Rabu, April 15, 2009

Daring To Change

Tepat jam 10.15 malam tadi Proton Exora telah dilancarkan dengan rasminya. Daripada kenyataan yang dikeluarkan 90% komponen kereta ini adalah hasil produk tempatan yakni buatan Malaysia. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, aku sebenarnya bangga dengan pencapaian Proton pada hari ini. Dari sebuah negara yang diketegorikan sebagai negara ketiga pada suatu masa dulu, pada hari ini, detik ini kita telah menjadi salah sebuah negara pengeluar kereta untuk rakyatnya sendiri. Walaupun pada hakikatnya ada sesetengah rakyat Malaysia masa kini yang masih memandang rendah pada pencapaian Proton. Suatu masa dulu aku berfikiran begitu kerana pada masa demikian apa yang aku perhatikan kualiti Proton terlalu rendah berbanding dengan jenama keluaran lain. Setelah mengenali Proton hampir 6 tahun secara dekat, aku nampak perubahan demi perubahan kerana Proton kini bukan lagi yang aku kenali 6 tahun lepas. Bertepatan dengan slogan DARING TO CHANGE, memang aku nampak perubahan yang drastik tu.

Apa yang sering aku fikirkan sekarang ini, bagaimana cara kita sebagai rakyat Malaysia untuk terus memiliki kereta tempatan dan bukannya kereta luar. Aku ambil contoh negara Korea dan Jepun. Hampir 80% penggunaan kereta dinegara tersebut adalah kereta keluaran negara mereka sendiri. Betapa tinggi semangat patriotik mereka ni kalau nak bandingkan dengan kita. Aku pernah ke Korea yang mana rakyat diorang kebanyakannya guna kereta Hyundai dan KIA. Bagi aku sebagai seorang yang memiliki kereta buatan Malaysia, ada sesetengah model yang diorang gunakan tu taklah hebat sangat pun rekabentuknya. Kualiti pun ala-ala hampas camtu tapi diorang tetap guna gak. Adoiiiii... memang betul2 agungkan produk sendiri diorang ni. Bila pegi sana aku plak yang rasa teruja nak guna kereta diorang. Tapi itu sekadar angan-angan jelah. Mana mampu sehhhhh nak guna kereta diorang. Mahallll lloorrr...

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.