Rabu, Mei 27, 2009

Bertohiyyat menemui SYAHID!!! Subhanallah

Di copy dari Blog Wak Albanjari.

Agak menarik cerita ini untuk aku postkan. Sebelum ni pun pernah membaca beberapa kisah Si Amin ni. Kisah yang agak menyentuh perasaan. Kisah tu menceritakan tentang lawatan anak-anak dan isteri beliau pada hari terakhir sebelum dia digantung. Pada hari itu anak beliau terlalu susah nak berenggang dengan beliau mungkin sebab terlalu rindu setelah lama berpisah disebabkan hukuman penjara. Paling aku tersentuh bila anak beliau menyebut "Esok kita jumpa lagi yer Ayah" sedangkan pada hari esok si Ayah dah takde lagi. Anak beliau berkata demikian masa dah nak balik dari melihat ayahnya kali terakhir. Baliknya mereka itu adalah sebagai membuat persiapan 'menyambut' kepulangan Amin ke rumah. Anak-anak tak pernah mengerti apa-apa tentang kesedihan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Beliau menceritakan tentang seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yang tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supa dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat d jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. .........mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung......

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.


7 Juri Propesional:

Don Balon berkata...

Subhanallah...
Kalau benarlah seperti apa yanc diceritakan, koi bersedih dengan pemergiannya..

Dida... berkata...

MasyaAllah..

Tanpa disedari.. menitis airmata saya bila baca kisah Amin ini..

Moral of the story.. jika Allah SWT ingin memuliakan seseorang itu.. DIA akan memperlihatkannya sehingga ke nyawa yang terakhir.. dan jika ALLAH ingin menghina seseorang hambanya.. DIA juga akan memperlihatkan cara kematian seseorang itu dgn cara yg jeliknya..

Oleh itu.. marilah kita sentiasa melakukan solat taubat & muhasabah diri moga pengakhiran hidup kita berada dalam keadaan Khusnul Khotimah.. InsyaAllah..

Wallahualam..

miss GAZA berkata...

touchingnya story neyhh.
sebak rasanya..
mskipun hina d mata manusia,
tp mulia disisi ALLAH itu lbeh baek dr sgalanya!
moga arwah dirahmatiNya dunia akhirat.
Ameen~

Koi 9w2mzr berkata...

Maha Suci Allah..

Webmaster berkata...

Don,
Koi pun sama. Terasa sedih dgn kehilangan dia.

Dida,
Terima kasih atas peringatan tu.

Miss,
Kadang-kadang kita nmpak orang tu takde guna pun kat dunia tapi sebaliknya disisi Allah dia hebat.

Koi,
Al Fatihah untuk Arwah Amin.

Koi 9w2mzr berkata...

salam..koi nak amik citer ni dan tampal kat blog koi yak..tima kasihh rodong

Webmaster berkata...

Koi.
W'salam. Sila rodong. Koi takde hey nyer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.