Selasa, April 28, 2009

Tenangkan Otak Sekejap

Di kampung Pinang Dua Batang ni ada 3 org remaja yg suka melepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni lah.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk ayun 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ker? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan jahil sangat macm tok imam cakap tu!" .

Maka bila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid-wiridnye sekali. Punyelah respek tok imam tu kat si Ciko niii...

Lepas je solat, tok imam pun puji melambung leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasat arr aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

Moral of the story: Kebanyakkan anak muda hari ini tak tau camne nak solat....

2 Juri Propesional:

Don Balon berkata...

Tanggungjawab kita semua echanc..
mendidik anak masing2 dan menegur anok oranc lain.. :)

Webmaster berkata...

Betoi tu tapi yang dok tahanc nyer bila tegor anok org lain, mok aboh dia pulok maroh kite.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.