Selasa, Mac 31, 2009

Uji otak korang......

Salam semua... Takde apa nak update. Just nak main kan sikit otak korang. Aku dapat benda ni dari internet. So ikut arahan kat bawah ni. Selamat ler korang. Satu pesanan dari aku, kalo kurang dari 1 minit normal, kurang 3 minit lempi (lembab pikap) dann lebih 3 minit mmg sah2 lembab. Anak aku pun lagi terer dari korang. Kalo rasa camne nak terer pegilah tanyer anak aku tu. Takpun ikuti petua kat bawah tu secara intensif. Hehhehe....

Cuba uji otak anda. Cari kepala seorang lelaki pada gambar yang ada di bawah:


Menurut kajian ahli perubatan:


=>Jika anda berjaya mencari kepala lelaki itu dalam 3 saat, anda adalah orang yang sangat genius. (Dengan syarat anda baru pertama kali melihat gambar di bawah.)


=>Jika anda berjaya mencari dalam masa tidak lebih 1 minit, otak anda adalah berfungsi seperti orang biasa.


=>Jika anda berjaya mencari dalam lingkungan masa 1-3 minit, otak anda di kategorikan lemah. Anda perlu makan banyak protein.


=>Jika anda berjaya mencari lebih dari 3 minit, anda mempunyai masalah yang sangat teruk. Otak anda terlalu lembab dan reaksi sangat teruk. Cadangan ahli perubatan ialah, anda di galakkan menonton kartun kerana ia dapat membantu otak anda untuk berkembang mengikut kemampuan otak anda.

SELAMAT MENCUBA








Sabtu, Mac 28, 2009

Earth Hour



Bila tengok lambang ni jangan lupa malam nanti. Bermula pukul 8.30 malam hinggalah 9.30 malam. Sila matikan lampu rumah anda selama sejam bagi menjayakan kempen EARTH HOUR ini. Untuk maklumat lanjut sila klik sini.

Sejauh manakah kita???

Jika anda rasa tidak bahagia, lihatlah mereka. Adakah sebahagia anda?



Jika anda fikir kerja anda penuh bebanan dan susah, bagaimana dengan dia?



Jika anda fikir gaji anda rendah, bagaimana dengan dia?



Jika anda fikir anda kurang kawan, lihatlah dengan siapa dia berkawan.



Jikalau anda tidak pernah menghargai ilmu, cuba fikirkan dia ni..



Disaat anda berputus asa, renungkanlah pakcik ini.



Jika anda fikir hidup anda sengsara, ada sesengsara dia ni?



Jika anda selalu kecoh tentang sistem pengangkutan, bagaimanakah dengan mereka ini?


Jika anda fikir takde yang bersikap adil dengan anda, apakah agaknya nasib nenek ini???




Kesimpulannya: Keindahan itu tak semestinya baik tapi kebaikan itu pastinya indah. Bersyukur dengan apa yang kita ada.....

Khamis, Mac 26, 2009

TV or HP

Some people say :
Wife is a HARIMAU................
Girlfriend is HARI HARI MAU

And some say:
Wife is like TV, Girlfriend is like Handphone (HP)

At home watch TV, Go out bring HP.

No money, sell TV. Got money change HP.

Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay, the services
will be terminated.

TV is big, bulky and most of the time old but HP, is cute,
slim, curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for HP is
high and often demanding.

Most Important, TV got remote but HP doesn't have.

Last but not least.......

TV do not have virus but HP have VIRUS....
Once get it, HABIS LAH.

So better choose TV lah!

Rabu, Mac 25, 2009

Welcome To Everland

Salam semua. Kali ni nak update masa gi korea last 2 month. Mungkin dah berkurun dan ayat paling best ialah cite ni dah lemau. Tapi lemau-lemau tulah yang 'sedap'. Tak gitu.... GITU...GITU..GITU.... Bukan nak cite apa pun. Just nak upload gambar je kat sini. Nak kongsi ngan kengkawan semua. Nama tempat ni EVERLAND. Kalo kat Malaysia ala-ala Genting Highland cuma yang bezanya Genting Highland kat puncak gunung tapi Everland ni kat atas tanah yang tak berapa tinggi. Tinggi sikit dari Busut Jantan lah..... Hehhehe....

Apa-apa pun bergambo dulu.



Everland


Ngan HP 3G... Jgn jeles ehhh :D

Benda ni namanya SKYLIFT

SKYLIFT dari pandangan atas

Beruang KUTUB.... Kawan OLYN dan YAN =))

Aku pun tak tau apa nama benda ni. Aku panggil SNOWBUSTER...


Haaaa... Kalo korang nak tau, inilah dia trek ROLLER COster.

Tunggu giliran nak main SNOWBUSTER

Atas SKYLIFT

Posing kat sebelah kereta klasik. Kalo tak salah aku tahun 1960

Posing masa dah nak kuar. Awek cun yang amek gambo nih...

Everland

Everland

Everland


Perjalanan keluar....


Balik je dari Everland terus pegi makan kat area hotel. Aku makan macam kat bawah ni. Sapa cakap kat Korea takde asam pedas ikan. Mesti tak caya kan. Tapi betullah.. Ko rang tengok gambo kat bawah ni. Yang lebih aku jadi tensen ialah bila ada orang gelakkan aku macam nak gila bila aku tepon aku cakap aku makan asam pedas ngan ikan goreng.



Ikan goreng ngan KIMCHI... Sedap KIMCHI ni...


ASAM PEDAS IKAN.....


Kat gerai nilah aku beli Gelang Emas Putih bertatah Berlian Biru.... :))

Selasa, Mac 24, 2009

Happy Birthday to Along

Actually birthday hero aku ni 16/2 sbnarnya. Tapi sebabkan masa tu aku sibuk tahap GABAN terpaksalah aku tunda nak celebrate besday dia ni. Sambutan simple je. Ada potong kek pastu jamu budak-budak kampung tu makanan ringan. Diam tak diam dah 3 tahun dah hero aku ni. Bercakap tak boleh lagi tapi kalo suruh wat apa semua dia buat. Anyway, selamat menyambut hari lahir yang ke-3. Semoga Along panjang umur, sihat tubuh badan dan murah rezeki sokmo. Cayang sama ALoNg.....






Hari Yang PALING BIOOOLLLLLL.....

Semalam sehari suntuk aku dok kat Proton Shah Alam sebab part aku problem. Secoittt je pun problemnya tapi badigol-badigol kunyit kat Proton tu lebih-lebih plak. Semalam jugak satu hari telinga ngan perasaan aku cedera parah sebab asyik kena sound je ngan badigol biol tahap cipan kena demam panas + selsema burung kat Proton tu. Aku tak tau nama mamat tu. Kalo aku tau sapa dia aku akan letak nama ngan no tepon dia kat dalam blog aku ni. Pastu akan aku terbalikkan gambo dia kat dalam blog aku ni berserta dengan perkataan DISASTER dalam keadaan melintang kat gambo dia. BANGSAT punya SETAN... Selamba je ko maki ngan sound-sound aku yer. Nak berlagak lah plak ngan aku. Cakap pun BAU BUDU lagi nak tunjuk kerek ngan aku. WOIIII... ko balik betul kan dulu bahasa MELAYU ko tulah sial.... Ni cakap melayu pun hancur pastu nak berlgak terer.

Mesti korang tertanya2 kan nape aku marah sangat. Sebabnya, mamat ni sound aku gile2 tanpa ada reti hormat ngan orang. Yang paling aku benci sbb dia bukan jaga pun barang aku. TAPI menyebuk je lebih. Memang dasar mentibang laut betul. Bangang punya MAMAT KELANTAN......

Bila Si Kurus Mula Bersenam

Salam...

Selamat menonton video kat bawah ni. Pada yang sedang dan tengah berisi dengan lemak elok-elok ler korang bersenam. Insaf sehhhh tengok dak kecik ni bersenam....

video

Selasa, Mac 10, 2009

Sekuntum Bunga Untuk FRU

Oleh: http://huzaifahsview.blogspot.com/

Mari kita sebarkan salam kasih-sayang kepada mereka, hulurkan bunga, berikan air kotak dan sebungkus burger atau roti sardine…itulah antara intipati sebuah SMS. Seorang sahabat menceritakan, saat FRU berlalu pulang, mereka bukan sahaja diiringi tepukan ‘terima kasih’ daripada para demonstran GMP di Masjid Negara, bahkan ketika itulah mereka baharu menjamah kuih di atas trak!

Saya pernah terdengar bahawa FRU ini memang diperalatkan secara ‘membabi-buta’ oleh pemerintah…Umno dan BN. Apabila ada satu-satu operasi, maka FRU ini akan ditahan makanan mereka. Dibiarkan mereka kelaparan. Dengan rasa lapar itulah, mereka diarah ’menjaga kemanan.’

Dek kelaparan yang amat menggigit usus, maka tidak hairanlah mereka cepat marah dan hilang pertimbangan. Budak kecil atau orang tua renta bahkan kaum wanita, mereka belasah semacam sahaja. Sebabnya mereka lapar.

Kemudian, FRU ini juga dilarang daripada berehat. Mereka penat tetapi arahan ketua yang memang barua Umno BN, melarang mereka berehat. Maka, dengan keadaan penat (tak mustahil semalaman dilarang tidur!), mereka makin mudah terangsang untuk membantai rakyat.

Itulah, apabila membaca SMS berkenaan…ada juge le betoinya. Mungkin idea ini boleh dipraktikkan…manalah tau, lembut sedikit hati mereka selepas ini.

Walau bagaimanapun, ada sahabat yang begitu marah dengan mereka. Katanya, jika dia tahu mereka ini mati, jangan kata nak ucap takziah dan nak doakan, nak jengok jenazah pun dia tak hingin. Bahkan, dia kata golongan ini nanti nak mati pun payah. Allah akan siksa mereka, kerana kelaku huduh mereka membelasah rakyat yang berkumpul tanpa senjata.

Saya memang akui, FRU ini bertindak atas arahan. Namun, arahan manusia bukanlah wajib dipatuhi 100%. Hanya arahan Allah SWT dan Rasulullah SAW sahaja yang tidak boleh diingkari. Arahan manusia, masih tertakluk kepada syariat.

Kata seorang sahabat lain, jika zaman Firaun dahulu, Firaun menggunakan polis dan tentera untuk mencari bayi lelaki dan membunuh mereka demi kesinambungan kekuasaannya, maka samalah sahaja apa yang berlaku hari ini. Polis digunakan untuk mencari golongan yang dianggap mampu merampas kuasa pemerintah zalim dan belasahlah mereka. Apa bezanya?

Sebaliknya, semasa zaman khilafah Islam dari zaman Abu Bakar sehingga Turki Uthmaniyyah, polis dan tentera juga digunakan untuk tujuan mempertahankan kedaulatan Islam dan menyebarluaskan kekuasaan Islam. Maka tentera dan polis itu menjadi ’jundullah’, yakni tentera-tentera Allah.

Kita sebagai rakyat yang ’sedar’ memang dah tak berasa pelik dengan kelaku dan perangai huduh para polis ini, bukan sekadar FRU bahkan para SB…sebabnya, mereka ini adalah tali barut atau barua Umno atau BN yang bertugas memporak-perandakan keharmonian rakyat. Jenayah nak meningkat pun, biarlah…

Sebab itu kita tak berasa pelik, kenapa apabila PR berkumpul, walau ditegaskan bahawa ia adalah perhimpunan AMAN, untuk kepentingan bahasa Melayu…tetap diganggu polis. Tetapi, apabila Umno berkumpul, kemudian belarak di jalan raya, mencaci-cerca pemimpin pembangkang, dengan sepanduk dan poster…TANPA PERMIT pula tu…okay jer. Tak ada pun FRU yang nak sembur apa-apa air…atau bagi apa-apa asap…boleh pulak kan!

Inilah sifat berat sebelah yang menyerlahkan siapa sebenarnya polis di Malaysia. Sebab itu, antara cadangan sahabat di atas, hulurkan hadiah bunga, air dan roti dengan kejengkelan untuk tidak mengucapkan seulas takziah saat mereka mati, saya dapati kedua-duanya ada kewajaran.

Idea di atas mungkin boleh kita aplikasikan selepas ini, sementara sifat kejahilan mereka itu, kita serahkan kepada Allah sendiri untuk membalasnya! Ingat…roda itu kan sentiasa berputar…

------------------------------------------------------------------------------------

Aku petik cerita kat atas tu dari PerakExpress.com. Bila baca cerita-cerita dari blog2 buat aku menyampah gile ngan PDRM ni walaupun pada hakikatnya adik aku sendiri berkhidmat kat sini. Tapi bila aku pikir balik yang salah sebenarnya orang atasan diorang. Yang pangkat rendah ni hanya mengikut arahan. Walaupun pada hakikat yang nyata dan jelas diorang ni di peralatkan tapi cara diorang jalankan tugas tu kadang-kadang diluar batasan keadilan. Dan kadang-kadang terlebih dengan provokasi. Aku mendang benda2 ni dari pelbagai sudut. Dari sudut negatif, positif dan sudut semberono. Dari sudut negatif mmg aku pandang FRU ni hina dan anjing kerajaan dan dari sudut positif plak diorang ni jalankan tugas dgn mengikut arahan pegawai atasan. Pegawai atasan tulah yang pada aku wajar ditarbiahkan tentang mengeluarkan arahan ni. Dari sudut semborono plak aku mmg tak boleh terima dengan cara jalankan tugas diorang ni walaupun itu tanggungjawab diorang. Takde akai kaaa mau pukul-pukul orang ngan cota. Pastu tembak ngan air kimia dan yang lebih bermoral sikit dari askar israel ialah tembak ngan gas pemedih mata. Auhaiiiii.. dunia-dunia. Kadang-kadang aku sedih bila ada yang samakan polis kita dengan askar Israel. Walaupun tak serupa tapi perangai sama dengan askar israel. Aku ada terbaca satu dialog. Apa perasaan korang sebagai rakyat Malaysia amnya dan sbg anggota PDRM khasnya bila baca dialog ni. Dialog ni antara anak dan ayah.

Anak: Ayah, nnt besar saya nak jadi ASKAR ISRAEL...
Ayah: Tak payah nak, cukuplah kalo ko jadi POLIS MALAYSIA.....

Aduhaiiii.. sedih dan sayu aku bila aku terbaca dialog tersebut. Buat aku teringat kat adik akulah yang dalam PDRM tu. Aku tak tau apa nak komen. Kepada korang semua yang ada komen silalah komen dialog tersebut. Sekian.. Wassalam

Rabu, Mac 04, 2009

Hadif Anaqi

Bermaksud Yang Berwawasan dan Menawan. Nilah wajah 1st anak sedara aku. Lahir pada 4 March 2009 dengar berat 3.63kg. Lepas kuar-kuar je aku terus pi jenguk dia tapi sempat ambik sekeping je gambo sebab nurse kat spital tu tengok aku lain macam je bila shoot gambo anak sedara aku ni. Ingat nak berposing ngan dia tapi takmolah lebih-lebih. Dahlah masuk secara haram selepas abes waktu melawat. Lagi nak berposing-posing plak. Si Hadif ni kuar kot tingkap gak macam Si Along aku. Emmm.. dah cukup korum ni nak pecahkan umah tokwan diorang kat kampung tu. Bergegarlah jawabnya umah bapak aku bila balik raya nnt. Meh kita tengok gambo
dia.


Isnin, Mac 02, 2009

AdAKah KaU BERfiKir ApA YanG AkU FiKIr

Salam semua. HAri ini balik umah awal. Kali pertama sejak 3 minggu yang lepas aku balik umah kul 7. Badan dah penat tapi tak boleh nak tido lagi. Terus online dan terfikir nak update blog. Dalam mencari-mencari kat web ni tertarik aku dengan suatu kata-kata keramat dari Mantan Presiden Indonesia Presiden Sukarno. Kata-katanya berbunyi BERIKAN AKU 10 PEMUDA, NESCAYA AKAN KU GONCANG DUNIA INI.... Perrghhhh.. Sangat dalam maksudnya. Kata-kata ni buat aku termenung sejenak. Terfikir gak nak jadi antara 10 pemuda tu. TAPI... GAGAH ke aku, PERKASA kah aku... emmm.. semua takde kat aku tapi yang terus jadi misteri kat aku ni apakah yang akan dibuat oleh Presiden Sukarno seandainya dia mempunyai 10 pemuda. Apakah cara untuk dia jadikan 10pemuda tersebut sbg boleh menggoncang dunia? Semua ni terus jadi misteri bagi aku. Seandainya aku mampu untuk buat apa yang dia boleh buat, aku akan buat.

Bila aku renung balik kawan-kawan kat kampung aku tu kebanyakkan dah tak lagi jadi orang. Semuanya dah macam mayat hidup. Pagi petang siang malam dok cucuk diri dengan DADAH. Tak tau nak cakap apa lagi. Kadang-kadang aku kesian dengan diorang tapi bila tanya balik kenapalah jalan ni diorang pilih, aku sedih bila dengar jawapan diorang. Dah Tuhan jadikan aku camni, nak buat camne.... ADUUSSSS... senangnyer dia salahkan Tuhan bila dia jadi camtu. Tapi sedarkah diorang bahawa Tuhan tu Maha Penyayang. Aku pun kekadang pelik ngan fitrah semulajadi manusia ni. Apa yang diorang cari sebenarnya dalam hidup ni selain dari untuk teruskan kehidupan yang serba singkat ni. Kalaulah siang malam bergelumang dengan DADAH, kemanalah yer arah tuju hidup diorang. Sedih kan..... Tapi kadang-kadang aku pikir jugak, kenapa aku perlu sedih ngan diri diorang walaupon pada hakikatnya diorang sendiri tak peduli itu semua. Haiihhhh... Masalah gak ni. Tapi bila renung sedalam-dalamnya aku dapat jawapan ni.

“Bahawasanya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri”. Surah AI-Ra’ad, ayat 11.

Kepada kawan-kawan aku yang berada diluar sana, mungkin kalian tak pernah dah tak akan membaca tulisan aku ini. Seandainya ada yang berkesempatan membaca, aku seru supaya kalian berubah sebelum ajal datang menjemput. Aku rasalah kan adalah amat sia-sia hidup korang kalo korang mati dalam usia muda sebab DADAH... Alahai, aku tau korang ada otak tapi mungkin takde akal.

Malam dan makin kelam, mata dah makin layu. Emmm... Apa nak buat ni. TIDOLAHHHHHHH..... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.