Selasa, April 21, 2009

Bodoh Yang Sombong

Salam kepada semua pembaca dan pelayar ECHAM.COM. Dah 2 hari tak update sebab terlalu sibuk sejak akhir-akhir ni. Terlalu banyak masalah sekarang ni di customer aku. Dalam 4 atau 5 hari ini aku banyak berjumpa dan naik muak mengadap bermacam-macam perangai Spesis Mamalia yang bernama Manusia. Ada yang bagus dan ada yang haprak. Aku pelik bila ada sesetangah dari golongan-golongan yang aku jumpa ni jenis yang tak reti nak terima nasihat atau pandangan orang lain. Pada aku mungkin dia pandai tapi kadang-kadang kadar kebengapan manusia yang aku sebutkan tu berada pada tahap bawah buku lali. Yang lebih syahdunya, dia terasa diri dia KURANG CERDIK tapi dalam masa yang sama tetap sukar nak belajar dan menerima pandangan orang lain walaupun pada hakikat yang lebih brutalnya aku berkata manusia ni takut kepada kebenaran. Kebenaran tentang dirinya yang bodoh tapi sombong.

Aku tak bermaksud untuk menjatuhkan air muka diorang. Tapi aku kecewa kerana yang berperangai demikian ialah manusia yang sebangsa dan seagama dengan aku. Bila aku fikir aku sedih sebab sebagai seorang yang berbangsa Melayu beragama Islam dan bertaraf warganegara Malaysia aku tak sanggup melihat Syarikat Konglomerat terkemuka ini akan lenyap dari senarai syarikat terkemuka dunia suatu hari nanti dengan adanya manusia-manusia yang berperangai macam ni. Aku taknak kerana seorang yang membawa lumpur akan terpalit kepada semua yang masih bersih. Sampai sekarang ni aku masih berfikir apa cara yang patut aku buat untuk aku bagi kesedaran pada diorang untuk lebih berfikiran terbuka dan bukannya sesempit getah paip. Kadang-kadang tu terfikir jugak benda tak elok aku nak buat supaya boleh buat minda diorang yang dah berkarat tu bersih kembali. Tapi bila fikir balik diorang ni semua dah tua. Cukup sekadar mulut aku je yang bercakap bukan tangan dan kaki aku yang mengajar. Betul kata Tun Dr Mahathir. Melayu mudah lupa. Lupa kepada apa yang diamanahkan, lupa kepada apa yang dijanjikan dan yang terakhir lupa nak belajar tentang sesuatu yang baru kerana terasa diri sudah cukup pandai dan tiada yang lain lebih pandai dari kepandaiannya.

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.