki pulak melimpah ruah. Tapi tulah, masih ada segelintir dari kita yang memang tak menghargai rezeki yang Allah kasi. Makanan buang-buang. Kalo tak sedap sikit ngan tak kena dengan selera tekak yang pelahap tu dah taknak makan. Ataupun dalam erti kata lain makan sikit je pastu buang. Korang tak pikir ke ngan nasib saudara seagama kita di Palestin, Afghanistan, Iraq dan beberapa lagi Negara Islam yang lain. Nak makan pun kena catu 2 3 hari sekali. Itupun kalau nasib baik ada makanan. Kalau tak berpuasalah sepanjang hari. Seminggu lepas aku ada terbaca tentang luahan seorang ibu tentang penderitaan anak-anaknya yang sudah berhari-hari tak makan. Dalam sehari dia terpaksa beberapa kali mengalihkan perhatian anak-anaknya dari mengingati makan. Nampak macam simple tapi jauh kat sudut hati aku, aku sedih dan hiba bila fikirkan nasib dan penderitaan diorang. Kita kat Malaysia baru puasa sebulan je pun dah mengeluh bilalah nak habis azab sebulan ni. Korang pikirlah, ada ke Puasa dicakapnya AZAB. Hampeh punya orang Islam. Dah termaktub dalam Hadis dan Al Quran yang tujuan utama puasa tu sebagai memperbaiki diri kita supaya sedar dan sama-sama merasai penderitaan orang lain. IniI tidak, disuruh merasai penderitaan tapi dikatakan AZAB. MasyaAllah. Camnelah diorang pikir ni……

Yang paling aku terasa bila aku bayangkan camnelah kalau apa yang diorang rasai kena pada kedua-dua anak aku. Apalah yang patut aku buat. Sampai skang ni kepala aku dok pikir lagi camnelah kalo benda-benda ni semua berlaku kat aku. Apa tindakan aku, apa perasaan aku dan adakah aku bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan ini semua andainya satu masa nanti KUN FAYA KUN yang dijanjikan Allah itu akan terjadi keatas Negara Malaysia yang mana KUN FAYA KUN yang aku maksudkan itu adalah seperti yang telah berlaku keatas warga Palestin dan saudara seislam aku di Gaza. Sesungguhnya hari esok adalah sesuatu yang amat misteri bagi diri aku dan kita semua.

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.