Rabu, Mei 13, 2009

AKU: Antara Mistik dan Realiti

Dah genap seminggu aku terlantar kat rumah. Baru petang ni aku merasai nikmat berjalan dan duduk dengan betul. Dalam 2 hari ini aku takde nikmat tersebut. Nak duduk kena lapik dengan tuala yang lembut dan bila berjalan kena dapatkan dinding sebagai tempat sokongan. Petang tadi kawan opis aku datang melawat aku kat rumah. Datang diorang dengan bekal SUP Ketam. Sedap SUP Ketam diorang. Terima kasih sebab bagi aku makan sup ketam tersebut. Segala jasa baik korang akan aku kenang sampai bila-bila.

Diri aku ni susah untuk bercerita tentang sesuatu yang mistik. Bukan sekadar untuk bercerita tapi turut gagal untuk mempercayai. Bila dah seminggu aku terlantar dirumah, segala macam jenis ubat telah aku telan namun kesakitan otot-otot kaki aku separas pinggang ke bawah masih belum menunjukkan perubahan malah semakin kritikal yang mana kemuncaknya selama 2 hari terakhir ini aku hampir-hampir tak boleh melangkah dibuatnya. Serba serbi yang aku nak buat semua tak boleh. Nak duduk tak boleh, nak berdiri tak boleh apatah lagi nak berjalan. Yang aku boleh buat baring terlentang tanpa gerakkan badan aku. Dalam masa berehat panjang ni doktor yang merawat aku cukup pening kepala bila berhadapan dengan penyakit aku yang pelik ni. Keputusan darah NORMAL tanpa sebarang jangkitan Virus atau Bakteria. Ubat pula dah pelbagai jenis dia bagi untuk aku hilangkan kesakitan ini. Ikhtiar terakhir beliau ialah merujukkan aku ke hospital sambil tu dia suruh aku ikhtiar cara Tradisional. Terkejut aku bukan kepalang. Mana aku nak cari cara-cara tradisional ni???

Yang paling aku risau adakah aku boleh layan cara tradisional ni??? Boleh ke aku baik dengan cara ni? Dalam dok menung sana menung sini, aku tekad jugak untuk cuba seperti apa yang doktor peribadi aku tu cadangkan. Aku dapatkan seseorang yang aku kenal rapat. Dia cakap dia akan cuba usahakan untuk aku. Dalam hati aku, aku berdoa semoga Allah bagi aku petunjuk dan kesembuhan bagi penyakit aku ni. Alhamdulillah, dengan izin Allah, malam ni aku boleh duduk dengan tanpa lapik apa-apa dan aku mampu berjalan dengan betul tanpa perlu pegang dinding lagi.

Sampai saat ni aku tengah tertanya-tanya lagi camne kesakitan yang aku rasa seminggu yang lepas seakan-akan makin berkurang?? Terlalu banyak sebab yang bermain kat pemikiran aku ni. Dan yang paling tepat sekali jawapannya ialah kerana DENGAN IZIN ALLAH. Alhamdulillah Ya Allah atas segala apa yang kau kurniakan untuk aku hari ini. Sesungguhnya kau telah bukakan kepada aku jalan-jalan untuk penyelesaiaan segala masalah aku ini. Pengajaran yang aku dapat hari ini, dalam meniti kehidupan yang penuh liku didunia yang Fana ini kita manusia bukan beseorangan. Kita berkongsi alam ini dengan bermacam-macam lagi jenis makhluk yang tak pernah kita nampak atau jarang untuk kita fikirkan. Dalam mengejar impian hidup dan kenikmatan hidup yang sementara ini ada dikalangan kita yang lebih gemar berkiblatkan kepada Syaitan dan Jin dalam memenuhi dan memuaskan nafsu serakah serta perasaan hasad dengki yang maha dahsyat tersebut. Adakalanya manusia ini hilang pertimbangan dalam mengejar sesuatu impian yang mana kadang-kala sanggup menjadi hamba kepada makhluk-makhluk halus ini demi mengejar cita-cita yang entah apa-apa. Yang paling parah lagi bilamana manusia-manusia ini tak boleh menerima kenyataan yang Jodoh dan Ajal itu ketentuan Allah. Mungkin manusia macam ni beranggapan segala apa yang telah ditentukan itu boleh berubah dengan syarat bersahabat atau meminta bantuan dengan Jin dan Syaitan. Insaflah wahai Umat. Hari ini kamu mampu tersenyum bilaman kamu melihat orang lain derita tapi adakah selama-lamanya kamu akan jadi Penongkat Langit?? Adakah telah ditetapkan yang kamu akan terus hidup tanpa langsung bertemu AJAL???? Seandainya kamu masih rasa kamu Islam, bertaubatlah sebelum terlambat kerana seandainya kamu dijemput pergi sebentar lagi kamu masih ada banyak lagi HUTANG yang perlu diLANGSAIKAN!!!!!!

2 Juri Propesional:

kam berkata...

OOo macam tu la plak jadinya...hmm memang kita kena percaya akan kewujudan benda benda macam nie...apa pun...doakan semoga ko cepat baik n leh cepat masuk kerja...Insyaallah dengan IzinNya

Webmaster berkata...

Kam,
Alhamdulillah, aku dah beransur sehat. Isnin minggu depan aku dah start keje balik. Tak sabar nak kembali ke opis selepas berehat selama 11 hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.