Isnin, Mac 02, 2009

AdAKah KaU BERfiKir ApA YanG AkU FiKIr

Salam semua. HAri ini balik umah awal. Kali pertama sejak 3 minggu yang lepas aku balik umah kul 7. Badan dah penat tapi tak boleh nak tido lagi. Terus online dan terfikir nak update blog. Dalam mencari-mencari kat web ni tertarik aku dengan suatu kata-kata keramat dari Mantan Presiden Indonesia Presiden Sukarno. Kata-katanya berbunyi BERIKAN AKU 10 PEMUDA, NESCAYA AKAN KU GONCANG DUNIA INI.... Perrghhhh.. Sangat dalam maksudnya. Kata-kata ni buat aku termenung sejenak. Terfikir gak nak jadi antara 10 pemuda tu. TAPI... GAGAH ke aku, PERKASA kah aku... emmm.. semua takde kat aku tapi yang terus jadi misteri kat aku ni apakah yang akan dibuat oleh Presiden Sukarno seandainya dia mempunyai 10 pemuda. Apakah cara untuk dia jadikan 10pemuda tersebut sbg boleh menggoncang dunia? Semua ni terus jadi misteri bagi aku. Seandainya aku mampu untuk buat apa yang dia boleh buat, aku akan buat.

Bila aku renung balik kawan-kawan kat kampung aku tu kebanyakkan dah tak lagi jadi orang. Semuanya dah macam mayat hidup. Pagi petang siang malam dok cucuk diri dengan DADAH. Tak tau nak cakap apa lagi. Kadang-kadang aku kesian dengan diorang tapi bila tanya balik kenapalah jalan ni diorang pilih, aku sedih bila dengar jawapan diorang. Dah Tuhan jadikan aku camni, nak buat camne.... ADUUSSSS... senangnyer dia salahkan Tuhan bila dia jadi camtu. Tapi sedarkah diorang bahawa Tuhan tu Maha Penyayang. Aku pun kekadang pelik ngan fitrah semulajadi manusia ni. Apa yang diorang cari sebenarnya dalam hidup ni selain dari untuk teruskan kehidupan yang serba singkat ni. Kalaulah siang malam bergelumang dengan DADAH, kemanalah yer arah tuju hidup diorang. Sedih kan..... Tapi kadang-kadang aku pikir jugak, kenapa aku perlu sedih ngan diri diorang walaupon pada hakikatnya diorang sendiri tak peduli itu semua. Haiihhhh... Masalah gak ni. Tapi bila renung sedalam-dalamnya aku dapat jawapan ni.

“Bahawasanya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri”. Surah AI-Ra’ad, ayat 11.

Kepada kawan-kawan aku yang berada diluar sana, mungkin kalian tak pernah dah tak akan membaca tulisan aku ini. Seandainya ada yang berkesempatan membaca, aku seru supaya kalian berubah sebelum ajal datang menjemput. Aku rasalah kan adalah amat sia-sia hidup korang kalo korang mati dalam usia muda sebab DADAH... Alahai, aku tau korang ada otak tapi mungkin takde akal.

Malam dan makin kelam, mata dah makin layu. Emmm... Apa nak buat ni. TIDOLAHHHHHHH..... :D

1 Juri Propesional:

Tanpa Nama berkata...

ape kate serbuk dadah tu abg letak ngn racun tikus :))

evil nye aku >:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.