Jumaat, Julai 17, 2009

Bebelan Maut

Lama aku tak menulis secara serius. Kelmarin gempar kat surat khabar kisah seorang perempuan meraung kat mahkamah sesudah mendengar segala hukuman yang dijatuhkan keatasnya. Hukuman gantung sampai mati kerana terlibat dalam satu kes pembunuhan seorang pelajar. Dah tau nak mati baru dia meraung. Kenapa masa buat jenayah itu dia tak meraung mengenangkan dosa-dosa tu. Tak dapat dipastikan sama ada dia terlibat secara langsung atau dikira bersubahat dengan teman lelakinya. Makin jauh aku mengkaji dan mendalami setiap kes yang terjadi di Malaysia hari ini aku dapati trend pembunuhan ialah bermotifkan rompakan dan rogol. Kenapa terjadi perkara sedemikian????

Dari pemerhatian dan pendapat aku:

1) Didikan Agama
Zaman aku dulu sejak aku berusia 6 tahun aku dah dididik dengan pendidikan agama. Bermula dari zaman kanak-kanaklah masa terbaik untuk membentuk keperibadian seseorang manusia. Pepatah ada menyebut Melentur Buluh Biar dari Rebung.... Pepatah melayu yang cakap camni. Bukan pepatah India, Cina atau British. Perlu ke kita salahkan bangsa lain kalau kita sendiri gagal membentuk keperibadian diri anak2 sejak kecil sedangkan bangsa kita sendiri yang berkata membentuk keperibadian bermula dari anak-anak tersebut baru belajar mengenal apa itu dunia. Kalau kita selidiki sindrom masa kini, anak-anak muda lebih terdedah kepada keseronokan dunia. Kejutan budaya berlaku dimana-mana. Tak kira peringkat usia. Zaman kita sebenarnyer semakin hanyut dibawa arus dunia. Pelikkah kita seandainya berbunuhan itu perkara biase????

2) Ekonomi
Statistik terkini menunjukkan kadar pengangguran makin membimbangkan? Bila adanya pengangguran, maka kadar jenayah akan meningkat dengan lebih pesat. Tak percaya tak apa. Tapi cuba kita tengok senario sekarang. Harga makanan meningkat dengan mendadak. Kehendak telah menjadi satu keprluan yang perlu dicari untuk meneruskan kelangsungan
hidup. Dalam masa yang sama tiada pekerjaan. Tiada pekerjaan bermakna tiada sumber pendapatan. Kalau hidup seorang mungkin boleh hidup walaupun tersiksa tapi bagaimana kalau hidup dengan ada keluarga yang perlu ditanggung. Mengertikah anak-anak maksud AYAH takde duit nak beli susu??? Mengertikah anak-anak tentang AYAH dan IBU tiada kerja???? Aku pernah menulis sebelum ni tentang dialog aku dengan seorang peragut yang telah gagal meragut. Aku bertanya dengan peragut tersebut kenapa dia meragut. Jawapan yang spontan keluar dari mulut dia, dia susah dan takde duit nak beli susu untuk anak dia. Tersentak aku masa tu mendengar segala jawapan dia. Sedih ada, kesal pun ada. Sedih sebab terkenangkan anak-anak dia yang kelaparan kat rumah. Terkilan kerana disaat rakyat bawahan merempat dan meragut untuk teruskan kehidupan, ada segelintir pemimpin yang berlumba-lumba membina kekayaan atas kapasiti sebagai seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Apa tugas diorang dalam membela rakyat bawahan??? Sanggup kah korang menjawab esok dihadapan ALLAH atas apa yang korang perlakukan pada hari ini. INGAT!!!! Kekayaan dunia takkan boleh membeli segala kehidupan akhirat...

3) Gaya Hidup
BEBAS!!! Itulah yang boleh kita cakap tentang kehidupan hari ini. Program realiti disemua stesen televisyen. Dari hiburan sehinggalah kepada masakan. Semua berkonsepkan realiti. Aku paling meluat serta menyampah bila tengok makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang menangis bila anak-anak diorang tersingkir dari AF, OIM, Mentor dan banyak lagi yang tak larat aku nak sebut. Apa komen aku??? Ini komen aku kalau aku diberi peluang untuk memberi komen kat makcik ngan pakcik tu. Makcik ngan pakcik ni bodohlah... Dahlah tua, taksedar diri. Rasenyer elok makcik ngan pakcik nangis ingat kat Tuhan dari menangis sakan sebab anak makcik kalah AF. Kalo makcik ngan pakcik mati esok apa kata kalo kita wat konsert 3 4 hari kat atas kubur pakcik ngan makcik... Nak tak??? Kalo nak saya sedia buat satu kompeni yang boleh uruskan majlis ni. Saya sediakan perkhidmatan Free Of Charge. Agak korang lepas selesai interview tu aku hidup lagi ke tak?

4) Pengaruh Rakan Sebaya
Sapa pernah tengok cerita Budak Kelantan. Cerita tu diadaptasi dari senario sebenar kehidupan seorang remaja. Asalnya dari pengaruh kawan je. Cuba korang bandingkan perangai remaja kini dengan masa kita dahulu. Masa kat kampung dulu konsep anak kau, anak aku diguna pakai. Bila ada konsep ni anak2 takkan berani naik kepala sebab semua dalam kampung tu mak ayah dia. Sekarang ni pulak jangan kata nak guna konsep tu, baru je nak cakap anak sipolan sipolan wat hal mak ayah dah datang serang rumah. Sampai golongan cikgu pun sekarang ni dah naik bosan melayan kerenah mak ayah. Bila dah bosan maka sampailah satu peringkat para cikgu akan cakap.... Lantak ko lah. Nak belajar, belajar. Tak nk sudah. Bukan anak aku pun.... Betul ke para cikgu2 sekelian. Aku tulis berdasarkan kepada kebenaran dan pengalaman aku bergaul dengan beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru dikawasan bandar.

5) Pengaruh seks
Yang ni tak boleh nak cite panjang tapi semua tahu. Zaman la ni nak tengok movie seks senang sangat. Hanya dihujung jari sahaja. Just taip and search.... Pastu keluarlah macam-macam bentuk aksi. Bila dah naik minyak mulalah jadi sewel. Bila dah sewel mulalah wat keje yang bukan-bukan. Dah datang sewel tu lembu kalau pakaikan skirt pun diorang cakap cantik. Spesis ni lagi aku tak paham.....

Dah dulu setakat ni. kalau nak sebutkan semua faktor memang terlalu banyak. Kalau keluar soalan esei untuk SPM buta-buta je boleh skor A dan senang2 je nak cecah 350 patah perkataan. Bebel-bebel jugak tapi apa langkah yang kita boleh buat. Mari kita bincangkan. Buah fikiran anda amat aku hargai.

12 Juri Propesional:

Eyna's berkata...

Fuh,....tepegun koi bace...memang A+....

Nok komen lbih2 pun tak sempat dah...abg nak smpai dah kejap lagi...ngeh3...

Cau cin cau.....

a kl citizen berkata...

ya syeikh...

nak hantar assignment...
tapi kena lah singgah rumah dulu..
bagi gred sikit..
2 bintang n lebih... tau .penat memerah otak

aineeA.S berkata...

semua tu betul..
tp apa2 pon sbnrnya semua terletak pada jati diri. dah byk kes, mak bapak punya-lah baik, didikan agama semua cukup, tp anak mcm hantu juga. kalau nk slhkan kwn, sape suruh pilih kwn yg mcm 2?
anak di rumah kelaparan, itu semua alasan.matlamat tidak menghalalkan cara.byk lg cara yg halal utk buat duit. org yg taknak usaha, mcm mana Allah nak tlg?
kadang2 pelik dgn manusia yg terlalu dangkal pemikiran-nya..semoga Allah memberi-kan petunjuk pd kita semua

hai berkata...

kehidupan hari ini sangat mencabar,bagai langit dengan bumi kalau nak compare zaman kita membesar dulu.Susah nak cakap di mana salahnya...benar kata ainee,walaupun mereka dididik dengan baik,tapi persekitaran dan pengaruh luar yang begitu hebat,menyebabkan mereka akhirnya tersungkur juga...lihat saja kes aisyah bohari dulu,dia datang dari keluarga yang baik latar belakang agamanya,bagaimana dia boleh murtad???

Dida... berkata...

Salam..

Wahh.. ni betul punya bebel ni.. awak kalau jadi cikgu disiplin ni mmg layak la... hehee..

saya pun geram juga dgn keadaan semasa sekarang ni.. sape sebenarnya yg kita nak salahkan? mak bapak? kawan2 dia.. or pemimpin yg memimpin negara sekarang? saya rasa semuanya bermula dari rumah... kalau mak bapa pandai didik anak.. benda2 mcm ni takkan berlaku... lagi satu kerajaan la... kalau dari dulu lagi kita ikut hukum Hudud.. rasanya jenayah akan berkurang.. undang2 Allah Maha Benar belaka... semua nak guna hukum manusia... tu yg jadi mcm ni... hiburan pon satu hal.. dr hiburan timbulnya pergaulan bebas.. dr situ mcm2 gejala yg x sihat pasti belaku.. dgn seksnya.. minuman kerasnya... pil khayal nya.. eiiii.. tak tau la kawan nk ckp mcm mana lagi.. semuanya melampaui batas...

Semua point awk dkt n3 tu saya sokong belaka... syabas Inspektor sahab!

maiyah berkata...

salam.. akak pun ada kaji gak (cheh cheh).. kenapa bleh jadi sampai bunuh orang, mereka dah takde pegangan agama.. betullah setiap apa yang tertulis tu.

zai berkata...

amboi..kalini jadi ustaz plak nampak bersyarah kemain panjang lagi..nak lawan akak ke..hehehe..jgn lupa g blog akak k..amik balik TAG kau tu !!!

zai berkata...

Fuyoo...
Dah jadi ustaz echam arini..
Bagus2 akak sokong entri nie...mmg benar dunia sekarang tllu bnyk cabaran..akak pun ada anak yg sedang remaja..dah mula pening tengok kawan2 dia yg banyak negatif dari positif nie..

kakpah berkata...

salam echam. sori kpah belum sempat nak buat asignmnt hik..hik..
Cantik N3 echam. Budak2 ni macam tu lah. Ada yang dah cukup didikan agama tapi bila keluar berkawan , hancur.. Tak boleh salahkan kawan jugak sebab sepatutnya bila dah dididik cukup, mestilah pandai memilih baik buruk. Tapi kan cham, bdk2 yang dah ada basic agama ni kalau dia terpesong pun dia nampak jalan balik.
Kemanakah arah tuju ramai anak-anak sekarang ni. Yang tak ada halatuju ni lah yang buat dorang kena rasuk. Tu yang nak bunuh, nak rogol, nak buang anak.. nauzubillah...

Don Balon berkata...

Benar Echanc..
Takut koi mikir zaman akan datang..

Dzulkarnain Mohamad berkata...

hish..besar sungguh cabaran menunggu generasi akan datang..
aku pun dapat merasakannya..

ummu Masyitah berkata...

masa baca metro sabtu lepas ,saya tertarik pd 2 situasi tapi misi yg sama;merompak.situasi di dlm negeri,perompak tu merompak lepas kalah judi. kedua;situasi kat luar negeri. perompak tu siap dtg balik minta maaf pd tuan rumah,tapi tetaplah kena tangkap polis.

ttg dunia remaja dan cinta,cabarannya mmg hebat.yg penting kena pandai bawa diri walau kat mana berada.bercinta bercinta juga tapi jgn jd hamba nafsu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.