Isnin, April 13, 2009

Kisah Dulu-Dulu

Lepak-lepak kat umah sorang-sorang ni wat aku teringat kisah dulu2. Banyak kenangan2 lepas yang buat aku tersengih sorang-sorang bila ingat balik. Dulu kat kampong masa kecik-kecik takde elektrik, bila senja je aku mesti dok sebelah Apak tengok dia pasang lampu Gasoline (orang kampong panggil geselin). Aku tak tau samaada generasi arini masih kenal atau tak lampu ni. Dulu masa kecik setiap pukul 6.30 aku dah kena mandi. Lepas je pakai baju tido aku ngan adik akan di bedak. Memang selopong bedak tu. Putih muka ngan bedak then sampai arini aku still pakai bedak kat muka tapi taklah selopong macam tikus terjun tepung. Lepas je siap aku ngan adik mesti dok depan muka pintu. Saje lepak2 sementara tunggu malam. Bila maghrib menjelang, kena masuk umah sebab mak pesan waktu Maghrib hantu setan keluar cari makan. Dulu kecik-kecik takut gile bila sebut antu setan. Rasa cam nak masuk balik dalam perut mak. Itu kata mak akulah sebab nak gambarkan kadar kepenakutan aku tu. Memang penakut gile dulu kecik-kecik. Ntah apa yang aku takut sampai la ni pun aku tak tau apa dia.


Bila pas sembahyang Maghrib berjemaah ngan Apak, mesti pastu makan malam. Salah satu yang tak boleh aku lupa sampai saat ni ialah kenangan setiap kali makan mesti makan sama-sama sebab mak pesan mkn sama-sama boleh eratkan kasih sayang ngan boleh makan sikit sama sikit dan banyak sama banyak. Kalo fikirr balik pun memang betul pun. Bila siap makan tengok TV plak. Mak suka tengok berita. WAJIB. Masa berita jangan nak alih siaran lain. Lagipun masa tu ada 2 channel je pun. TV1 dan TV2. TV masa tu TV hitam putih. Aku ingat lagi TV kat umah aku tu. Jenama HITACHI. Kalo nak tukar channel kena pusing dia punya pemulas. Itupun dah seribu rahmat sebab ada gak TV. Pastu TV ni gunakan kuasa bateri. Ingat lagi dulu kecik2, tak boleh tgk TV sangat sebab jimat bateri. Nak tengok TV bila malam je sebab dulu nak charge bateri kena pegi umah seseorang. Aku tak ingat nama dia sapa. Tapi kalo nak charge kena bayar pastu bukan boleh siap sehari pun. Mau esok baru siap sebab kena Q. Ramai sangat yang hantar bateri kat umah dia tu. Sebab tu kena catu nak tengok TV. Lagi perit catuan tu kalo ada time cite2 best plak. Lebih kurang cite pecah panggunglah. Mak dah sound awal2 jangan tengok TV nnt bateri habes langsung tak boleh nak tengok cerita tu. Tapi masa tu zaman kecik mana reti nak menjawab ni. Lagipun aku cukup takut ngan Apak. Kalo mak gertak nak bagitau Apak je terus aku ngan adik jadi mati kutu. Diam tak berketikkkk….


Bila makin beranjak dewasa, segala kenangan tu makin jauh aku tinggalkan tapi tetap segar dalam ingatan. Sekarang ni semua tu dah jadi kenangan dan sejarah kehidupan aku. Bila kenang buat aku tersenyum sendiri. Seandainya diberi peluang ingin aku kembali ke zaman tu untuk aku merasa kembali saat-saat masa aku kecik dulu. Tapi manakan boleh masa yang lepas berpatah balik. Segala-galanya telah aku tinggalkan jauh kebelakang. Lagipun wira kecil dalam rumah aku dah lama tinggalkan aku. Fikir-fikir balik tak puas sebenarnya aku hidup bersama dengan wira aku ni. Masih segar dalam ingatan aku saat-saat akhir kehidupan wira aku ni. Masih tergiang-giang lagi segala pesanan akhir walaupun saat tu dia sudah tak terfikir kehidupan dunia lagi. Masih segar lagi bagaimana susah payahnya dia memberi keampunan pada aku walaupun pada saat tu dia sedang dalam sakaratul maut. Masih terasa lagi genggaman tangan dia disaat-saat dia sudah nampak kehidupan abadi dia. Dialah wira aku sepanjang zaman, dunia dan akhirat. Saat ni dan detik ini aku terlalu rindukan belaian, gelak tawa dan senyuman dia. Sesungguhnya aku bangga jadi anak dia. Dialah EMAK aku………

3 Juri Propesional:

Kam berkata...

Alfatihah buat mak ko.

Boleh jadi novelist la ... why not try your luck he he

Hanisham Ab Halim berkata...

Alfatihah....

Ahakkk.... Betul ke... Boleh gak... Nanti aku buat novel tajuknya Jangan Tanya Pasal Gaji.... Muahahahha

Don Balon berkata...

aL-FATIHAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.