Jumaat, Julai 31, 2009

Lawak Jumaat

Perbualan En RM1 dengan En RM50.

En RM1: Salam bro.
En RM50: Salam beb.
En RM1: Apa cite??? Sehat ke??
En RM50: Sehat aje aku ni, cuma banyak berjalan skang ni.
En RM1: Ko berjalan ke mana???
En RM50: Biase ler aku ni. Paris, UK, Las Vegas. Paling2 koman pun Genting lah.
En RM1: Jauh yek ko berjalan.
En RM50: Biase je tu. Ehhhh... ko pulak kemana?? Apa cite???
En RM1: Aku ni biase ler. Mane lagi kalo tak ke tabung masjid.....

Iklan Komersial Kaspersky 2010

Cilok kat sini


Rabu, Julai 29, 2009

Dia Idola ku (Salahuddin Al-Ayubbi)

Align Centre

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.



Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.



Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.



Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.



Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.



Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Layannnnnnn......

Jom layan kad kawen ni......


Isnin, Julai 27, 2009

Benda paling aku BENGKEK....

1) Orang buat bising time aku nak tido. Lain kali kalo nak bising pegi bising kat zoo Singapore.

2)Manusia kedekut tahap Gaban. Aku paling heran kenapa ada org kedekut kat dunia ni. PAdahal rezeki tu bukan dia punyer pun.

3) Malaun-malaun yang suka wat misskol kat aku padahal dia yang sebuk nak cakap ngan aku pastu aku plak kena kol balik. Yang ni jenis customer aku punyer perangai. Ayat paling best "Call Me"...

4) Drebar kereta atau apa jua kenderaan kat darat yang duduk lane kanan dengan kelajuan semut api. Cam hampehhhh... kot yer pun nak hati-hati janganlah bikin aku panas....

5) Orang tipu aku. Benda paling aku tak suka tapi benda nilah paling banyak aku kena. Takpe-takpe... hero Tamil memang camtu. Kalah dulu....

6) Asap rokok.... aku kureng suke asap rokok sebab aku boleh batuk pastu.

7) Orang yang suka uji tahap kesabaran aku. Kalo ada memang aku terajang tiruk rusuk kanan dia.

8) Orang geletek aku pastu dia gelak macam nak mati. Benda ni paling aku benci. Macam kena saka aku kalo kena camni tau tak.

9) Orang BANGANG tapi berlagak TERER... Kat kilang aku banyak spesis ni. Nasib baik zoo jauh. Kalo tak aku letak je kat pintu masuk zoo tu. Jadi MASKOT!!!!

10) LAST sekali. Bila ada kawan yang tak reti nak hargai diri aku. Aku manusia biase je. Tak lepas dari wat silap. TAPI apa aku kesah.... Lantak ko lah.....

Ahad, Julai 26, 2009

Berhibur sekejap

Aku melepak kejap tadi kat blog rodong aku Releven Sokmo. Bila dengo lagu kat blog dia tu buat aku tercari-cari sapa yang nyanyi lagu tu. Last-last sekali aku dapat gak. Nok tergelok koi dengo lagu aok ni. Moh Layannnnnnnn.....


Selasa, Julai 21, 2009

Harimau Bintang

Seperti yang di komen oleh Kak KL Citizen terhadap tarikh lahir aku. Benda ni kalau nak tau dia tengok kat dalam tempayan sakti dia. Esok malam aku nak pinjam bawak pegi Uptown Kota Damansara. Nak bukak booth. Sapa nak tengok apa karekter dia kena bayar. Kalau dia tak bagi aku ngap karekter kucing dia wat sarapan pagi. Huuhhh....

"anda lahir pada 5 April, haiwan berdasarkan hari lahir anda adalah Harimau Bintang

Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm?kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari."

Komen terhadap karekter aku.

1) Aku seorang yang misteri
Tak dinafikan memang aku suka tengok misteri nusantara tapi bab aku misteri ni memang adalah sikit-sikit dan adakalanya jadi banyak. Masa dulu arwah mak aku pernah cakap aku ni susah nak ramal segala tindakan dan keputusan aku. Dia cakap tu selepas satu peristiwa. Lepas SPM aku layak untuk ke Ting 6. Aku kena sekolah Ting 6 tu kat Sek Men Jengka 2. Mula tu aku mmg dah agree lah nak masuk sebab tunggu panggilan semua tak dapat. Mak ngan apak aku sibuk beli semua keperluan asrama aku. Tiba masa hari kena masuk asrama aku lepak sehari je kat sekolah tu. Pastu aku balik dan malas dah nak sekolah. Sebab masa kat sekolah tu aku dok pikir macam2. Rimaslah, semak kepalalah dan macam2 lagi. Last2 aku balik umah jadi penanam anggur berkaliber selama setahun.

2) Berhadapan dengan tekanan dengan tenang
Memang aku ada kelebihan ni. Nak kata banyak tu taklah tapi still bolehlah nak kayuh slow-slow kalo dok kena preasure cam tayar basikal tu. Petuanyer senang je. Buat sesuatu tu berdasarkan segala kemampuan kita. Kalau rase dah tak boleh pegi wat je bodoh. Kalau nak layan diorang punya preasure sampai bila2 pun tak abes. Tau diorang punyer preasure je. Aku punya preasure takkan nak letak umah kebajikan kot.

3) Menghadapi senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk
Benda ni susah sikit nak cakap. Sebab aku ni dalam golongan misteri dn sukar dijangka segala tindakan dan keputusan aku, benda ni macam tak berapa tepat untuk diri aku. Kalau nak tau tanyer anak2 buah aku camne kalau ada yang cuba menguji kesabaran aku.

4) Bersifat kejam
Emmm... ada sikit-sikit tapi bergantung pada keadaan. Kalau orang tu kejam dengan aku memang aku akan ada sikit kejam ngan diorang. Tapi kekejaman aku belumlah sampai ketahap Pol Pot, Ariel Sharon ataupun Rodovan Karadzic. Kejam aku ni masih boleh diterima akal ler. Antara kekejaman yang pernah aku lakukan. Menyiksa sehingga mati seekor nyamuk ketika senja nan merah diufuk timur masa aku berumur 3 tahun, bertindak melastik seekor memerang yang masuk kat kolam bapak aku, mengamuk dengan menggunakan sebilah parang dengan membelasah pokok pisang yang mak aku tanam kat belakang umah dan yang terakhir, kekejaman yang tak mampu dimaafkan seantero dunia. Menghantar email ke Hot FM bagi panggilan hangit keatas seseorang. Sampai skang ni dia tak kena lagi. Hehheheh....

5) Bergosip
Yang ni lagi aku tak paham. Agaknyer tempayan akak ni salah terima input kot. Selamba kodok je cakap aku suka bergosip. Esok pagi2 akak bawak tempayan tu pegi calibrate ok. Tune dah lari tu. Tak ganas langsung Harimau Bintang suka gosip.

6) Teratur dan kemas
Emmm.. kemas ke... aku rase aku sempoi dan selekehlah. Harimau kumbang mane boleh kemas dan teratur. Kalo kemas dan teratur tu baik aku tukar jadi Harimau Akar. Kecik dan comel macam anak kucing parsi.

7) Mahu sesuatu ikut cara aku
Yang ni aku akui, aku memang macam ni. Tapi bergantung pada keadaan jugak. Selalunya aku begini kalau dengan supplier aku. Takpun dengan sesapalah yang rase aku camtu.... Hehehehhe

8) Orang pertama yang dicari
Yuppppssss... Memang betul. Kalo time kawan-kawan ada poblem menag aku ler tempat diorang luahkan poblem diorang baik yang ok atau yang dh wat kesilapan besar. Ada yang cakap aku pendengar setia tapi pada aku aku hanya pendengar setia Sinar.FM. Pastu ada jugak yang cakap bila cite poblem ngan aku, aku blh bagi nasihat. Percayalah, semua nasihat tu palsu belaka.. Muahahahhahah.... Yang lagi best ada yang luahkan poblem pastu minta aku settlekan. Chehhhh.. yang ni lagi aku terharu. Nak menangis aku bila ada yang cite camni. Kalau ada poblem ngan awek pastu suh aku take over awek diorang alrightlah jugak. Ini poblem kantoi ngan awek sebab bercanda ngan awek lain suh aku settlekan. Kuang asam betullll....

Itulah 8 jenis karekter aku mengikut pendapatan tempayan sakti Akak KL Citizen.

Gerhana Matahari

Sumber: Laman Web Universiti Darul Iman, Malaysia.

Fenomena gerhana matahari adalah suatu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu satu kali atau dua kali dalam satu tahun kalendar. Gerhana matahari terbahagi kepada 4 jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh+cincin) dan gerhana separa (sebahagian). Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari, atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau cincin.

Gerhana penuh matahari pada 22 Julai 2009 nanti merupakan gerhana yang paling lama untuk abad ke 21. Bill Kramer dalam laman webnya menyebut:

"The eclipse passes over the Chinese cities of Chengdu, Suining, Chonging, Wuhan, Xiaogan, Hangzhou, and Shanghai by which time the duration of the eclipse is over five minutes of totality. Leaving Shanghai the path continues into the ocean encountering islands such as Toshima and Akusaki south of Japan and eventually the Marshall islands.

The maximum eclipse duration of 6 minutes and 43 seconds occurs far off the coast in the Pacific Ocean."


Untuk memudahkan anda memerhatikan fenomena gerhana ini, jadual detik berlakunya fenomena gerhana bagi bandar-bandar utama di Malaysia telah disediakan. Sila klik SINI

Pastikan anda mengetahui cara selamat melihat gerhana matahari, seperti berikut:

1. Menggunakan penebat (penapis) alpha-hydrogen
2. Menggunakan penebat aluminium mylar
3. Menggunakan filem hitam putih (monokrom) yang telah didedahkan kepada cahaya dan telah diproses. Filem yang telah terdedah dan diproses akan menghasilkan lapisan perak yang melindungi mata daripada bahaya cahaya matahari.
4. Menggunakan kaca penebat (glass-filter) yang khusus untuk matahari
5. Menggunakan kaedah projection seperti lakaran di bawah. Teleskop atau binokular dengan tripod lebih sesuai digunakan.



6. Menggunakan kamera lubang jarum
7. Paling tidak, anda boleh memerhatikan bayang matahari pada tanah yang melalui celah celah dahan pokok. Anda mungkin dapat menyaksikan suatu yang cukup menarik. Boleh juga memerhatikan cahaya matahari yang melalui lubang kecil pada atap rumah anda yang menyinari lantai/dinding rumah. Perhatikan cahaya pada lantai/dinding tersebut. Anda mungkin temui sesuatu yang menarik.

Isnin, Julai 20, 2009

Bukan Deja Vu (Review) - Luahan hati Bekas ADUN Republik Conggo



Muka Depan (Simple dan Sempoi)

Selepas lebih seminggu aku menunggu, akhirnya buku yang aku tunggu-tunggu sampai jugak ke tangan aku. Bukan DEJA VU. Buku karangan Rahimin Idris. Berketebalan 82 muka surat tidak termasuk kulit. Rahimin Idris ni mungkin tak sepopular artis Bollywood macam Kajol dan belum pon sepopular Kajol yang nyanyi dikir barat kat Kelantan. Tapi dia ada bakat semulajadi sebagai seorang seniman. Aku pun belum pernah bersua hidung dengan dia ni. Bersua sms adalah. Dengor suara pun belum ada hajat lagi. Sebelum ni aku ada baca tentang komen buku ni kat dalam blog Fadh. Tapi masa tu aku belom baca lagi.

Pagi tadi tepat pukul 10.30 pagi dengan rasminya buku tersebut telah aku terima. Cuma tak sempat nak panggil Karam Singh Walia je sebab mamat tu sebuk pegi wat liputan kat mana ntah.. Dengar cite macam kat area-area sempadan bulan ngan marikh. Ada pembakaran terbuka kat sana. Polis angkasa Gaban pun dah tak boleh watpe. Sebab tu kena panggil mamat tu utk settlekan poblem.

Bila dapat je aku terus mentelaah dengan kusyuk dengan cara aku lupakan terus kesibukan yang bertali arus lepak aku kat opis. Mula-mula baca aku dah gelak cuma belum sampai tahap meroyan je lagi. Buku ni penuh dengan pengajaran. Lenggok bahasa ada lah jugak gaya-gaya lenggok makcik kiah pegi pekan sari gitu. Senang di fahami dan bahasa yang digunakan ialah bahasa seharian. Bukan menggunakan Bahasa Melayu Purbakala. Kalau dia guna bahasa purbakala aku saman dia RM14 juta bayar ansuran sebanyak 200 kali dengan dikenakan interest 3.65% setahun. Aku ingat aku je yang gelak tapi bila ada geng aku yang baca diorang pun dah hampir-hampir nak terbalik pusat. Bak kata Fadh. Bagi aku memang buku ni bagus untuk langkah pertama beliau.

Dalam buku ni ada 31 cerita pendek yang mana kebanyakkan ceritanya ada pengajaran dan disamping itu terselit seribu satu lawak jenaka. Sapa yang baca pastu tak gelak memang ada something yang tak kena. Mungkin saraf gelak dia dah berubah jadi getah sekerap kot. Komen ikhlas dari aku untuk Rahimin, teruskan penulisan aok dan koi berharap ini bukan sesuatu yang terakhir aok terbitkan. Jadikan ini sebagai langkah pertama untuk bergelar seorang seniman. Teruskan Berkarya.....

Kepada sesiapa yang belum berkesempatan membaca BUKAN DEJA VU dan berminat untuk membuat tempahan, anda semua boleh email kepada beliau di alamat rahiminidris@hotmail.com atau akulatomi@yahoo.com

Jangan lambat order. Dengar cerita beliau nak terbitkan lagi 12 juta naskah. Itupun bergantung kepada ketahanan Printer Kenon Pixma MP160 beliaulah. Kot nyer separuh jalan dah buleh hantor ke muzium Kenon aku tak taulah kan..... Kedua-dua gambar ni aku cilok kat blog Fadh.



Muka Belakang (Jangan menilai sesuatu dari segi rupa)

Sindir-sindir Sayang












AKU, Mubaligh dan KOREA

Waktu aku di Korea aku banyak jumpa diorang ni dengan pelbagai peel yang kadang2 buat aku muak dh tengok diorang ni. Sampai satu tahap bila aku nmpak je bayang diorang aku blah ikut jalan lain. Tak dinafikan Kristian di Korea terlampau kuat. Kalau rase bila jalan2 pastu nak jadikan bangunan gereja sebagai landmark baik tak payah sebab dalam satu kawasan ada 5 6 biji gereja. Kat sini aku nak kongsi pengalaman aku semasa bertemu diorang. Tujuan aku bukan nak agungkan agama diorang atau memperkecilkan agama aku yang tercinta ni tapi dari segi konsepnya kita kena sama-sama bermuhasabah yakni sama-sama kita renungkan kelemahan dan kekurangan diri kita dalam berdakwah.

Islam itu yang terbaik. Itu yang aku sematkan dalam jiwa aku bila ke luar negara terutama Korea kerana mubaligh-mubaligh disana teramat aktif dalam menyebarkan Kristian. Cara diorang bukan susah pun cuma lepak2 kat stesen keretapi dan bila nampak pelancong asing macam aku diorang akan datang dekat dan akan cuba beramah mesra dengan aku. Kat bawah ni aku letakkan beberapa pengalaman aku bertembung dengan diorang.

1) Lokasi: Dalam keretapi bawah tanah antara Seoul dan Itaewoon.

Macam biase setiap sabtu aku akan keluar ke Itaewon yang mana Itaewon ni terdapat satu-satu nyer masjid di Bandaraya Seoul. Selain dari masjid kat sini terdapat banyak restoran halal yang harganya agak OK. Harga standard Korea ler.. Hehhe.. Kat sebelah aku terdapat kerusi kosong. Tiba disuatu stesen aku nampak seorang Rahib naik. Aku dah cuit member aku kat sebelah. Dalam hati aku mesti dia dok sblah aku. memang pon. Ngam-ngam je dia lepak kat sebelah aku. Aku pura-pura pandang tempat lain tapi punyalah ramah makcik ni. Aku tak tanyer dia plak yang tanyer aku. Segala cerita telah aku terjemahkan didalam Bahasa Melayu sebab Bahasa Jiwa Bangsa...

Rahib: Hai
Aku: Hai
Rahib: Nama awak?
Aku: Sham
Rahib: Asal mana?
Aku: Malaysia
Rahib: Oooo.. Kuala Lumpur kan. Ada KLCC kan..
Aku: Yer. Kuala Lumpur.
Rahib: Dah lama kat sini?
Aku: Dalam 2 minggu
Rahib: Sekarang tinggal dekat mana?
Aku: Kabo Hotel, Pyeongtaek City
Rahib: Oooo.. bagus tempat tu. Kenapa datang Korea? Melancong ke?
Aku: Saya kerja dekat Anseong.
Rahib: Apa projek kat sana?
Aku: Projek Automotif
Rahib: Pandai cakap Korea??
Aku: Tak pandai. Cakap Inggeris oklah... (Cakap aku sambil sengih)
Rahib: Nak belajar tak??? Kita boleh ajar??
Aku: Senyum tapi agak kelat. Errrr.. tak taulah...
Rahib: Kalau nak nnt datang kat komuniti kita kat Pyeongtaek. Kita ajar sampai pandai.
Aku: Muka blur.... Saya tak taulah..
Rahib: Oklah.. kita akan ajar smp pandai tau.. Kalo nak nnt datang yer. Saya tunggu.
Aku: Errrr.. saya pikir dulu. Saya dah nak turun ni.
Rahib: Ok.. bye2..
Aku: Bye.... Sambil blah....

Kawan aku dah gelak sakan kat sebelah sebab aku dh pucat time tu kena ayat ngan Makcik Rahib tu.... Lega aku sebab boleh blah dari dalam keretapi tu. Lagi lama lagi apalah dia nak ayat aku. Jangan harap ler aku nak pegi kat komuniti korang. Elok-elok aku niat nak belajo bahasa korea, lain plak yang dia ajor aku nanti.

2) Kat luar Alaska. Alaska ialah nama sebuah tempat makanan ala carte. Banyak makanan halal kat sini. Lepas je aku makan terus lepak kat luar temankan geng Korea aku ni merokok. Aku dok jauhlah sikit dari diorang sebab aku tak merokok. Sedang aku lepak2 datanglah seorang mamat korea yang berpakaian agak kemas. Memang segaklah. Kalo nampak sekali imbas macam nak pergi kelas motivasi.

Mubaligh: Hai kawan
Aku: Hai
Mubaligh: Asal mana?
Aku: Malaysia
Mubaligh: Awak guna Bahasa apa?
Aku: Bahasa Malaysia lah...
Mubaligh: Sekejap yer (Sambil menyelak buku kecik dan tebal dia)
Aku: Diam je sambil tengok apa dia buat
Mubaligh: Ok... Encik baca ni.
Aku: Mulalah baca. Cerita tu berkenaan dia punya Jesus. Hikayat hidup Jesus dari mula sampai mati. Dah habis aku tengoklah halaman lain pulak. Bezanya cerita yang sama tapi bahasa berlainan. Macam-macam bahasa ada. Dan Bahasa Malaysia yang diorang terjemahkan kat dalam buku tu sangat bagus dan begitu mudah difahami. Selepas baca terus aku bagi balik pada dia dan apa yang dia buat ialah ucapkan terima kasih dan blah macam tu je. Korang tak heran ke?? Pelikkan?? Tapi apa motif dia buat camtu???

3) Stesen Keretapi Pyeongtaek

Aku jalan ngan kawan aku sebab dh bosan dok kat hotel. Sambil tengah dok beratur nak beli tiket ke Seoul datanglah seorang lelaki kulit hitam. Cara cakap macam aku membesar ngan dia je sejak dari kecik. Apa lagi. Layan kan je. Sambil2 tu try jugak bercakap omputeh ngan orang US. Lega aku sebab apa aku cakap dia boleh terima dan paham. Takut gak kot2 dia tak paham. Cakap ngan orang US ni beza cakap ngan Korea. Ngan Korea Inggeris hancur pun boleh hidup lagi sebab diorang punya Bahasa Inggeris lagi hancur dari kita. Mamat ni masih muda belia. Dia cakap dia kerja sebagai guru bahasa inggeris kat sekolah rendah kat sana. Aku sembang pung pang pung pang ngan dia pasal macam2 hal. Last sekali aku naka blah terus dia bagi aku senaskah majalah. Masa tu dah syok sebab dalam pala otak ingatkan majalah Mangga ke, majalah remaja ke. Sekali aku bukak.. Alamak... Kitab Bible lah... Adoihaiiiiii.. Kena lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

4) Dalam kapal terbang dari KLIA ke Seoul

Cerita ni aku kena bulan 2 tahun 2009. Aku sorang masa tu ke Korea. Bila naik je dari KLIA baru aku perasan yang aku sorang je Melayu kat dalam tu. Ahhhh sudahhhhh...... Nak tak nak jalan jelah. Lagipun dah naik kapal terbang. Takkan nak turun balik. Aku duduk sebelah Mamat Korea. Start kapal terbang naik je sampaialh ke Korea aku tengok dia dok baca Bible. Lantak ko lah... Aku nak tido. Bila je lepas makan, badan pun segar dia buleh plak nak berbual dengan aku. Ada ke suruh aku cakap bahasa Korea. Mane aku reti. Plak tu mamat tu plak kureng reti berbahasa inggeris tapi semangat dia nak sebarkan kristian dia tu memang dahsyat. 2 Jam lebih aku dengar dia berceramah tentang Kristian. Dia cakap dia datang Malaysia sebab ada Konvensyen Remaja ASIA kat KLCC. Kapal terbang malam tu 90 peratus budak2 yang datang konvensyen ni. Mamat ni dengan selamba je ajak aku join dia punya agama. Terkejut aku bila dia ajak camtu. Pastu siap tawarkan aku baca Bible. Bila aku tolak dia tetap dengan usaha dia nak suruh aku baca BIBLE. Muka gua dah fedup beb.. Lambat benor sampai SEOUL ni. Lama-lama mamat ni diam. Sampai je SEOUL aku lega sebab MAMAt ni turun dulu. TAPIIIIIII... tak habes lagi beb.. Dia tunggu aku kat tempat ambik bagasi. Ya Allah, selamatkan lah IMAN aku.. Doa aku dalam hati. Jumpa je dia terus dia tanyer lagi bila aku nak baca BIBLE. Aku tak tau dari mana datang idea. Mungkin Allah nak tolong aku masa tu terus aku cakap. Awak tahu Al Quran? Dia cakap tau tapi tak pernah baca. Terus masa tu aku cakap Kalau awak nak baca Al Quran saya akan baca Bible awak. Tapi syarat. BACA SAHAJA. Tegas aku. Terus Mamat tu cakap.... I'm Not promise then terus berambus di celah2 orang ramai.... Ambik kau... Syukur pada ALLAH kerana telah bagi aku idea tu disaat-saat aku tengah kritikal sorang2 kat tengah ramai2 orang diorang.

Pesanan aku seandainya korang ke Korea Selatan, pastikan jangan layan sangat diorang ni. Kalo boleh jangan berlagak sombong tapi cuba cari jalan untuk lepaskan diri dari mereka. Terlalu banyak perangkap yang menunggu seandainya kita leka dalam melayani keramahan diorang. Seperkara lagi seandainya pengetahuan kita tentang ISLAM masih lemah elakkan bercakap tentang agama dengan mereka. Sematkan dalam hati, ISLAM ialah agama yang terbaik dan bersyukur kerana kita dilahirkan dalam ISLAM...........

Jumaat, Julai 17, 2009

Bebelan Maut

Lama aku tak menulis secara serius. Kelmarin gempar kat surat khabar kisah seorang perempuan meraung kat mahkamah sesudah mendengar segala hukuman yang dijatuhkan keatasnya. Hukuman gantung sampai mati kerana terlibat dalam satu kes pembunuhan seorang pelajar. Dah tau nak mati baru dia meraung. Kenapa masa buat jenayah itu dia tak meraung mengenangkan dosa-dosa tu. Tak dapat dipastikan sama ada dia terlibat secara langsung atau dikira bersubahat dengan teman lelakinya. Makin jauh aku mengkaji dan mendalami setiap kes yang terjadi di Malaysia hari ini aku dapati trend pembunuhan ialah bermotifkan rompakan dan rogol. Kenapa terjadi perkara sedemikian????

Dari pemerhatian dan pendapat aku:

1) Didikan Agama
Zaman aku dulu sejak aku berusia 6 tahun aku dah dididik dengan pendidikan agama. Bermula dari zaman kanak-kanaklah masa terbaik untuk membentuk keperibadian seseorang manusia. Pepatah ada menyebut Melentur Buluh Biar dari Rebung.... Pepatah melayu yang cakap camni. Bukan pepatah India, Cina atau British. Perlu ke kita salahkan bangsa lain kalau kita sendiri gagal membentuk keperibadian diri anak2 sejak kecil sedangkan bangsa kita sendiri yang berkata membentuk keperibadian bermula dari anak-anak tersebut baru belajar mengenal apa itu dunia. Kalau kita selidiki sindrom masa kini, anak-anak muda lebih terdedah kepada keseronokan dunia. Kejutan budaya berlaku dimana-mana. Tak kira peringkat usia. Zaman kita sebenarnyer semakin hanyut dibawa arus dunia. Pelikkah kita seandainya berbunuhan itu perkara biase????

2) Ekonomi
Statistik terkini menunjukkan kadar pengangguran makin membimbangkan? Bila adanya pengangguran, maka kadar jenayah akan meningkat dengan lebih pesat. Tak percaya tak apa. Tapi cuba kita tengok senario sekarang. Harga makanan meningkat dengan mendadak. Kehendak telah menjadi satu keprluan yang perlu dicari untuk meneruskan kelangsungan
hidup. Dalam masa yang sama tiada pekerjaan. Tiada pekerjaan bermakna tiada sumber pendapatan. Kalau hidup seorang mungkin boleh hidup walaupun tersiksa tapi bagaimana kalau hidup dengan ada keluarga yang perlu ditanggung. Mengertikah anak-anak maksud AYAH takde duit nak beli susu??? Mengertikah anak-anak tentang AYAH dan IBU tiada kerja???? Aku pernah menulis sebelum ni tentang dialog aku dengan seorang peragut yang telah gagal meragut. Aku bertanya dengan peragut tersebut kenapa dia meragut. Jawapan yang spontan keluar dari mulut dia, dia susah dan takde duit nak beli susu untuk anak dia. Tersentak aku masa tu mendengar segala jawapan dia. Sedih ada, kesal pun ada. Sedih sebab terkenangkan anak-anak dia yang kelaparan kat rumah. Terkilan kerana disaat rakyat bawahan merempat dan meragut untuk teruskan kehidupan, ada segelintir pemimpin yang berlumba-lumba membina kekayaan atas kapasiti sebagai seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Apa tugas diorang dalam membela rakyat bawahan??? Sanggup kah korang menjawab esok dihadapan ALLAH atas apa yang korang perlakukan pada hari ini. INGAT!!!! Kekayaan dunia takkan boleh membeli segala kehidupan akhirat...

3) Gaya Hidup
BEBAS!!! Itulah yang boleh kita cakap tentang kehidupan hari ini. Program realiti disemua stesen televisyen. Dari hiburan sehinggalah kepada masakan. Semua berkonsepkan realiti. Aku paling meluat serta menyampah bila tengok makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang menangis bila anak-anak diorang tersingkir dari AF, OIM, Mentor dan banyak lagi yang tak larat aku nak sebut. Apa komen aku??? Ini komen aku kalau aku diberi peluang untuk memberi komen kat makcik ngan pakcik tu. Makcik ngan pakcik ni bodohlah... Dahlah tua, taksedar diri. Rasenyer elok makcik ngan pakcik nangis ingat kat Tuhan dari menangis sakan sebab anak makcik kalah AF. Kalo makcik ngan pakcik mati esok apa kata kalo kita wat konsert 3 4 hari kat atas kubur pakcik ngan makcik... Nak tak??? Kalo nak saya sedia buat satu kompeni yang boleh uruskan majlis ni. Saya sediakan perkhidmatan Free Of Charge. Agak korang lepas selesai interview tu aku hidup lagi ke tak?

4) Pengaruh Rakan Sebaya
Sapa pernah tengok cerita Budak Kelantan. Cerita tu diadaptasi dari senario sebenar kehidupan seorang remaja. Asalnya dari pengaruh kawan je. Cuba korang bandingkan perangai remaja kini dengan masa kita dahulu. Masa kat kampung dulu konsep anak kau, anak aku diguna pakai. Bila ada konsep ni anak2 takkan berani naik kepala sebab semua dalam kampung tu mak ayah dia. Sekarang ni pulak jangan kata nak guna konsep tu, baru je nak cakap anak sipolan sipolan wat hal mak ayah dah datang serang rumah. Sampai golongan cikgu pun sekarang ni dah naik bosan melayan kerenah mak ayah. Bila dah bosan maka sampailah satu peringkat para cikgu akan cakap.... Lantak ko lah. Nak belajar, belajar. Tak nk sudah. Bukan anak aku pun.... Betul ke para cikgu2 sekelian. Aku tulis berdasarkan kepada kebenaran dan pengalaman aku bergaul dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru dikawasan bandar.

5) Pengaruh seks
Yang ni tak boleh nak cite panjang tapi semua tahu. Zaman la ni nak tengok movie seks senang sangat. Hanya dihujung jari sahaja. Just taip and search.... Pastu keluarlah macam-macam bentuk aksi. Bila dah naik minyak mulalah jadi sewel. Bila dah sewel mulalah wat keje yang bukan-bukan. Dah datang sewel tu lembu kalau pakaikan skirt pun diorang cakap cantik. Spesis ni lagi aku tak paham.....

Dah dulu setakat ni. kalau nak sebutkan semua faktor memang terlalu banyak. Kalau keluar soalan esei untuk SPM buta-buta je boleh skor A dan senang2 je nak cecah 350 patah perkataan. Bebel-bebel jugak tapi apa langkah yang kita boleh buat. Mari kita bincangkan. Buah fikiran anda amat aku hargai.

Khamis, Julai 16, 2009

Buah tangan dari Insan Gagah

1. Bekas kekasih saya adalah :
> 2 2 orang perempuan.

2. Saya sedang mendengar :
> Orang membebel...

3. Mungkin saya patut :
> Balik umah tengok cite GABAN

4. Saya suka :
> tido...tido...& tido.... main tikam seposen

5. Sahabat-sahabat baik saya :
> semua orang yang sanggup dn boleh tahan kutukan aku

6. Saya tak faham :
>KENAPA HR aku BANGANG sangat

7. Saya kehilangan :
> kutu kat atas kepala masa darjah 2

8. Ramai yang kata :
> AKU baikkkk.. muahahhah

9. Makna nama saya :
> Yang berpangkat

10. Cinta itu adalah :
> NTAH... mane aku tau.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
> berperang ngan DECEPTICON

12. Saya akan cuba :
> wat-wat lupa balas tag ni.. hhehheh

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
> FOREVER....


14. Telefon bimbit saya :
> Hanpon Batu Bata cap simen orang kuat

15. Bila saya terjaga dari tidur :
> Rase nak pegi makan. Pastu tido balik.. Ala-ala hamster.. hahahah

16. Saya paling meluat bila :
> tak dapat nak tengok TV 1 masa hari ada cerita Masked Rider black.

17. Pesta/Parti adalah :
> PARTI PAS

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
> Beruang KUTUB yang tak pakai bulu

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
> Masa umur setahun jagung.. Sekarang ni dah masuk setahun pisang.

20. Hari ini :
> Hari Khamis, malam Jumaat... Malam ni baca Yassin kat Surau... Pastu.. ehem2... mauahahhaha

21. Malam ini saya akan :
> Buat benda2 Sunat... erkkkk.. apa ehhhh

22. Esok saya akan :
> MC.. hahahahha (protes sebab tindakan bodoh HR)

23. Saya betul-betul inginkan :
> Berjabat salam ngan Optimus Prime

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
> Sekali ku tengok macam kenal tapi dimana yaaaaa.. ehhh.. akulah tu.. cheh.. tak guna betul.. baru perasan.

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
> Pasaraya Max Value kat depan umah aku.

26. Makanan barat atau Jepun :
> Paling suka SHUSHI makan ngan ikan TUNA...

27. Bilik yang terang atau gelap :
> Of courselah yang malap2....

28. Makanan Segera adalah :
> MAGGI

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
> Nama ko sape ekkkk...

30. Siapa yang anda mahu TAG?

> Ada 10 orang yang akan kena... Muahahhaha.. Untuk kali ni semua aku kasi kat kaum hawa dulu. Untuk yang lelaki korang tunggu kalo aku kena tag lagi pasni.....

1) Olyn


2) Dida


3) Kak Zai


4) Kak Pah


5) Zetty


6) Akak Teacher KL Citizen


7) Kak Maiyah


8) Kamria


9) Fiza


10) Miss Gaza


Muahahahhahahahhahaahahahhahahhahah.......................

Rabu, Julai 15, 2009

Di Pondok Kecil

Dipondok kecil di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Disuatu hari ayah berkata
Jaga adik mu ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
Air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis
Doakan ayah semoga diterima
Diam adik ku sayang jangan menangis
Andai ayah gugur doakan dia syahid

Selamat berjuangan ayah tercinta
Kau pergi dulu ayah ke medan juang
Ku iringi doa moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam

Wahai abang ku kemana
Ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

Duhai adik ku sayang jangan bersedih
Ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
Berjuangan dan berkorban walau dimana jua

Pada Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayah ku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah dia
Untuk menegakkan agama Islam

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Ditujukan pada semua ayah-ayah yang berada di mana jua. Paling istimewa untuk Apak aku, Ab Halim Bin Ismail. Dialah superhero aku sepanjang zaman.....

Isnin, Julai 13, 2009

Sesi Mengarut oleh Tukang Karut

Dah dekat seminggu aku tak update blog. Sebenarnyer aku takde idea. Jin idea belaan aku outstation plak. Dia nak minta cuti tahun sebab asek kena keje je siang malam. Sebagai tuan yang agak menyenangi dan menghargai pekerja nak tak nak aku kenalah bagi cuti kat jin idea aku tu. Kesannyer, tak berupdate blog aku. Aku try jugak berubat kampung, jumpa mamak kedai bawah ni, pegi Mydin sebab nak pulihkan idea aku ni. Tapi semuanyer takde hasil lagi. Cuma 1 benda je aku belum buat lagi. Bercakap ngan Optimus Prime tentang poblem aku ni. Aku takut bila aku cakap kang Amin pun tak boleh cari makan. Baik aku cuba settlekan sendiri semua poblem ni. Lagipun aku takut gak mengadu domba ni. Silap gaya mau aku dapat gelaran Tukang Karut se Malaya kang. Bukan tak minat tapi seganlah.

Malam ni aku lepak je kat umah sambil layan blog ngan tengok TV. Banyak gak blog aku ronda smpai boleh kata 2 kalilah aku isi minyak. Korang ingat tak penat ke meronda ni. Dalam dok meronda ni aku tengok banyak betul orang dapat award. Emmm... best jugakkan bagi org award. Tapi yang poblem paling besar aku ni jangan kata nak bagi award, nak buat award pun tak tau camne. Bagi piala Johan lari dalam guni kat org aku retilah. Pastu kalo main tikam lagilah aku terer. Itu belum masuk terer makan penyangkut baju tanpa bunyi lagi. Tau-tau aku je yang berbunyi... ADOIIIII!!!!!

Subuh Yang Terakhir

Dah lama tak update blog. Pagi tadi masa datang keje aku dengar lagu ni kat radio. Agak menyentuh hati. Hargailah semua yang ada disekeliling kita. Kita tak tahu bile ajal akan tiba. Entah esok, entah lusa dia atau kita yang akan pergi dulu.


Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang

Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Selasa, Julai 07, 2009

Aku VS Peragut

Ahad lepas aku ke Econsave Sg Buloh. Biase ler kalo awal-awal dapat gaji. Shopping barang dapurlah. Sampai je Econsave orang dah bersusun macam Econsave nak bagi sedekah daging time hari raya Kurban. Aku terus naik ke tingkat atas untuk cari kepala paip. Cari punya cari dapatlah jugak. Pastu dah puas hati turun bawah plak cari barang dapur. Lama gak kat dalam Econsave tu. Sampai naik hafal aku dialog lelong ikan diorang. Settle semua kat kaunter aku pun keluarlah dari pintu utama Econsave. Tiba-tiba....

Tolong-tolong... peragut!!!!!....

Sebagai seorang yang pernah bercita-cita nak jadi Optimus Prime dan tergolong dalam golongan Autobot penyelamat dunia tanpa aku sedar aku dah bukak langkah seribu kejar mamat peragut tu. Segala-galanya berlaku pantas sangat. Yang aku tau aku dah tolak jatuh mamat peragut tu dari motor dia. Terus aku sentap baju dia untuk terbalikkan dia yang tengah tertiarap.

Aku: Nape ko meragut hahhhh???
Peragut: Mane ade bang
Aku: Oooo.. nak menipu yer. Ambik kau.... (sambil aku lempang muka peragut tu)
Peragut: Adoiiii bang.. tolong bang... sakit bang..
Aku: Nape ko meragut???
Peragut: Mane ada saya meragut beg tangan
Aku: Abestu apa yg ko ragut?
Peragut: Sebenarnyer saya bukan meragut beg wanita tapi meragut HATI WANITA.....

Cheh... Khairil Rashid Sinar FM rupanyerrrrrr...............

Isnin, Julai 06, 2009

Hukuman Dulu-Dulu

Tarik sedbern

Masa aku darjah 1 aku kena hukuman ni. Macam nak terkencing dalam seluar setiap kali kena ngan cikgu Termizi. Garang gile cikgu ni. Suara dia pun budak2 dah ketar. Tapi budak darjah 1 lah yang takut pun.

Tarik Kulit Perut

Adoiiii.. punyerlah sakit. Lagi nak lari lagi kuat kena tarik. Semua cikgu aku suka guna kaedah ni sebab lebih murah dan senang je nak buat.

Ketuk Ketampi

Kaedah paling sadis, kalo kena 100 kali esoknyer mesti jalan macam robot miang.

Rotan

Hukuman paling biase digunakan. Kalo kena rotan Cikgu Wahat, seminggu duduk atas kerusi lapik tuala kat bontot. Kalo nasib tak baik, tido meniarap ler kome.....

Cubit kat peha sebelah dalam (Celah kelangkang)

Mak oiiii.. aku pernah kena. Berair biji mata aku menahan geli ngan sakit. Kategori hukuman: lembut tapi bahaya. Biase kena kat budak lelaki je. Apa kes kalo budak pempuan nak kena cubit camtu.

Lari keliling padang

Kalo kena bab ni aku suka sebab nak habiskan 10 pusingan padang aku akan buat rekod paling lembab dalam sejarah. Setelah membuat kajian dengan lebih terperinci, dengan kelajuan lari-lari itik tok wi 10 round akan mengambil masa sehingga 1 jam yakni akan habis 2 masa geografi.. Hahahhaha...

Jemur tengah Panas

Denda paling kejam. Aku kena kat ILP Pasir Gudang. Sampai ke seluar dalam lenjun. esoknyer muka semua putih balik sebab Fair n Lovely. Memutihkan kulit wajah....

Ada lagi ke denda yang lain-lain?? Kalo ada sila komen. Jangan cerita pasal denda angkat kayu balak sudah. Kepada cikgu-cikgu yang pernah bagi denda kat aku percayalah, aku tak pernah sikit pun simpan dendam pada kalian semua. Malah aku cukup bersyukur kerana dengan hukuman yang kalian bagi itulah yang membuatkan aku berfikir untuk jadi manusia yang betul-betul manusia.

Ahad, Julai 05, 2009

Satu pagi atas pangkin tepi padang.....

Dulu sekolah menengah aku sekolah kat Sek Men Jengka 10 dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Lama giler kat situ sampaikan wak yang buat projek kebun kat belakang sekolah pun dh jadi kawan aku. Itu belum masuk wak yang jual keropok ikan kat depan sekolah. Masa aku tingkatan 1 & 2 aku sekolah petang. Time kalo ada Amali aku kena datang pagi. Kul 6.15 pagi dah terpacak kat simpang Pakcik Nuar tunggu bas Munu. Masa tingkatan 1 & 2 aku panjat bas munu je sebab tak bape ramai sangat orang. Berdiri tetap berdiri lah. Kalo nak naik bas sekolah tak berdiri naiklah bas ekspress tapi kalo nak compare ngan bas koperasi lagi teruk dah macam ikan sadin dalam tin kemik. Punyelah padat. Kalo sesekali tengok dah stail bas mini wilayah tahun 80an.

Waktu Amali ni seminggu 2 kali. Selasa ngan Khamis. Sapa yang tak datang nnt kena balun ngan Ustaz Nik kat depan perhimpunan petang. Sebagai seorang yang berkaliber aku tak pernahlah tak datang. Yang bestnyer kalo datang pagi ni banyak aktivii boleh buat kat sekolah. Dari buang masa macam tu je baik kitorang buat aktiviti. Antara aktiviti yang paling aku tak miss ialah dengar Amin bercerita. Kalo time Amin dok bercerita ni penuh dok keliling Amin. Semua seronok dengo Amin gebang.

Kalo nak tau Amin ni banyak cerita. Pendek kata kalo buat novel tentang pengalaman Amin ni mau cecah tahap 100 ribu unit. Itu belum masuk rujukan dari budak2 U dan cetakan buat buku teks sekolah. Setiap kali Amin bercerita dia punya kupasan tu yang paling aku respek. Cukup padat dan kadang-kadang masa dengar Amin cerita ramai yang ternganga sebab masing2 takjub ngan Amin.

Aritu ari selasa. Kul 7.30 aku dah terpacak kat sekolah. Tempat kitorang lepak kat atas pangkin tepi padang. Macam biase Amin dah start buka gelanggang. Aritu kitorang semua cerita tentang binatang peliharaan kat umah. Amin tanyer aku. Kat umah aok, aok bela ape??? Aku jawab, bela ikan puyu. Aok pulok, tanyer amin kat Jenal. Jenal jawab bela ayam. Pastu macam-macam binatang aku dengo yang diorang bela kat umah. Sampaikan ada yang cite diorang bela tikus mondok. Aku pun tak tau apa motif bela tikus mondok kat umah.

Last sekali Amin pun cerita dia ada bela binatang jugak kat umah. Bapak dia dapat binatang tu kat tepi paya dia cakap. Binatang tu makan kuat. Kadang2 bapak dia tak larat nak bagi makan. Ramai dah excited sebab mengikut amin binatang tu sangat besor dan jinak. Makan pulok atas tapak tangan. Amin cakap kalo malam dia tido ngan binatang tu. Seronoknyer aku cakap. Dah lah besor pastu boleh tido sama. Amin cakap bila malam dia suka peluk binatang tu. Lembut je badan dia. Mail badak dah makin excited. Siap nak ajak amin pegi tengok hujung minggu ni. Jenal pun sama. Usop anak pegawai Felda ngan Man SS dah janji nak naik moto dari Jengka 10 ke rumah Amin kat Tekam Getah ari Sabtu ni. Semua dah konfirm nak tengok binatang tu.

Tiba-tiba Mail Badak bersuara, Binatang apa tu Amin............... Amin dengan penuh excited serta konfiden menjawab.........................

Ikan PAUS...........

Rabu, Julai 01, 2009

Saya Sayang Awek Saya

Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya....
Cantik betol...


Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya....
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia....
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami.....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.