Jumaat, Mei 15, 2009

Aku: Kembali

Salam semua. Alhamdulillah, aku dah semakin sihat. Isnin depan aku akan mula masuk ke ofis semula selepas berehat selama 11 hari dirumah. Kesihatan aku makin pulih dan diharap segala yang membelenggu kehidupan aku selama 7 hari sebelum ni akan pergi jauh-jauh tinggalkan aku. Nyah kau dari hidup aku. Sesungguhnya aku sangat-sangat tak perlukan benda haram tu semua. Kepada semua kawan-kawan yang mendoakan aku segera sembuh, aku ucapkan jutaan terima kasih. Segala jasa baik korang tu akan aku kenang sampai bila-bila. Selepas 11 hari berehat ini aku akan kembali dengan lebih ceria serta dengan semangat baru. Banyak pengajaran yang aku dapat selama aku dok berehat ni. Nanti aku ceritakan di entri akan datang. Salam Jumaat untuk semua.

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.