Sabtu, Februari 28, 2009

KERJA...KERJA...KERJA

Salam semua... Emmm. ramai yang dok tanyer aku nape dah jarang update blog. Sebenarnya aku takde idealah nak menulis tentang apa yang nak aku luahkan. Setakat nak menulis apa yang aku buat arini dan semalam baik aku tulis dalam diari je kot. TAPI ada ke aku diari. Hehheheh.... Wat masa ni keadaan agak sibuk dengan keje yang bertimbun dan problem yang semakin hari semakin penat untuk difikirkan. Tapi itulah hakikatnya yang dinamakan KERJA. Bercerita bab kerja ni takkan tamat sampai bila-bila. Bak kata P.Ramlee, kerja, kerja, kerja, selagi belum tutup mata selagi tulah kena kerja. Walau macamana pun kita patut lebih bersyukur sebab dalam keadaan kegawatan sekarang ni kita masih boleh bekerja dan mencari sesuap rezeki untuk teruskan kehidupan. Kalau nak dibandingkan dengan segelintir lagi golongan yang ditawarkan VSS, kilang tamatkan operasi dan sebagainya kita golongan yang masih bekerja ini masih bertuah sebab setiap bulan still dapat gaji walaupun adakalanya lambat. Bayangkan seandainya esok kita di beritahu supaya jangan datang kerja lagi. Agak-agak apa yang bermain dalam kepala korang. Mesti macam mimpi ngeri kan.

Actually, dalam 2 3 minggu ni aku kena entertain team dari Korea. Kena entertain diorang semua perkara baik dari segi transport sampailah ke makan minum diorang. Bercakap mengenai kerja dengan bangsa Korea ni, diorang ni suka kerja dan kerja diorang ni sungguh-sungguh. Bukan main-main wa cakap lu. Diorang ni boleh keje sampai malam tapi diorang lagi respek cara aku keje sebab aku boleh keje dengan tak balik rumah dan keje setiap Sabtu Ahad walaupun pada hakikatnya aku tak dibayar gaji atau overtime walaupon datang keje Sabtu Ahad. Satu benda tu je yang aku nampak diorang respek kat team aku ni. Dari segi teknikal dan skill memang diorang lagi maju dari kita. Yang paling best aku layan diorang ni, diorang ni tak kedekut ilmu. Apa je yang aku minta dia bagi. Pasni aku nak minta awek korea plak ngan diorang... Hahahha...

4 Juri Propesional:

Tanpa Nama berkata...

haiippp :-w gatal ek b-(

Hanisham Ab Halim berkata...

Gatal sikit jerrrr :d

Tanpa Nama berkata...

same2 blh ek kal0 camtu :-"

x_X

Hanisham Ab Halim berkata...

ngeeeeee :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.