Isnin, April 27, 2009

Bila B*** Pun Nak Famous

2 hari ini bila malam je aku lepak kat umah tengok berita. Kalau sesapa perasan skang ni dunia sedang digemparkan ngan satu wabak baru iaitu Selesema Babi. Selesema burung yang dok ada tu pun tak setle lagi. Datang plak selsema babi ni. Berpunca dari Mexico dan telah mula merebak ke serata dunia. Yang paling wat aku gerun wabak ni bukan merebak melalui pemakanan iaitu makan babi tapi melalui udara yakni tersebar bila orang yang dijangkiti itu batuk atau bersin. Huwahhh... amat gerun sekali. Agak-agaknyer ini satu wabak atau bala dari Allah sebagai peringatan kepada umat manusia untuk kembali kepangkal jalan. Dari segi zahirnya memanglah satu wabak penyakit baru tapi dari pandangan sebaliknya ianya bala yang diturunkan pada kita umat manusia. Takut sehhhh bila fikir bala-bala yang Allah turunkan sekarang ni. Macam-macam bentuk dan macam-macam cara. Pendek kata dan panjang mendengar, kalau kena sakit ni memang naya beb. Marilah sesama kita berdoa semoga dijauhkan dari dijangkiti wabak berbahaya ni pada diri kita, keluarga dan seluruh rakyat negara Malaysia. Amin....

4 Juri Propesional:

mountdweller berkata...

Salam sdr. Hisham.

Lawatan balas dari uncle. Terima kasih di atas kunjungan ke blog mountdweller dan sudi pula menjadi follower.

Sesuatu musibah memang kerana manusia durhaka. Allah hanya bagi peringatan tetapi manusia masih tidak faham atau pura-pura tidak faham. Sama-samalah kita berdoa semoga hidup kita sihat dan aman.

Hanisham Ab Halim berkata...

W'salam Uncle.

Terima kasih kerana sudi mengujungi ECHAM.COM. Betul kata uncle tu. Manusia hari ini hanya butakan mata bila menyedari semua ni adalah bala dari Allah. Pura-pura tidak nampak apa yang berlaku. Last sekali diri sendiri yang rugi.

Don Balon berkata...

Oranc mexico cakak "gripe porcina"..
(sebut machanc BM gri-pe por-si-na)..
tu la..makan lagi babi.....

Webmaster berkata...

Don,

Apa maksud Gripe Porcina tu? Selsema Babi ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.