Isnin, Jun 29, 2009

Air Mata Lelaki

Di copy dari blog Nong.

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA.

Jumaat, Jun 26, 2009

If only I'm Rich


I will buy Moonlight



My bedroom will have a window which can look for the world



MY PET WITH THE DIAMOND TEETH



My pretty servant always ready



MY GLASS MADE ONLY BY ORIGINAL DIAMOND



IF I HAVE TIME, I WILL PLAY GOLF ON THE BOAT



MY SECURITY FOR 24 HOURS




ONLY SPRING WATER FROM THE HIMALAYAS TO FLUSH MY TOILET



TOILET PAPER



MY SWIMMING POOL CAN ONLY FILL IN WITH EXPENSIVE PERFUME



ONLY A PROFESSIONAL CAN WASH MY CAR WHICH WAS GOLD PLATED



MY LAPTOP WITH DIAMOND EDGING AND HAS Intel Pentium IX WITH RAM 30 Gigabite



MY TRAVELING CAR



MY HOLIDAY HOUSE



Wah..wah..wah.. Sampai tersengih-sengih, ternganga-nganga ehhh berangan.....
CUKUP!! CUKUP!!!! Jangan LAYAN SANGAT MIMPI-MIMPI indah tu... Dah-dah... Pegi wat keje plak.. Berangan je kejenya ehhhh... Biase ni.. Haaaaiippppp.....

Facebook

Mula-mula aku baca aku tersentak jugak. Immediate action aku terus tutup akaun facebook aku. Mulai hari ini aku ada blog ni ajer. Lain-lain takdak.......... Selamat membaca, memahami dan mengikut apa yang disarankan. Kalo tak mau ikut, lu pikirlah sendiri.......

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.

so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini..!!!

Mungkin ada yg kata .. " Alahhh.. klau kita xder face book pun dia kaya jugak.. " sama mcm boikot produk nestle.. "Klau setakat 2 - 3 org mcm kita x minum milo atau nescafe orang lain orang lain ramai lagi yg minum.." .

Ataupun ayatnya begini.. ” Kalau kita nak boikot mestilah dilakukan dengan “large scale”. Kalau setakat kita saja yang boikot sedangkan orang Islam lain di seluruh dunia masih membeli barangan mereka tak ada gunanya. Tak beri kesan pun.”

Sesungguhnya setiap kita perlu memberi sumbangan berdasarkan kemampuan yang ada. Tindakan memboikot oleh kita merupakan sumbangan untuk agama kita. Walaupun hanya tinggal kita seorang sahaja di Malaysia memboikot sedangkan orang lain tidak, itulah sumbangan kita untuk Islam dan rakyat Palestin. Sesungguhnya Allah tidak menilai besar atau kecilnya sumbangan kita, atau apakah sumbangan kita itu mampu memberikan kesan kepada Israel atau tidak sebaliknya kesungguhan kita melakukan sesuatu untuk agama itulah yang akan dinilai Allah. Kesungguhan kita bersandarkan kemampuan kita yang terhad menggambarkan ketaqwaan kita kepada Allah.

KISAH BURUNG KECIL

Kisah bagaimana Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Namrud di dalam api yang panas. Nabi Ibrahim a.s hanya mampu berdoa “Hasbunallah hi wani’malwakil” [cukuplah Allah sebagai penolong]. Tiba-tiba datang seekor burung kecil yang membawa setitis air melalui paruhnya. Burung kecil tersebut lantas menyiramkan titis air tersebut pada api yang besar dan marak untuk membantu memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Tindakan ini dilakukan berulang-ulang kali oleh burung tersebut. Dari segi logik, mustahil titis air yang dibawa oleh burung tersebut mampu memadamkan api yang besar. Bila ditanya kepada burung tersebut, burung tersebut menjawab “Biar pun kecil namun inilah sumbangan aku untuk membantu seorang pesuruh Allah”.

So sebagai manusia ni apa yg kita nak jawab bila di tanya di akhirat nanti ? Apa yg telah kamu lakukan untuk membantu saudara2 kamu yang dizalimi ? Remeh2kanlah perkara ni klau korang nak ada saham bersama menzalimi saudara se islam kita.. wallahualam.

Suzuki 80cc Lampu Petak

Masa sekolah tengahari tadi Amin cakap moto suzuki lampu petak lagi laju dari suzuki lampu bulat. Pastu Amin cite moto suzuki bapak dia pernah menang lumba. Lumba ngan moto suzuki lmpu bulat ngan scrambler budak tempat dia. Yang bawak moto tu Amin cakap bukan dia tapi bapak dia. Lagilah aku percaye. Takkan Amin nak tipu bab bapak dia ni. Moto pegi ladang bapak aku lampu petak. Mesti laju ni fikir aku masa dengar Amin tengah gebang. Masa dalam bas plak budak gelanggi 4 cakap pasal moto gak. Diorang cakap moto honda lampu bulat boleh cecah 1 2 kalo korek blok. Turun je dari Bas Munu, aku terus berlari balik umah. Sampai awal boleh ronda-ronda gelanggi naik moto. Usha kawasan pastu sesekali boleh test moto suzuki lampu petak. Sampai je umah, fuhhhh.. lega... bapak aku tak kemana petang tu. Terus lari naik salin uniform umah. seluar pendek paras lutut baju singlet. Mane masyuk kalo ronda pakai baju sekolah. Dah macam kes lari dari sekolahlah plak.

Kebetulan masa tu piji dah ready ngan suzuki lampu petak dia kat depan umah. Udin adalah pembonceng setia piji. Aku macam biase ler. Kenalah bawak adik aku untuk kaber line. Kang kantoi plak segala aktiviti aku kalo tak bawak dia. Start je enjin asap biru ala-ala mesin sembur nyamuk pun kuar. Tadi kat sekolah Amin pesan kalo nak laju kena panaskan enjin jap. Trek kitorang nak pegi ronda ni kena ikut trek biase. Ikut umah pegawai turun jalan besor terus ke jalan kuil hindu, lalu depan kedai siba pastu belok ikut jalan balairaya, masuk balik jalan besor terus ke jalan umah pegawai dan balik umah. Trek ni takde awek. Trek jalan besor plak trek tempat budak-budak test moto. Memang syoklah bawak laju.

Piji kat depan ngan udin asek tengok belakang sambil tersengih tunjuk gusi hitam dia. Masuk je trek umah pegawai, piji dah mula main gile. Asap biru dah berkepul-kepul smp kadang2 asap tu dah macam puting beliung dia punye pusing. Throtle suzuki lampu petak piji dah makin nak habis. Aku dah makin jauh kebelakang. Dah tertinggal dalam 3 4 tiang. Dari jauh tu dah bau hangit asap moto piji. Piji makin menggila dengan suzuki lampu petaknyer. Selekoh umah Hj Lias diratahnyer dengan lahap. Selekoh umah En Usop pun sama. Udin masih steady mengikut rentak piji. Semakin lama aku nampak piji makin tak kasi change ngan suzuki lampu petak bapak aku. Makin jauh tertinggal. Menuruni bukit rumah Cikgu Rahman, bayang moto piji dan udin dah takde.

Yang ada masa tu hanya batang ekzos suzuki lampu petak kat atas jalan..... Start esoknyer, seminggu aku tengok piji ngan udin kayuh basikal BMX kalo nak pegi mane-mane.

Khamis, Jun 25, 2009

Pengalaman Aku Di Alam Bunian

Bila time mak ngan apak aku pegi ladang akulah manusia paling best sekali. Sebabnyer:
1) aku boleh turun main awal
2) Tak payah hafal sifir
3) Boleh ajak pian, wok ngan wadik lepak kat umah.

Satu haritu diorang semua takde sebab outstation ke blok lain. Tinggallah aku sorang kat umah. Ibarat macam kena jaga kubu sorang-soranglah. Tengah boring-boring tu aku jalan-jalanlah kat belakang umah sambil tenangkan hati aku yang tengah serabut tu. Waktu tu lebih kurang pukul 4 petang. Dari jauh aku nmpak macam sesuatu yang bulat dan panjang seakan bantal peluk dan berbunjut atas bawah. Ala-ala sup bunjut. Warna agak lusuh tapi kelihatan sedikit berkilat bila kena cahaya matahari. Perasaan ingin tahu membuak2. Makin aku dekat makin jauh benda tersebut. Dulu kat belakang umah aku ada kolam yang di korek sendiri gunakan cangkul oleh apak aku. Tak payah guna backhoe2 ni. Karut je.

Benda tu makin lama makin jauh ngan aku. Aku makin berani terus ikut benda tu. Sampai ke dalam semak seberang kolam tu, benda yang tadi lusuh terus bertukar jadi warna merah menyala. Dan masa tu aku nmpak disebalik benda tersebut seakan-akan muncul wajah seorang tua yang dalam lingkungan umur 80 an dan berwajah yang amat tua sangat. Pada perasaan aku, pakcik tersebut seakan melambai-lambai kearah aku supaya terus mengikutnya yang makin jauh ke arah hutan. Apa yang aku ingat masa tu aku terus ikut lambaian tersebut dan takde sikit pun perasaan takut dalam hati aku. Apa yang aku perasan kat depan tu bukan semak samun tapi satu jalan yang langsung takde sikit pun semak. Memang clear habis. Seketika kemudian, aku betul-betul berdiri kat depan pakcik tu. Aku tak berapa pasti apa yang pakcik tu tanyer kat aku tapi apa yang aku ingat aku hanya mengangguk segala pertanyaan dia. Tempat yang aku kunjungi tu teramat cantik. Ada kolam renang, rumah besar-besar dan kat situ ramai gile budak-budak sebaya aku. Dan pakcik tu plak tadi nampak hodoh skang ni dh bertukar slow-slow menjadi agak muda.

Mula-mula tu aku agak kekok nak bercakap ngan org kat situ tapi lama-lama aku ok. Aku nmpak budak-budak kat situ takde banyak beza permainan diorang ngan aku. Ada main getah, main guli, main galah panjang dan main kejar-kejar. Main teng-teng ngan polis sentri je aku tak nampak. Kalo ader pon mgkin version lain kot. Mula-mula tu aku tengok je diorang main tapi lama-lama aku pun ikut jugak diorang main. Permainan yg aku join mestilah yang menguji stamina aku. Main kejar-kejar. Memang best main ngan budak-budak sana. Dah lah ramai pastu macam-macam permainan ada. Dalam main kejar-kejar duduk ni aku jadi yang tukang kejar. Kejap je beb aku jadi tukang kejar. Pastu adalah yang jadi plak. Masa seorang mamat ni jadi tukang kejar, dia macam anti je ngan aku sbb aku lari laju. Asyik-asyik dia ligan aku. Sampai naik letih aku kena kejar. Last-last sekali punyalah kuat dia kejar aku smpai tak cukup tanah aku lari. Akibat kuat sangat lari dari mamat ni last-last aku sedar aku dah tertiarap atas tanah. Pale aku berdarah dan aku menjerit sebab sakit sangat. Darah meleleh kat muka aku. Aku menjerit panggil mak aku. Tiba-tiba.......

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku rase pedih je kat peha. Dah-dah bangun. Tulah matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun. Kan dah meracau tak tentu arah. Bebel mak aku sambil jari dia masih melekat kat peha aku. Adehhh.. Adehhh.... Sekian.....

Selasa, Jun 23, 2009

Curut Jr

Sapa yang tak pernah dok asrama dia takkan tau benda ni. Dah jadi budaya bila dok asrama setiap orang akan ada nama gelaran. Suka ke tak memang nasib lu lah. Aku bekas pelatih ILP Pasir Gudang sesi 1/98. Masa time aku ni ekonomoney tengah dok gawat kat Malaysia akibat kepintaran (bukan nama sebenar) George Soros memanipulasi matawang ringgit. Nama sebenar kepada kepintaran tu ialah penyangak. Tapi sebab aku rase dia pintar so aku letaklah pintar. Masa zaman aku masuk ni kitorang takde duit elaun. Yang ada duit dari mak bapak je.

Mula-mula masuk aku dah kena ngan nama samaran ni. Nama samaran aku Curut Jr. Macam haram kan nama tu. Padahal aku ni baru hisap rokok pun dah macam kena ganja selori peningnya. Berikut adalah gejala aku bila pestime cuba nak berlagak macho ngan hisap rokok Benson & Hedges bapak aku.
1) Aku tido 5 jam selepas habis 8 batang.
2) Pale pening sbb non stop nak jadi macho.
3) Morning sickness selama 2 hari berturut2
4) kENYANG MAKAN PENYANGKUT BAJU MAK AKU. Kantoi sbb bapak aku perasan rokok dia dah habis 8 batang kena sapu ngan aku. Yang ada tinggal sebatang je sbb masa tu aku terfikir rase simpati sbb kang kalo lepas makan kalo tak pekena sebatang mau pengsan bapak aku.

Dengan gejala-gejala kat atas tu aku cukup tak puas hati bila diorang bagi aku nama Curut Jr. Aku rase kalo aku bantai curut mau aku sengih 5 6 hari tanpa sebab. Tapi aku rase lagi macho kot kalo aku pekena curut. Barulah ada pengganti Arwah Pak Din Curut kat kampung aku. Skang ni takde pelapis ni tukang hisap curut. Dan yang paling best ala-ala Pablo Escobar.

Bukan aku je yang kena nama samaran ni. Boleh kata semua geng-geng aku kena. Cara senior2 anugerahkan nama samaran ni senang je. Pejabat Peguam Negara pun tak boleh buat apa-apa. Caranyer panggil semua junior2 pastu sembang pung pang pung pang smp pagi sambil pekena maggi dalam baldi ngan dunhill sekotak. Pastu esoknya terus dapat nama samaran. Semudah 123. Suka ke tak suka kenalah terima nama tu. Kalau rase nak dipanggil dengan nama penuh korang boleh pegi lepak kat Jabatan Pendaftaran Negara.

Antara nama-nama samaran kawan-kawan aku. Abe, Awang Paka, Awe, Joe Labu, Zam Mache, Ijok, Bulu (sbb mamat ni banyak bulu kat badan. Kadang2 konpius dia ni orang ke beruang), Faiz Bera, Wak Kang dan paling marveles nama aku. CURUT Jr... Ntah apa-apa.....

Jumaat, Jun 19, 2009

BIZI!!!!

Masa kecik-kecik dulu aku ketegori manusia bizi. Balik je sekolah kul 1 terus tukar baju pakai uniform kat umah plak. Seluar pendek takde baju. Pastu lari ke dapur makan tengahari. Kul 2 kena pegi sekolah agama plak. Nama ustazah aku Ustazah Ani. Sore dia pun dah wat aku takut ngan dia. Sebab lagi 1 aku takut ngan dia ialah sebab dia kamceng ngan mak aku. Tiap-tiap pagi bila dia nak pegi sekolah je mesti sempat jerit tegur kat mak aku yang tengah siram bunga. Start sekolah agama kul 3. Kul 2 aku dah pegi sebab kalo nak pandai kena gi awal. Pdahal aku nak pegi kedai Siba. Men tikam 2 3 lap. Pastu baru masuk kelas. Balik sekolah ugama kul 5 sebab kena sembahyang Asar dulu kat masjid. Kalo hari ada cite Gaban ngan Suria Baja Hitam, kul 4.30 aku dah ada kat umah sebab time hari ada 2 cite ni aku akan jadi Rabuan Pit. Lari dengan catatan masa bawah 10.3 saat dari sembahyang Asar berjemaah. Pernah sekali kantoi ngan Arwah Ustaz Hj Misron merangkap tok imam dan guru besar sekolah ugama. Masa tu aku ada lagi 2 lap nak sampai umah aku. Boleh plak dia keluar dari kawasan kolam Wak Basir. Pergghhhh... aku sempat tengok dia senyum je kat aku. Esoknya aku kena ketuk ketampi 20 kali kat depan Asmahani, suria, Atun ngan wok. Drop my waterface masa tu. Mesti diorang tak respek aku lagi. Dan paling haru kalau diorang bagi statement palsu kat mak aku. Memang naya aku kalau semua tu berlaku.

Sampai je umah kul 5, startlah aktiviti riadah aku. Kena gak kuar peluh bila petang-petang. Barulah cerdas minda bila pegi sekolah esok. Permaianan petang-petang ni ikut musim. Kadang-kadang main layang-layang, guli, main getah gelang, main nyorok-nyorok dan paling best bila dapat main polis sentri. Paling terer main polis sentri Pian. Lari laju pastu lepas 2 3 lap nafas macam kerbau kena sembelih. Macam-macam bunyi keluar dari hidung. Semput!!!!! Aktiviti riadah ni kena tamat sebelum kul 7. Biasenya kul 6.30 aku dah mandi sebab pas Maghrib nak kena ngaji plak kat umah Makcik Yah. Guru ngaji yang paling best. Ngaji habes kul 9. Balik umah kena buat keje sekolah plak. Punyelah aku bizi. Schedule aku time tu boleh katakan lebih kurang macam tahap ADUN pencen. Sampai kadang-kadang nak ngular pun tak sempat. Kang kalo ngular kang ada kenyang makan penyangkut baju. Pendek kata itulah rutin aku setiap hari.

Bila time cuti plak aku kena dok umah je. Kena hafal sifir. Naik lunyai buku sifir yang Apak aku belikan tu. Hafal tak jugak. Yang paling aku ingat smp harini sifir 2 ngan 5 je. Kadang-kadang sifir 1 tu pun aku kena guna gak mesin kira. Time cuti sekolah ialah waktu paling tak best. Sebabnyer aku takde income. Mane ada cuti bergaji masa tu. Gaji ada time pegi sekolah jelah dan yang paling tak best sekali aku tak boleh menjenguk kedai Muthusamy ngan Siba kalo time cuti sekolah. Kalo jenguk pun kena follow apak aku. Apa kes nak beli tikam kalo follow dia. Mau aku plak kena tikam kang. Selain dari dok umah, kadang-kadang aku kena gi ladang tolong mak aku kutip buah relai. Adoiiii.. benda paling tak best. Tak mencabar kekuatan langsung tapi kena ada kekuatan mental yang kuat.

Khamis, Jun 18, 2009

Perkara yang korang tak tahu tentang aku masa aku kecik

Masa kecik dulu aku BULAT.... Orang blok 10 panggil aku echam. Siba ngan Muthusamy pun panggil aku echam. Cuma skang ni je nama komersial sikit. HANISHAM. Pastu skang ni dah ader blog nama blog aku pun Echam.COM.

Dulu masa kecik-kecik aku ada satu tabiat paling best serta paling nikmat. Main TIKAM 10 sen kat kedai Siba, Muthusamy dan kadang-kadang kat kedai Wak Jepri. Pernah sekali aku main tikam aku menang. Menang makan cekedis banyak2 sebab semua yang aku tikam tak kena. Aritu aku tak makan nasi dah bila malam sebab dah kenyang makan penyangkut baju yang mak aku suapkan. Penyangkut baju ialah sesuatu yang amat aku takuti. Masa kecik-kecik dulu pernah gak pikir nak pegi tikam je orang yang cipta penyangkut baju ni. Penyangkut baju ialah satu-satunya senjata paling berbahaya yang mak aku ada dan merupakan senjata paling aku takuti. Pendek kata sifir 2 aku boleh hafal dalam masa 5 minit kalau penyangkut baju ada kat depan aku.

Masa kecik-kecik dulu aku ada banyak cita-cite. Masa Tadika bila cikgu tanyer nak jadi apa aku cakap nak jadi doktor. Tapi bila sekali tu naik bas Leng Huat pegi Jerantut, aku nampak macam best je jadi drebar bas. Terus start haritu cita-cita aku tukar nak jadi drebar bas Srijengka ngan Leng Huat plak. Nape ntah aku suka sgt nak jadi drebar bas tu. Bila naik sekolah menengah aku dah takde cite-cite. Pernah sekali bila cikgu tanyer aku nak jadi apa. Aku diam je. Pastu aku cakap nak jadi orang. Terus pastu aku kena berdiri atas meja. Salah yer cikgu saya jawab camtu??? Yang paling best bila kawan aku Amin budok Tekam getah jawab. Dia nak jadi Hulk Hogan sebab kuat. Satu kelas terguling gelak kat dia. Pastu seketika kemudian Amin pun dok sama tinggi ngan aku. Sian kat Amin. Sekarang ni aku tak tahulah Amin jadi apa. Kadang-kadang tu aku tunggu gak WWF kat TV3 setiap malam Jumaat. Kot-kot Amin ada.....

Kawan-kawan aku masa kecik semua geng-geng sebelah umah. Antaranyer wok, atun, pian, wadik, juah, mail dan ramai lagi. Kalau nak senaraikan sampai lusa tak habes. Permainan kitorang bermusim. Kadang-kadang tu kalo pian ngan wadik outstation aku terpaksalah join wok ngan atun. Peberet diorang suka main teng-teng. Kalo aku main teng-teng ngan diorang memang banyak gile umah aku terbako ngan diorang. Pastu bila time aku jalan mesti diorang cakap aku pijak urat. Aku pernah gak ajak diorang main polis sentri tapi pastu wok ngan atun terus blah main teng-teng ngan budak atas. Nape ntah......

Selasa, Jun 16, 2009

Pantai Cahaya Bulan

Dulu dikenali dengan nama Pantai Cinta Berahi tapi disebabkan namanyer nampak macam biroh jer terus ditukar nama kepada Pantai Cahaya Bulan. Last sekali aku pergi pada tahun 2007. Selepas 2 tahun aku nampak ada perubahan sikit dengan pantai ni. Dah ada tembok pemecah ombak sepanjang pantai tersebut dan paling best dah ada Menara Penyelamat Pantai. Pastu kat atas menara tu ada 2 3 orang mamat-mamat tengah lepak sambil teropong-teropong. Macam ala-ala BAYWATCH gituuuu.. Tapi yang bezanya, penyelamat pantai kat sini yang aku nampak semuanya lelaki. Kalu ado hok-hok jate yang gelenya-gelenya nok puro-puro lemas tu demo jange wat lagu tu dehhh... takdo makno sumo tu. sebak kat panta ni takdok ore tino nok jadi penyelamat demo. sumo jate-jate.......

BIROH = Gatal















Jeram Pasu Waterfall

Jeram Pasu Waterfall

According to a plaque at the entrance this is the first waterfall in Kelantan that has been developed and provided with shelters and other amenities. And it certainly has been developed, a bit too much, maybe.
The waterfall can be reached easily from road nr 3 between Pasir Puteh and Kota Baharu. Access is also possible from road nr 4 between Jerteh and Marchang.
It is a popular destination for the people from Kota Baharu, so the fall can be crowded during weekends and school holidays.

Kembali ber 'BLOG'

Salam para sahabat,

Dah lama aku tak update blog usang aku ni. Heheheh.. So start hari ini aku dah kembali ber BLOG bukan kembali ber GOBlog lagi.... First sekali kulit blog aku dah bercat baru sebab yang lama tu dah naik usang. Sebenarnya selama aku takde ni aku balik ke Kelantan. Bercuti sekolah bersama ngan anak-anak. Macamlah anak aku dh sekolah nak bercuti sekolah. Pastu masa cuti cadangnyer nak bawak anak-anak berjalan tapi terpaksa batalkan semua plan sebab Mak Sedara sebelah isteri aku meninggal pada minggu lepas. Kat sini aku nak ucapkan takziah pada keluarga beliau dan pesanan aku pada anak-anak beliau kuatkan semangat, banyakkan bersabar atas dugaan ni. Walau macamana pun kehidupan tetap kena teruskan. Sebenarnya dugaan anak-anak beliau amat berat untuk dipikul. Paling kecil anak yang beliau tinggalkan berusia setahun. Apalah yang budak sekecil ni tahu berkenaan sebuah kehilangan. Takde apa pun yang dia tahu. Stop dulu setakat tu sebab aku sedih nak cite lebih-lebih.

Khamis, Jun 04, 2009

Belajarlah Untuk Berkata 'Cukup'.


Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang-orang yang beramal soleh...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya takkenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top-top. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap-cakap di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba-tiba Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh-gocoh dan sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa-rupanya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba-tiba Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba-tiba datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal dan memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam-macam seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering
berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap-harapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang-kurangnya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru-baru ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap-tiap hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap-tiap bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the
other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar-benar sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul-betul saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,ketika kawan-kawan saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan-rakan saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira-ngira rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap-tiap hari. Ini benar-benar terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia
(bayang-bayang) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan,tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat-dapat sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak-tidaknya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba-tiba dia dapat banyak sangat OT. Hari-hari balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main-main dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala-galanya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,saudara-saudara semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara-saudara sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....

Aku Mahu Tinggalkan Dunia Dalam Sujudku

Sumber: Mastika, Mei 2006

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."
Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.
Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.
Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.
Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."
Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.
Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.
Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.
Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Apa cite ni beb.......

Cuba korang tengok memo ni. Cerita banyak tak guna beb. Bangga betul aku dok kat negara yang kunun-kunun negara ISLAM ni. Lu tengok jelah bro, nak sembahyang pun kena minta izin. Memang GUMMED PUNK.... Sebenarnyer dah lama pun benda ni dan dah banyak pun syarikat yang amalkan polisi ni. Aku ingat lagi masa aku keje kat JB dulu. Nak pegi sembahyang jumaat setiap 2 minggu sekali je. Tiap-tiap minggu tak boleh. Pastu kalo nak kuar pegi sembahyang tu kena minta sign ngan JANET dan Amy. 2 2 ekor ni berbangsa Cina yang beragama apa ntah. Tapi yg aku pasti dia bukan Islam. Korang pikirlahkan camnelah nasib budak-budak kat sana tu. Nak tukar kerja bukan sesuatu yang senang pun. Nak taknak, suka atau tak segala dasar YAHUDI HARAM kat kilang tu tetap kena tempuh jugak dek kawan-kawan dan aku sendiri kat sana. Memang HARAM ZADENNNNN..............



Klik gambo untuk besarkan.
Align Centre

Selasa, Jun 02, 2009

Bila aku jadi Optimus Prime.

Cerita yang aku tunggu-tunggu kemunculannya..... Pastu mulalah berangan nak jadi Optimus Prime plak ni. Boleh bertukar jadi Kepala Treler. Tapi kalo aku jadi Optimus Prime aku nak berubah jadi lori sawit. Boleh loding buah sawit bapak aku. Pastu anto pegi kilang. Dapat duit cashhhh.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.