Khamis, April 16, 2009

Bila Jemari Mula Menari

Bila usia makin beranjak bermakna makin banyak pengalaman hidup telah kita timba. Pengalaman adalah sesuatu yang amat berharga yang takde jual kat Pasar Pudu atau Uptown. Pengalaman ni sesuatu yang perlu di kutip dan bukannya menunggu dia sampai dihujung ibu jari. Semua manusia ada pengalaman baik pengalaman manis atau pahit. Selama kehidupan anda ini sejauh manakah anda begitu menghargai pengalaman anda. Akibat dari kesibukan atau keegoan hidup kadang-kadang kita alpa dan tak pernah nak menghargai pengalaman. Mungkin dulu kita pernah dihadapkan dengan suatu sejarah yang hitam tapi apa tindakan kita jika di suatu masa kita perlu mengambil kesempatan atas sesuatu peluang untuk membina kebahagian bagi menggantikan sejarah yang lama dahulu. Mungkin ada antara kita yang berkata serik dengan pengalaman yang dahulu tapi tahukah dan sedarkah kita yang setiap kesempatan yang ada didepan kita ini adalah pemberian dari DIA untuk menggantikan suatu kegagalan yang pernah berlaku dulu.

Dalam kehidupan seharian ini kita banyak terlepas peluang yang ada depan mata kerana kita asyik memikirkan sesuatu yang dahulu. Kononnya nak berhati-hati tapi apa yang terjadi selepas itulah adalah sendiri yang rugi. Dan ada pulak yang jenis suka mensia-siakan peluang yang ada. Mungkin sebab banyak pilihan di depan mata so enjoyyyy, mungkin sebab ego menguasai diri then let's go dan mungkin juga sebab terlalu rasa diri berada di puncak. Antara 3 contoh tersebut yang mana satukah diri kita. Tepuk dada tanya hati. Dicelah-celah kehidupan kita ada detik-detik yang berharga dan satu pepatah yang pakar motivasi selalu perkatakan 'Berlarilah hingga ke garisan penamat kerana perlumbaan yang tidak sampai kegarisan penamat TIDAK AKAN SELESAI'. Fikir-fikirkan.......

1 Juri Propesional:

BLOG GENERASI FELDA berkata...

Blog saudara telah disenaraikan di Bolg generasi felda....rajin2lah menulis....kerana kini blog sdr mendapat perhatian yang lebih dengan tersenarainya di blog generasi felda.

Sila gunakan banner blog generasi felda yg ada di tepi kiri tu.....

Terima kasih......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.