Selasa, Jun 16, 2009

Kembali ber 'BLOG'

Salam para sahabat,

Dah lama aku tak update blog usang aku ni. Heheheh.. So start hari ini aku dah kembali ber BLOG bukan kembali ber GOBlog lagi.... First sekali kulit blog aku dah bercat baru sebab yang lama tu dah naik usang. Sebenarnya selama aku takde ni aku balik ke Kelantan. Bercuti sekolah bersama ngan anak-anak. Macamlah anak aku dh sekolah nak bercuti sekolah. Pastu masa cuti cadangnyer nak bawak anak-anak berjalan tapi terpaksa batalkan semua plan sebab Mak Sedara sebelah isteri aku meninggal pada minggu lepas. Kat sini aku nak ucapkan takziah pada keluarga beliau dan pesanan aku pada anak-anak beliau kuatkan semangat, banyakkan bersabar atas dugaan ni. Walau macamana pun kehidupan tetap kena teruskan. Sebenarnya dugaan anak-anak beliau amat berat untuk dipikul. Paling kecil anak yang beliau tinggalkan berusia setahun. Apalah yang budak sekecil ni tahu berkenaan sebuah kehilangan. Takde apa pun yang dia tahu. Stop dulu setakat tu sebab aku sedih nak cite lebih-lebih.

1 Juri Propesional:

ummu Masyitah berkata...

alfatihah..salam takziah.
cuti sekolah lalu pun,baru saya tahu jiran mak adlah sedara yang terpisah.dan adiknya.merangkap makcik sepupu saya,sdg kemurungan.baru nikah 6/8 bulan,suami dah meninggal,anak dlm kandungan ibu baru 4 bulan.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.