Isnin, Mei 11, 2009

Komentar AKU.....

Dah 5 hari aku lepak kat umah. Sambung lagi cuti sampai Rabu. Pulihkan semangat ngan kesihatan balik semula sebab teruk sangat rasanya kena penyakit Chikungunya ni. Wat masa ni dok umah sambil layan internet dan rehat puas-puas. Kepada kawan-kawan yang call tapi aku tak angkat tu jangan kecik hati sebab buat masa ni aku belum bersedia untuk bercakap dengan sesiapa baik berbicara tentang peribadi, kerja dan sebagainya kerana kesan penyakit ini membuatkan daya ingatan, pergerakan serta tumpuan aku terhadap sesuatu telah terjejas sedikit. Aku harap korang semua dapat memahami apa yang sedang aku lalui sekarang.

Dalam dok meronda ni aku tertarik dengan satu artikel yang di lontarkan oleh Don Balun tentang RAGUT. Minggu lepas je kita digemparkan dengan 2 kejadian ragut yang kedua-dua kes berkenaan berakhir dengan kematian dipihak mangsa. Satu kes di Johor dan satu kes lagi di Kelantan. Yang menambahkan kemarahan serta kegeraman aku ialah kedua-dua wanita yang mati tersebut sedang mengandung. Sedih, hiba , pilu dan bermacam-macam lagi perasaan yang tak mampu nak digambarkan tentang kejadian-kejadian tersebut. Aku ada menonton dalam berita tentang temuramah wartawan dengan suami dan anak-anak mangsa. Tersentuh jugaklah bila dengar anak-anak yang dah tiada ibu ini berkata-kata.

Aku pernah melalui sendiri pengalaman melihat kes ragut ini tapi mungkin nasib tak menyebelahi peragut berkenaan bilamana selepas meragut dia tak sempat melarikan diri. Apa nasibnya??? Peragut ini telah dipukul oleh orang ramai tanpa belas kasihan sebelum diserahkan kepada pihak Polis. Dalam hati simpati bila melihat dia dipukul tapi aku terpaksa buang jauh-jauh perasaan tu. Peragut ini berbangsa India dan telah meragut seorang perempuan Melayu disebuah perhentian bas. Selepas diikat adalah seseorang ni bertanya kepada India tersebut kenapa dia meragut. Pilu aku dengar jawapan dia. Dia cakap dia kena buang kerja dan anak-anak dia perlukan susu untuk dihisap sedangkan dalam masa yang sama dia tiada duit. Akibat desakan hidup dan tekanan kerana lihat anak-anak kelaparan dia terpaksa jadi peragut. Aku tak tau samaada alasan itu benar atau tidak tetapi sebagai manusia yang berakal aku cuba memandang positif alasan tersebut.

Dalam dok memikirkan tentang alasan lelaki India itu, fikiran aku menerawang teringat kepada sebuah Filem Jackie Chan yang bertajuk New Police Story. Di akhir filem tersebut diceritakan bagaimana watak Frank itu betul-betul mengkagumi Chan. Kisahnya dia telah sampai ke bandar dengan ayahnya. Si anak berkali-kali menyebut kepada ayah yang dia lapar. Naluri seorang bapa takkan sampai hati melihat anak kelaparan. Apa yang yang si ayah buat ialah beliau telah masuk ke dalam sebuah kedai serbaneka dan mengambil barang-barang makanan sambil berlari keluar dari kedai. Dalam keadaan kelam kabut tersebut si ayah telah dilanggar kereta lalu mati ditempat kejadian. Masa itulah Inspektor Chan ini muncul mendapatkan kanak-kanak tersebut.

Aku agak tersentuh bila memikirkan tentang kedua-dua peristiwa diatas. Satu secara realiti dan satu lagi hanya didalam filem. Dalam benak aku ni selalu terfikir apa aku akan lakukan jika perkara yang sama berlaku pada diri aku. Apa kepentingan yang perlu aku utamakan. Anak-anak atau diri aku. Kita jangan ingat atau bersikap TAK APA dalam hal-hal yang berkaitan macam ni. INGAT!!! Hidup kita umpama roda. Mungkin hari ini kita diatas, tak mustahil esok kita dibawah. Adakah cukup segala persiapan kita untuk kita berada dibawah nanti??? Berbalik kepada cerita meragut. Dalam perkembangan yang makin hari makin sesak kan dada ni, aku malu dan tertanya-tanya kenapa yang semakin tenggelam dalam arus kemajuan sekarang ni Bangsa yang sebangsa dengan aku. Agama yang seagama dengan aku. Kadang-kadang tu aku lemas bila fikirkan hari-hari ada saja kes bunuh, rogol, ragut, rempit dan rompak. Apakah hukuman yang paling berat boleh kita bagi untuk hapuskan semua ni. Adakah hukuman Gantung Sampai Mati belum cukup MENAKUTKAN??? Adakah hukuman sebat belum cukup MENYAKITKAN???? Adakah hukuman penjara belum cukup MENGINSAFKAN???? Rasanye hukuman macam ni dah amat diperlukan kot.....


2 Juri Propesional:

Don Balon berkata...

Echanc..
Koi setuju hukuman tersebut..
Potong tangan tapi mesti di khalayak ramai supaya semua insaf..
kalau buat sorok2 sapa pun tak tau..
takde hikmahnye..

pasey mencuri kerana terpaksa tu..
memang susoh..
tapi tu la..
sepatutnya kita balik ke kampung..
takde lauk boleh kugek gi mengail..
carik daun pucuk ubi..kangklung ape seme..
dok bbandor buat mender??

koi off dua hari isnin selasa ari ni baru masuk..

Webmaster berkata...

Don,
Kat Malaysia ni memang dah patut semua hukuman tu wat kat khlayok ramei. Bior masing-masing insaf sikit. Ini nak jaga sensitiviti konon tapi dalam masa yang sama buat negara jadi makin tak selamat. Polis plak dok sibuk buat benda lain. Sibuk kawal UMNO dari dok jaga ketenteraman negara. Kalo UMNO nak jual negara pun diorang tabik tapi kalo pembangkang wat report bakul sampahkan jelah. Bukan ada makna pun report diorang ni. Memang GUMMED PUNK!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.