Khamis, April 30, 2009

SELAMAT HARI PEKERJA

Esok 1hb May bermakna semua yang bergelar pekerja akan bercuti. Cuma ada 1 pekerjaan je yang takkan ada cuti. Kerja surirumah. Apa kata kalau diwujudkan HARI SURIRUMAH. Pada hari tersebut para surirumah akan bercuti sehari tanpa buat apa-apa kerja yang berkaitan dengan surirumah. Para surirumah boleh buat apa saja kerja tapi bukan kerja yang berkaitan dengan profesion surirumah. Pada hari tersebut para-para suami kena wat sendiri semua keje. Emmm.. agak-agak ler, apa jadi pada hari tersebut? Mungkin haru biru? Mungkin kelam kabut? dan mungkin apa saja. Pulak tu kalau hari itu jatuh plak pada hari Ahad. Yang konfirmnya pada hari tersebut dan esoknya akan jadi:

1) Hari baju atau seluar para suami tak bergosok (iron)
2) Hari kedai dobi mendapat keuntungan berlipat kali ganda.
3) Hari dimana kedai makan dipenuhi oleh org lelaki dan anak-anak mereka.
4) Hari dimana semua klinik swasta akan kehabisan borang MC sebab para suami beratur mengambil MC dengan bermacam-macam alasan.
5) Hari dimana para suami akan memenuhi semua pasar mini atau market...

Yang lain-lain banyak lagi. Tak larat nak tulis.

Haaaaa... percaya atau tak. Agak-agak semua kemungkinan tu akan jadi kenyataan atau tidak jika benar satu hari nanti akan ada HARI SURIRUMAH???

Dikesempatan ini Para Moderator ECHAM.COM mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua insan yang bernama pekerja. Blog ini akan bercuti posting selama 3 hari bermula esok sehingga hari Ahad. Kepada yang mengambil kesempatan cuti ini untuk pulang ke kampung, berhati-hati dijalan raya. Jadikan cuti Hari Pekerja ini sebagai cuti yang mengembirakan dan bukan sesuatu yang mengundang kedukaan. Sekian. Wassalam........

2 Juri Propesional:

Don Balon berkata...

koi semalanc kena keje tapi koi mc..
tok daya badan wei..ni hari ni dengan esok keje lagi..

Webmaster berkata...

Amboiii.. Hari pekerja pon awok keje ke. Bior betoi awok rodong. Awok nok koi wujudkan ari mende pulok nak bagi awok cuti ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.