Selasa, April 28, 2009

Salam TAKZIAH..... AL FATIHAH....

Salam.... Dalam aku meronda blog-blog malam ni aku dikejutkan dengan satu posting oleh Wak Albanjari dalam blog beliau. Kisah kematian 3 BERADIK yang mati terbakar dalam keadaan berpelukan pada minggu lepas. Aku rasa hati aku tegar dalam menjalani kehidupan seharian tapi bila terbaca kisah sedih ni aku gagal tahan air mata aku. Sebak sebab teringat nasib kanak-kanak tersebut ketika menghadapi sakaratul maut. Boleh ke pembaca sekelian bayangkan camne seksanya adik-adik kita bertiga ni menghadapai sakratul maut dalam keadaan berpelukan. Mungkin ada sesetengah pembaca yang belum tahu kisah ni. Aku tak boleh nak bercerita lanjut sebab aku rasa sebak sangat. Aku rasa tersentuh sangat bila apa-apa yang buruk terjadi kepada kanak-kanak sebab aku seorang ayah dan aku tau macamana perasaan seorang ayah menghadapi keadaan macam ni. Kepada semua pelayar ECHAM.COM aku menyeru agar kita dapat membantu seberapa yang termampu keluarga adik-adik kita yang telah ditimpa dugaan yang amat hebat ini. Kepada yang sudi membantu bolehlah menyumbang kepada:

Suami : Noordin b Mat Noh
i/c no.: 430313-08-5413
Acc. BSN (Giro) : 08228-41-00001451-2

Isteri : Mah Bt Abdullah
I/c no. : 751223-08-5118
Acc. BSN (giro) : 08239-41-00001399-4

No. tel : 019-557 3391

Ataupun boleh berurusan dengan Hj Mokhtar@ Pak Ngah Radhi (didlm gambar memakai kopiah putih). No. tel : 017-561 9351. Beliau yang banyak menolong menyelesaikan segala urusan bg keluarga Pak Noordin.

Bagi anda yang ingin mengikuti berita ini secara lebih lanjut sila klik link seperti yang tertera dibawah. Untuk pengetahuan, aku tak dapat postkan gambar-gambar atas sebab aku tak mampu untuk melihat kedaan jenazah Allahyarham adik-adik kita tu atas kapasiti aku sebagai seorang AYAH.

Berita 1

Berita 2

Berita 3

Dikesempatan ini juga, Moderator ECHAM.COM mengucapkan Salam TAKZIAH kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Adik Muhammad Shaiful (7 tahun), Muhammad Amirul (4 tahun) dan Muhammad Yusof (2 tahun). Semoga roh anak-anak syurga ini dirahmati ALLAH dan berada dalam saf-saf orang yang beriman. Al Fatihah.......

3 Juri Propesional:

Dzulkarnain Mohamad berkata...

sedih beb..semuanya sudah ketentuan Allah jua

Don Balon berkata...

Innalillahi wailaihirraji'uun..
nauzubillahi min zaalik...

Webmaster berkata...

Al Fatihah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.