Selasa, Jun 23, 2009

Curut Jr

Sapa yang tak pernah dok asrama dia takkan tau benda ni. Dah jadi budaya bila dok asrama setiap orang akan ada nama gelaran. Suka ke tak memang nasib lu lah. Aku bekas pelatih ILP Pasir Gudang sesi 1/98. Masa time aku ni ekonomoney tengah dok gawat kat Malaysia akibat kepintaran (bukan nama sebenar) George Soros memanipulasi matawang ringgit. Nama sebenar kepada kepintaran tu ialah penyangak. Tapi sebab aku rase dia pintar so aku letaklah pintar. Masa zaman aku masuk ni kitorang takde duit elaun. Yang ada duit dari mak bapak je.

Mula-mula masuk aku dah kena ngan nama samaran ni. Nama samaran aku Curut Jr. Macam haram kan nama tu. Padahal aku ni baru hisap rokok pun dah macam kena ganja selori peningnya. Berikut adalah gejala aku bila pestime cuba nak berlagak macho ngan hisap rokok Benson & Hedges bapak aku.
1) Aku tido 5 jam selepas habis 8 batang.
2) Pale pening sbb non stop nak jadi macho.
3) Morning sickness selama 2 hari berturut2
4) kENYANG MAKAN PENYANGKUT BAJU MAK AKU. Kantoi sbb bapak aku perasan rokok dia dah habis 8 batang kena sapu ngan aku. Yang ada tinggal sebatang je sbb masa tu aku terfikir rase simpati sbb kang kalo lepas makan kalo tak pekena sebatang mau pengsan bapak aku.

Dengan gejala-gejala kat atas tu aku cukup tak puas hati bila diorang bagi aku nama Curut Jr. Aku rase kalo aku bantai curut mau aku sengih 5 6 hari tanpa sebab. Tapi aku rase lagi macho kot kalo aku pekena curut. Barulah ada pengganti Arwah Pak Din Curut kat kampung aku. Skang ni takde pelapis ni tukang hisap curut. Dan yang paling best ala-ala Pablo Escobar.

Bukan aku je yang kena nama samaran ni. Boleh kata semua geng-geng aku kena. Cara senior2 anugerahkan nama samaran ni senang je. Pejabat Peguam Negara pun tak boleh buat apa-apa. Caranyer panggil semua junior2 pastu sembang pung pang pung pang smp pagi sambil pekena maggi dalam baldi ngan dunhill sekotak. Pastu esoknya terus dapat nama samaran. Semudah 123. Suka ke tak suka kenalah terima nama tu. Kalau rase nak dipanggil dengan nama penuh korang boleh pegi lepak kat Jabatan Pendaftaran Negara.

Antara nama-nama samaran kawan-kawan aku. Abe, Awang Paka, Awe, Joe Labu, Zam Mache, Ijok, Bulu (sbb mamat ni banyak bulu kat badan. Kadang2 konpius dia ni orang ke beruang), Faiz Bera, Wak Kang dan paling marveles nama aku. CURUT Jr... Ntah apa-apa.....

8 Juri Propesional:

relevan berkata...

Curut jr kira ok lah nickname yg kengkwn ko bg..kwn dulu org panggil KAPAK..ntah mender dpt nama gitu..

Eyna's berkata...

Koi paling lawok baca gejala no 4....kesan selepas awok cube isap rokok bapak awok tu....

tu le kesan paling mendalam rasenya yg buat awok insaf sampai skarang kan...heheh

Eyna's berkata...

Salam...lupa nak kabo td...
Jemput amik award kat umah yer,....

Jangan malu2....

Webmaster berkata...

Rodong,
KAPAK name aok. Cube aok cite sket kat blog aok camne aok dapat nama tu. Mesti ade kisoh hebat tu....

Eyna,
Terima kasih wehhh sbb bagi koi award. Koi doh gantung doh kat blog koi. Lawo wehhhh....

Tau je aok yek.. Memang pun sbb kesan no 4 tulah koi insaf le ni... hikhikhik....

kakpah berkata...

ada kawan akak dulu dapat gelaran korek sebab dia suka korek taik hidung hehe..

Webmaster berkata...

Kak Pah,
Hahhaha... Tu tabiat yang tak elok tu. Ambik kau... siap dapat gelaran korek lagi. Mesti dia serik kan...

Dida... berkata...

laa.. penah dok pasir gudang ke? ni mesti selalu lepak dkt gerai yg sebelah petronas dkt tmn air biru tu..

skang smoking lagi ke? tak payah la buang2 duit isap rokok.. member kat sini dah kena cancer paru2 dah..

Webmaster berkata...

Dida,
Saya dok JB dari tahun 1998-2003. Pastu skang ni lepak Sg Buloh, S'gor plak. Gerai tu memang tempat saya pekena roti canai pas kelas petang-petang.

Seumur hidup sekali je saya merokok. Masa time nak berlagak macho tulah. Pastu tak penah dah sebab bukan best pun. PENING!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.