Ahad, Mei 17, 2009

Wujudkah AKU dihati DIORANG

Dalam dok melepak kat rumah selama seminggu lebih ada 1 pengajaran aku dapat. Mengenal mana 1 intan mana 1 kaca. Sebelum ni aku pernah ditanya oleh seorang kawan aku camne kita nak tau yang kita ni ada kat dalam hati orang-orang disekeliling kita. Aku jawab senang je. Tunggu ko sakit. Pastu ko taulah. Rupa-rupanya Allah nak tunjuk kat aku apa yang aku ideakan tu kena plak kat aku. Selama aku diam serta lepak kat rumah ni macam-macam jenis manusia aku dapat. Terlalu ramai yang aku rase hipokrit. Hanya berkawan time aku sihat, segar, bugar tapi bila aku dah melutut takde sapa akan ambil peduli kat aku. Tak kurang jugak yang jenis buat bodoh terus. Dan ada jugak yang paling best bila selalu ambik peduli kat aku walaupun sms atau call diorang aku tak angkat atau balas. Pengajaran yang aku dapat, kawan untuk ketawa terlalu senang untuk aku dapat TAPI untuk dapatkan orang yang boleh menangis bersama dengan aku amat payah sekali. Teringat aku dengan 1 kenyataan yang kerap dinyatakan didalam email atau blog. Seandainya korang mati hari ini, kompeni korang tu akan mudah dapatkan pengganti korang dalam masa 2 3 hari je. Tapi bagaimana ngan family korang. Selama aku sakit ni, hanya family aku yang betul-betul ambil berat keatas aku. Nak harapkan kompeni aku, tanya kabar aku pun takde.

Bila dah jadi camni, aku jadi terfikir apakah segala pengorbanan serta kerja keras aku selama ni untuk kompeni tu kemana perginya. Adakah ke tong sampah atau bakal ke liang lahad sedalam 7 kaki tu bersama-sama dengan jasad aku??? Adakah aku kerja selama ni untuk kompeni atau untuk hancurkan diri aku sendiri???? Itulah persoalan-persoalan yang tak mampu aku jawab sampai saat aku tulis ni.

Apa yang aku nampak, selepas ini aku bukan lagi hadir sebagai seorang yang akan mati untuk kompeni tapi sebagai seorang yang hanya hadir untuk bekerja makan gaji. Sebanyak mana gaji aku dibayar, sebanyak itulah kerja aku kerana bagi diri aku, aku dah give up dengan sikap serta telatah bos-bos serta majikan yang BERBANGSA MELAYUUUUUU....... TDM pernah berkata MELAYU MUDAH LUPA. Memang betul pun. Antara yang diorang lupa, LUPA bayar gaji walaupun kalendar dah menunjukkan 15hb, lupa bayar claim walaupun kalendar dah bertukar tahun dan diorang lupa nak berubah sikap kearah yang lebih baik walaupun umur masing-masing dah masuk tahap BONUS....... Pepatah cina ada cakap, IKAN YANG BUSUK BERMULA DIKEPALA..... LU pikirlah SENDIRI......

2 Juri Propesional:

Rashid Sariani berkata...

Salam bro,

Bukan nak kata sekarang ko rasa apa yang aku rasa dulu... berhati hati ngan sentimen melayu yang kan digunakan.

INGAT PESAN NI.. Kita Tolong Melayu Yang Nak di Tolong...

Tapi kalau dah Tolong.. dia tak Tolong Kita...Kita Kena Jerit TOlong TOlong Untuk diri Kita..

Ikhlaskan pertolongan kita pada dia.. Tapi Ingat Setiap titik peluh kita adalah hutang pada dia..

Tak Kat sini kat akhirat rasa lah dia..

Webmaster berkata...

W'salam orang Tenggol,

Bro, aku rasa apa yang aku rasa skang ni mungkin tak seteruk yang ko rase tapi cukup wat aku rasa perit gile bila bersama ngan diorang. Aku tengok makin haru dah kat sini skang ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.