Rabu, Julai 29, 2009

Dia Idola ku (Salahuddin Al-Ayubbi)

Align Centre

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.



Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.



Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.



Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.



Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.



Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

10 Juri Propesional:

Saliza berkata...

Mmg sesuai menjadi idola ni..
Boleh citer kat bdk2 ni jgn ingat penyanyi/pelakon saja yg jd idola..

maiyah berkata...

inilah perjuangan Islam yang sebenar, tapi sekarang nak bendung kegiatan haram yg masih beleluasa pong susah. Apalagi nak berperang

Eyna's berkata...

Betul tu...amat sesuai dijadikan idola...

Don Balon berkata...

Masalah sekarang ialah bila kita berperang atas nama Islam dipanggil pengganas, insurgent machanc2..
zaman mat kilau, tok janggut pun gitu..
ada ke patut deme gelor penderhaka ke demeh tu??

Dida... berkata...

errr... tak berapa kenal.. selalu dgr nama.. tp x tau rupa dia mcm mana.. letak le gmbar...

Thanks coz cerita kisah beliau dekat sini...

Razak berkata...

Salam...

Andainya ada pemimpin kita seperti Salahuddin al-Ayubi, pasti rahmat keamanan dan kedamaian akan Allah turukan pada negara kita.

Lihatlah sekarang ni rahmat itu Allah dah tarik cabut sehingga berlakunya bermacam2 kesusahan yg kita hadapi, ragut makin berluasa, rumah sering dicuri sehingga kehidupan rasa tidak aman

Webmaster@Echam berkata...

Salam All,

Cikgu Saliza,
Betul tu, kita kena bagitau budak2 skang ni banyak lagi idola yang boleh kita ikut dari dok ikut yang bergelar artis. Kadang2 koi heran bila tengok program realiti TV, time ada yang kantoi tak boleh pegi final mak ayah ader yang menangis macam anak dia dah mati. Sedey koi tengok budaya skang ni.

Kak Maiyah,
Pejuang-pejuang dulu diorang pegang pada Islam dengan penuh semangat yang jitu. Kalau direnung diorang dulu tak pernah tinggal sembahyang malam. Sedangkan Nabi SAW pun nak pegi berperang pun hanya pilih tentera dikalangan yang tak tinggal sembahyang malam. Beza dengan kita pada hari ini. Jangan kata nak perang dengan musuh, perang nak kurangkan budaya Barat pun belum tentu menang.

Eyna,
Elok aok cite ngan budok2 kesoh ni. Semoga diorang akan ada keinsafan tentang perjuangan.

Don,
Berkenaan pengganas tu negara kita dah terikut pendapat barat. Koi setuju dengan aok. Sebenarnyer kesah pengganas ni dari zaman Tok Gajah ngan Mat Kilau lagi barat dah gembar gemburkan. Sebabnyer kita Islam. Bila nak pertahankan Islam dianggap Extreme tapi bila bangsa Laknattullah YAHUDI belasah Baitulmaqdis yang merupakan KIBLAT pertama umat Islam takde pulak dikatakan extreme. Malah dibela sebagai kaum yang teraniaya dalah MITOS HOLOCOUST....

Dida,
Saya dah letak gambar. Malam tadi tak dapat nak cari sebab line slow.

Abg Razak,
Pendek cerita walau macamana pun pemerintahan hari ini kena kembali semula kepada pemerintahan Islam berlandaskan Al Quran. Ni baru cerita HUDUD dah ada yang ketar lutut sebab pikir macam2. Kalo tak buat salah buat apa nak takut.

Fadh berkata...

emmm betul tue...zaman skrg nie payah nak cari pemimpin macam nie...byk yg pentingkan perut sendiri jer!

zai berkata...

Zaman Sekarang rasa2nya dah tak ada lagi Pahlawan Islam sehebat mereka2 dizaman yang terdahulu dari kita yang sanggup berkorban nyawa demi Islam..sekarang pula sanggup menggadaikan agama demi kepentingan politik..

shuk~ dan eton berkata...

Salam...

Macam kenal...
Kalau tak salah orang la..
kawan lama masa sekolah rendah dulu nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pesanan Penaja

Terima kasih kerana melayari ECHAM.COM. Segala apa yang disiarkan dihalaman ini adalah pandangan penulis semata-mata. Jika terdapat sebarang kekurangan sila abaikan.