Rabu, Mei 06, 2009

H A R I Y A N G H A N G A T

Hari ini hari yang hangat. Bukan sekadar hangat cuaca tapi hangat hati ngan naikkan suhu kepanasan badan ketahap mencecah hangen 1 badan. Arini memang serba serbi tak kena. Macam-macam jadi bila aku pegi keje. Hari semalam aku sehari takde kat opis sebab ada meeting kat Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur. Pasal joint venture ngan ILP lah ni. Memang semalam hidup aku aman sebab meeting ngan penuh kusyuk serta tawadduk tanpa sebarang gangguan dari makhluk halus berspesis manusia yang dipanggil customer. Arini plak bila balik opis macam-macam berita yang tak enak untuk aku dengar keluar satu persatu. Dari berita downtime sampailah ke berita Jin Ifrit tak chek barang. Sangat mencabar tugas aku sebagai penguatkuasa kualiti. Tercalar maruah beb kalau barang masuk tapi bila nak jalan baru tau barang tu reject. Pulak tu barang tu dahlah 2 3 ari lepas masuk. Dah lama dok tercongok kat dalam production tu tanpa dipedulikan oleh para insan marhaen. Yang tak bestnya bila nak running production je masa tulah keluar berita part ni reject. Eeeee... tak minat aku nak mendengar ni semua tau tak. Tak mencabar minda langsung. Kalo setakat poblem camni bagi aku setllekan guna kepala lutut jelah aku rasa. Sebab kalo nak guna kepala otak macam tak berapa padan ngan problem je. Rugi space otak aku nak pikir benda2 ni semua. Kesnya ada seorang umat ni dia tak chek barang yang masuk. Kesian pon ada kat dia sebab terlalu penyegan sangatlah nak chek barang tu. Aku rase dia malulah ngan part tu kalo dia chek. Sebab part tu terlalu cantik sangat kot bagi dia. Takpe, wat sekarang ni aku simpan dulu suara-suara lunak aku dari mentarbiah dia. Lu tunggulah lagi satu kali kalu. Itu jam kalu lu kena ini suara lu akan pitam. Takpun lu kena sawan tangis nanti bila kenangkan semua ayat2 aku tu. Emmm.. akan aku nantikan saat-saat keemasan tu. Yang paling tak bestnya bila ngadap semua poblem ni aku jadi tak sehat. Balik je umah petang semalam tak semena-mena aku demam. Badan jadi lemah, sakit-sakit sendi dan seram sejuk. Tak pasal-pasal aku kena ambik PONSTAN sebiji. Pastu berehatlah aku dengan nyenyak. Letih agaknya badan aku mengadap semua poblem ni. LETIHHHHHH lerrrrr aku camniiiiiii..........

0 Juri Propesional:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.