Selasa, Mac 10, 2009

Sekuntum Bunga Untuk FRU

Oleh: http://huzaifahsview.blogspot.com/

Mari kita sebarkan salam kasih-sayang kepada mereka, hulurkan bunga, berikan air kotak dan sebungkus burger atau roti sardine…itulah antara intipati sebuah SMS. Seorang sahabat menceritakan, saat FRU berlalu pulang, mereka bukan sahaja diiringi tepukan ‘terima kasih’ daripada para demonstran GMP di Masjid Negara, bahkan ketika itulah mereka baharu menjamah kuih di atas trak!

Saya pernah terdengar bahawa FRU ini memang diperalatkan secara ‘membabi-buta’ oleh pemerintah…Umno dan BN. Apabila ada satu-satu operasi, maka FRU ini akan ditahan makanan mereka. Dibiarkan mereka kelaparan. Dengan rasa lapar itulah, mereka diarah ’menjaga kemanan.’

Dek kelaparan yang amat menggigit usus, maka tidak hairanlah mereka cepat marah dan hilang pertimbangan. Budak kecil atau orang tua renta bahkan kaum wanita, mereka belasah semacam sahaja. Sebabnya mereka lapar.

Kemudian, FRU ini juga dilarang daripada berehat. Mereka penat tetapi arahan ketua yang memang barua Umno BN, melarang mereka berehat. Maka, dengan keadaan penat (tak mustahil semalaman dilarang tidur!), mereka makin mudah terangsang untuk membantai rakyat.

Itulah, apabila membaca SMS berkenaan…ada juge le betoinya. Mungkin idea ini boleh dipraktikkan…manalah tau, lembut sedikit hati mereka selepas ini.

Walau bagaimanapun, ada sahabat yang begitu marah dengan mereka. Katanya, jika dia tahu mereka ini mati, jangan kata nak ucap takziah dan nak doakan, nak jengok jenazah pun dia tak hingin. Bahkan, dia kata golongan ini nanti nak mati pun payah. Allah akan siksa mereka, kerana kelaku huduh mereka membelasah rakyat yang berkumpul tanpa senjata.

Saya memang akui, FRU ini bertindak atas arahan. Namun, arahan manusia bukanlah wajib dipatuhi 100%. Hanya arahan Allah SWT dan Rasulullah SAW sahaja yang tidak boleh diingkari. Arahan manusia, masih tertakluk kepada syariat.

Kata seorang sahabat lain, jika zaman Firaun dahulu, Firaun menggunakan polis dan tentera untuk mencari bayi lelaki dan membunuh mereka demi kesinambungan kekuasaannya, maka samalah sahaja apa yang berlaku hari ini. Polis digunakan untuk mencari golongan yang dianggap mampu merampas kuasa pemerintah zalim dan belasahlah mereka. Apa bezanya?

Sebaliknya, semasa zaman khilafah Islam dari zaman Abu Bakar sehingga Turki Uthmaniyyah, polis dan tentera juga digunakan untuk tujuan mempertahankan kedaulatan Islam dan menyebarluaskan kekuasaan Islam. Maka tentera dan polis itu menjadi ’jundullah’, yakni tentera-tentera Allah.

Kita sebagai rakyat yang ’sedar’ memang dah tak berasa pelik dengan kelaku dan perangai huduh para polis ini, bukan sekadar FRU bahkan para SB…sebabnya, mereka ini adalah tali barut atau barua Umno atau BN yang bertugas memporak-perandakan keharmonian rakyat. Jenayah nak meningkat pun, biarlah…

Sebab itu kita tak berasa pelik, kenapa apabila PR berkumpul, walau ditegaskan bahawa ia adalah perhimpunan AMAN, untuk kepentingan bahasa Melayu…tetap diganggu polis. Tetapi, apabila Umno berkumpul, kemudian belarak di jalan raya, mencaci-cerca pemimpin pembangkang, dengan sepanduk dan poster…TANPA PERMIT pula tu…okay jer. Tak ada pun FRU yang nak sembur apa-apa air…atau bagi apa-apa asap…boleh pulak kan!

Inilah sifat berat sebelah yang menyerlahkan siapa sebenarnya polis di Malaysia. Sebab itu, antara cadangan sahabat di atas, hulurkan hadiah bunga, air dan roti dengan kejengkelan untuk tidak mengucapkan seulas takziah saat mereka mati, saya dapati kedua-duanya ada kewajaran.

Idea di atas mungkin boleh kita aplikasikan selepas ini, sementara sifat kejahilan mereka itu, kita serahkan kepada Allah sendiri untuk membalasnya! Ingat…roda itu kan sentiasa berputar…

------------------------------------------------------------------------------------

Aku petik cerita kat atas tu dari PerakExpress.com. Bila baca cerita-cerita dari blog2 buat aku menyampah gile ngan PDRM ni walaupun pada hakikatnya adik aku sendiri berkhidmat kat sini. Tapi bila aku pikir balik yang salah sebenarnya orang atasan diorang. Yang pangkat rendah ni hanya mengikut arahan. Walaupun pada hakikat yang nyata dan jelas diorang ni di peralatkan tapi cara diorang jalankan tugas tu kadang-kadang diluar batasan keadilan. Dan kadang-kadang terlebih dengan provokasi. Aku mendang benda2 ni dari pelbagai sudut. Dari sudut negatif, positif dan sudut semberono. Dari sudut negatif mmg aku pandang FRU ni hina dan anjing kerajaan dan dari sudut positif plak diorang ni jalankan tugas dgn mengikut arahan pegawai atasan. Pegawai atasan tulah yang pada aku wajar ditarbiahkan tentang mengeluarkan arahan ni. Dari sudut semborono plak aku mmg tak boleh terima dengan cara jalankan tugas diorang ni walaupun itu tanggungjawab diorang. Takde akai kaaa mau pukul-pukul orang ngan cota. Pastu tembak ngan air kimia dan yang lebih bermoral sikit dari askar israel ialah tembak ngan gas pemedih mata. Auhaiiiii.. dunia-dunia. Kadang-kadang aku sedih bila ada yang samakan polis kita dengan askar Israel. Walaupun tak serupa tapi perangai sama dengan askar israel. Aku ada terbaca satu dialog. Apa perasaan korang sebagai rakyat Malaysia amnya dan sbg anggota PDRM khasnya bila baca dialog ni. Dialog ni antara anak dan ayah.

Anak: Ayah, nnt besar saya nak jadi ASKAR ISRAEL...
Ayah: Tak payah nak, cukuplah kalo ko jadi POLIS MALAYSIA.....

Aduhaiiii.. sedih dan sayu aku bila aku terbaca dialog tersebut. Buat aku teringat kat adik akulah yang dalam PDRM tu. Aku tak tau apa nak komen. Kepada korang semua yang ada komen silalah komen dialog tersebut. Sekian.. Wassalam

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.