Jumaat, Mei 15, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009

Dulu masa sekolah bila 16 Mei hari kurang belajar sebab tarikh tu HARI GURU. Pada hari tersebut cikgu banyak keje lain nak buat sebab tu tak masuk kelas. Seronok sangat bila sampai tarikh tu. Seronok sebab boleh dengar cikgu-cikgu nyanyi lagu hari guru. Setahun sekali je kalo nak dengo cikgu-cikgu nanyi lagu ni. Biasenyer diorang nyanyi masa kat perhimpunan pagi. Bila aku naik sekolah menengah tradisi yang sama jugak berlaku. Cuma masa ni aku dah dewasa sikit. Dah pandai ucapkan Selamat Hari Guru kat cikgu-cikgu aku. Sampai hari ini aku tetap ingat pada semua cikgu-cikgu aku walaupun sesetengah dari diorang aku dah tak tau dimana diorang sekarang. Yang paling aku sedih 2 daripada cikgu aku dah pun kembali ke Rahmatullah dalam usia yang muda. Al Fatihah dari aku untuk diorang. Segala jasa diorang akan aku kenang sampai akhir hayat aku. Tanpa cikgu-cikgu semua saya pasti saya tak mungkin akan sampai ketahap sekarang. I'allah, segala apa yang saya pelajari dulu akan tetap saya gunakan sebagai sesuatu yang berguna disepanjang hayat saya. Sempena Hari Guru yang jatuh pada hari esok 16 Mei 09, pihak ECHAM.com dedikasikan SELAMAT HARI GURU pada semua insan yang bergelar GURU amnya dan semua guru-guru yang pernah mengajar kami khasnya walau dimana jua anda berada. Doa kami semoga kalian semua berada dalam lindungan Allah, dimurahkan rezeki dan ditempatkan bersama para orang-orang beriman di Akhirat kelak. Semoga kalian semua akan lebih berjiwa kental dan memiliki komitmen yang jitu dalam memikul amanah mendidik demi Agama, Bangsa dan Negara. SELAMAT HARI GURU 2009.

Cikgu Aku...... Kelas 5 Sains Sosial 1995/1996

Puan Juriah (Matematik & Sains Tambahan)
Puan Faridah (B.M)
En Abu Zahid (Pend Islam)
Allahyarham Mohd Zaki (Sejarah)
Allahyarham Khalid (KH)
En. Abdul Aziz Bin Ghazali (PD)
En. Mohd Nawi (Geo)
En Abu Hasan (English)


2 Juri Propesional:

Don Balon berkata...

Echanc..
pohpalih..
semangat koi layan lagu cikgu tu..
KPLI koi lulus M-Test tapi maleh gi interview.. :)
Takpe..
koi ade wakil..
org umoh koi tengoh KPLI le ni.. :)

Apapun,
jasa para guru akan tetap koi kenanc..

Cuma tema tahun ni koi tok setuju..
"Guru Pembina Negara Bangsa", patutnya " 105 : Guru Pembina Negara Islam"..

Webmaster berkata...

Don,
Hahahha... Nape aok tak mboh pegi interview... Rugi aok wehh.. kalo tak koi dah manggil aok cikgu Madey doh... Hehhehe..

Bab tema tu koi tok rase deme agree dengan tema aok tu. Tema aok tu bagus dan koi setuju benor tapi nok ke deme sebut negare Islam tu kat pemerintahan sekulor demeh ni. Bila cakap negara sekular demeh maroh tapi bila mintok wat hukum hudud sejuto alasan demeh bagi. Tak sesuai kata demeh. Hukum Allah demeh kata tak sesuai... Masya Allah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.