Sabtu, April 18, 2009

Siapa SuperHERO kita????

Salam.... Aku nak utarakan satu benda untuk tatapan korang malam ni. Kenapa kita tak pernah jadikan ibu dan ayah kita SUPERHERO kita??? Aku ingat lagi semasa tahun lepas aku masuk kelas LEADERSHIP. Nama pensyarah aku Mejar Raymond. Mula perkenalan sebelum memulakan kelas, dia ada bagi beberapa soalan yang setiap pelajar kena terangkan. Sesi perkenalanlah lebih kurang. Salah satu yang soalan yang dia tanya ialah, SIAPAKAH TOKOH YANG PALING ANDA KAGUMI???? Macam-macam jawapan aku dengar.

Ada yang cakap Tun Mahathir, Pak Lah, Tuanku Abdul Rahman, Iskandar Zulkarnaen, Tuan Guru Nik Aziz, Haji Hadi Awang, Bush dan lain-lain tokoh hebat.


Cuma aku tak dengar GABAN, ULTRAMAN ngan MASKED RIDER BLADE je lagi yang diorang tak sebut. Korang nak tau apa jawapan aku. Jawapan aku tu buat Mejar Ray tengok aku atas bawah. Jawapan aku ialah APAK aku.... Tapi lepas tu Mejar Ray terus berbunyi yang dia pun respek mak ngan ayah dia. Cayalah Mejar. Kita serupalah Tuan. Pelik ke??? What the hell beb ngan kepelikan tu.. Aku rasa memang sangat patut kalo bapak kita jadi idol kita. Korang setuju tak? Sebabnya aku jadikan APAK aku superhero ialah dialah hero aku sepanjang zaman. Dulu masa zaman-zaman susah waktu harga sawit merudum teruk, para peneroka FELDA ni hidup susah sangat. Pernah aku tengok APAK aku sign PAYSHEET dan dapat RM0.30. Korang cuba pikir ngan aku nak sekolah, nak makan minum kitorang 4 beranak tapi duit gaji bulan tu dapat RM0.30. Boleh tak korang pikir camne punya susah hidup. Masa tulah SUPERHERO aku ni betul-betul jadi hero. Setiap pagi lepak kat tepi simpang masuk Kota Gelanggi 2 tunggu lori baja lalu. Pastu kejar lori baja tu untuk ambik upah pikul baja turun dari lori untuk disusun di stor baja. Tahun era 80an mana ada forklift cam sekarang. Dulu semua guna kudrat je. Aku masih ingat lagi kadang-kadang dia keluar awal pagi selepas Subuh dan pulang lewat petang sebab aritu banyak lori yang datang. Berat baja tu dalam lingkungan 25 kilogram 1 bag. Upah untuk angkat baja tu lebih kurang beberapa puluh sen je sebag. Kalau tak silap aku rm.030 - RM0.50 sebag. Tapi berkat usaha dan kerja keras SUPERHERO aku ni rezeki tu ada jugak setiap hari. Pernah sekali Apak pernah dapat hampir RM100. Tapi dia punya azab tak payahlah nak cerita. Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri betapa teruknya kerja tanggung baja ni. Bahu ngan lengan memang konpom melelas beb. Merah je. Bila time mandi punyalah pedih. Nak pelik lagi ke bila aku sebut APAK aku superhero. Tak dah kan... Betul tak???? TAPI dalam dunia hari ini memang tak pelik pun kalo mak dan ayah kita hari ini tak lagi dijadikan sebagai SUPERHERO. Dan ada yang lebih terasa bila ada orang yang langsung takde sekelumit rasa respek ngan mak atau ayah diorang. Ini mungkin sebab ada kes lah kot. Aku pernah terbaca satu keratan artikel ni. ” di zaman moden ini,ibu bapa yang sibuk berkerja setiap masa bakal melahirkan lebih ramai anak derhaka ”.... Cuba kita buka minda, fikir-fikirkan apa yang ditulis dalam keratan tersebut. Tak mustahil semua ini akan terjadi kerana pada masa kini telah berlaku pun. Doa aku semoga anak-anak aku sentiasa menghormati aku dan mendoakan kebaikan untuk aku bila aku tiada kelak.. AMIN.

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.