Isnin, Julai 20, 2009

AKU, Mubaligh dan KOREA

Waktu aku di Korea aku banyak jumpa diorang ni dengan pelbagai peel yang kadang2 buat aku muak dh tengok diorang ni. Sampai satu tahap bila aku nmpak je bayang diorang aku blah ikut jalan lain. Tak dinafikan Kristian di Korea terlampau kuat. Kalau rase bila jalan2 pastu nak jadikan bangunan gereja sebagai landmark baik tak payah sebab dalam satu kawasan ada 5 6 biji gereja. Kat sini aku nak kongsi pengalaman aku semasa bertemu diorang. Tujuan aku bukan nak agungkan agama diorang atau memperkecilkan agama aku yang tercinta ni tapi dari segi konsepnya kita kena sama-sama bermuhasabah yakni sama-sama kita renungkan kelemahan dan kekurangan diri kita dalam berdakwah.

Islam itu yang terbaik. Itu yang aku sematkan dalam jiwa aku bila ke luar negara terutama Korea kerana mubaligh-mubaligh disana teramat aktif dalam menyebarkan Kristian. Cara diorang bukan susah pun cuma lepak2 kat stesen keretapi dan bila nampak pelancong asing macam aku diorang akan datang dekat dan akan cuba beramah mesra dengan aku. Kat bawah ni aku letakkan beberapa pengalaman aku bertembung dengan diorang.

1) Lokasi: Dalam keretapi bawah tanah antara Seoul dan Itaewoon.

Macam biase setiap sabtu aku akan keluar ke Itaewon yang mana Itaewon ni terdapat satu-satu nyer masjid di Bandaraya Seoul. Selain dari masjid kat sini terdapat banyak restoran halal yang harganya agak OK. Harga standard Korea ler.. Hehhe.. Kat sebelah aku terdapat kerusi kosong. Tiba disuatu stesen aku nampak seorang Rahib naik. Aku dah cuit member aku kat sebelah. Dalam hati aku mesti dia dok sblah aku. memang pon. Ngam-ngam je dia lepak kat sebelah aku. Aku pura-pura pandang tempat lain tapi punyalah ramah makcik ni. Aku tak tanyer dia plak yang tanyer aku. Segala cerita telah aku terjemahkan didalam Bahasa Melayu sebab Bahasa Jiwa Bangsa...

Rahib: Hai
Aku: Hai
Rahib: Nama awak?
Aku: Sham
Rahib: Asal mana?
Aku: Malaysia
Rahib: Oooo.. Kuala Lumpur kan. Ada KLCC kan..
Aku: Yer. Kuala Lumpur.
Rahib: Dah lama kat sini?
Aku: Dalam 2 minggu
Rahib: Sekarang tinggal dekat mana?
Aku: Kabo Hotel, Pyeongtaek City
Rahib: Oooo.. bagus tempat tu. Kenapa datang Korea? Melancong ke?
Aku: Saya kerja dekat Anseong.
Rahib: Apa projek kat sana?
Aku: Projek Automotif
Rahib: Pandai cakap Korea??
Aku: Tak pandai. Cakap Inggeris oklah... (Cakap aku sambil sengih)
Rahib: Nak belajar tak??? Kita boleh ajar??
Aku: Senyum tapi agak kelat. Errrr.. tak taulah...
Rahib: Kalau nak nnt datang kat komuniti kita kat Pyeongtaek. Kita ajar sampai pandai.
Aku: Muka blur.... Saya tak taulah..
Rahib: Oklah.. kita akan ajar smp pandai tau.. Kalo nak nnt datang yer. Saya tunggu.
Aku: Errrr.. saya pikir dulu. Saya dah nak turun ni.
Rahib: Ok.. bye2..
Aku: Bye.... Sambil blah....

Kawan aku dah gelak sakan kat sebelah sebab aku dh pucat time tu kena ayat ngan Makcik Rahib tu.... Lega aku sebab boleh blah dari dalam keretapi tu. Lagi lama lagi apalah dia nak ayat aku. Jangan harap ler aku nak pegi kat komuniti korang. Elok-elok aku niat nak belajo bahasa korea, lain plak yang dia ajor aku nanti.

2) Kat luar Alaska. Alaska ialah nama sebuah tempat makanan ala carte. Banyak makanan halal kat sini. Lepas je aku makan terus lepak kat luar temankan geng Korea aku ni merokok. Aku dok jauhlah sikit dari diorang sebab aku tak merokok. Sedang aku lepak2 datanglah seorang mamat korea yang berpakaian agak kemas. Memang segaklah. Kalo nampak sekali imbas macam nak pergi kelas motivasi.

Mubaligh: Hai kawan
Aku: Hai
Mubaligh: Asal mana?
Aku: Malaysia
Mubaligh: Awak guna Bahasa apa?
Aku: Bahasa Malaysia lah...
Mubaligh: Sekejap yer (Sambil menyelak buku kecik dan tebal dia)
Aku: Diam je sambil tengok apa dia buat
Mubaligh: Ok... Encik baca ni.
Aku: Mulalah baca. Cerita tu berkenaan dia punya Jesus. Hikayat hidup Jesus dari mula sampai mati. Dah habis aku tengoklah halaman lain pulak. Bezanya cerita yang sama tapi bahasa berlainan. Macam-macam bahasa ada. Dan Bahasa Malaysia yang diorang terjemahkan kat dalam buku tu sangat bagus dan begitu mudah difahami. Selepas baca terus aku bagi balik pada dia dan apa yang dia buat ialah ucapkan terima kasih dan blah macam tu je. Korang tak heran ke?? Pelikkan?? Tapi apa motif dia buat camtu???

3) Stesen Keretapi Pyeongtaek

Aku jalan ngan kawan aku sebab dh bosan dok kat hotel. Sambil tengah dok beratur nak beli tiket ke Seoul datanglah seorang lelaki kulit hitam. Cara cakap macam aku membesar ngan dia je sejak dari kecik. Apa lagi. Layan kan je. Sambil2 tu try jugak bercakap omputeh ngan orang US. Lega aku sebab apa aku cakap dia boleh terima dan paham. Takut gak kot2 dia tak paham. Cakap ngan orang US ni beza cakap ngan Korea. Ngan Korea Inggeris hancur pun boleh hidup lagi sebab diorang punya Bahasa Inggeris lagi hancur dari kita. Mamat ni masih muda belia. Dia cakap dia kerja sebagai guru bahasa inggeris kat sekolah rendah kat sana. Aku sembang pung pang pung pang ngan dia pasal macam2 hal. Last sekali aku naka blah terus dia bagi aku senaskah majalah. Masa tu dah syok sebab dalam pala otak ingatkan majalah Mangga ke, majalah remaja ke. Sekali aku bukak.. Alamak... Kitab Bible lah... Adoihaiiiiii.. Kena lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

4) Dalam kapal terbang dari KLIA ke Seoul

Cerita ni aku kena bulan 2 tahun 2009. Aku sorang masa tu ke Korea. Bila naik je dari KLIA baru aku perasan yang aku sorang je Melayu kat dalam tu. Ahhhh sudahhhhh...... Nak tak nak jalan jelah. Lagipun dah naik kapal terbang. Takkan nak turun balik. Aku duduk sebelah Mamat Korea. Start kapal terbang naik je sampaialh ke Korea aku tengok dia dok baca Bible. Lantak ko lah... Aku nak tido. Bila je lepas makan, badan pun segar dia buleh plak nak berbual dengan aku. Ada ke suruh aku cakap bahasa Korea. Mane aku reti. Plak tu mamat tu plak kureng reti berbahasa inggeris tapi semangat dia nak sebarkan kristian dia tu memang dahsyat. 2 Jam lebih aku dengar dia berceramah tentang Kristian. Dia cakap dia datang Malaysia sebab ada Konvensyen Remaja ASIA kat KLCC. Kapal terbang malam tu 90 peratus budak2 yang datang konvensyen ni. Mamat ni dengan selamba je ajak aku join dia punya agama. Terkejut aku bila dia ajak camtu. Pastu siap tawarkan aku baca Bible. Bila aku tolak dia tetap dengan usaha dia nak suruh aku baca BIBLE. Muka gua dah fedup beb.. Lambat benor sampai SEOUL ni. Lama-lama mamat ni diam. Sampai je SEOUL aku lega sebab MAMAt ni turun dulu. TAPIIIIIII... tak habes lagi beb.. Dia tunggu aku kat tempat ambik bagasi. Ya Allah, selamatkan lah IMAN aku.. Doa aku dalam hati. Jumpa je dia terus dia tanyer lagi bila aku nak baca BIBLE. Aku tak tau dari mana datang idea. Mungkin Allah nak tolong aku masa tu terus aku cakap. Awak tahu Al Quran? Dia cakap tau tapi tak pernah baca. Terus masa tu aku cakap Kalau awak nak baca Al Quran saya akan baca Bible awak. Tapi syarat. BACA SAHAJA. Tegas aku. Terus Mamat tu cakap.... I'm Not promise then terus berambus di celah2 orang ramai.... Ambik kau... Syukur pada ALLAH kerana telah bagi aku idea tu disaat-saat aku tengah kritikal sorang2 kat tengah ramai2 orang diorang.

Pesanan aku seandainya korang ke Korea Selatan, pastikan jangan layan sangat diorang ni. Kalo boleh jangan berlagak sombong tapi cuba cari jalan untuk lepaskan diri dari mereka. Terlalu banyak perangkap yang menunggu seandainya kita leka dalam melayani keramahan diorang. Seperkara lagi seandainya pengetahuan kita tentang ISLAM masih lemah elakkan bercakap tentang agama dengan mereka. Sematkan dalam hati, ISLAM ialah agama yang terbaik dan bersyukur kerana kita dilahirkan dalam ISLAM...........

7 Juri Propesional:

relevan berkata...

Jauh perjalanan luas pemandangan ko.. islam agama terbaik..

Dida... berkata...

Bagus pengalaman awak ni... lain kali awak bawak je satu tafsir Al-Quran bhs korea ... kalau dia hulur bible.. awak bg la tafsir tu dkt dia...

Lain kali awak jawab...

I'm a muslim and I only pray to Allah.. the one and only GOD in the universe... Allah don't have Wife n Son.. and Jesus ofcourse not Allah's Son.. he is only one of Allah's messengers..

AzMas berkata...

Fuhhh.. baca ni aje dah cukup buat rasa takut. Bagus info ni.

Webmaster berkata...

Abg Syed,
Luas pemandangan dan makin bertambah takjub pada kejadian Alam. Dunia ni kecik sgt sebenornyer. Kot mana pun tetap kesitu jugak.

Dida,
Betullah cakap awak. Nanti saya cuba cari Tafsir Al Quran tu dalam Bahasa Korea. Tahun depan saya banyak kali lagi nak kesana.

Webmaster berkata...

Mas,
Jangan takut. Macam saya cakap dalam posting tulah. Tetapkan dalam hati AKU seorang Islam dan Islam adalah agama terbaik. I'allah, awak akan berjaya menepis semua pujuk rayu diorang. Tapi kena ingat, sepanjang pengalaman saya dekat sana, diorang ni lebih tertarik kepada kita yang beragama Islam untuk berbual.

Yastro berkata...

aku pernah gak sekali kena ngan mubaligh mudaa dia...masa tu kt itaewon sub way....seb bek aku dpt tolak baik2...korea ni ramai yg x de agama sebenornya...tp klau mlm lambang salib warna merah tu mmg merata2...terlalu banyak...

Tanpa Nama berkata...

hmm.....penhalaman bagus..saya juga tinggal di korea..dan pengalaman bradersama dg saya...bedanya tiap minggu rahib datang ke tmpt tinggal saya di korea karena saya orang indonesia maka mereka para rahib yang datang kerumah yang pandai bahasa...setiap akhir pekan pasti mereka datang membawa makanan dan membacakan bible...karena saya kesal akhirnya saya ajak debat mefeka tentang konsep keTuhanan mereka dan saya bacakan mereka ayat alquran.....ehhh besok2nya gak berani datang tuh para rahib....hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.